Dikala hampir kesemua Naib2 Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Bahagian2 bersama dengan Presiden UMNO sewaktu masa getir UMNO ketika ini, Muhyiddin Yaasin memilih untuk tidak menyokong Najib .Ketidakhadirannya ke Majlis Taklimat Presiden semalam pun menjadi tanda tanya walaupun diberitakan beliau tiba di PWTC tetapi tidak masuk ke dalam dewan. Entah kenapa begitu sekali marahnya kepada Najib dengan sengaja tidak menghadirkan diri pada program yg sangat penting semalam.Katanya, beliau tidak kisah gugurkan atau dipecat tetapi hairan kenapa beliau sengaja meletakkan dirinya agar Mesyuarat Majlis Tertinggi mempunyai sebab untuk memecat beliau.Adakah dia cuba meraih simpati ahli-ahli UMNO seperti mana kes Anwar Ibrahim dahulu sewaktu dipecat oleh Tun Dr. Mahathir ?
Isu 1MDB dan 2.6 Billion yang dibangkitkannya berkali-kali dimana-mana ditempat yang berliau berucap terutaman sewaktu perhimpunan beliau di Kelab Sultan Sulaiman telah dijawab semalam oleh Najib. Apabila ditanya beliau,dia kata Najib tidak jawab padahal sudah berbuih mulut Presiden UMNO menjelaskannya.Jika beliau beralasan tidak cukup maklumat boleh sahaja beliau bertemu Najib sendiri dan melontarkan soalan-soalan yang ingin beliau ajukan.Tetapi, adakah beliau akan menerima jawapan2 yang akan dijawab itu ?
Bak kata pepatah, "menarik rambut di dalam tepung,rambut tidak putus , tepung tidak berselerak". Itulah yang sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin Yaasin dalam mendepani pergeserannya dengan Najib. UMNO dan ahli2nya sama sekali tidak bersalah yang perlu diheret sama dalam pergeseran politik mereka.Tindakan dia bersama Tun mengkritik secara terbuka terhadap kepimpinan UMNO dilihat tidak ubah seperti ayam yang berkokok tanpa tajinya kerana kegagalannya untuk mendapatkan pengaruh ahli-ahli UMNO bersama beliau dalam usaha melemahkan kepimpinan Najib.
KP sempat hadir ketika beliau berucap di Kelab Sultan Sulaiman isnin lepas. Ya, memang ramai sekali hadirin yang hadir dalam kalangan ahli UMNO yg keliru tetapi KP juga melihat sebahagian besarnya dikalangan ahli parti pembangkang spt PKR dan PAS yang datang kerana benci mereka terhadap Najib dan UMNO.Jadi bagi mereka tidak salah menyokong Muhyiddin sebab punyai sama tujuan demi menjatuhkan Najib.Jadi,kenapa Muhyiddin membuka ruang agar pembangkang punya alasan memburukan UMNO dan kerajaan ?
Jadi,adakah ini yang mereka kata suara majoriti ahli UMNO ? Tindakan beberapa peringkat cawangan UMNO tidak mencerminkan majoriti ahli-ahli UMNO menolak kepimpinan Najib.Kalau betul Muhyiddin Yaasin anak jantan wajar bagi beliau hadir semalam dan berdepan dengan realiti bahawa perwakilan UMNO masih setia bersama Presiden.
Hidup UMNO
Hidup Melayu
Bak kata pepatah, "menarik rambut di dalam tepung,rambut tidak putus , tepung tidak berselerak". Itulah yang sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin Yaasin dalam mendepani pergeserannya dengan Najib. UMNO dan ahli2nya sama sekali tidak bersalah yang perlu diheret sama dalam pergeseran politik mereka.Tindakan dia bersama Tun mengkritik secara terbuka terhadap kepimpinan UMNO dilihat tidak ubah seperti ayam yang berkokok tanpa tajinya kerana kegagalannya untuk mendapatkan pengaruh ahli-ahli UMNO bersama beliau dalam usaha melemahkan kepimpinan Najib.
Jadi,adakah ini yang mereka kata suara majoriti ahli UMNO ? Tindakan beberapa peringkat cawangan UMNO tidak mencerminkan majoriti ahli-ahli UMNO menolak kepimpinan Najib.Kalau betul Muhyiddin Yaasin anak jantan wajar bagi beliau hadir semalam dan berdepan dengan realiti bahawa perwakilan UMNO masih setia bersama Presiden.
Hidup UMNO
Hidup Melayu
Andainya seorang Timbalan Presiden Umno yang sudah begitu lama dalam perjuangan Umno diaibkan dan dihina dengan penghinaan sekeji-kejinya, adakah masih mampu untuk mendiamkan diri dan buat biasa umpama tidak punya maruah diri. Sanggup duduk bersama seorang manusia hina yang tak punya maruah langsung demi cinta kepada kuasa dan "CAsh is King". Hentikanlah hinaan dan tekanan kepada TSMY dan DSA juga pemimpin UMno lain yang sekata dengan TUn Dr Mahathir. CAra bagaimana resah dan kesah para media hendak mengcungkil berita dan isi hati TSMY juga telah mencerminkan betapa pada fikiran rakyat Malaysia, hakikatnya sekarang TSMY ialah PM in Making yang akan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Malaysia dalam sedikit masa lagi.. Insya Allah.
ReplyDeleteNajib lupa, dia jadi pm pun sebab mahyuddin dan tun m yang membantu dan menyorong dari belakang. Aku ingat lagi, masa tu semua orang nampak najib penakut untuk membuat kenyataan meminta paklah berundur. Mahyuddin yang buat kenyataan media di singapore minta paklah berundur.
ReplyDeleteMemang betul pertanyaan mahyuddin, apa dosa dia dalam umno hingga dihalang berucap.