Persidangan peringkat bahagian hanya berbaki sehari sahaja lagi dan sudah tentu para perwakilan di seluruh negara kini sudah pun mempunyai senarai nama calon pilihan masing-masing yang bertanding di peringkat bahagian mahupun majlis tertinggi.
Dengan tempoh masa berkempen yang agak panjang rasanya semua calon-calon yang menawarkan diri sudah tentu mempunyai masa yang cukup untuk bertemu dengan para perwakilan malah proses kempen memperkenalkan calon bagi pemilihan kali ini cukup menarik dengan pelbagai cara dan kaedah di gunakan oleh para calon bagi memenangi hati perwakilan.
Begitu jugalah dengan suasana yang berlaku di Permatang Pauh , cukup panas apabila jawatan ketua bahagian di tandingi oleh 4 orang calon. Seperti mana yang semua sedia maklum , sebut sahaja Permatang Pauh sudah pasti kelibat bayangan si Anwar Ibrahim akan menerpa masuk ke minda masing-masing.
Apa yang berlaku dalam setiap pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil tidak pernah lekang dengan isu-isu kontroversi dan ianya menjadi rencah kepada suasana politik di Permatang Pauh.
Salah seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Bahagian adalah Mohd Zaidi Hj Mohd Said @ Cikgu Zaidi mantan ketua pemuda bahagian yang memegang nombor calon 04. Berdasarkan tinjauan yang di buat jelas memperlihatkan Cikgu Zaidi merupakan calon heavywieght di Permatang Pauh malah para perwakilan di lihat lebih mesra dan memihak kepada beliau.
Walaupun di hujani dengan pelbagai tuduhan liar termasuk penyebaran sms oleh mereka-mereka yang jelas tertekan dengan sokongan demi sokongan yang di terima oleh Cikgu Zaidi , beliau tetap optimis dan langsung tidak lemah semangat untuk terus dengan agendanya membawa perubahan dalam UMNO di Permatang Pauh.
Seperti mana yang MMI katakan tadi Permatang Pauh merupakan kawasan PANAZZ dan seperti mana PANAZZnya pilihanraya sebelum ini begitulah PANAZZnya siri pemilihan parti UMNO kali ini.
Namun MMI yakin dan percaya calon 04 Cikgu Zaidi mampu membawa perubahan besar di Permatang Pauh sejajar dengan proses tranformasi politik yang di bawa oleh kepimpinan parti.
Sumber : blog MMI
Komentar KP : Dasyat jugak penangan pemilihan di peringkat bahagian UMNO Permatang Pauh,tapi yang tak syok tue apabila ada serangan peribadi terhadap calon yang bertanding yang jelas salah menurut peraturan pemilihan parti.Bertanding lah secara sihat dengan semangat setiakawan dalam parti.Apa guna memburukkan calon lain demi kepentingan sendiri lebih-lebih lagi yang membawa fitnah.
Biar siapa saja yang memimpin Permatang Pauh namun ianya masih dibayangi dengan kehebatan Anuar Ibrahim. Permatang Pauh umpama Anuar, Anuar umpama Permatang Pauh. Kedua dua nama itu sinonim antara 1 dengan yang lain. Selagi Anuar berada dalam kancah politik negara maka selagi itu UMNO Permatang Pauh ibarat hidup segan mati tak mahu.
ReplyDelete