Monday, December 2, 2013

Perhimpunan Agung UMNO Jadi Platform Hamas dan Fatah Bentuk Kerjasama Demi Palestin

NajibRazak berjumpa Khalid Mishal, ketua biro politik Hamas di Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Forum Antarabangsa UMNO 2013 bakal menjadi platform kepada Fatah dan Hamas berkongsi penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman Israel, sekali gus berusaha meraih sokongan 206 delegasi dari 32 parti politik seluruh dunia.

 Pengerusi Hamas-Khaled Meshaal bertanya khabar kepada Wakil Fatah-Abdullah sewaktu memasuki dewan 'International Forum' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC pagi tadi
Selain itu, forum kali ini juga dilihat medan terbaik untuk kedua-dua parti tersebut mencari persefahaman politik seterusnya membentuk kerjasama demi kebaikan rakyat Palestin walaupun tiada pertemuan khusus antara Fatah dengan Hamas diaturkan pihak penganjur.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum Antarabangsa UMNO 2013, Datuk Dr. Norraesah Mohamad (gambar) berkata, Fatah akan diwakili Timbalan Komisioner Hubungan Luarnya, Dr. Abdullah M. Abdullah manakala Hamas oleh Ketua Biro Politiknya, Khaled Mesha’al.

“Forum kali ini yang bertemakan kesederhanaan politik sangat menarik kerana bakal menampilkan wakil Fatah dan Hamas untuk sama-sama menjadi ahli panel. Secara tidak langsung membawa maksud isu Palestin ini sangat dekat di hati rakyat Malaysia dan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.