Monday, February 16, 2015

Hatta Tidak Perlu Ajar BN Cara Berpolitik


KP pun naik hairan kenapa la Pengarah Pilihanraya PAS ini sibuk nak kacau hal dalaman BN ,kalau pun BN tanding Permatang Pauh tidak menjadi salah kerana Anwar bukannya dah MATI tapi kena sumbat 5 tahun sahaja dalam penjara. Situasi parlimen Permatang Pauh dan DUN Chempaka berbeza sama sekali kerana di Kelantan ketika ini sedang dalam misi pemulihan pasca banjir dan keadaan ini memerlukan kesepakatan dan hubungan baik dengan antara Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Justeru,tidak hairan pemimpin UMNO baik di Kelantan mahupun diperingkat sayap Pemuda,Wanita dan Puteri bersuara agar BN tidak bertanding di DUN Chempaka.Walaupun wujud kelompok ahli UMNO yang membantah akan cadangan tersebut ,kini terpulang pada Presiden dan MT UMNO untuk memutuskan segala-galanya.KP yakin Presiden UMNO akan mengambil langkah yang bijak dan teliti sebelum memutuskan keputusan .Memang benar ,kita tidak boleh ketepikan suara-sura pengundi UMNO di Chempaka tetapi kadangkala di dalam politik kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Jika BN putuskan bertanding di Permatang Pauh sahaja, itu akan memudahkan fokus bagi merampas kembali kerusi Permatang Pauh dari tangan PKR.


Sepatutnya Hatta berfikir dahulu sebelum nak mengajar BN cara berpolitik sebab baru-baru ini pun terdapat dakwaan bahawa beliau yang mengetuai cubaan untuk menjatuhkan Hj. Hadi yang didedahkan oleh Pemuda PAS Kuantan.Kalau dia sendiri pun ada "track record" yang buruk dalam politik sampai cuba nak jatuhkan Presiden parti sendiri ,tidak malukah dia untuk nasihat parti lawan bagaimana nak berpolitik

KUALA LUMPUR - BN disaran untuk tidak meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh sekiranya parti itu konsisten dalam pendiriannya yang menyuarakan untuk tidak bertanding di Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, BN perlu memikirkan isu-isu yang timbul seperti kos dan rakyat memandangkan negara baharu saja selesai melaksanakan pilihan raya umum.

“Kalau pendirian mereka (BN) konsisten...katalah bukan kerana masalah yang berlaku di Kelantan seperti banjir tapi akan timbul isu-isu seperti perbelanjaan yang besar, menyusahkan rakyat sebab kita baru saja selesai pilihan raya umum dan macam-macam lagi hujah-hujah seperti yang berlaku semasa pilihan raya di Kajang.

“Jadi, kalau berasa bahawa tidak perlu bertanding di Dun Chempaka, saya rasa mereka harus juga memikirkan tentang pilihan raya di Permatang Pauh. Seperti mana mereka (BN) berfikir di Bukit Gelugor,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan supaya BN tidak meletakkan calon di Dun Chempaka dan lebih fokus terhadap bantuan pacsa banjir terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan kediaman serta harta benda dalam bencana, Disember lalu.

Mengulas lanjut, Dr Hatta menegaskan, beliau yakin sekiranya berlaku pilihan raya, parti itu tetap akan mengulang kembali kejayaan beberapa tahun yang dilakar Nik Aziz.

“Kita di dalam Pas, bersedia menghadapi pilihan raya ini dan kita berkeyakinan di Dun Chempaka itu, rakyat memang...memang pun sudah berada di bawah Tok Guru Nik Aziz sekian lama, mereka tidak akan lupakan jasa-jasanya.

“Insya-ALLAH kita boleh mengulangi kejayaan seperti dalam pilihan raya yang lalu dan mungkin lebih baik lagi. Saya berkeyakinan di Permatang Pauh pun kita sudah bersedia. Kita menanti pengumuman,” katanya.

3 comments:

  1. AKAL DIA LETAK KAT MANA

    ReplyDelete
  2. Dia tu kan orang pasma. Dia takut pas umno berkerjasama. Pasal itu lah.

    ReplyDelete
  3. Saja gatai mulut nak bercakap...Hatta ni perasan mcm bagus

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.