Sebelum kita bercakap mengenai Khawarij ini, mari kita merungkai sejenak sejarah bermulanya golongan ini dalam Islam.
Khawarij (bahasa Arab Khawārij خوارج), secara harfiah bermaksud "mereka yang keluar". Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masehi di selatanIraq. Mereka berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.
Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum Muslimin mengangkat Ali bin Abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang membunuh Uthman saja mengikut hukum Qisas dalam Islam. Kerana keenggan Muawiyyah mengikut hukum Qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin. Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib. Secara umum, ajaran utama golongan Khawarij adalah:
- Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat Imam Hasan al-Basri dan golongan Muktazilah).
- Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah, dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
- Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.
Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir. Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Melalui tafsiran inilah golongan Khawarij menghalalkan darah Ali dan Muawiyah untuk dibunuh. Pada zaman moden ini, terdapat kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna pakai hukum takfir untuk membunuh mereka yang tidak berdosa termasuk orang Islam.
KITA BUAT PERBANDINGAN DENGAN AMANAT HADI
“Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”
Amanat Hadi Awang telah melahirkan golongan pelampau agama yang berperwatakan seperti berikut:-
1. Taksub kepada pemimpin mereka sahaja.
2. Keras kepala, keras hati dan degil
3. Bertindak keras tidak bertempat
4. Bersikap kasar dan agressif terhadap orang lain
5. Jahat sangka terhadap orang lain
6. Gemar menabur fitnah dan mengkafir sesama Islam
Makna kepada kafir mengkafir ialah kemuncak perlakuan jahat kerana apabila sesorang Islam dikafirkan bermakna kehormatan, harta benda, darah dan nyawanya halal untuk diceroboh.
Politik Takfir yang mula dilancarkan oleh kaum khawarij dalam kurun pertama Hijrah, adalah hasil daripada penerapan secara palsu prinsip-prinsip atau aqidah politik ke dalam isu-isu politik yang berubah-ubah. Hal yang sama, terjadi kepada PAS dan PAS menggunakan hujah-hujah yang sama kaum khawarij bagi menggerakkan politik takfir.
Tentunya, PAS menafikan bahawa ia melaksanakan politik takfir di dalam mencapai matlamatnya. Sememangnya secara rasmi, tidak ada keputusan di peringkat pembuat dasar PAS menyebut tentang perkara itu.
Tetapi politik takfir ini menjadi tajuk yang digemari oleh penceramah-penceramah dan pemimpin PAS, terutama di Kelantan dan Terengganu, dan akhir-akhir ini, di pantai Barat Semenanjung. Kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS membuktikan parti itu menjalankan politik takfir di dalam kegiatan-kegiatannya. Kajian ke atas ucapan-ucapan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas menunjukkan politik takfir itu dijadikan senjata untuk meletakkan PAS sebagai golongan orang-orang beriman dan UMNO sebagai golongan kafir. Di dalam ucapa-ucapannya Nik Aziz sering membawa ayat-ayat Al-Quran mengenai perjuangan para nabi dan ayat-ayat yang menyebut mengenai penentang-penentang mereka.
Secara jelas Nik Aziz melatakkan PAS sebagai golongan beriman yang meneruskan perjuangan nabi-nabi dan UMNO adalah penentang perjuangan nabi-nabi. Justeru itu tanpa landasan, kebenaran para pengikut PAS menuduh pemimpin UMNO khususnya Dato” Seri Dr. Mahathir sebagai Firaun, Abu Lahab dan sebagainya.
Dalam kenyataan Nik Aziz pada 15.4.1995, waktu diminta mengulas langkah UMNO mengemukakan calon-calon daripada kalangan guru-guru agama (ustaz) beliau berkata bahawa ustaz-ustaz UMNO sama dengan ahli ahli al kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad s.a.w.
Seterusnya beliau mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO dalam pilihanraya umum 1995. Apabila diminta mengulas mengenainya, beliau berkata bahawa perang Badar adalah perang yang memberi kemenangan hebat kepada Islam ke atas tokoh-tokoh kafir Quraisy dari Mekah (UM 15.4.1995).
Pemimpin-pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Haji Hadi dan lain-lain, secara terang-terang menuduh UMNO parti sekular yang mengasingkan agama daripada politik. Berdasarkan kepada tuduhan itu, mereka mengeluaqrkan kenyataan bahawa mati melawan UMNO adalah mati syahid. Seterusnya fatwa dikeluarkan di dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong bahawa ” sesiapa yang berkata politik suku agama suku, jadi kafir”. Kenyataan-kenyataan ini disebarkan secara meluas dengan judul “Amanat haji Hadi”.
Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir (takfir) ialah halal darah, maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada pertumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah dan Khalifah Islam ketiga dengan matinya beliau.
Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya, yang berakhir dengan peperangan al-Jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali. Peperangan al-Jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam.
Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali r.a. Golongan Khawarij bukan saja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya, tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan mereka ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.
Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat.
Fahaman khawarij telah lama lenyap, yang masih ada hanya satu golongan daripada mereka iaitu puak Ibadhiyyah yang terdapat di Afrika Utara. Namun kefahaman mereka telah berubah dan tidak lagi mengkafirkan orang-orang Islam yang melakukan maksiat, atau tidak melaksanakan hukum Allah, selagi tidak mengingkari hukum-hukum Allah itu.
Gejala takfir hidup semula di Mesir di kalangan banduan-banduan yang dipenjarakan oleh Jamal Abdul Nasir kerana mereka menganggotai gerakan Ikhwan Al-Muslimin. Kekejaman yang diluar batas kemanusiaan yang dilakukan oleh diktator Jamal Abd. Nasir, menyuburkan kefahaman ini, kerana mereka tidak lihat bahawa pemerintahan kuku besi itu boleh dianggap sebagai pemerintahan bercirikan Islam.
Bagaimanapun fahaman ini didokong oleh golongan muda ikhwan dan sandaran mereka untuk berpegang kepada pemikiran takfir ini ialah beberapa tanggapan salah terhadap tulisan-tulisan Sayid Qutub dan Al-Maududi. Meskipun fahaman ini ditentang hebat oleh golongan tua ikhwanul Muslimin yang berilmu dan berpengalaman luas, seperti Mursyid Amnya Hasan Hudai’bi, tetapi pandangan itu tidak dipedulikan oleh mereka. Hasan Hudai’bi, menulis buku (Pendakwah bukan Hakim) bagi membendung gejala takfir itu, namun ia tetap berkembang di dalam menghadapi kekejaman diktator Nasir.
Sebenarnya perkembangan kefahaman takfir di Malaysia ini, pada mulanya daripada fatwa-fatwa Sahikh Abdul Kadir Mandili, seorang ulama Melayu yang warganegara Arab Saudi. Beliau seorang yang alim dalam ilmu-ilmu agama, tetapi tidak mengetahui politik, tidak berpengalaman langsung di dalamnya.
Fatwa-fatwanya tentang politik dibuat berasaskan pertanyaan-pertanyaan yang dibuat oleh orang-orang dari Malaysia yang menziarahinya di Mekah. Pertanyaan-pertanyaan dan jawapan-jawapan itu, kemudiannya dibukukan di dalam kitab yang bernama “Matahri” dan “Islam dan Kedaulatan” yang menfatwakan haram bekerjasama dengan orang kafir di dalam pemerintahan. Tetapi karangan Shaikh Abdul kadir itu hanya popular di kalangan ustaz-ustaz dan guru-guru pondok sahaja.
Apabila berlaku kesedaran Islam di negara ini sekitar tahun 70an, dimana golongan terpelajar mendapat percikannya , fahaman-fahaman takfir ini, mendapat ilham baru daripada karangan Al-Maududi dan Sayid Qutb. Meskipun karangan mereka lebih banyak menjelaskan tentang persoalan prinsip mengenai pemerintahan tetapi penerapan prinsip itu di dalam menjelaskan isu-isu politik, menimbulkan banyak salah faham sehingga mengakibatkan berlakunya kegiatan takfir. Tetapi gejala ini hanya terdapat di dalam PAS tidak merebak ke dalam pertubuhan lain seperti ABIM.
Politik takfir merupakan penyelewengan agama yang serius. Ia menyimpang daripada ajran Al-Quran dan Al-Sunnah serta terkeluar daripada fahaman ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Justeru itu fahaman ini perlu dibendung kerana ia boleh menghancurkan umat Islam, mendedahkan mereka kepada permusuhan yang mendalam serta menghancurkan persaudaraan dikalangan mereka. Bagi membendung ideologi takfir ini, fahaman ahli Sunnah Wal Jama’ah yang berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah hendak diperhebatkan supaya difahami secara mendalam oleh masyarakat Islam.
Berapa kefahaman yang menjiwai politik takfir diamalkan oleh PAS, seperti fahaman mengkafirkan orang-orang UMNO kerana kerajaan yang diterajui oleh UMNO tidak melaksanakan hukum Allah. Justeru orang-orang UMNO dihukum kafir, maka sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Kefahaman dan amalan ini dibentuk di atas alasan dan hujah yang salah yang terkeluar daripada fahaman ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Alasan bahawa kerajaan tidak melaksanakan hukum Allah dan kerana itu kerajaan adalah kafir dan orang yang mendokong dan menyokong kerajaan adalah kafir, tidak boleh diterima. Ini ialah kerana tidak semua hukum Allah tidak dilaksanakan dan tidak terlaksananya hukum-hukum Allah itu bukan bermakna menolaknya sehingga mengingkarinya.
Menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah bahawa tidak melaksanakan hukum Allah tetapi tidak mengingkarinya tidak membatalkan iman. Berbeza dengan pegangan khawarij bahawa seseorang menjadi kafir apabila tidak melaksanakan hukum Allah.
Fatwa Haji Hadi bahawa ” sesiapa yang berkata politik suku agama suku jadi kafir” adalah fatwa karut yang tidak berlandaskan kaedah usuludin. Menurut kaedah usuludin bahawa seseorang tidak boleh dikafirkan dengan perkataan atau perbuatan selagi boleh ditakwil dengan makna yang lain daripada makna kekufuran. Orang yang berkata politik suku agama suku perkataannya boleh ditakwilkan dengan berbagai-bagai makna yang tidak membawa pengertian kufur. Kerana itu tidak boleh dihukum kafir orang yang membuat kenyataan seperti itu