Thursday, October 17, 2013

PANAS!! Chua Jui Meng Dakwa Dirinya Dibimbing Syeikh Yusuf Qaradhawi


Keghairahan Chua Jui Meng cuba menjawab dan mengemukakan dalil Al Quran kononnya kalimah Allah dibenarkan menurut Al Quran dibidas pelbagai pihak kerana menyalah tafsirkan ayat berkenaan dan akan mengelirukan pelbagai pihak.

Akibat tidak tahan dibidas dari pelbagai arah ,Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng hari ini mendakwa di dalam twitternya bahawa beliau mendapat bimbingan daripada Presiden Majlis Ulama Sedunia Syeikh Yusuf Al Qaradhawi. Beliau menjawab tweet daripada artikel dari portal antarapos.com yang mengkritik sikap Chua yang tidak ambil peduli adab dalam perhubungan agama dan pemahaman terhadap materi dan penafsiran ayat-ayat Al Quran.

Benarkah beliau mendapat bimbingan dari Syeikh Yusuf Al Qaradhawi ?? Sekalipun kalau benar,tidak menjadi tiket kepada beliau untuk menafsir ayat Al Quran sesuka hati tanpa rujukan yang betul lagi pun beliau bukan seorang yang beragama Islam ,yang mengucap dua kalimah syahadah.Apa guna beliau cuba timbulkan isu kononnya belajar dan dapat bimbingan dari Syeikh Yusuf Al Qaradhawi ??



Adakah ini antara skrip yang sama digunakan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya daripada kononnya fitnah kes liwatnya dahulu ?? Kini ,Chua Jui Meng cuba menggunakan nama Syeikh Yusuf Qaradhawi untuk menghalalkan kenyataannya berkaitan isu kalimah Allah untuk agama kristian.Sama seperti Anwar yang gunakan surat sokongan Syeikh Yusuf  Qaradhawi terhadap kes liwatnya.

Apa lagi muslihat yang cuba dimainkan oleh Pengerusi PKR Johor ini lagi ??Sudah terang bahawa mahkamah telah membuat keputusan menghalang penggunaan kalimah Allah.Usah ditentang kerana anda telah mengguris hati umat Islam.



1 comment:

  1. tafsir quran berdasarkan bahasa mandrin bukan bahasa arab yakni bahasa al-quran.....kalau macam tu budak tadika pun boleh tafsir quran...hurai ikut akal bukan rujukan kitab muktabar....anak didik Nik Aziz...PAS akn kata ini salah UMNO...kalau tak percaya dengar khutbah Jumaat hari ini...ada ustaz yang akan hurai isu ini dalam khutbah...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.