Beliau berkata keterbukaan UMNO untuk melibatkan orang luar iaitu mereka yang bukan anggota UMNO, merupakan satu langkah baik untuk membawa perubahan dalam parti.
"Banyak peningkatan yang dibuat oleh UMNO (sekarang) dan ia berbeza dari sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-13.
"Mereka(UMNO) membawa masuk beberapa personaliti yang bukan anggota Umno untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Itu langkah yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari Forum Antarabangsa UMNO 2013, di sini hari ini.
Terdahulu, bekas Presiden UMNO itu menyampaikan ucapan dalam jamuan tengah hari forum dua hari yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.
Pada Jumaat lepas, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.