Sunday, October 6, 2013

Zuraidah Cakap Tak Ada Fakta,Disekolahkan Oleh YB Baling @Azeezputera #Azeez4MT


Sikap angkuh dan tergopoh-gapah untuk menjawab sesuatu isu memakan diri Ahli Parlimen Ampang,Zuraidah Kamarudin yang dibidas dengan hebatnya oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Nampak sangat Zuraidah tidak membuat 'homework' sebelum ke parlimen untuk menjawab beberapa isu dan memberi fakta yang konkrit dan akhirnya dia yang disekolahkan oleh Ahli Parlimen Baling.Yang paling hairan sekali,berkenaan bantuan yang diberikan oleh NGO dibawah Datuk Azeez kepada mangsa-mangsa banjir di parlimen Ampang sendiri pun Zuraidah seperti tidak ambil peduli siapa yang datang tolong .Ini ke kreadibiliti seorang Ahli Parlimen ??Sampai tertanya-tanya nama NGO yang datang membantu mangsa-mangsa banjir di Ampang.

Dalam perbahasan tersebut,Zuraidah seperti orang yang sudah tidak ketahuan punca apabila mengaitkan isu abu Chin Peng dan Memali.Dia sudah seperti tidak ada modal untuk mempertahankan hujahnya dan cuba nak mengaitkan YB Baling dengan peristiwa Memali dan kebajikan orang terlibat dengan peristiwa itu.

Tahniah buat YB Baling, ketegasan dan fakta itu yang perlu ada pada setiap Ahli-ahli parlimen kerajaan dalam menjawab isu-isu kerana pembangkang hanya bercakap seperti tin kosong ,kuat bunyinya tapi tidak ada fakta dan hanya omongan kosong sahaja


Betul kata YB,ini bukan jual buah tepi jalan,nak cakap kena fakta yang benar dan penat sahaja pengundi-pengundi Ampang menangkan Zuraidah kerana inilah cara wakil mereka berbahas dalam parlimen.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.