Monday, October 24, 2011

SMM Nak Sabotaj Lawatan PM Ke UIAM Esok

NONE
Muka-muka pencacai yang kononnya hendakkan Kebebasan Akademik

Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.

SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.

"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.

Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.



Komentar KP : Apa kejadahnya SMM nie nak tunjuk terrer dekat UIA??Kononnya nak mendapatkan kebebasan akademik...ptuihhh...semua tue ada agenda rahsia sahaja.Jangan berdalih sana-sini la .Yang si Ahmad Syukri nie melebih-lebih pula KP tengok dari mahasiswa UIA sendiri padahal dia tue bukannya mahasiswa yang pernah menuntut di UIA pun.


KP masuk ke beberapa group mahasiswa UIA di laman sesawang facebook untuk melihat reaksi beberapa  mahasiswa ,mahasiswa UIA sendiri  tidak setuju dan marah dengan tindakan SMM yang over sangat melebihi "tuan rumah" .Apa hak mereka nak menghuru-hara UIA ??Mereka itu hanya orang luar dan tidak mewakili suara mahasiswa UIA .
Lihat reaksi beberapa mahasiswa UIA apabila ada pencacai SAMM nak ajak pi Demo esok
Mereka menimbulkan persoalan sebagai tuan rumah kenapa perlu mahasiswa UIA untuk mengikut telunjuk SMM ??Apa tujuan sebenarnya??Untuk pengetahuan semua SRC yang disebut didalam komen diatas adalah Majlis Perwakilan Pelajar UIA yakni MPP Uni.Tindakan SMM itu melebihi daripada suara utama mahasiswa iaitu melalui SRC.Jadi apa rasionalnya demo dihadapan PM esok?? 


Kenapa tidak mereka yakni SMM tidak berdemo di UNISEL dahulu semasa MB Selangor Khalid Ibrahim bertindak menekan pentadbiran Unisel melalui Naib Canselor untuk memecat 3 orang pegawai universiti tanpa alasan .Akhirnya akibat desakan hebat ,NC Unisel meletakkan jawatannya akibat tidak mahu mengikut arahan MB Selangor itu.Jadi dimana keadilan akademik yang laung-laungkan oleh SMM ??Jangan bersikap double standard !!! Kenapa ketika 3 pegawai akademik itu dipecat,SMM tidak pergi berdemo untuk keadilan mereka???Kenapa SMM hanya berdemo untuk Aziz Bari sahaja??Ini semua mesti ada udang disebalik batu sahaja.


Kepada Mahasiswa-mahasiswa UIA,jangan jadi telunjuk pencacai-pencacai berkepentingan ini yang hanya menunggu air dikeroh sahaja.Anda sebagai warga universiti perlu tunjukkan sahsiah dan integriti yang baik supaya dengan itu nama baik universiti tidak tercemar dek anasir-anasir luar yang cuba menghasut dan mengajar mahasiswa menjadi kader-Kader baru untuk diserapkan untuk menentang kerajaan.Apa gunanya berdemo??Hanya memalukan nama Universiti sahaja .

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.