Wednesday, July 27, 2011

Cerita Zaman Sekolah Mat Sabu

Suatu hari di sebuah sekolah,seorang guru masuk lalu memulakan kelas dengan mengajar jenis-jenis kenderaan kepada murid-muridnya.Guru itu menunjukkan gambar kenderaan-kenderaan itu di depan murid-murid.


Cikgu: Ok murid-murid semua ikut cikgu sebut ya Ini Landrover!
Anak murid: Ini Landrover!
Cikgu: Ini Pajero! Ini Waja!
Anak murid: Ini Pajero! Ini Waja!
Cikgu: Ok cuba adik Mat Bu U turn sebut nama-nama kenderaan tadi. (kah kah kah... part ni aku tak boleh tahan.. pecah perut)
Adik Mat Bu U Turn: Ermm errr emm Waja, Landrover tak kenal yang mana satu cikgu.
Dalam hati Cikgu: Awat la dia nie bengap sangat aih !!!!
Anak murid lain: Bengap sungguh la hang ni Mat Bu U turn...yang tue pun hang tak tau....tue la orang mai sekolah nak blajaq nak timba ilmu...yang hang mai nak rosakkan minda orang...apa la nak jadi dengan hang nie.....ish...ptuihhh
Kalau rabbit dengan fish pun tak kenal...memang lagi bengap la
Inilah adik Mat Bu U turn tue...hikhikhik




Ini semua satira politik sahaja....Jangan marah ye Encik Mat...hehe

Tuesday, July 26, 2011

PAS Yang Tak Mahu Mengaku Bodoh



Umno-Barisan Nasional(BN) diingatkan supaya tidak lagi memperbodohkan rakyat hari ini dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir serta mendapatkan maklumat biarpun ia cuba disembunyikan pentadbiran Umno-BN.

"Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya dipetik Harakahdaily.

Justeri itu, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman kebangkitan rakyat dan menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini.

Katanya, ia termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu oleh Felda selama bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka.

Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain.

Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang.

"Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.

"Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. 



Komentar KP:


KP sebenarnya dah naik jelak dah dengan skrip yang sama sahaja yang asyik dimainkan oleh pemimpin pembangkang nie terutamanya pemimpin PAS.Mereka ini makin hari makin hebat diperkudakan oleh rakan sehidup semati mereka iaitu DAP dan PKR itupun mereka masih bebal dan terus biarkan diri dicucuk hidung untuk tunduk atas segala arahan sehingga membuatkan mereka sendiri menjadi bodoh dan tidak berdaya membuat keputusan sendiri dan masih terikut-ikut rentak Big Momma mereka DAP dan PKR.
Kini, disalahkan pula kerajaan kerana memperbodohkan rakyat dengan media arus perdana yang dikuasai kerajaan.Siapa yang memperbodohkan rakyat sebenarnya??


 Fakta

  • PAS memperbodohkan rakyat dengan mengajak turun ke BERSHIT 2.0 sampai meragut nyawa seorang peserta perhimpunan haram itu !!!Siapa yang perbodohkan rakyat???


  • PAS memperbodoh rakyat terutamanya Umat Islam dengan menjanjikan syurga buat pengundi yang mengundi PAS!!!Siapa yang perbodohkan rakyat???
  • PAS memperbodoh dan menipu rakyat dengan menukar Dasar Negara Islam menjadi negara kebajikan pada Muktamar lepas!!!Siapa yang perbodohkan  dan menipu rakyat???
  • PAS memperbodoh rakyat dengan  isu video Seks Anwar Ibrahim dan Chinadoll yang dikatakannnya "BESI"  dan tak boleh jadi saksi!!!Siapa yang perbodohkan rakyat??
  • PAS memperbodoh rakyat mengenai Isu Ladang Rakyat di Kelantan!!Siapa yang perbodohkan rakyat???



 Lu Pikir La Sendiri..... 



Thursday, July 21, 2011

Apabila Pesuruhjaya PAS Selangor Berfatwa......


Semuanya Halal belaka....yang haram akan menjadi halal dan yang halal akan menjadi haram ikut kesesuaian mereka. Memang sudah sedia maklum dengan  sifat-sifat juak-juak Parti Ambiga Sreenevasan(PAS) ini yang bertakbir siang dan malam kononnya mereka itu lebih islam dari islam.
Tapi dalam isu begini dengan tidak menggunakan nas dan dalil yang sorih terus menfatwakan "halal" ikut sedap mulut sahaja kononnya  perhimpunan haram itu halal dari segi syarak.

Memetik kata YB Meru ini yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru:
"If something is haram, it remains haram for all time, it cannot change...but the Bersih rally is not haram, it is halal by syarak (Islamic laws)." “For the Islamic pilgrimage (Hajj), millions of Muslims gather at one place in worship of Allah (God). The same as Friday prayers... We gather together, all Muslims in one area in pursuit of religion,” he told reporters today.

Jika kiasan ataupun 'qias' sebegini diguna pakai untuk menghalalkan demonstrasi atau tunjuk perasan yang haram seperti BERSIH ,ia sangat bertentangan dengan Islam.Jika dia berkata hari-hari kita berhimpun untuk solat itu benar,tapi adakah berhimpun itu untuk protes didepan Allah S.W.T.Kita solat 5 kali sehari secara jemaah itu tidak boleh disamakan dengan demonstrasi,kerana demonstrasi ini bermaksud protes ,adakah kita berprotes didalam solat kita dan didepan Allah??Tidak sama,mengerjakan solat itu tanda kita taat dan patuh serta syukur atas nikmat dan segala pemberian oleh Allah S.W.T dan bukannya kita nak protes depan Allah.Sama juga seperti mengerjakan haji,ianya salah satu rukun islam dan berhimpun di Kota Suci Mekah itu bukannya nak protes ,ia sebagai tanda ukhuwah dan persaudaraan sesama islam dan bertujuan ibadah serta mencari redha Allah S.W.T,tapi demonstrasi ini bukannya nak rapatkan ukhuwah bahkan menambahkan perpecahan dalam umat dan masyarakat islam sahaja.


Adakah pembaca semua sudah lupa akan peristiwa demonstrasi pertama didalam islam yang pernah KP coretkan dalam entry  terdahulu mengenai pemberontakkan  yang dianjurkan oleh yahudi yang bernama Abdullah Saba' yang telah meragutnya nyawa sahabat Rasulullah yakni Khalifah Uthman Ibni Affan

Jadi apa bezanya Abdullah Saba' ini dan Ambiga Sreenevasan??Lu pikir la sendiri ...

Kepada YB Meru, bercakaplah dengan menggunakan perspektif islam secara menyeluruh bukannya secara assabiyah, untuk puak-puak aku ianya "halal" untuk orang lain hukumnya "Haram".
Yang Haram Tetap Haram.....Hukum jangan diubah-ubah 

Wallahu'alam .......

Tuesday, July 19, 2011

Nak Bercuti Pun Pakai Baju " BERSHIT"

Teh Hoong Keat, Lan Suet Ling dan Chin Kah Wai, bersama dengan seorang lagi rakan mereka, telah merancang untuk bercuti selama dua hari satu malam di Cameron Highlands Sabtu lalu untuk melunjur kaki dan mungkin juga untuk aktiviti meredah hutan.

Namun begitu, apabila waktu malam sudah berakhir, mereka telah hilang semua keinginan untuk menghabiskan percutian tersebut.

Teh berkata, mereka balik ke bilik hotel untuk berihat selepas makan malam dan mengunjungi pasar malam, apabila seorang kakitangan hotel mengetuk pintu bilik mereka pada kira-kira jam 12.45 tengah malam.

"Mereka meminta kami menukar bilik kerana terdapat satu keluarga 
yang menginap di bilik sebelah dan kami mungkin agak bising.

"Pada masa itu, saya fikir dia ternampak kami memakai baju-T BERSIH di dalam bilik. Selepas kita bertukar bilik, kira-kira 10 minit kemudian, ada orang mengetuk dengan kuat pintu bilik kami."

Bila pintu dibuka, kata Teh, sekurang-kurangnya 13 orang yang menunggu di luar terus meluru masuk ke dalam bilik tanpa memperkenalkan diri mereka.


"Saya bertanya siapa mereka, dan seorang daripada mereka 
menunjukkan ID - ketua inspektor Basar Safar. Dia berkata, pihak pengurusan hotel telah menghubungi pihak polis, memaklum ada sekumpulan orang yang memakai baju-T Bersih," kata Teh (tengah) - Malaysiakini

NONE
Padan Muka Kami Sebab Sokong BERSHIT!!!

Komentar KP : Sayang sungguh mereka nie dekat anwar dan ambiga sampaikan nak bercuti pun nak pakai baju T -shirt kuning BERSHIT@BERSIH.Memang penyokong tegar sungguh mereka nie.Apa rasionalnya mereka nie nak pakai baju haram nie lepas tue yang peliknya  tiga orang nie pulak pakai baju nie pada waktu yang sama???Nak buat apa???Kata nak pergi bercuti ,bercuti saja la yang nak sibuk pasal BERSIH ini apa pasal.Tu yang pasal pihak hotel telefon polis kerana takut-takut apa-apa akan berlaku.Ini isu keselamatan awam.Tue la akal ada tak mau pakai,lain kali pikir habis dulu kalau nak pakai pun.Kalau lah kononnya nak tunjukkan kat orang awam yang korang nie penyokong BERSHIT pun, tak payah la sampai dalam hotel pun nak tunjuk.Kalau nak tayang sangat pergi la jalan-jalan dekat kawasan awam,konfem baru 2 3 langkah nak bergerak polis dah cekup ...hahaha

Inilah jadi disebabkan oleh terpersona dengan angan-angan mat jenin Anuwar dan revolusi taik minyak dia tue nak rampas Malaysia.Tak guna pun sembang panjang dengan orang macam mereka nie sebab dah teruk kena doktrin dengan juak-juak PR.

Monday, July 18, 2011

Al Fatihah Buat Dr Lo' Lo' Bt Ghazali

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
      (Al Baqarah ayat 156)





BERITA RASMI YANG DILAPORKAN OLEH HARAKAHDAILY DISAHKAN OLEH LAMAN FB NIK AZIZ SERTA LAMAN FB FAN ALLAHYARHAMAH DR LO'LO' BAHAWA ALLAHYARHAMAH TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 10.15 MALAM TADI DI HOSPITAL SELAYANG. BERITA DITERIMA DARIPADA ANAK ALLAHYARHAMAH MELALUI SMS KEPADA HARAKAHDAILY. DIKATAKAN PENGEMBUMIAN DIADAKAN ESOK PAGI DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DATUK KERAMAT.
AL- FATIHAH
INNALILLAHI-WA-INNA-ILA​IHI-ROJI'UUN..


Walaupun perjuangan kita berbeza tetapi kita tetap saudara sesama islam

"Innamal mu'minu na ikhwatum"                       
  (Surah Al'Hujurat ayat 10)
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"

Wednesday, July 13, 2011

Eksklusif: Video Penipuan Pakatan Rakyat Mengenai Kes Kematian Penyokong BERSIH 2.0


“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
      (Al Baqarah ayat 156)

Pertama sekali, KP ingin mengajak semua pembaca yang beragama islam supaya menyedekahkan bacaan surah al -fatihah kepada arwah yang kembali ke rahmatullah pada sabtu yang lalu 

Moga-moga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba-hambanya yang soleh.

Firman Allah Dalam surah  Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:

"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"

Sudah terang lagi bersuluh,penipuan dan pembohongan oleh pakatan rakyat terhadap rakyat malaysia tidak bertahan lama dan berjaya dibongkar oleh cybertroopers kerajaan  berkat ilham dari Allah S.W.T yang tidak akan membiarkan golongan seperti ini membuat onar dan masalah kepada rakyat malaysia khususnya umat islam.Allah telah membuka pekung-pekung pembohongan mereka melalui cybertroopers yang berjuang demi agama,bangsa dan negara.

Sebenarnya,memetik kepada rencana blog rakan KP sendiri ,http://mediapermatangpauh.blogspot.com/
katanya: 
Inilah wajah yang digunakan oleh Media pembangkang dan Juak-juak PR sebagai
Arwah Baharudin Ahmad
Ini sebenarnya gambar Shuhardi Mohd bukannya Baharudin Ahmad
Nampak benar PR menipu hidup-hidup
Kesian kat keluarga Arwah Baharuddin Ahmad yang kematiannya disebabkan sakit jantung telah diperalatkan serta dimanipulasi demi kepentingan politik jijik lagi keji pemimpin Pakatan..

Dan isu kematian arwah juga jadi sajian enak buat pencacai-pencacai upahan Anwar untuk memburukkan PDRM dan pemimpin negara.

Tapi..., kita kena yakin dan berpegang bahawa kebenaran itu sentiasa akan muncul akhirnya.. Dan itulah yang berlaku bila sikit demi sedikit penipuan Pakatan terbongkar...

Pendedahan konspirasi ni betul-betul dah memalukan pemimpin pembangkang termasuklah jentera siber dan media tolol dorang..

Kenapa Shuhardi Mohd digambarkan sebagai arwah Baharuddin? Dan kenapa video "kematian" Shuhardi si pelakon upahan begitu detail didedahkan didalam media dan blog pembangkang?

Nasihat gua kepada cybertroopers Pakatan, lain kali carilah pelakon yang berkaliber sikit yee.. Nampak sangat menipunya lakonan Shuhardi tu waktu "malaikat cabut nyawanya"...

Dan kepada seluruh pemimpin Pakatan.., korang semua memang cap ayam sebab upah cybertroopers yang tahap amateur untuk burukkan kerajaan. Last-last.., imej lu semua yang sendiri busuk beb..


Nampakkan,tembelang mereka sendiri dah pecah, sanggup menggunakan wajah orang lain di media massa bagi menunjukkan kononnya perjuangan arwah itu sangat bermakna dan polis menjadi kambing hitam atas kematiannya.Konspirasi bodoh pakatan rakyat ini akhirnya memakan diri sendiri sahaja.Tahniah kepada penipu-penipu dan tukang karut PR yang telah berjaya mendapat saham akhirat dengan jayanya 

Jom kita layan video pembongkaran penipuan mereka.....

Jawapan Ustaz Zamri Berkenan Gambarnya Di Perhimpunan Haram BERSIH


Printscreen diatas merupakan jawapan Ustaz Zamri berkenaan kontroversi gambarnya di BERSIH 2.0 baru-baru ini. Beliau memberi pandangan harus mengadakan demonstrasi ini dan haram memprovokasi demonstrasi.

Saya tahu banyak pandangan ustaz-ustaz yang mengharuskan mengadakan demonstrasi ini disebabkan oleh kononya tujuannya itu yang dilihat akan memberi kebaikan kepada rakyat padahal mereka tidak pula melihat kepada perkara yang lebih aula' seperti muamalah lelaki dan perempuan dalam demonstrasi.Semestinya saya yakin perhimpunan haram BERSIH sabtu lalu berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.Jadi apa rasionalnya keharusan dalam demonstrasi ini???
Mesti berlaku persentuhan diantara mereka ketika sedang berasak-asak dan bertempur dengan polis.

Saya juga sedia maklum bahawa ustaz-ustaz juga menggunakan dalil -dalil syari'e dari al quran dan hadis untuk mengharuskan demonstrasi ini tapi saya juga ada mendengar bahawa ada seorang ulama salafi yang berpandangan bahawa mereka yakni ustaz-ustaz ini menggunakan dalil dan nas ini  tidak kena pada tempatnya.contoh hadis ialah berkaitan jiran mengikut kata ulama itu .Lihatlah bagaimana singkatnya pendekatan yang diambil dengan mengambil nas dan dalil untuk disesuaikan dengan matlamat tanpa melihat kepada tatacara dan pelaksanaannya secara komprehensif.

Tujuan saya bukanlah nak mengajar tapi inilah hakikat sebenar hukum islam Demonstrasi bukan cara islam.Mengikut sumber sejarah yang saya baca,demonstrasi pertama dalam islam ialah ketika pemerintahan khulafa' Ar-Rasyiddin yang ke-3 yakni Saidina Uthman Bin Affan sehinggakan terbunuhnya Saidina Uthman Bin Affan.

Semua boleh nilai sendiri kerana demonstrasi ini bakal huru-hara kan negara seperti terjadi kepada sahabat Rasulullah S.A.W yang terbunuh sewaktu huru-hara berlaku semasa pemerintahannya kerana dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati akibat keputusan Saidina Uthman melantik dikalangan sanak saudaranya memegang jawatan dalam pentadbirannya,walhal Saidina Uthman hanya melantik sanak saudaranya yang berkelayakan dan berkebolehan sahaja.Tidak semua jawatan diberikan kepada sanak saudaranya, terdapat banyak jawatan yang turut diberikan kepada kabilah lain mengikut kesesuaian jawatan tersebut 


Namun isu yang sekecil ini akhirnya menjadi semakin besar sehingga menjadikan kaum muslimin huru hara,pergolakkan dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya menjadi salah satu punca perpecahan, pembunuhan sesama muslimin, perang saudara, wujudnya golongan-golongan seperti muktazilah, syiah yang membawa halauan masing-masing. Permulaan kepada perpecahan dalam Islam. Perpecahan kesatuan Islam.


Jadi,demonstrasi haram  ini lebih banyak membawa kepada perpecahan umat  dan memecahbelahkan institusi kesatuan islam sahaja dari kebaikan.

Mahukah Malaysia juga menerima nasib yang sama???Ambillah iktibar dan pedoman dari sejarah terdahulu agar kita tidak mengulanginya sekali lagi.

Wallahu'alam ....

Monday, July 11, 2011

Ustaz Zamri TV9 Pun Join BERSIH jugak !!!



Foto diatas merupakan gambar Ustaz Zamri  Mari Mengaji di TV9 semasa dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai baru-baru ini.Aku pun pelik kenapa la ramai pulak selebriti cuba nak menceburkan diri dalam hal-hal macam ini.Dulu,Wardina Safiyyah yang dihentam oleh pelbagai pihak kerana dikatakan menghadiri satu program bersama PKR dan menyokong mereka.Kini pulak Ustaz ini yang terkenal dengan trademarknya"Mantop" dalam program Mari Mengaji cuba-cuba nak terjun dalam hal-hal demonstrasi seperti ini.
Pada pandangan aku la, Sebagai seorang ustaz yang bertugas melalui ruang media bagi menyampaikan seruan dakwahnya kepada masyarakat seharusnya bersikap neutral dan tidak memihak kepada sesiapa kerana dikuatiri ia akan disalahtafsirkan oleh segelintir pihak bertujuan hendak merosakkan peribadi beliau.Jadi, sebagai seorang Da'ie ,ustaz mestilah sedia maklum dalam islam tidak ada sebarang dalil ataupun nas yang sorih yang membolehkan demonstrasi ini dihalalkan walaupun apa sekalipun tujuannya  tanpa melihat kepada cara dan bagaimana islam mengajar kita cara menegur pemerintah.Mengikut hadis Nabi, cara yang paling sesuai menegur atau membetulkan kesilapan pemerintah secara tertutup.Ini yang aku dengar dari beberapa orang ustaz dan guruku sendiri.
Aku pun malas nak ulas panjang sangat tentang hal ini kerana ustaz lebih tahu dan faham tentang maslahah ini.
Jadi pembaca nilailah sendiri apa akan jadi jika golongan ulama digunakan oleh puak-puak manusia yang bertopengkan syaitan ataupun dalam bahasa arabnya "As-syaitan linnas" dalam menghalalkan cara dan tujuan jahat mereka hendak menumbangkan pemerintah islam sendiri,Nauzubillahi Minzalik..moga-moga Allah menjauhkan kita dari petualang dan pengkhianat negara ini.

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan BERSHIT Yang TOTALLY Gagal Raih Sokongan Rakyat

Perhimpunan haram yang dirancang Sabtu gagal meraih sokongan orang ramai apabila sasaran penganjur perhimpunan, Bersih, sebuah badan tidak berdaftar, untuk mengumpul 100,000 penyokong tidak kesampaian apabila hanya 10,000 orang “turun padang” sehingga petang ini.
Ini memperlihatkan matlamat kumpulan itu kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tidak mendapat sokongan rakyat sepenuhnya memandangkan mereka sedar akan tujuan sebenar perhimpunan itu yang lebih bermotifkan politik.
Pemerhati politik Dr Sivamurugan Pandian berkata selain itu, perancangan teliti polis juga telah berjaya mengawal perhimpunan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Kalau benar-benar rakyat menyokong dengan apa yang diperjuangkan Bersih ini, sudah tentu mereka juga akan hadir. Tetapi ia menjadi sebaliknya. Ini berbeza berbanding ketika reformasi pada 1998, Hindraf dan Bersih pada 2007 yang mendapat sokongan ramai ketika itu.
“Ini sekaligus menunjukkan sambutan kepada perjuangan mereka (Bersih) hambar kerana rakyat telah melihat apakah sebenarnya matlamat yang hendak dicapai oleh kumpulan – tidak ada,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu yang berada di Kuala Lumpur sejak Rabu lepas bagi melihat sendiri perjalanan perhimpunan itu berkata kegagalan kumpulan haram itu mengadakan perhimpunan adalah hasil perancangan strategik polis untuk mengawal kemaraan kumpulan tersebut.
Beliau berkata strategi kumpulan itu ialah dengan bergerak dalam kumpulan kecil dari beberapa lokasi bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai supaya mereka dilihat lebih ramai daripada angka sebenar.
“Saya setuju bahawa gerakan dalam kumpulan kecil ini berjaya mempengaruhi minda dan mata supaya mereka ini nampak banyak. Sebenarnya saya tidak nampak pun orang Cina turun dalam perhimpunan ini, sebaliknya banyak di kalangan anggota PAS,” katanya.
Selain gagal meraih sokongan rakyat, Bersih juga gagal mewujudkan gelombang kuning apabila polis berjaya merampas baju-T berwarna kuning yang tertera perkataan Bersih sejak beberapa hari lepas sebelum perhimpunan itu diadakan.
Bersih juga hari ini mengaku gagal menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Bagaimana pun, Jawatankuasa Pemandu Bersih menerusi laman web rasmi mereka www.bersih.org menyatakan:”kita akan mengatur langkah sewajarnya untuk menyampaikan memorandum itu apabila keadaan kembali tenang.
“Perhimpunan hari ini tidak berakhir, ia merupakan satu daripada langkah yang panjang bagi pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia. Kempen akan diteruskan bagi mendapatkan pembaharuan dalam daftar pemilih, pembebasan tahanan dan bagi menamatkan gangguan pihak berkuasa,” kata laman web itu.
Sementara itu, menurut laman facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mereka yang ditahan kerana menyertai perhimpunan itu mendapat layanan yang baik dan profesional dari polis.
Polis telah menyediakan beberapa keperluan seperti makanan, pemeriksaan kesihatan dan tempat bersolat untuk kumpulan yang ditahan.
-Bernama
Komentar KP: Dah terang lagi bersuluh....hanya rakyat yang pergi turun BERSIH jadi balaci ambiga dan anwar pandikutty...rakyat dah awal lagi beri signal tolak himpunan bodoh dan  takdak hasil kepada rakyat...cuma tinggal rakyat yang masih tegar menyokong mereka sahaja yang turun.Bertempik la TAKBIR disana-sini sewaktu berdemonstrasi...tapi siapa yang paling ramai kena tangkap  orang melayu juga...Cina ...India mna pi ...depa tak turun demo ka...kenapa melayu pakat jadi bodoh dan tak berfikir panjang dahulu??? Bila dah kena cekup sapa yang nak mai jamin hangpa semua...si ambabiga nie ka....dia pun dah kena cekup....Anuwar ka...dia pun duk buat-buat sakit macam nak mati kat hospital pantai ....sudah la...perjuangan yang hangpa perjuangkan hari ini sia-sia dan tidak memberi apa-apa kebaikan pun kepada rakyat.Kepada mahasiswa pulak, dengar cerita ramai mahasiswa turun berdemo bersama dan ada juga yang ditangkap,kepada tak kena tangkap selamatlah hangpa...kepada yang kena...sapa yang nak tanggungjawab???Macam mana pengajian hangpa.....dah la menyusahkan mak bapak tak pasai-pasai nanti kena "dismiss" atau kena buang dari Universiti. Jadi kesimpulannya, perhimpunan haram BERSHIT@BERSIH ini telah GAGAL tarik sokongan rakyat.

UPDATE: Anwar Jalani CT Scan kerana cedera parah????


Betui ka mamat dalam gambar nie cedera parah...sampai kena CT SCAN nie...
Macam-macam  versi anuwar cedera aku dgr dari media pembangkang katanya anwar kena tumbuk la,tembak dengan gas la...dan yang paling syok berdarah-darah lagi beb..yang tue tak tahan
Jangan duk berdrama la....semua nie nak tarik simpati la kononnya polis kejam

Sedangkan  Syeikh Yusof Al Qaradhawi pun Anwar boleh tipu...inikan pula manusia macam kita nie...
Jangan tertipu lagi wahai rakyat Malaysia
Nak lagi hebat berita terkini klik sini

Anwar Ibrahim Raja Drama Yang Hebat Lakonannya




Ek eleh kononnya ditumbuk sehingga cedera oleh polis...hampeh....dusta ...pemimpin pakatan dah ramai kena cekup....baru dia kalut nak berdrama...sekarang duk tengah syok beristirehat kat Hotel Hilton balik...
Jangan tertipu oleh manusia ini...!!!!


UPDATE!!!! Anwar dikejarkan ke Hospital Pulak...memang patut menang aNUgerah tuhan nie...dengar kata dia kena sket ja...tapi berlakon ja lebih...

LIVE UPDATE: Sekitar Perhimpunan Patriot Menentang BERSHIT 2.0



Sumber gambar: PAPAGOMO

Nampaknya polis juga bertindak menghalang pemuda patriot dari berarak ke Stadium Merdeka.Polis tidak double standard seperti dilaporkan oleh media pembangkang dalam hal ini dan bertindak serupa juga terhadap BERSHIT.

Apapun tahniah kerana PATRIOT berani  tampil dengan berbaju merah patriot membuktikan bahawa mereka berani bukan seperti juak-juak PR yang kecut teloq nak pakai baju kunyit kuning BERSIH.

Sembang saja deraih tapi penakut.....

Juak-juak BERSHIT terperangkap di Stesen Keretapi Kuala Lumpur



ni merupakan gambar di Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang menjadi kawasan hot tumpunan juak-juak penjilat Ambiga pagi ini. Mereka tidak  berani  memakai  baju rasmi syaitan kuning ini bagi mengelak ditangkap polis . 

Tetapi keadaan di sana sekarang ini polis telah mengepung mereka dan semua terperangkap di situ  ... duduk la di situ sampai petang ini  ..hahaha





Sumber: Pejuang Bangsa

Tuesday, July 5, 2011

Gempar: Polis Menjumpai Bahan Letupan Untuk Perhimpunan BERSIH

Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

“Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu. -Berita Harian



Komentar KP: Sah!!! mereka nak huru-harakan negara nie....nasib baik Polis bertindak awal...
  pengkhianat-pengkhianat nie mesti ditangkap terus ja...jangan Polis duk tggu da lihat saja..Kelak punah negara

Sunday, July 3, 2011

Ikrar Amukan Pendekar dan Pengamal Silat Melayu Buat BERSIH 2.0

Dato' Ibrahim Ghafar 


Tan Sri Omardin Mauju  -Mahaguru Silat Lincah

Tok Ali Rustam- PESAKA 




Botol air pun renyuk??Marah betul nie...
Majlis Perjumpaan dan Mesyuarat Guru-Guru Silat Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman telah telah membakar 
semangat perjuangan pendekar-pendekar melayu untuk terus menjadi barisan hadapan dalam menghadapi pengkhianat bangsa seperti ambiga. Amukan pendekar Melayu bakal melanda pada bila-bila masa, seandainya kafir harbi laknatullah masih lagi berdegil untuk mencetus suasana huru hara dan mengancam keselamatan rakyat negara ini!!!!
Lailahailallah......Allahu Akbar....

Untuk selanjutnya Klik Sini

Sumber : Duke Of UMNO




Saturday, July 2, 2011

Hukum Menjatuhkan Pemerintah Islam: Juak-Juak PAS Jangan Engkar Hadis Rasulullah S.A.W


Pembuat bid'ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid'ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Dalam konteks ini adakah seseorang yang menjadi pelopor menjatuhkan pemerintah ISLAM layak dipanggil seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah" *

*Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *

*H/R Muslim 1846.

Syara' tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.


Komentar KP : Buat juak-juak PAS dan PKR yang beragama islam, jangan jadi menang sorak kampung tergadai.Ini semua pesanan Nabi Muhammad buat umatnya akhir zaman.Renung-renungkan dan selamat beramal