Saturday, March 5, 2016

Agenda Tun Mahathir Keterlaluan, Rakus Tumbangkan Najib


KUALA LUMPUR, 4 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Tun Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO melakukan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib daripada jawatan Perdana Menteri bukan sahaja memberi kesan kepada Perdana Menteri, tetapi juga kepada parti, kerajaan dan negara.

 Jelas beliau di saat saf kepimpinan negara sedang bertungkus-lumus memastikan ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Tun Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus dengan agenda menjatuhkan Perdana Menteri.

 Tegasnya kestabilan yang selama ini menjadi tonggak kekuatan negara cuba dihakis semata-mata untuk menjayakan agenda politik penuh kebencian. DS Hishammuddin“Saya tidak faham bagaimana Tun Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO ini boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, PAS, DAP, AMANAH serta NGO-NGO lain semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri.

 “Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi jalanan. Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang inilah suatu ketika dahulu yang menggelarkan Tun Mahathir sebagai ‘Firaun’”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

 Malah jelasnya lagi apa yang dikesalkan sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO ini seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah ketika ini.

 “Mereka harus menghormati sistem demokrasi yang kita junjung. Tindakan mereka hari ini jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip perjuangan yang mereka pegang selama ini. “ Saya harap ahli-ahli UMNO faham bahawa Tun Mahathir sudah keluar dari UMNO dan kini mula bergabung dengan pembangkang, justeru tindak-tanduknya sudah pasti tidak lagi mengambil kira kepentingan UMNO”, ujarnya. 

Tindakan Tun Mahathir hari ini juga kata beliau lagi tidak langsung mencerminkan sifat-sifat seorang negarawan yang menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan mementingkan kesejahteraan rakyat.-MediaUMNO

3 comments:

  1. madey tu melayu ke? jwb soalan tu dulu.. sbb aku konpius..

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro,Niat Tun M hanya mahu menyingkirkan Najib BUKANNYA kerajaan BNU.UMNO atau BN tiada kena mengena dalam hal ini.Dia ingin menyingkirkan Najib kerana Najib telah menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN.Jika tidak BN/UMNO akan menghadapi masalah semasa PRU 14.....

    ReplyDelete
  3. Engkau ni tak paham issue lah Hisham...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.