Sunday, October 27, 2013

PANAS!! Penyokong PAS Enggan Solat Jemaah Bersama Orang UMNO di Sungai Limau ??


Kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat sebelum ini yang dilihat terlalu mengikut emosi . Dakwaan bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala kerana menolak Islam adalah satu perkara yang banyak memberi impak negatif kepada kesejahteraan ummah masyarakat Islam di Malaysia.

 Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT.

 Nampaknya impak negatif fatwa tersebut telah dibuktikan di Sungai Limau,Semalam,bertempat di Masjid Sungai Dedap,Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan MB Mukhriz dalam rangka kempen untuk calon UMNO-BN di Sungai Limau telah berhenti untuk bersolat Zohor di masjid tersebut.

 Kelihatan beberapa jemaah dari parti PAS dilihat enggan menunaikan solat Zohor berimamkan pemimpin BN.Mereka lebih sanggup menunggu imam dari kalangan pengikut mereka sendiri.(rujuk sini) UMNO dipandang dengan begitu hina sekali walaupun satu agama.


Mereka lebih memuliakan DAP yang walaupun secara terangan menentang perjuangan Islam PAS. PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya.

Dasar perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat dirombak demi menjaga hati DAP dan juga Anwar.PAS terpaksa menghalalkan cara demi kuasa.-UtaraNews.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.