Tiada istilah nikah dua kali dalam Islam melainkan mahkamah mengesahkan pernikahan pertama tidak sah mengikut hukum syarak kata Penasihat Agama Johor, Datuk Noh Gadut mengenai pelakon Suhairil Sunari, 25, atau Aeril Zafrel dan Nur Hawa Zainal Abidin, 22, (Wawa Zainal) bernikah dua kali bagi memastikan anak mereka dibinkan dengan nama Aeril.
“Perlu diingatkan apabila sudah bernikah tanpa mengikut undang-undang negara misalnya bernikah di luar negara, pasangan terbabit perlu melakukan ‘isbat nikah’ iaitu mensabitkan pernikahan mereka dengan pihak berkuasa di negara kita.
“Mereka perlu mengemukakan semua saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah tahun lalu (seperti dilaporkan media) di pejabat agama. “Ia bertujuan memastikan pernikahan itu dilakukan mengikut hukum syarak dan jika tiada masalah, pernikahan mereka boleh disahkan tanpa perlu bernikah sekali lagi.
“Bagaimanapun dalam hal ini, tindakan mereka bernikah kali kedua itu boleh menimbulkan pandangan seolah-olah tidak mengiktiraf pernikahan yang pertama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro (HM) di sini semalam.
Kata beliau, perkahwinan mengikut agama dan undang-undang negara perlu dilakukan bersama kerana undang-undang sedia ada dibentuk bagi memastikan setiap pasangan berkahwin mengikut hukum syarak sekali gus sah dalam Islam.
“Kita tidak tahu sejauh mana perkahwinan pertama (tanpa mengikut undang-undang negara) itu sah mengikut hukum syarak. Jika sah, Alhamdulillah, tapi jika sebaliknya, hubungan yang dijalinkan selama ini boleh dianggap zina, manakala anak yang dikandung atau dilahirkan boleh dikategorikan sebagai anak luar nikah.
“Dalam hal ini, mereka hanya perlu melakukan sedemikian, sekiranya mahkamah memutuskan pernikahan pertama mereka itu tidak sah,” katanya. Kenyataan Noh Gadut dipersetujui penceramah bebas Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani yang menyifatkan tindakan bernikah dua kali itu tidak wajar dilakukan atau tidak boleh dicontohi oleh orang lain.
“Walaupun sah dari segi agama, perkahwinan ‘sembunyi-sembunyi’ mereka itu tetap dianggap tidak beradab dan berakhlak. “Ini kerana dalam Islam sendiri perkahwinan itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat akan status hubungan suami isteri antara seorang lelaki dan wanita. “Ia bertujuan mengelak timbulnya sangka buruk dan pandangan serong orang ramai seperti yang berlaku kepada mereka (Aeril dan Wawa).
“Apatah lagi melibatkan golongan selebriti yang dikenali ramai, pasangan ini sepatutnya memberi contoh baik kerana setiap tindakan mereka boleh menjadi ikutan peminat. “Bukanlah bermakna setiap pasangan yang berkahwin perlu membuat majlis atau kenduri besar-besaran, cukup sekadar memaklumkan perkahwinan mereka kepada umum.
“Dalam hal ini (perkahwinan), paling penting, kita menjaga Allah dan hukumnya, bukannya orang termasuk majikan sehingga kita sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya,” katanya. Selain itu, Ahmad Dasuki turut menegur sikap ibu bapa kepada pasangan terbabit yang sepatutnya lebih tegas dalam perkara berkenaan dan bukannya mengikut telunjuk si anak.
“Kita kena terima, bahawa kita hidup ‘menumpang’ dalam masyarakat, maka berita perkahwinan seperti ini perlu dihebahkan (dimaklumkan) bagi meraikan pasangan yang baru berkahwin. “Jika enggan berbuat begitu, jangan duduk dalam masyarakat, duduk di dalam hutan, Tidak perlu tunggu sehingga keadaan terdesak seperti sekarang baru mengaku, kerana perkahwinan ini bukan benda yang boleh dibuat main-main,” katanya.
Sebelum ini, dalam sidang media Jumaat lalu, Aeril mendakwa sudah bernikah dengan Wawa pada 25 Februari 2012 secara sah dengan diwalikan Zainal Abidin Sulung (bapa Wawa) di rumah Shahriman Wahab (pengurus Aeril), di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, selepas Wawa mengandung dua bulan, pasangan terbabit bernikah kali kedua pada 4 Februari lalu di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun, Petaling Jaya kerana mahu mengikut undang-undang keluarga Negeri Selangor serta memastikan anak mereka dibinkan dengan nama Aeril. Hasil perkahwinan mereka, Aeril dan Wawa dikurniakan bayi lelaki pada 24 Ogos lalu.
Komentar KP : Keraguan tokoh-tokoh agama terhadap status pernikahan pertama Aeril dan Wawa sangatlah patut kerana kita bimbang bahawa ini akan menjadi trend bakal pasangan untuk menyembunyikan perkahwinan daripada pengetahuan masyarakat.
Alasan kerana takut akan tindakan pengurusan syarikat MiG sebenarnya tidak patut timbul kerana KP menbaca diakhbar hari ini bahawa David Teo sendiri kata beliau sedia berbincang jika artis yang bernaung dibawah syarikatnya bercadang untuk mendirikan rumah tangga .
Sewajarnya lah,kepada artis dan masyrakat di luar sana agar tidak mencontohi perbuatan seperti ini yang mana akhirnya memalukan diri,keluarga dan masyarakat Islam itu sendiri dengan menyembunyikan perkahwinan jauh dari norma kemasyarakatan di Malaysia.

TAK ADA CITER LAIN KE YANG LEBIH MENARIK DEMI MASA DEPAN TANAH AIR DAN PERJUANGAN MELAYU..
ReplyDeleteARTIS-ARTIS NIE, HARI NIE BAIK OK, ESOK CERAI SANA SINI, DAH DUNIA DIA ORANG MACAM TUU..
BUAT APA SIBOK2.. TENGOK GAMBAR DEPA KAT TV NILAI LAKONAN DEPA, NYANYIAN DEPA.. UDAH LAH..