Wednesday, February 29, 2012

Rakyat P.Pinang Tunjuk Kasut Ke Muka Guan Eng Kerana "Kecewa"

kasut-perkasa

GEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.
Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.
"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan.

"Padahal,  beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan.

"Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa.

"Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya.
Komentar KP : Begitulah manifestasi yg ditunjukkan oleh rakyat P. Pinang sendiri apabila kecewa dengan pentadbiran DAP dan Pakatan Rakyat di P. Pinang yg diterajui oleh Guan Eng.Dia patut sedar bahawa alamat-alamat akhir pentadbirannya makin tiba apabila demonstrasi demi demonstrasi kerap diadakan di P.Pinang khususnya di sekitar kawasan KOMTAR yg menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.Guan Eng sibuk dengan masalah negeri lain sedangkan masalah penduduk di P.Pinang ini masih lagi belum selesai dan terjawab.Dia asyik spin dan memutar belitkan kenyataan demi mengalih pandangan bahawa dia tak bersalah.Kini,dilihat beliaulah Ketua Menteri yang paling teruk dan dibenci oleh rakyat khusus di P.Pinang .Dia patut malu kerana dia masih gagal dalam  mentadbir urus kerajaan negeri sehingga rakyat bangkit menyatakan bantahan terbuka seperti ini .Poraahhh lu Guan Eng..."Shame on you"

Dr. Hassan Ali Berang,Cabar Kepimpinan PAS Kemuka Bukti Dakwa JATI Ditaja UMNO


LUMUT 28 Feb. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mencabar mana-mana pemimpin pakatan pembangkang supaya mengeluarkan kenyataan terbuka sekiranya mempunyai bukti bahawa pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang digerakkannya ditaja oleh UMNO.

Hasan yang juga Presiden Jati berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin pembangkang terutamanya Pas yang seolah-olah rasa tergugat dengan penubuhan Jati sehingga sanggup memburuk-burukkan perjuangan pertubuhan itu.
''Saya beri masa tiga hari terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Pas yang nampaknya sangat tidak senang dengan Jati. Sila keluarkan kenyataan di Harakah, sila tampil dengan bukti yang mengaitkan Jati ini mendapat apa-apa tajaan dari UMNO walau satu sen sekalipun.

''Kalau perjuangan Jati ini untuk tegakkan agama Islam dan bela nasib Melayu, apa masalahnya? Apa yang hendak takut sangat kalau perkara-perkara yang menyentuh soal agama dan bangsa mahu ditegakkan?

''Jadi kita minta janganlah buat tuduhan tanpa bukti. Saya juga hendak tanya, kalau asas perjuangan Jati iaitu IMR (Islam, Melayu dan institusi Raja) dah hampir mirip dengan perjuangan UMNO, apa masalahnya?," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Stadium Perbandaran Manjung di sini semalam.

Hujan lebat hampir tiga jam sejak pukul 8.30 tidak menghalang kira-kira 2,000 hadirin terus berada di ruang tempat duduk serta pekarangan stadium walaupun terpaksa berpayung malah ada yang basah kuyup.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, beliau juga hairan dengan sikap pemimpin Pas yang bermati-matian memburuk-burukkan Jati sedangkan pertubuhan itu berjuang untuk menegakkan kedaulatan Islam dan membela nasib orang Melayu serta institusi Raja.

''Sebelum ini, saya percaya semua ini boleh diperjuangkan dalam Pas tetapi jika parti sudah diperkudakan oleh DAP sehingga asas-asas perjuangan diketepikan dan dikesampingkan, kenapa saya perlu duduk diam?

''Dan sekarang, platform Jati ini saya hendak jadikan asas kepada semua perjuangan ini. Kalau mereka sudah tidak mampu hendak lakukan semua ini, kenapa puak-puak parasit Pas ini begitu marah?," katanya.

Tuesday, February 28, 2012

Perkasa P.Pinang dakwa wartawan Anti Lynas mengasari ahli mereka ..




GEORGETOWN - Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang hari ini menafikan anggotanya telah mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera pada Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota di sini Ahad lepas.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata anggota Perkasa berada di situ hanya untuk meninjau keadaan tetapi ada pihak yang membuat provokasi terhadap mereka sebaik Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba.

"Kejadian berlaku apabila salah seorang wartawan berkenaan yang mengiringi Ketua Menteri sejak ketibaannya sehingga beliau habis berucap telah mengasari salah seorang anggota Perkasa.

"Keadaan menjadi kelam kabut dan berlaku pergelutan dan saya tegaskan bahawa pergelutan itu bukanlah berpunca dari anggota kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata bukti kenyataannya boleh dilihat dalam rakaman video yang telah dimuat turun dalam laman sosial YouTube.

Mohd Rizuad berkata Perkasa kesal dengan tuduhan pihak tertentu kononnya anggota pertubuhan itu telah mencetuskan pergaduhan dan mengasari dua wartawan.

"Tetapi apa yang pelik, mengapa dia (wartawan) bertindak sebagai pengiring Ketua Menteri dan bersikap agresif terhadap kumpulan kami," katanya.

Beliau turut menafikan kumpulan motosikal yang turut berada di situ pada hari berkenaan adalah anggota Perkasa.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, wartawan dan jurugambar akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh, Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di badan dan kepala setelah dipercayai dipukul oleh beberapa orang pada perhimpunan itu yang diadakan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang. Ia disertai hampir 1,000 orang.- Bernama

Monday, February 27, 2012

Suami wanita berkenaan & UMNO perangkap saya - Badrul Amin



AIDCNews – 27/02/12 – Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut.

Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.

Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi UMNO

Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

“Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

“Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya.

Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.

“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya

Menjawab mengenai arahan kerajaan negeri yang memberi cuti kepadanya, Badrul yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai.

“Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes.

“Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” jelasnya.

Khalwat Punya Pasal ,Badrul Amin Diarahkan Bercuti


Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron dinasihat mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu.

“Kerajaan Selangor mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim, sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

“Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, tugas Badrulamin selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa’eza Abdul Aziz.

“Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan,” ujarnya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan Badrulamin ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel di Balok, Pahang.

Bagaimanapun, Badrulamin dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menggangap ia sebagai perangkap untuk menjatuhkan maruahnya.- Utara News

Sunday, February 26, 2012

bu pejabat PKR jadi tempat rasmi kedutaan Israel?




Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya dekat sini boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.

Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.

"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.

"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.

"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo di sini hari ini.

Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.

Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Sementara itu, Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan masyarakat, malah turut menyebabkan bekas anggota tentera rasa terkilan dan terhina.

"Kami sebagai bekas tentera dan komando amat kecewa dengan tindakan itu kerana kami memahami kesengsaraan rakyat Palestin selama ini akibat kezaliman rejim Yahudi itu," katanya.

Tambah Mohd. Ali, kain rentang tandatangan itu akan diserahkan kepada kepimpinan Pas minggu depan untuk membuktikan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap Anwar.

"Ia sebagai memberi kesedaran kepada Pas agar tidak menyokong segala tindak-tanduk yang dilakukan rakan sekutu mereka terutama Anwar," katanya.

Saturday, February 25, 2012

Ostat Bapak Setan ditangkap khalwat , ini konspirasi juga ke ??



Di celah puak pembangkang berkampong di Kuantan untuk menyertai Himpunan Hijau membantah kilang Lynas pagi Ahad,rupanya ada juga yang sibuk dengan 'urusan' lain.

Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrul Amin Baharom (gambar - kiri) kena cekup khalwat dengan isteri orang.

Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.

Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.

Dr Badrul yang berasal dari Sabah baru-baru ini mencetuskan kontroversi bila dalam ceramahnya mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam Imam Mahadi.

Beliau kini bekhidmat sebagai Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor.

Fungsinya antara lain mengatur ceramah,penerangan,kawal selia laman web dan sebagainya.

Beliau juga pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas.

Dr Badrul yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ,sebelum ini dikenal sebagai seorang penceramah agama.Banyak VCD zikir munajadnya di jual serata tempat termasuk pasar malam.

Sementara itu wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr Badrul dikatakan adalah seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di Pahang.-25/2/2012 AGENDA DAILY 



Guan Eng jangan main politik , jawab secara gentleman isu Bayan Mutiara !



Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Guan Eng perlu bersikap gentleman untuk menjawab 25 soalan yang dikemukakan melalui twitter beliau mengenai tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara dengan harga RM1.1 bilion yang didakwa tidak dilakukan secara tender terbuka.

Menurutnya, selepas tiga minggu, Guan Eng hanya menjawab lima daripada soalan-soalan terbabit namun ia dijawab secara berbelit-belit serta tidak menjawab persoalan utama yang dikemukakan.

"Saya harap Guan Eng lebih gentleman dan terbuka untuk menjawab 25 soalan yang kami kemukakan melalui twitter serta surat dan bukannya memberi jawapan yang berbelit-belit serta merendahkan martabat orang lain.

"Lain soalan yang ditanya lain pula jawapannya malah beliau mendakwa saya tak faham bahasa Inggeris, minta saya letak jawatan serta menyindir UMNO supaya membeli tanah itu sekiranya tidak setuju dengan harga yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek perumahan Seri Putra di Permatang Tok Mahat di sini hari ini.

Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu.

Tanah itu kemudiannya dijual kepada syarikat swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tambah Zainal Abidin, pihaknya memiliki bukti bahawa tanah terbabit dijual secara rundingan terus dan bukannya tender terbuka seperti dilaporkan kepada Bursa Malaysia.

Selain itu, katanya, laporan itu juga menyebut tanah itu dibeli selepas syarikat terbabit mengadakan rundingan bersama pihak Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) dan PDC.

"Cara tender terbabit diiklankan juga menimbulkan kekeliruan kerana ia cuma dikeluarkan di dalam akhbar The Edge dan bukan akhbar utama lain," katanya.

"Saya sedia berdebat dengan Guan Eng mengenai isu tanah ini tapi dengan syarat beliau menjawab semua soalan yang diberikan terlebih dahulu kerana saya yakin di pihak yang benar," ujarnya-utusan

Friday, February 24, 2012

Kerajaan BN yang banyak berusaha tarik pelabur bukan Guan Eng !




Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak layak untuk mengakui kejayaan negeri ini mencapai pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan pada tahun lalu disebabkan pentadbiran pembangkang.

Ini kerana kejayaan tersebut sebenarnya mampu dicapai hasil usaha keras kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang berjaya meyakinkan pelabur.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, kerajaan BN telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik minat pelabur ke Pulau Pinang.

Antaranya, jelas beliau, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, jambatan dan rangkaian lebuh raya yang baik.

“Dia (Guan Eng) tidak sepatutnya sombong. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan 100 peratus usaha dia.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak buat penambahbaikan, tidak mengubah dasar tapi hanya meneruskan polisi serta usaha BN dulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam ucapan sempena majlis makan malam anjuran DAP di Petaling Jaya semalam mendakwa kejayaan Pulau Pinang dan Selangor sebagai destinasi pelaburan sektor pembuatan terunggul pada tahun lalu membuktikan pembangkang mampu mentadbir dengan bersih dan cekap.

Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM9.1 bilion manakala Selangor RM8.7 bilion.

Aziaan memberitahu, segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN sebenarnya untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.

“Kalau nak tunggu dia (Guan Eng) buat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu siap,” ujarnya.

Thursday, February 23, 2012

Bangkit Isu kapal dagang untuk tutup isu Anwar iktiraf rejim Zionis !




Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis.

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.

Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.

Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.

Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.

“Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi Nik Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang,” kata Mahathir.

“Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini,” katanya.

Anwar semalam berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.

Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun.

Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.

“Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan,” kata beliau.

“Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia…orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel,” tambah Mahathir.

“Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu,” katanya – antarapos



Wednesday, February 22, 2012

Jingga 13 tentu malu besar Anwar lah punca kapal berlabuh di Westport ?



Memanglah luka hati dibuatnya kalau tidak tahu latar belakang ceritanya.Macam mana ini di satu pihak kata tentang Israel tetapi kapal negara itu masuk pelabuhan Malaysia?

Itu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang sekarang dalam usaha untuk cover line kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersepit dengan isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel dalam akhbar Wall Street Journal.

Bukan sahaja Anwar sendirn...malah Datuk Nik Aziz Nik Mat pun turut persoalkan.Hajat dihati tidak lain tidak bukan untuk gambarkan kerajaan Malaysia lidah bercabang dalam bab Israel.

Ini kisah Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari.

Rupanya...ada sandiwara hipokrit kelas pertama bab ini.

Sebab itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin nampak relaks saja ketika mengulas isu terbaru ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit Selasa.

Beliau meminta semua pihak menyingkap balik siapakah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1996.

Katanya orang itu,yakni Anwar yang kini buat-buat tidak tahu itulah yang bagi lampu hijau.

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.

Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.


“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.-21/2/2012

Tuesday, February 21, 2012

Sokong Israel : Nik Aziz & Anwar hanya berlakon drama



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kepada semua ahli Pas termasuklah Majlis Syura Ulama Pas dan bukan hanya kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya terhadap isu Israel.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana Nik Aziz tidak mewakili pendirian keseluruhan Pas tambahan lagi jika ia diadakan secara tertutup.

Katanya, Nik Aziz juga antara orang yang kuat menyebelahi Anwar.

“Saya yakin pertemuan antara kedua-duanya nanti sekadar suatu lakonan politik dan akhirnya Nik Aziz akan kata isu itu sudah selesai.

“Kita juga tahu, hanya setelah Majlis Syura mendesak, baru Nik Aziz meminta Anwar membuat kenyataan justeru penjelasan perlu dibuat kepada Majlis Syura dan bukan secara tertutup kepada Nik Aziz,” katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam, Rengit, semalam.

Sementara itu, Mohd Puad turut menggesa Anwar supaya tidak cuba ‘mewajarkan’ kata-kata yang diungkapkannya berhubung isu itu sebaliknya menyaman WSJ jika benar artikel tersebut diputarbelitkan.

Amoi MCA ini popular selepas balun Guan Eng ?



Aktivis MCA, Jessie Ooi ini bukanlah satu nama besar dalam pertubuhan politik Cina itu.

Tetapi namanya mula menjadi sebutan bila dia tiba-tiba naik angin sewaktu diberi peluang bertanyakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berlangsungnya debat antara pemimpin DAP itu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek



“Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

“Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat,” katanya dalam nada marah. KLIK DI SINI

Sunday, February 19, 2012

Anwar Tersepit Lagi !!! Anwar Bakal Spin Cerita Baru Selepas Kantoi Dalam Isu Sokong Israel


ANALISIS - Esok, tumpuan banyak pihak sudah pasti beralih kepada pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang dijangka akan menjelaskan pendirian beliau mengenai isu kontroversi kenyataan didakwa menyokong Israel apabila bertemu dengan Menteri Besar Kelantan di Kuala Lumpur.
Pertemuan itu diadakan susulan kenyataan dan pendirian Dewan Ulama Pas, yang disampaikan oleh Nik Abdul Aziz minggu. Nik Abdul Aziz berkata, Anwar perlu menarik balik atau menyaman Wall Street Journal jika kenyataan yang disiarkan bulan lalu tidak benar.
Mengulas perkembangan ini, Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya berpendapat, kenyataan Anwar berhubung sokongan terhadap usaha menjaga keselamatan Israel merupakan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan pakatan itu.
Katanya, kenyataan Anwar selaku Ketua Umum PKR juga merupakan pandangan beliau dari posisi PKR. Malah jelas penganalisis ini, setiap parti mempunyai sikap dan pendirian masing-masing dan perkara itu juga berlaku di dalam Barisan Nasional (BN).
"Kesepakatan antara Pas, PKR dan DAP dalam satu pakatan adalah untuk mengurus pentadbiran kerajaan dan negara.
"Setiap parti ada sikap dan pandangan masing-masing. Dari kenyataan Anwar, beliau menyokong pembebasan Palestin, tetapi pada masa sama kemusnahan dan ancaman terhadap Israel perlu dijaga. Ucapannya lebih kepada bersifat menjaga hak-hak kemanusiaan," katanya.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, dalam parti, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa.
Bagaimanapun, jelasnya, kenyataan yang dibuat Anwar merupakan isu sensitif dan tindakan tegas perlu diambil.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini menambah, jika tidak menangani isu ini dengan segera, ia akan memberi gambaran bahawa Pas 'bersama' dengan kenyataan Anwar walaupun parti yang memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan pandangan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Anwar perlu perbetulkan (kenyataan). Jika benar kenyataan itu dibuat, dia mesti akui dan menarik balik. Tetapi mampukah Anwar nak buat demikian pada media antarabangsa?," soalnya.
Abu Hassan menegaskan, tiada sebarang keganjilan apabila wujud percanggahan pendapat dan pemikiran bila ia menyentuh isu kemanusiaan. Malah perkara itu tidak akan menjejaskan PR, katanya.
Beliau juga berpandangan bahawa kenyataan Anwar dan pendirian Malaysia terhadap isu negara Palestin tidak banyak perbezaan.
Jelas beliau, jika Malaysia prihatin dan serius untuk membebaskan Palestin dari penindasan Israel, sudah tentu tentera dihantar bagi berjuang di negara yang dijajah lebih sedekad itu.
"Jika benar kita serius nak tangani Palestin, sudah pasti kita hantar tentera untuk berjuang di Palestin. Tetapi sehingga hari ini, negara tidak menghantar tentera untuk membantu negara itu.
"Maka, walaupun Malaysia sokong pembebasan Palestin, tetapi dengan tidak hantar tentera untuk berperang dan membinasakan Israel, maka ia sama sahaja dengan kenyataan Anwar itu," jelasnya.
Sivamurugan menegaskan, pendekatan Pas meninggalkan PR perlu diambil jika Ketua Umum itu tidak mengambil apa-apa tindakan.
Di sebalik pandangan kedua-dua penganalisis itu, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, kenyataan Anwar menyokong usaha untuk menjaga keselamatan Israel merupakan satu helah.
Jelasnya, helah itu bertujuan mengaburi mata orang ramai bahawa beliau sememangnya menyokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
"Anwar sebenarnya terperangkap dalam hubungan dengan AS dan Israel yang selama ini kita memang tahu hubungan dia cukup baik dan juga terperangkap dengan parti dan orang Islam di Malaysia.
"Jadi untuk elak dia dibenci di sini, maka dia keluarkan kenyataan seperti itu. Kenyataan itu merupakan satu tipu helah yang mana menjelaskan pendiriannya yang kelihatan berkonflik," katanya.
Isu semasa sememangnya memanaskan arena politik domestik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Satu lagi ujian kepada PR, diketuai Anwar dan dianggotai DAP-Pas-PKR, sebelum PRU13.