Itu kiasan pencadang usul ucapan presiden, Datuk Md. Alwi Che Ahmad bagi menegur senario yang berlaku dalam parti sejak kebelakangan ini.
"(Kepada) timbalan, kalau nak bang (azan) tengah padang, itu silap. Kalau nak bang, esok bang di masjid itu contoh ringkas. Itu sahaja pun kesilapan timbalan," ujarnya sambil menerima tepukan para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu juga mahu Muhyiddin berdamai demi perpaduan parti.
"Tahun ini timbalan presiden kena berdamai dengan diri, insya Allah kita (UMNO) selamat," jelasnya.
Md. Alwi juga membawa perwakilan melihat kesan apabila berlakunya pertembungan dua pemimpin besar parti seperti krisis Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 dahulu.
"Masa tahun 1987, Mahathir lawan Ku Li..Kelantan menerima kesan yang besar kerana pada pilihan raya umum selepas itu, UMNO dapat kosong," katanya.
Mengenai kos hidup rakyat akibat kenaikan tol dan sebagainya, beliau mahu kerajaan merombak semula perjanjian itu bagi memastikan rakyat tidak terbeban.
Perjanjian yang dibuat pada zaman bekas Perdana Menteri itu mungkin dibuat pada masa ekonomi terutama minyak dan komoditi masih mahal tetapi kini kesan global menyebabkan ekonomi negara terkesan.
"Saya minta UMNO yang juga pemimpin kerajaan supaya rombak semual tol berkenaan. apa nak takut? Masa itu bukan Presiden yang sain perjanjian itu..guna kuasa barulah rakyat sedar UMNO membela mereka," katanya.-
Sumber-MalaysiaGazette
Kata Alwi, beliau akui tradisi berubah mengikut peredaran masa tetapi tradisi yang baik haruslah diteruskan supaya parti akan terus berada dalam keadaan aman.
“Tradisi kita orang Melayu, kalau marah anak kita pukul tetapi bukan hingga separuh mati, bukan lempang hari-hari. Islam tidak mengajar kita macam itu.
“Tahun ini saya hendak kata pada Timbalan Presiden dan Naib Presiden, berdamailah dengan diri, InsyaAllah kita aman.
“Dalam parti kita tidak boleh hentam sahaja ikut perasaan kita. Suara kita mesti sama,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
Mengambil contoh apa yang berlaku di Kelantan, Alwi menegaskan Umno tidak boleh lagi terus bergaduh sesama sendiri kerana akan memberikan kesan yang buruk kepada parti.
Alwi minta mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengingati semula apa yang beliau lakukan sebelum ini sehingga Umno semakin hilang kepercayaan rakyat.
“Tun Mahathir kena ingat, tahun 1987 beliau bergaduh dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sehingga Umno diharamkan. Tahun 1990 Kelantan kalah sampai sekarang tidak bangkit-bangkit.
“2004 hampir tetapi kurang dua kerusi. 2008 ingat boleh bangkit tetapi Tun balun lagi. Dia balun Umno akhirnya kita hilang 2 per 3 majoriti. “Salah sikit-sikit itu biasalah. Pemimpin kita… cukuplah. Jangan mengkritik di khalayak.
“Kelantan dah rasa, jangan sampai satu Malaysia rasa perkara yang sama,” ujarny
Aku rasa alwi yg bang dalam jamban..pandai ngata orang...dah buat survey dan dapat maklumbalas rakyat ke blum.
ReplyDeleteahli politik sibok isi bakul sendiri sibok nak tutup mulut orang! Pesan Pak Lah dulu masih aku ingat, jangan sampai oarang yak mahu kata apa-apa lagi, itu bermakna baik pergi mampus!!! Itukah yang UMNO mahu?? Apa salah buka mulut beri komen supaya ahli politik atasan tahu persepsi rakyat terhadap mereka!!! Sudah pastikah UMNO akan bertahan dalam PRU akan datang??? Diam Melayu daim berisi, takut ramai pemimpim Melayu akan terbangsat akhirnya nanti!!!
ReplyDeletealwi menambah kebencian rakyat kt umno...mana bole kami diam pasal 2.6 bill dan mana boleh selesai tanpa ada mekanisma yang betul ,,,,rakyat menanti jawapan yang bernas kalaupun nak sokong najib balik
ReplyDelete