Sunday, February 8, 2015

PANAS !! Hatta Ramli Didakwa Ketuai Komplot Jatuhkan Presiden PAS



Pemuda Pas Kuantan hari ini mendakwa Bendahari Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli mengetuai gerakan komplot jahat bagi menjatuhkan presiden, Datuk Seri Hadi Awang. Berkumpul beramai-ramai di hadapan Ibupejabat Pas Pusat di sini, mereka mendesak parti mengambil tindakan kepada Ahli Parlimen Kuala Krai itu.

Malah komplot itu menguasai sebahagian besar kepimpinan jawatankuasa Pas Pusat, dakwa ketuanya, Noorzazilafadli Ibrahim.

"Sebagai langkah pertama, kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan dengan sedar dan penuh tanggungjawab menamakanDr. Hatta Ramli sebagai antara pimpinan kanan Pas yang terlibat dengan komplot jahat menyerang Presiden dan pimpinan ulamak dalam Pas," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Noorzazilafadli, pihaknya berjanji akan terus membuat pendedahan demi pendedahan mengikut keperluan semasa selagi 'pengkhianat' masih berada di dalam parti. Rata-rata yang hadir turut membawa pemidang mahu Hatta letak jawatan dan beberapa gambar pimpinan Pas lain turut disertakan termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden, Datuk Husam Musa.

Mereka juga mendakwa ada bukti surat akuan dan printscreen WhatApps perbualan anggota kumpulan 'pengkhianat' berkenaan.


Noorzazilafadli menyampaikan memorandum bantahan mahu Hatta meletakkan jawatan kepada wakil pimpinan Pas Pusat di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, mereka juga mendakwa kumpulan yang menguasai sebahagian besar ahli jawatankuasa parti itu kebal kerana beberapa aduan sebelum itu hanya diketepikan begitu sahaja termasuk mengenai PasMa. Kumpulan yang sama, katanya, menanam kebencian dalam kalangan ahli Pas dan masyarakat terhadap Hadi dan kepimpinan ulamak.

"Mereka memfitnah pemimpin yang dilihat bersama presiden seperti Setiausaha Agung (Datuk Mustapha Ali) dan ahli keluarganya. Menubuhkan PasMa serta menyusun strategi memecahbelahkan kesatuan dalam kalangan ulamak dan melakukan grand design menjatuhkan presiden.

"Mereka juga memsabotaj setiap keputusan presiden dan Majlis Syura Ulamak yang tidak selari dengan pihak-pihak tertenntu dalam Pakatan Rakyat," ujarnya. Mereka juga mendesak siasatan yang mendakwa DAP menyuntik RM1.5 juta kepada PasMa untuk menjatuhkan Hadi seperti tulisan Raja Petra Kamarudin dalam Free Malaysia Today.

Sementara itu, kehadiran Hadi bagi mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat kira-kira pukul 9 pagi menerima sokongan dan takbir berkali-kali sehingga beliau memasuki bangunan oleh para penyokong-penyokong yang membuat demonstrasi secara aman pagi tadi.

Sumber : MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.