Tuesday, February 10, 2015

Mahasiswa UIAM Dimaki Apek Cina Kerana Tidak Sokong Anwar


Putrajaya – Hanya kerana tidak menyokong ‘perjuangan untuk membebaskan’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang mahasiswa yang dikatakan menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah di maki dengan pelbagai kata-kata kesat.

Melalui rakaman video yang dirakamkan oleh wartawan Utusan Online itu, mahasiswa tersebut dilihat tenang sambil tersenyum walaupun diprovokasi dengan pelbagai cara

Rakaman yang berdurasi 1:19 minit itu mamaparkan seorang lelaki berbangsa Cina yang berusia sekitar 50-an melabelkan mahasiswa tersebut bodoh.

“Kami disini ramai (menyokong Anwar), kau hanya seorang.

“Kau bodoh” jerit lelaki yang dipercayai penyokong Anwar itu sambil menundingkan jarinya.

Sambil berzikir mahasiswa itu berkata ‘saya mempunyai dua izajah’ sebagai reaksi terhadap kata-kata kesat yang dilemparkan terhadapanya.



Keputusan rayuan terakhir bagi kes perbicaraan Liwat II membabitkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berlangsung hari ini di Mahkamah Persekutuan, disini.

Anwar berdepan tuduhan meliwat bekas pembantunya dan hari ini penentu samada keputusannya tentang rayuan terakhir untuk Anwar mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya bagi pertuduhan itu.-SuaraTv.com

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.