Portal Malaysiakini hari ini dalam sebuah artikelnya dengan angkuh meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri ,Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berhenti mengganggu wartawan-wartawan Malaysiakini untuk membuat liputan.
Mereka dengan angkuhnya mengatakan bahawa wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab.Hebat sungguh Malaysiakini 'Spin' isu ini dengan mengatakan bahawa wartawan mereka diganggu oleh Menteri KDN padahal beliau hanya memberi teguran dan amaran agar Malaysiakini tidak memutarbelitkan sebarang kenyataannya dan para pemimpin yang lain.
Malaysiakini seharusnya sedar bahawa mereka kini menjadi perhatian oleh kerajaan dek pelbagai berita dan isu yang mereka cuba putarbelitkan memburukkan imej kerajaan dan sudah beberapa artikel dan berita yang diterbitkan di protal tersebut sebelum ini yang mereka sendiri tarik balik kerana menyedari pembohongan dan putarbelit mereka sudah terbongkar.
Memang wajar Menteri KDN memberi amaran sedemikian kepada mereka ini dan jangan memberi ruang media yang luas kepada Malaysiakini kerana pembangkang sendiri juga turut menyekat Utusan Malaysia daripada membuat liputan berita terhadap parti-parti pembangkang.KP ucapkan syabas kepada Menteri KDN kerana tidak mudah tunduk terhadap tekanan daripada portal sampah seperti ini.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.