Saturday, November 30, 2013

Pelantikan Ust Kazim Sebagai MT UMNO Bukti UMNO Mengiktiraf Peranan Ulama


ADA yang berkata keputusan melantik tokoh agama seperti Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis tertinggi UMNO, adalah bertentangan dengan tradisi parti kerana tidak pernah berlaku orang dari luar dibawa ke peringkat tertinggi dalam parti tersebut.

Menurut yang skeptikal, UMNO mungkin berhadapan masalah apabila melantik orang yang tidak ada latar belakang politik ke kedudukkan setinggi itu.

Tapi bagi penulis, pandangan seumpama itu menunjukkan masih ada di kalangan pemimpin UMNO yang terikat dengan tradisi dan cara berpolitik yang lama, sedangkan pada zaman ini, semua orang berpolitik mengikut kaedah dan pendekatan baru.

Penulis tidak nampak sebarang kekurangan pada Ustaz Kazim. Beliau pada pandangan penulis adalah tokoh yang paling sesuai untuk menjadi ahli majlis tertinggi melalui cara lantikan. Sentuhan politik tidak akan hilang kerana 25 anggota majlis tertinggi yang dipilih dalam pemilihan lepas adalah mereka yang benar-benar berlatar belakangkan politik.

Lagipun Kazim dan sepak terajang politik bukan baru. Beliau pernah dipecat dari PAS pada tahun 2009 kerana mengkritik kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

Ustaz Kazim mungkin baru dengan politik UMNO, tapi nak mengatakan beliau jahil politik 100%, adalah tidak benar sama sekali.

Sebagai mewakili golongan ulama dalam UMNO, Ustaz Kazim boleh memainkan begitu banyak peranan penting untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam agar bersatu di dalam UMNO.

PAS mungkin bukan lagi musuh utama UMNO, tapi itu bukan bermakna cabaran mereka sudah boleh dipandang rendah. Hari ini PAS berada dalam kedudukan paling lemah kerana pertembungan antara fraksi ulama dan golongan liberal yang mahu menjadi kuasa baru dalam parti yang kononnya berasaskan Islam itu.

Esok-esok kita belum tahu. Jika ahli-ahli PAS kembali menyedari yang mereka sudah terkeluar dari landasan, pada waktu itulah PAS akan menjana kekuatan di kalangan orang Melayu dan orang seperti Ustaz Kazim amat penting peranannya dalam menjelaskan tentang kekeliruan agama yang disebabkan oleh PAS.

Cuma penulis berharap tokoh agama sedia ada di dalam UMNO seperti Ustaz Kamal Saidin diberi peranan yang sama penting seperti Ustaz Kazim. Mungkin jawatannya bukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi, tapi apa juga kedudukan yang difikirkan wajar oleh parti.

Penulis tidak mahu diakhirnya, ada yang berperasaan UMNO terlalu mengejar populariti dengan membawa masuk tokoh yang sedia terkenal seperti Ustaz Kazim, tapi dalam masa yang sama meminggirkan tokoh sedia ada di dalam UMNO.-Suara Generasi Baru

3 comments:

  1. Perlantikan Ustaz Kazim Elias sbg ahli MT UMNO memang ada kebaikan.Bukan saja tepat perlantikan Ustaz yg berdakwah atas kebenaran Alquran dan sunnah patut diberi peluang memberi pandangan perihal urustadbir Negara.Mudah2an kehadiran beliau memberi impak positif kpd perjuangan UMNO seterusnya.

    Adalah rakan utk Ustaz2 yg sediaada berkongsi ilmu yg mungkin dimiliki Ust Kazim.Walaupun taklah sehebat ustaz2 yg bergelar DR tetapi Ust Kazim punya kebolehan tersendiri.Berilah peluang.

    ReplyDelete
  2. Bah: pertama:

    DAJAL betul mereka yg. MENGHINA para ulama INTELEKTUAL Islam terkemuka kita spt. YB Ustaz Mohd. Kazim Elias! Apa salahnya beliau org. PAS kalau tujuannya iIKHLAS berjuang demi Islam/umatnya?! Lagipun, bijak strategi YB PM kita ini – utk. menyatukan PAS-UMNO di masa hadapan, InsyaAllah!
    Makin naik muka si KAPIR-puak-syaitan MUSUH Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR - kerana ramai si LIBERAL Islam/Melayu dr. PKR/PAS/UMNO, asyik PUJA dan TUNDUK pd. mereka, di bumi PUSAKA NEGARA ISLAM kita ini!
    UMNO, termasuk PEMUDA, mesti tingkatkan peranan YB Ustaz Mohd. Kazim Elias serta YBHG Dr. Asyraf Wajdi Dato' Duzuki (Yg. diPertua YADIM) – yg. suara emreak memang amat LANTANG MEMPERTAHANkan Islam/umatnya serta Tanah Melayu PUSAKA kita ini sbg. NEGARA ISLAM, serta utk. membimbing jenerasi muda Islam/Melayu kita yg. makin diJAHANAMkan budaya syaitan KAPIR Illuminati Barat-Zionis, yg. mencipta dan memaksa falsafah, budaya dan undang-undg LIBERAL Barat-Zionis ke atas seluruh Dunia termasuk Dunia Islam - tetapi sebenarnya di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus memuja wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus menjahanamkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam, terutamanya anak muda Islam, yg. sering TERSIHIR dgn. industri seni Hollywood/Barat-Zionis!

    Lihat berita mengejutkan - Menteri Pelancongan nak bagunkan Pelabuhan P. Pinang dan bekerjasama rapat dgn. S'pura dlm. pelancungan pelayaran (sedgkan S'pura terlibat intip kita - maklumlah sekutu kuat PAP-S'pura, Barat-Israel bina markas CIA-Mossad-MI6 di sana - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009).

    Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131129/pa_01/Naik-taraf-sebagai-pemandu-pelancong, Naik taraf sebagai pemandu pelancong:

    KUALA LUMPUR 28 Nov.

    .....Menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang bertanya mengenai pelancongan pelayaran (cruise), Mohamed Nazri berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke Singapura tahun depan bagi berbincang kerjasama dalam aspek pelancongan pelayaran melalui pelabuhan-pelabuhan di negara itu.

    Katanya, Malaysia melihat lebih banyak manfaat sekiranya kedua-dua negara bekerjasama dalam aspek pelancongan pelayaran selain membangunkan pelabuhan di Pulau Pinang untuk tujuan itu.

    “Saya kira apa yang harus dilakukan selepas ini adalah menaik taraf pelabuhan di Pulau Pinang dan beri kerjasama erat dengan pelabuhan lain contohnya di Singapura. Tak perlu lawan Singapura sebab memang negara itu ada pelabuhan terkenal. Lebih baik bekerjasama dengan mereka," katanya.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  3. Bah. kedua:

    Yg. hairannya, Kem. Kewangan pula aktif menggalakkan pelancongan HALAL, yg. suci dan INDAH (dibandingkan pelancongan dr. si Kapir Barat-Zionis yg. makin kurang ajaq dan bongkak dgn. budaya syaitan mereka; negara Islam pun nak dipijak mcm. kita ni PENGEMIS wang mereka)- mana suara Kem. Pelancongan psl perkara penting ini, yg. berkaitan mempertahankan ISLAM/umatnya serta budaya Islam suci dan indah kita (bukan hanya pasal keuntungan)?! Lihatlah Langkawi (juga P. Pangkor dsbnya) yg. mahu dijadikan spt negara KAPIR Barat-Zionis MONACO dsbnya - jadi budaya Islam/Melayu PUSAKA INDAH dan SUCI kita spt. kpg. sawah padi/nelayan kita tu HINA sgtkah?!

    Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131129/dn_07/Mulakan-segera-inisiatif-pembangunan-pelancongan-halal, Mulakan segera inisiatif pembangunan pelancongan halal:

    JOHOR BAHRU 28 Nov. - Pihak yang terlibat dalam industri pelancongan disaran segera memulakan inisiatif pembangunan sektor pelancongan halal yang semakin berkembang dan popular dalam kalangan komuniti global.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sektor itu berpotensi menyumbang pendapatan tinggi kepada negara, sekali gus merebut sebahagian daripada RM390 bilion (AS$130 bilion) dibelanjakan pelancong Muslim global setiap tahun.

    Menurutnya, nilai industri halal global juga dilaporkan mencecah hampir RM9 trilion dengan berpotensi untuk berkembang sebanyak 20 peratus setahun….

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.