Baru-baru ini di dalam sebuah akhbar arus perdana Utusan Malaysia,telah mendedahkan kononnya Ulama-ulama antarabangsa yang datang berkunjung ke Malaysia atas urusan dakwah telah memperalatkan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kegiataan yang kononnya bertentangan dengan fahaman ASWJ. Wartawan UM yang menulis artikel berita itu juga hanya merujuk satu sumber yang tidak dinyatakan siapa dan sejauh mana kesahihannya .Inikah etika kewartawan seorang wartawan akhbar ? Kenapa tidak dinyatakan sumbernya itu ? Kenapa UM takut untuk dedahkan sumber itu jika terbukti kebenarannya?
Ulama-ulama Antarabangsa itu seperti yang dinyatakan dalam akhbar UM adalah beberapa kibar ulama dari hadramaut yang berketurunan Ahlul Bait Rasulullah SAW dari silsilah Sayyidina Hussain yang dikatakan oleh sumber UM Malaysia sebagai cenderung kepada mazhab syiah yang sebenarnya tidak benar dan suatu fitnah jahat ke atas Ulama.
Lihatlah foto diatas Habib Umar bin Hafidz yang di katakan cenderung kepada syiah dan sesat disebarkan oleh UM ,ilmunya diiktiraf oleh Ulama-ulama univeristi islam tertua di dunia iaitu Universiti Al Azhar As Syarif dan para guru dan masyaikh Al Azhar . Siapa UM untuk menisbahkan kesesatan keatas Ulama sperti Habib Umar tanpa didasari penelitian jelas dan sebagainya ? Ulama-ulama di Al Azhar pun masih bertalaqqi dan mengambil manfaat ilmu daripada beliau jika Habib Umar berziarah ke Mesir.
Wartawan UM tidak boleh sewenang-wenang bersikap tidak adil,berat sebelah dalam menghukum dan tidak boleh mengeluarkan berita-berita sebegini untuk mengherat orang awam dalam kancah perdebatan yang jelas akan memecah belahkan umat yang sepatutnya bersatu dalam mendepani fitnah akhir zaman daripada munafik dan kafir yahudi nasrani. Kesahihan cerita yang meragukan dengan mengambil sebuah video klip dan terus membuat konklusi kesesatan kerana melihat Nabi dalam yaqazah yang sebenarnya ini perkara adalah khilafiyyah antara ulama yang sudah lama diselesaikan ulama dan ditulis dalam kitab2 ulama kita.Ada yang memperakui dan ada yang menolaknnya tetapi mereka tidaklah sampai menyesatkan sesama mereka.
Para Habaib selalu mengingatkan apa yang telah diingatkan oleh Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم agar MENAHAN LIDAH dari mencela & MENJAGA TANGAN dari berlaku pertumpahan darah. Itulah manhaj & jalan mereka.
Moga Allah melindungi para Awliya dan Ulama2 kita dari ujian dan ancaman fitnah yang ditimpa ke atas mereka hari demi hari, bagi para ulama mereka menganggap segala ujian yg mereka terima merupakan hadiah daripada Allah agar mereka tidak alpa dengan dunia dan sentiasa beringat bahawa setiap ujian pasti ada pertolongan Allah seperti dalam firman Allah :
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)
Allahu musta'an
Lihat berita2 yang disebar oleh Utusan Malaysia,:
-http://www.utusan.com.my/berita/nasional/awasi-kelompok-peralat-nama-ahli-sunnah-wal-jamaah-1.95940
-https://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH/videos/937540829609505/?pnref=story