Sunday, October 27, 2013

PANAS!! Jamil Khir Kesal Sikap Pemimpin PAS Jadikan Bapanya Modal Kempen Politik #PRKSungaiLimau


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menganggap perbuatan Pas memanipulasi lawatan ke atas bapanya bagi tujuan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sebagai politik bertaraf rendah dan murahan.

Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, tidak wajar calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi bapanya, Baharom Ramli, 77, di kediaman mereka di Kampung Ulu Sedaka untuk dimanipulasi sebagai bahan kempen.

"Saya nak ucapkan terima kasih kerana melawat bapa saya selepas bapa lumpuh tiga tahun tapi kerana sempena dengan pilihan raya ziarah juga pak saya. Kalau tidak, tiada siapa yang ziarah. Kalau mati lambat, lambatlah ziarah.

"Yang agak tak cantik bila pergi ziarah bawa media pulak sebab keluarga yang diziarahi itu juga terasa kerana bapa yang lumpuh diambil gambar," kata Jamil Khir.

Mohd. Azam dan Mahfuz melawat Baharom pada 24 Oktober lalu.

"Bapa saya juga sebut dia rasa tertekan dari segi moral kerana orang yang pergi ziarah baca doa dia tolong aminkan sahaja, mereka kata bapa saya pulak baca doa.

"Ini mainan politik yang terlampau rendah dia punya cara. Haji Baharom tidak bertanding apa pun," kata Jamil Khir.

Menurut beliau manipulasi lawatan itu tidak memberi kesan kepada BN sebaliknya membuatkan penyokong Pas kecewa.

"Orang Pas dua tiga orang jumpa saya meminta maaf kerana tidak jangka kepimpinan mereka tak cerdik," kata Jamil Khir.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.