Kuala Lumpur – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin kerajaan kerana dipilih menerusi sistem yang adil. Kenyataan Hadi ini merupakan pertama daripada Pakatan Rakyat (PR) – menyokong Najib yang kini diserang hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya,” kata Hadi di Kuala Terengganu seperti dilaporkan Mstar Online.
“Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya.”
Menurut Hadi, adalah sia-sia mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1MDB.
“Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat. “Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama,” katanya lagi.
Semalam Dr Mahathir meneruskan serangannya, mengatakan dirinya dalam keadaan serba salah apabila mahu melihat Umno memenangi pilihan raya tetapi enggan melihat kemenangan Najib dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
~KP nak hadiahkan sebuah seloka buat jemuan-jemuan dalam UMNO yang minta PM berundur
[Seloka buat jemuan UMNO]
Ada orang UMNO nk desak PM berundur dan berhenti,
kerja 24 jam pecah belah parti,cucuk sana sini,
yg dah jadi mantan gigih kutuk pemimpin parti,
tak bagi muka kpd Perdana Menteri utk selesai sendiri,
Presiden PAS pun sokong Perdana Menteri ,
Perlu apa PM berundur diri,
Dipilih dengan sah melalui sistem demokrasi,
Jika tak puas hati tunggulah pemilihan parti,
Biar nanti PRU 14 rakyat buat pilihan sendiri,
Pemimpin datang dan pergi,
UMNO tetap akan teguh berdiri,
~Keris Pusaka~
Tepat seloka tu Keris Pusaka.
ReplyDeleteInilah yg dinamakan 'sokongan yg membawa rebah' hj hadi tau umno sekarang ni dah lemah, rakyat tak puas hati dgn Najib...dan masa yg paling sesuai adalah PRU 14 buktinya PRK Rompin.
ReplyDeleteTeruskan sokongan anda kepada Najib dan teruskan mimpi indah wahai penyokong ahjibgor!
Kalau pihak lawan masih mahukan dia berada di situ...tentu ada muslihatnya...punahlah umno GE14
ReplyDeleteBodek sakan ada apa-apa ke? Rakyat pun bukan bodoh tahu siapa yang bersandiwara nak selamat diri sendiri serta kaumnya.
ReplyDeleteAda makna tuuuu?
ReplyDeleteDalam hati haji
ReplyDeleteada chan aku menang lepas ni
emm.. blh tak sesapa bg nama org yg paling layak ganti najib.. yg cerdik, yg pandai, yg bukan kaki liwat dan kaki betina..
ReplyDeleteSalam ke atas kamu kp
ReplyDeleteSelama ini kamu boleh percayakah statement yg keluar dari mulut haji hadi? Maaf cakap statement politik boleh diertikan sebaliknya bro? Samada kita sedar atau tidak beliau mengambil krsempatan ke atas kelemahan najib itu sebenar yg tersirat dan tersurat. Wallahualam