Tuesday, November 12, 2013

PANAS !! Hadi Awang Didakwa Terlibat Dengan Pergerakan Ikhwanul Muslimin


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin dan Pas akan mengkaji tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar Mesir, Al-Wathan yang menyiarkan berita itu pada 10 November lalu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada hari ini.

Justeru, Abdul Hadi berkata, ia satu provokasi untuk menyulitkan Pas dalam hubungan antarabangsa.

Pertemuan antara pimpinan PAS diketua Hadi Awang dengan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Kaherah,Mesir
Dalam laporannya pada 10 November, Al-Wathan mendakwa Abdul Hadi telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa parti berkenaan dan telah dipersetujui oleh ibu pejabat sekteriat berkenaan yang terletak di Malaysia.

Akhbar Mesir yang menyiarkan laporan mengenai Hadi Awang sebagai pemimpin Ikhwanul Muslimin

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan gerakan itu di seluruh dunia selama tiga tahun.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas menyokong proses demokrasi dan hak asasi rakyat Mesir dalam memilih pemimpin mereka.

"Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja Pas tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

"Bekas Presiden Mohammed Morsi perlu dikembalikan jawatannya. Sama ada orang Mesir terima atau menolaknya itu adalah hak mereka. Tidak perlu ada kuasa tentera untuk menggulingkannya," katanya.--MalaysiaGazette

Komentar KP : Kalau tiada angin,mana mungkin pokok bergoyang....betul tak ?Tapi ,jelas PAS mempunyai hubungan erat dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin dan telah ada pertemuan antara PAS dan pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.