Saturday, December 31, 2011

PANAS!!! Contoh Winnable Candidate Di Parlimen Rusia

Fan base: Maria Kozhevnikova's fans are overjoyed she has won a seat in Russia's parliament


Maria Kozhevnikova,merupakan seorang aktres dan model cantik terkemuka di Rusia bakal menghiasi politik di Rusia dengan kehadirannya sebagai salah seorang Ahli Parlimen.Dia juga merupakan penghias majalah lucah "Playboy" di Rusia

Terpilih sebagai " The Sexiest Woman " oleh Maxim pada musin luruh dahulu telah membuat Maria kini dikenali ramai sebagai "Ahli Parlimen Rusia Paling Seksi".Jikalau wajah MP sebegini menghiasi kerusi-kerusi parlimen di Malaysia,pasti pak lebai dan Serban puak-puak PAS pasti terangkat punya.
Tak tahan tengok gelagat MP-MP muda dan seksi semacam ini..hahah

Kalau di Rusia,meletakkan wajah-wajah seksi dan cantik sebagai calon pilihanraya mungkin merupakan salah satu ciri winnable candidate mereka tapi di Malaysia,kita punya adap kesopanan dan ketimuran yang harus dipegang,jika di Malaysia , orang yang selalu dekat dengan rakyat dan mengambil tahu hal dan masalah rakyat serta tidak sombong dan merendah diri jika bertemu rakyat 
itulah antara calon winnable candidate yang sesuai dipilih oleh rakyat.

Jangan pilih yang calon yang kaki perempuan,kaki fitnah ,kaki maki hamun,kaki minum,dan segala jenis kaki lagi yang teruk-teruk lah.Tak kemana pun kalau orang macam tue jadi wakil rakyat

Miss Kozhevnikova, who is a member of Vladimir Putin's United Russia party, will enter parliament soon

# Fuhh..kalau Bang Nuar tengok nie,tak keruan duduk dia di dalam Dewan Rakyat,habis bersidang ja mesti terus masuk hotel punya nihhh...hahah...lepas wujudlah video menggoyang gerudi terbaru dia..haha

Untuk baca secara detail (Klik Sini)

Adam Adli Isytihar Perang Habis-habisan Terhadap UMNO dan BN,Label Sebagai "Parti Samseng"


Melalui kenyataannya ini,sahlah dia menyisytiharkan perang dengan UMNO dan Kerajaan dan seterusnya mengesahkan dirinya kini berdiri sebaris dengan barisan pembangkang walaupun selama ini cuba menafikan keterlibatan dia dengan parti pembangkang iaitu PKR walaupun beliau dilihat kelihatan rapat dengan pimpinan PKR dan mendapat sokongan padu dari mereka.

Dengan menyeru rakyat menolak UMNO dan BN yang memerintah sekarang menunjukkan dia sudah sah menjadi talibarut dan pencacai Anwar dan pembangkang yang sejati kerana berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.Selama ini dia berselindung disebalik wajah "innocent" dan poyonya sebagai mahasiswa untuk menunjukkan dia berjuang untuk kebebasan akademik.Tapi,dengan declare perang kepada UMNO menunjukkan dia sebenarnya bukan hendak perjuangkan nasib dan kebebasan akademik tetapi mempunyai agenda untuk membantu pembangkang dalam gerakan saraf memporak -perandakan mahasiswa Malaysia terutamanya mahasiswa melayu untuk membenci UMNO dan BN.

Kalau betul mamat nie sudah berani,kami barisan blogger tidak pernah gentar untuk berdepan dengan mamat yang sudah tidak punya masa depan ini dan layak menjadi pencacai-pencacai Anwar yang bakal digunakan untuk kepentingan dirinya sahaja.

Lihat kenyataannya:

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di ’Sudut Pidato’ dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.


“Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini,” tegas beliau.


Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.-baca lagi di Nota Merah


Kumpulan OSBON - Juara Maharaja Lawak Mega



Overall memang terbaik dari ladang keputusan ni… Lawak pun semua hebat… tak kering gusi dibuatnya… Yang paling best JOZAN yang menceriakan suasana…
Berikut ialah keputusan penuh Maharaja Lawak Mega 2011…
1. OSBON
2. BOBOI
3. SAEHU
4. SYOK

Friday, December 30, 2011

[Video Inside]Ulama Muda UMNO : Anwar Ibrahim Bukan Imam Mahdi

Rupa Imam Mahdi PKR yang suka menyondol dan menyontot..hehe

Ulasan Ulama Muda UMNO mengenai dakwaan Badrul Amin yang mengaitkan Anwar sebagai Imam Mahdi ,Penyelamat Umat Islam akhir zaman

SAH!! SMM Jadi Pencacai Regim DAP dan Guan Eng


Sudah terang lagi bersuluh, Solidariti Mahasiswa Malaysian dilihat begitu disenangi kehadiran mereka oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang .Boleh pulak SMM ini pergi ke pejabat kerajaan negeri dan tunjukkan sokongan padu mereka kepada DAP .

Inilah sebenarnya yang paling disukai oleh Guan Eng dan lahanat-lahanat DAP apabila berjaya memperbodohkan mahasiswa melayu seperti mereka ini yang sememang bodoh dengan menyokong parti yang diketahui amat membenci bangsa melayu ini.

DAP tahu mahasiswa cina takkan buat kerja bodoh macam SMM nie ,kehulu kehilir dengan surat memorandum nak tunjukkan mereka bela mahasiswa ,mahasiswa cina lebih suka belajar dan kejar masa depan ,dapat keputusan baik dalam exam.Mahasiswa melayu sibuk nak berdemo,berevolusi sana-sini,padahal tak kemana pun lepas itu.

Jadi,apabila si Ahmad Syukri Razab dan geng SMM dia turun ke pejabat kerajaan DAP Pulau Pinang nie,DAP dan Guan Eng amat suka dan alu-alukan sebab mahasiswa melayu seperti inilah yang  diperlukan oleh DAP untuk memecabelahkan orang-orang melayu suatu masa nanti.Kalau diorang nie pergi minta dana sikit pun, konfem2 mesti dapat punya kononnya atas dasar perjuangan Kebebasan Akademik .

SMM janji nak datang pidato kat Speaker Corner ,Padang Kota Lama semalam pun mereka tak datang, sanggup pergi mengadap Kerajaan Regim DAP ini dulu ,sahlah mereka ini takut sebenarnya

Sikap double standard Guan Eng dan DAP sungguh terserlah apabila sanggup menerima kehadiran mereka ini dan menolak apabila dipanggil bertemu sebelum ini dengan beberapa NGO Pulau Pinang yang datang hendak berjumpa  dan memberitahu masalah mereka dengan Ketua Menteri paling celaka ini.Last2...mereka ini tak puas hati,sebab itu la Kek Taik pun depa sanggup bagi kepada Guan Eng.

"Geli Girl" Trademark Baru Kegiatan Pelacuran Di Negeri Kerajaan Khalifah Guan Eng


GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.

Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai ‘Call Girl’ atau ‘Escort Girl’, kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi gelaran baru iaitu ‘Geli Girl.’

“Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting, orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di kolej,” katanya.

Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.

“Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka.

“Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya,” katanya.-HARIAN METRO

Bahalol PAS Dihantar SMM Lawan KP UMNO Penang


Musibat PAS  ini ke SMM hantar pertahan Adam Adli  untuk provokasi Pemuda UMNO P.Pinang petang tadi .  Yang budak biaDAP  itu dan kawan2 nya tak berani turun pun tengah panas  ketika itu kerana seronok menghirup udara sejuk di bilik air cond Komtar .

Nasib baik KP UMNO P.Pinang steady dan sabar  jawab apa dia tuduhan liar  terhadap Pemuda UMNO . Yang bangang itu , bila dah hilang akal  dimalukan ...samdol ini kurang jar pulak dan   cuba nak ajak gaduh . .



Inilah Sivaji The Boss Penang Mari!!!
Guan Eng pun lari masa di Taman Bagan dengan Ir Shaik ...
inikan pulak pencacai PAS yang bahalol ! Shaik tak heran pun
Sumber : Generasi Pejuang Bangsa

Tengok jawapan terbaik dari Ketua Pemuda UMNO Penang,bukan macam mat hero PAS nie,kerja nak provoke ja kerja dia...sah-sah la mai nak buat kacau...piraahh

Thursday, December 29, 2011

Mamak Penang Tak Puas Hati,Tiada Kelibat Kehadiran Adam Adli ...

Dengar kata, ramai yang hadir untuk dengar apa yang Adam Adli dan konco-konconya nak sembang bohong depan rakyat Pulau Pinang di Speaker Corner ,Padang Kota Lama,Pulau Pinang tengahari ini.Tetapi ,ramai yang tak puas hati kerana mamat itu dan geng SMM tidak turun ke kawasan itu seperti janji mereka sebelum ini.Puncanya KP dengar atas dasar keselamatan,tetapi apa yang Adam Adli nak takutkan, mereka datang bukannya nak bergaduh ka apa,cuma nak dengar apa yang hendak di kata oleh Hero Mahasiswa ini kononnya mewakili mahasiswa.Kalau dah setakat nak berhadapan dengan orang ramai macam ini pun sudah takut,jangan berangan la nak bercakap mewakili mahasiswa,boleh jalan la,Jom dengar apa kata Ketua Pemuda UMNO Penang yang turut ada bersama rakyat Pulau Pinang mengenai hasrat mereka yang datang beramai-ramai..


Gambar dipetik dari blog Empayar Pemuda (klik sini)




Sesumpah Anwar Hendak Bersumpah di Masjid??

SUMPAH?? 

Itulah antara langkah terakhir buat anwar dalam menafikan keterlibatan beliau meliwat dan memasukkan "semen"nya  dalam dubur Saiful walaupun DNA anwar sendiri telah dijumpai disitu.
Nak harapkan si karpal singh dan anak buahnya pun dah tak guna selepas mereka sendiri menyerah kalah disaat perbicaraan akhir kes liwat itu.

Jadi ,jalan keluar yang terakhir yang bakal digunakan Anwar untuk menunjukkan dia menjadi mangsa kononnya konspirasi kerajaan dan untuk mendapatkan simpati rakyat,pasti inilah jalan yang sesuai dan terakhir buat dirinya untuk melepaskan diri iaitu menunjukkan dirinya tidak bersalah di hadapan Mahkamah Rakyat iaitu di depan rakyat Malaysia.

Dahulunya,mati-mati Anwar tidak akan bersumpah walaupun dicabar oleh Saiful untuk bersumpah dengannya di dalam Masjid.Kini,tengok siapa yang jilat ludahnya semula??Yang KP takutkan,apabila Anwar bersumpah menafikan dia liwat Saiful,takut-takut Allah murka dan turunkan bala sejurus selepas dia bersumpah itu,nanti habis insan-insan yang tidak bersalah terkena tempiasnya.Saiful yang bersumpah dah pun masih ok dan steady lagi walaupun dah lebih 2 tahun sumpah itu dilafazkan.Kata ulama-ulama dulu,kalau kita bersumpah laknat sebegini,khabarnya kalau yang orang bersalah bersumpah laknat walupun dia tahu dia di pihak yang salah,maka tidak sampai makan masa setahun laknat Allah akan jatuh keatasnya.Jadi,berjaga-jagalah kepada sesiapa yang hendak pergi tengok Anwar bersumpah tue..

Hebat. Khabarnya, sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah. 
Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.
Banyak cadangan yang sedang dipertimbankan oleh Saifuddin Nasution dan Biro Politik. Ini termasuklah tempat dan kaedah bagaiman acara sumpah akan dilakukan. Malaysiakini, The Malaysian Insider, TV Selangor, TV PAS turut bersedia menyiarkan acara sumpah tersebut secara langsung ke dalam media baru. Hebat susunan Anwar. 
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Politik PKR, kesediaan Anwar bersumpah dikatakan akan merubah semula RATING KEPERCAYAAN Rakyat mengenai kes liwat. Bio Politik amat yakin bahawa usaha ini perlu bagi menyelamatkan PKR daripada kekalahan teruk dalam PRU akan datang.

Ada beberapa cadangan tempat yang dikemukakan kepada Biro Politik:- 
  • Masjid Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
  • Masjid Negara
  • Masjid Jamek KL
  • Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
  • Masjid UIA

Tempat masih belum dipastikan lagi. Tapi menurut sumber, ianya akan diadakan di dalam Lembah Kelang bagi memastikan IMPAK ‘BebasAnwar901′ dapat dimaksima sebaik mungkin. Khabarnya, sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’, seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.

Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin. Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA. Semua faktor keselamatan sedang dikaji, khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.

Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara.

Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.

Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.

Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.

Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.

Menurut perancangan, selepas sembahyang hajat di rumah – Anwar akan bergerak ke salah satu lokasi yang dicadangkan kepada Biro Politik. Kemudian daripada itu, Anwar akan hadir ke Kelab Sultan Sulaiman.-gelagat anwar

PANAS!!! Adam Ali Lari Ketakutan Takut Dibelasah Mamak Penang

Akibat terlalu takut dibelasah oleh mamak dan melayu Penang, Adam Adli dan pencacai-pencacai SMM tidak kelihatan di Sudut Pidato Di Padang Kota Lama pada tengahari ini.Sebelum ini, SMM dan Adam Adli sungguh-sungguh nak tunjuk hero hendak datang ke Penang untuk tunjukkan kuasa diorang yang berupaya mendesak kerajaan sesuka hati dengan tunjuk perasan macam tak ada akal.

Menurut laporan yang diterima,mereka terpaksa membatalkan program itu atas sebab-sebab keselamatan.Nah, tau pun takut,dulu berani sangat di PWTC,kini kat negeri sendiri pun sudah ketar lutut nak datang.

Kata blogger MPP,sebab mereka batalkan program ini kerana puncanya "anak-anak hantu Penang "sudah siap menunggu mereka sahaja untuk "bertinju" dengan puak-puak mahasiswa penjilat anwar ini.Dari pelbagai kawasan sudah datang dengar katanya,budak jelutong ada, budak Bagan,Balik Pulau dan Permatang Pauh pun ada...Mau tak ketar lutut pencacai-pencacai anwar tue nak mai...haha

Jadi ,jangan nak tunjuk hero la,orang pun benci dengan tindakan bodoh mereka ini,nama sahaja mahasiswa,tetapi akal tak serupa macam mahasiswa,mak bapak hantar pi universiti untuk jadi manusia berguna kepada negara,tapi jadi manusia pencacai pengkhianat negara..

Beberapa gambar yang dipetik dari facebook di Padang Kota Lama tengahari tadi


Eksklusif Terkini !!!! Dr. Asri Sahkan Jamil Khir Tidak Gunakan Wang Zakat


Dalam twitter beliau petang ini,Dr. Asri Zainul Abidin,mantan Mufti Perlis yang juga kini Pensyarah Pelawat di Oxford University menyatakan bahawa beliau telah menghantar SMS kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu tuduhan salah guna wang zakat kepada Jamil Khir dan 2 lagi yang lain untuk mengetahui kesahihan sebenar tuduhan itu.

Berdasarkan tweet Dr. Asri ,beliau kemudiannya mendapat balasan SMS dari Jamil Khir yang mengatakan bahawa wang guaman kerajaan yang digunakan dan bukannya wang kutipan zakat untuk bayaran kepada khidmat guaman.

Kemudian DS Jamil Khir sendiri menelefon Dr. Asri menjelaskan satu persatu mengenai permasalahan yang timbul itu dan Dr. Asri faham kedudukan wang yang digunakan

Dr. Asri juga mencadangkan kepada DS Jamil Khir supaya membuat kenyataan terbuka kepada media segera dan beliau akan buat katanya

Berikut merupakan tweet dari laman twitter Dr. Asri mengenai isu tuduhan itu.



Hassan Ali Menafikan Meminta Maaf Kepada Nik Aziz !! Harakah Menipu Lagi


Suara lidah utama PAS,Harakah didapati mengenjing dan menipu lagi kenyataan Dr. Hassan Ali.Sememang diketahui selama ini harakah ini mana pernah menceritakan benda yang tepat dan betul seperti motto mereka"Tepat Dari Sumber".Sepatutnya motto Harakah PAS ini ialah "Tempat Sumber Fitnah ",baru betul.

Terbaru,Dr. Hassan Ali menafikan laporan harakah yang mengatakan bahawa Dr. Hassan Ali memohon maaf kepada Nik Aziz dalam pertemuan dan perjumpaan sulit bersama juga Nasharuddin Mat Isa .Harakah telah memutarbelitkan pertemuan itu dengan mengatakan bahawa ibarat Dr. Hassan Ali sudah mencuci dosanya selama ini dengan mengkritik PAS dengan memohon maaf kepada Nik Aziz.

Sahlah,harakah sudah menipu lagi dan ini mungkin arahan Cikgu Stopa supaya menampakkan Dr. Hassan Ali ini bersalah dan engkar dengan PAS,kemudian mohon maaf balik dengan Nik Aziz.

Semua ini taktik lama supaya hendak menutup buku kisah lama yang diselak oleh Cikgu Stopa mengenai kononnya pertemuan Dr. Hassan Ali dengan pemimpin UMNO ,tetapi akhirnya Dr Hassan Ali sendiri dedahkan Cikgu Stopa yang pernah bertemu dengan beberapa pimpinan UMNO.

Tup-tup,harakah cuba bukak cerita Dr. Hassan Ali minta maaf pada Nik Aziz,melenting la Dr. Hassan Ali,sahlah harakah cuba hendak menaikkan jualan kitab mereka ini selepas dilaporkan jualan harakah merudum baru-baru ini akibat orang sudah tidak baca akhbar penipu dan fitnah kuat macam ini.Harakah ini layak buat pelapik pungkuq  dan balut nasi lemak ja...

Former Selangor PAS Commissioner Datuk Dr. Hasan Ali has denied a HarakahDaily report that he went to Kota Baru solely to meet PAS top leaders and to apologise for his remarks against the party.

Hasan pointed out that he had already retracted his comments regarding the welfare state issue during a press conference at his residence on Dec 24 and had apologised to the party leaders at the same time.

In a statement Wednesday night, he said he was disappointed in Harakah which had been reminded many times not to twist facts which could raise confusion and disunity.

He clarified that he had bee invited attend a gathering involving former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa along with PAS deputy spiritual leader Datuk Dr. Haron Din and PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz at his home at JKR 10 Kota Baru.

"The gathering went smoothly and it was pleasant and sincere.

“Among the things touched upon during the gathering were the party's direction, preparation for the 13th General Election and Harakah's path as the party's official voice," said Hasan.

He pointed out that they had all given their views on how to strengthen the party's development and the rakyat's support.

Hasan also stated that he was also moved by the recognition shown by the leadership in his mission to elevate Islam in the country.

Harakah quoted Nik Aziz as saying that Hasan had withdrawn all his statements criticising the party after a meeting with the party's top leaders in Kota Bharu, Kelantan on Tuesday night.




Dr Asri: Pemujaan Badrul Amin Kepada Anwar Ibrahim Melampaui Batas

alt

INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membekaskan Masjid Aqsa.
Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.
Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkin jenis blog yang rasional dan persoalankan karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.
Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.
Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.
Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.
Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.
Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:
"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."
Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.
"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.
Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.
Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah...- AGENDA DAILY

drasri-badrul

Wednesday, December 28, 2011

Aziz Bari Kini Dicanang Bertanding Di Kawasan Parlimen Sabak Bernam


Bekas Profesor  Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari telah berjaya dikesan sudah mula berkempen di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang.

Difahamkan Anwar Ibrahim telah berjanji kepada beliau akan dilantik sebagai menteri undang-undang dan parlimen yang kini disandang oleh Datuk Nazri Aziz.

Aziz Bari kini terlalu kerap turun padang masuk ke kampung berjumpa dengan orang kampung di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini hampir pasti Aziz Bari akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. 

Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. 

Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang kerana Aziz Bari yang kini mula menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN. 

Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin juga menggelar Anwar Ibrahim sebagai 'imam Mahadi' seorang pemimpin yang tidak disukai oleh pengundi Sabak Bernam kerana mulutnya yang celupar selalu memaki hamun dan mencarut dalam setiap ceramahnya.

Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mempertikai  “tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim”.

Aziz Bari juga bukan sahaja mengkritik Sultan malah menghina Jabatan Agama Islam Selangor kerana membuat pemeriksaan ke atas gereja DUMC yang menganjurkan permurtadan umat Islam.

Jawatan Aziz Bari telah digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi yang pro-Anwar telah dihasut agar mempertahankan Aziz Bari kononnya mencabul kebebasan akademik. 

Apabila sudah tidak selesa Aziz Bari berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan beliau dinasihati oleh Anwar agar meletakkan jawatan dan beliau akan dicalonkan sebagai ahli Parlimen Sabak Bernam pada PRU13. Anwar menasihati agar cepat-cepat turun Sabak Bernam dan berkempen.

Anwar optimis Aziz Bari akan menang di Parlimen Sabak Bernam walaupun beliau dilihat mempertahankan gereja DUMC dan menghina JAIS.- Sungai Rapat Online

Orang Minyak Zaman Filem P. Ramlee Mengganas Di Gombak


GOMBAK – Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.
Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.
“Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.



Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.
Menurutnya, kejadian kemuncak berlaku awal pagi Sabtu lalu apabila orang minyak tersebut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarganya berada di dalam rumah.
“Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri,” katanya.
Menurutnya, turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.
Kamal Bahari berkata, adik iparnya yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu.
“Syukur adik ipar saya kini sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut, namun keluarga masih trauma dengan keadaan itu terutama adik perempuan saya yang berumur 22 tahun,” katanya.
Sinar






Ostad Azizan Angkuh: Isu Merobohkan Madrasah Salihiah Untuk Pembinaan Shopping Complex


ALOR SETAR  – Kerajaan Pas Kedah dianggap bersifat angkuh apabila tidak mahu menerima pandangan pihak lain berhubung langkahnya tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut di sini.
Veteran politik, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, keputusan tersebut amat jelas tidak meletakkan Islam itu di tempat lebih tinggi dan besar berbanding perkara lain seperti soal kompleks membeli belah.
“Ini bukan soal politik, saya cakap sebagai seorang Islam maka dia (Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak) boleh buat apa yang dia mahu tetapi dia bertanggungjawab kepada Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin Azizan berkata, kerajaan negeri tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang bakal dibina atas tapak tanah madrasah itu.
Azizan berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.


Khalid berkata, selaku Menteri Besar, Azizan boleh melakukan ‘sesuka hatinya’ kerana kekuasaan berada di tangannya namun jangan lupa bahawa beliau perlu menjawab di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.
“Allah itu Maha Besar. Dia (Azizan) mesti pertimbangkan perkara ini, antara sentimen dia dengan keputusan ini siapa yang lebih besar,” soalnya.
Tambah Khalid, soal merobohkan madrasah itu bukan soal kepentingan politik lagi kerana ia lebih kepada menjaga dan memelihara syiar Islam. – Utusan Malaysia