Mencetus kontroversi menaikkan bendera PAS, Barisan Nasional (BN) dan bendera Malaysia di rumahnya di Kampung Tun Sardon di sini, dia menegaskan bahawa tindakan itu dibuat sebagai penghargaannya pada UMNO yang menyokong enakmen hudud yang dibentang di DUN Kelantan.
"Saya akan sokong siapa yang sokong hudud," tegas penyokong PAS tegar berkenaan.
Katanya, seramai 11 orang Adun UMNO di Kelantan menegaskan mereka menyokong hudud adalah semata-mata kerana Allah, dan bukan kerana parti atau kepentingan politik, menyebabkan dia begitu menghormato UMNO atas keputusan tersebut.
Ditemui di rumahnya disini, ahli PAS itu memberitahu bahawa dia turut menghormati UMNO kerana memberi laluan mudah pada partinya di Pilihanraya Kecil DUN Cempaka, Kelantan, dengan memutuskan untuk tidak bertanding di situ.
Menjelaskan tindakannya menggantung bendera PAS dan BN di rumahnya, lelaki berkenaan menegaskan ia dilakukan kerana Allah dan bukan disebabkan oleh parti.
"Saya buat macam ni pun, kerana Allah.. bukan kerana parti," katanya lagi menjelaskan pendiriannya kepada media.
"Kita sama-sama Melayu beragama Islam.. mengapa bertelingkah?
"Sedangkan di masjid kita boleh satu ummah.. di masjid kita boleh satukan UMNO dan PAS.. boleh bersatu dengan satu tok imam, satu imam sujud dan rukuk sama sekali.. kenapa di persada politik kita tak dapat lakukan tu semua?," katanya mempersoal segelitir pihak yang "bertepuk tangan" melihat umat Islam berpecah belah di negara ini.
Justeru itu, penyokong PAS tegar itu mengharapkan agar para pemimpin kedua parti terbesar bangsa Melayu dan penganut agama Islam itu supaya bersatu pada satu hari nanti bagi memastikan sebuah negara Malaysia yang lebih baik.
"Dengan dua kekuatan wakil Islam UMNO dan wakil PAS, saya harap bersatu... maka jadilah Malaysia," katanya lagi. -Utaranews.com
Komen KP : KP salute ahli PAS seumur hidup ini yang bermati-matian dengan prinsip jelas menolak calon pilihanraya yang menolak hukum hudud . Ini bagi KP satu petanda besar bahawa angin perubahan sedang berlaku dengan hebat terhadap PR di Permatang Pauh dan KP doakan agar UMNO BN dapat merampas kembali kerusi ini selepas 17 tahun di tangan PKR pada 7 Mei 2015 akan datang.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.