Monday, October 14, 2013

Alhamdulillah !! Gereja Kristian Dilarang Guna Kalimah Allah,Suatu Kemenangan Buat Islam


 PUTRAJAYA, 14 Okt – Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini telah memutuskan bahawa pihak gereja dilarang menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada agama mereka.

Keputusan ini telah dibacakan oleh hakim Dato’ Seri Mohamed Apandi Hj Ali yang mengetuai dua hakim lain iaitu Dato’ Abdul Aziz Abdul Rahim dan Dato’ Mohamad Zawawi Salleh. Peguam yang mewakili perayu, Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar berkata, antara alasan penghakiman ialah mahkamah menetapkan bahawa kalimah Allah itu bukan satu bahagian yang dasar kepada agama Kristian, bahkan ia adalah perkara dasar bagi agama Islam.

“Dan mahkamah juga tidak faham mengapa pihak Kristian mahu benar-benar menggunakan kalimah suci agama Islam ini dalam agama mereka.

 “Alhamdulillah kesan daripada keputusan ini nanti, pihak Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah tersebut bagi merujuk kepada agama mereka,” kata beliau di hadapan lebih 500 umat Islam yang hadir di Istana Kehakiman sejurus selepas keluar daripada bilik perbicaraan. Berikut adalah teks ucapan penuh beliau ketika berucap di luar mahkamah.

 Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang memihak kepada rayuan pihak kerajaan persekutuan dan Majlis-Majlis Agama Islam, bersama dengan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) yang melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang Kristian untuk merujuk kepada agama mereka.

Antara alasan penghakiman yang dibacakan tadi mahkamah menetapkan bahawa kalimah Allah itu bukan satu bahagian yang dasar kepada agama Kristian, bahkan ia adalah perkara dasar bagi agama Islam kita. Dan mahkamah juga tidak faham kedegilan pihak Kristian yang mahu benar-benar menggunakan kalimah suci agama Islam ini dalam agama mereka.

Alhamdulillah kesan daripada keputusan ini nanti, pihak Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah tersebut bagi merujuk kepada agama mereka.

Keputusan penuh penghakiman telah diedarkan kepada peguam-peguam, insyaAllah kita akan melihat kesan-kesan penghakiman tersebut, saya juga dimaklumkan bahawa ia boleh didapati di web mahkamah selewat-lewatnya pada jam 11 pagi ini.

InsyaAllah kita sama-sama baca. Kita akan melihat kesan satu penghakiman yang merupakan perkara yang besar kepada umat Islam khususnya di Malaysia pagi ini.

 Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ucapan terima kasih penghargaan terutama kepada para peguam dan rakan-rakan NGO Islam yang datang daripada awal dari jauh dan juga dekat, yang membantu perjuangan peguam-peguam Islam di dalam memartabatkan Islam di Malaysia.

1 comment:

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.