Sunday, April 29, 2012

Juak-juak BERSIH Balun Jurugambar TV Al Hijrah Kerana Bantu Anggota Polis Yang Cedera Dipukul

Apa Dosa Azri?
Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah. Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

 Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi. Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3. Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.

 Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.

Baca lagi di MyNewsHub
Aksi hilang akal dan tidak berperikemanusian
 

Komentar KP : Sangat tidak wajar sekali jual-juak BERSIH memukul dengan kejam terhadap petugas media yang cuba membantu anggota polis,beginikah yang diajar oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari parti yang mengaku membawa perjuangan Islam??Akibat ketidakwarasan fikiran dan hati yang penuh rasa benci ,beginilah jadinya.Dimana letaknya simbol perhimpunan aman??Adakah ini wajah perhimpunan aman??



Kesan - Kesan Selepas Demonstrasi BERSIH 3.0

Lihatlah,apa yang sudah jadi selepas BERSIH 3.0??Pelbagai kesan kemusnahan harta benda dan selerakkan sampah dimerata-rata tempat sekitar kawasan perhimpunan.Beginikah sikap manusia yang dengan bangga melaungkan kalimah Allahu Akbar berkali-kali kononnya berjihad menentang kezaliman.




Tepuk dada,tanyalah diri,apa yang anda sudah peroleh selepas menyertai rusuhan haram seperti ini ??Siapakah yang akan menanggung kos kemusnahan dan menyelenggarakan kembali persekitaran yg sudah kotor ini ?? Anda patut malu dengan anak cucu anda nanti kerana terlibat dengan perkara yang sia-sia dan mengganggu ketenteraman awam.Jihad anda ibarat tin kosong yang disepak-sepak sahaja oleh Anwar dan Ambiga.


Saturday, April 28, 2012

Video PDRM Bukti Kereta Polis Diserang Perusuh #BERSIH




Video ini menunjukkan kereta polis sebenarnya yang diserang oleh perusuh BERSIH bukannya kereta polis melanggar mereka seperti yang disebarkan di twitter . Kereta ini lah yang dinaiki oleh dua anggota polis yang dipukul begitu teruk seperti yang ditweet oleh Menteri KDN DS Hishamuddin . Ada yang menyatakan anggota polis ini meninggal dunia selepas dipukul teruk tetapi berita itu belum disahkan lagi . Anda nilaikanlah sendiri tentang perbuatan menggila juak-juak Ambiga ini ...negara kita akan aman ke kalau Pakatan memerintah ??


Friday, April 27, 2012

Jom Sokong BERSIH 3.0 "Duduk Rumah" Sahaja !!



JOM KEMPEN BERSIH 3.0 DENGAN SLOGAN DUDUK RUMAH
DI RUMAH MASING-MASING PADA SABTU 28 APRIL 2012 JAM 2 PETANG SERENTAK DI SELURUH NEGARA

JANGAN HENDAK MENGGUGAT KETENTERAMAN NEGARA DENGAN MENGHADIRI DEMOSNTRASI YANG DIKEPALAI OLEH AMBIGA PENYOKONG MURTAD DAN LGBT

UMAT ISLAM PATUT TOLAK BERSIH 3.0 "DUDUK BANTAH"
PATUT SOKONG BERSIH 3.0 "DUDUK RUMAH"


BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH ADALAH TALIAN HAYAT TERAKHIR ANWAR SEBELUM PRU-13


Panglima ATM Kecewa Dengan Kenyataan Nizar Yang Berbaur Hasutan




Terbaru beliau   main sedap mulut tuduh di ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan kononya penglima-panglima Angkatan Tenttera Malaysia (ATM) marah pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak setuju beliau meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang Nizar mendakwa Perdana Menteri membuat permintaan itu semasa mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera. Hari rini pihak ATM telah bersuara dan cukup berang sekali dengan dakwaan fitnah berkenaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan.   Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM.  Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

Thursday, April 26, 2012

Kempen Sertai BERSIH Sudah Menular Ke Dalam Universiti ??


Tatkala KP sibuk membelek e-mail dari pembaca blog tertarik benar KP dgn satu poster yg dihantar melalui e-mail kepada KP,rasanya dari seorang mahasiswa yg prihatin dengan isu semasa yg melanda negara sekarang.

Isunya ialah berkaitan dgn Bersih 3.0 .Tetapi yg menghairankan kenapa sampai perlu di bawa ke dalam universiti kempen-kempen sebegini?Siap buat kempen pakai baju bertemakan warna kuning lagi sebagai tanda sokongan,siapa dibelakang penerbitan poster-poster haram seperti ini?Siapa beri kebenaran ditampal sekitar universiti?Menurut email mahasiswa terbabit,pekeliling bertulis melarang mahasiswa menyertai demo BERSIH sudah pun dikeluarkan oleh pihak universiti melalui Timbalan Rektor (HEPA) universiti seperti berikut :

"Assalamualaikum Wrt. Wbrt. To all students of IIUM, BERSIH 3.0 ASSEMBLY Please be advised that all International Islamic University Malaysia students are prohibited from being involved with BERSIH assembly that is scheduled to be held in Kuala Lumpur on Saturday, 28/4/2012. As the venue for BERSIH assembly has not been approved by the relevant authority, students’ involvement in it contravenes the provision of Students’ Discipline Rules 2004 (Amendment 2006) which provides as follows: Students’ Discipline Rules 2004 (Amendment 2006) 3) (iii) A student shall not: (c) conduct himself, whether within or outside the University, in any manner which is detrimental or prejudicial to the interest, well being or good name of the University, any of the students, staff, officers or employees of the University, or to public order, safety or security, or to morality, decency or discipline. (d) violate any provision of any written law, rules, regulations, orders and procedures, whether within or outside the University. 15)No student, organization, body or group of students shall organize, carry out, participate in any activity outside the University campus except with prior written permission of the University and in due compliance with any restriction, terms or conditions which the University may deem necessary or expedient to impose. Students who participate in the abovementioned assembly risked being hauled up for disciplinary action by the University’s authority. "

 PROF. DR. NIK AHMAD KAMAL NIK MAHMOD Deputy Rector (Student Affairs) -26th April 2012

Tetapi,masih ada pihak yang cuba mengerah mahasiswa turun ke demo BERSIH sabtu ini melalui penyebaran poster-poster haram seperti.Nampaknya,Anwar sangat terdesak sehingga terpaksa mengerah segala NGO mahasiswa yg menjadi keldai tunggangannya untuk menjadi ejen menarik mahasiswa turun ke Bersih nanti.Sekali lagi mahasiswa cuba diperbodohkan dengan sandiwara kononnya pilihanraya negara tidak bersih walhal mereka tidak bertanya kepada diri mereka,kalau pilihanraya Malaysia tidak bersih ,bagaimana 5 negeri pada pasca Pru 12 boleh dimenangi oleh pembangkang?

Sunday, April 22, 2012

Kejutan Buat Rakyat P.Pinang Oleh PM Hari Ini



Datuk Seri Najib Tun Razak bertandang lagi ke Pulau Pinang pada Ahad ini dengan semangat baru untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat bagi mendengar denyut nadi rakyat Pulau Mutiara itu.

Pada persinggahan pertama di Nibong Tebal, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat penting kepada 5,000 anggota jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN)Pulau Pinang di Kelab Golf Bukit Jawi.

Pada sebelah tengah hari, beliau akan mengadakan sesi dialog tertutup dengan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina dan India secara berasingan anjuran Kelab Penyokong 1Malaysia (KP1M).

“Kira-kira 3,000 ahli daripada pelbagai pertubuhan Cina dijangka hadir. Dialog itu akan membolehkan Perdana Menteri memaklumkan kepada kita mengenai perkembangan terkini rancangan transformasi kerajaan.

 “Pada masa sama, masyarakat itu secara langsung boleh menyuarakan pandangan mereka,” kata pengerusi jawatankuasa penganjur Lim Boo Chang.

Menurutnya kebanyakan NGO Cina mahu kerajaan persekutuan membantu Pulau Pinang khususnya mengenai isu sosio ekonomi seperti menangani masalah kesesakan lalu lintas yang mana mereka berpendapat menjangkaui kemampuan kerajaan negeri.

“Sudah pasti kerajaan persekutuan mempunyai peranan yang perlu dimainkan. Kebanyakan masa, kami hanya mendengar perangkaan ekonomi yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri tetapi pada realitinya, rakyat tidak merasai hasilnya.

“Kesesakan lalu lintas bertambah buruk dan rakyat tidak merasai manfaat daripada hasil pelaburan yang diterima oleh negeri dan juga ekonomi,” kata Lim.

Beberapa pertubuhan Cina yang terkenal di Pulau Pinang sedang membantu KP1M bagi mengatur program sempena lawatan sehari Najib ke negeri itu, antaranya Dewan Perhimpunan Cina, Persatuan Wushu, Persatuan Tarian Singa dan Naga dan Persatuan Peranakan Cina Pulau Pinang.

Sejak setahun lalu, Najib telah beberapa kali melakukan lawatan ke negeri itu. Pada September lepas, beliau membantu mengumpul RM15 juta bagi 15 buah sekolah Cina apabila berbasikal lebih tujuh kilometer bersama 5,000 murid dan menyampaikan RM1 juta masing-masing kepada setiap sekolah itu di bawah program Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pendidikan.

 Najib, yang juga Pengerusi BN, juga menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Permatang Pauh tahun lepas dan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2012 di Tanjong Marina. Lawatan Najib kali ini boleh disifatkan sebagai ‘membina semula keyakinan’ atau ‘menggerakkan askarnya’ di kalangan parti komponen BN negeri tetapi bagi penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian usaha itu masih merupakan tugas berat bagi BN merampas semula negeri itu. Andaiannya berdasarkan hakikat bahawa daripada 11 kerusi yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008, hanya lima dimenangi dengan majoriti lebih 1,000 undi.

 “Sekiranya berbanding 29 kerusi yang dimenangi oleh PKR-DAP-PAS, hanya sebuah kerusi (Batu Uban-PKR) mencatatkan majoriti bawah 1,000 undi. Adalah baik sekiranya BN boleh mengekalkan kesemua 11 kerusi itu dan berusaha merampas lebih daripada itu termasuk kerusi Batu Uban,” katanya. Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi.

Bagi BN merampas semula negeri itu, ia perlu mempertahankan kesemua 11 kerusi yang dimenanginya pada 2008 dan menang 10 lagi kerusi. Ahli strategi BN percaya mereka mempunyai peluang untuk memenangi semula sehingga 15 kerusi di Pulau Pinang dan kemungkinan memenangi lebih banyak kerusi dalam DUN negeri itu.

UMNO yakin dapat mempertahankan 11 kerusi yang dimenangi di Pulau Pinang pada 2008 manakala Gerakan dan MIC turut yakin untuk memenangi semula beberapa kerusi yang mereka kalah. Pada 2008, UMNO hanya kalah tiga kerusi tetapi Gerakan kalah kesemua 13 kerusi yang ditandingi oleh parti itu, MCA kalah sembilan kerusi manakala MIC dua.

Baru-baru ini pemimpin DAP mendabik dada dengan menyatakan berdasarkan tinjauan tahun lepas, 90 peratus pengundi Cina dan India di negeri itu menyokong pakatan pembangkang dan oleh itu mereka tidak terlalu bimbang. Sivamurugan berkata BN perlu membentuk barisan exco bayangan di Pulau Pinang bagi merampas semula negeri itu dengan timbul ura-ura mengenai pengerusi BN negeri yang baru.

Beberapa pemimpin BN menjangka pengumuman mengenai kepimpinan BN negeri akan dilakukan pada Ahad ini. Buat masa ini, BN sedang menumpukan kepada beberapa isu khususnya salah guna kuasa dalam urusan penjualan tanah di Bayan Mutiara kepada pemaju hartanah dan masalah parkir di Air Itam.

Walaupun peluang BN merampas semula kuasa di Pulau Pinang nampak agak sukar ketika ini namun Najib berharap untuk meneruskan persemukaan dengan penduduk Pulau Pinang dan menjadikan kehadirannya dirasai di negeri itu.

Saturday, April 21, 2012

YDP MAIPP: Malik Kassim tak hirau desakan PAS arahnya letak jawatan ..



 Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Beliau berkata, semua urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri itu kini berjalan seperti biasa, sejajar dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

 "Isu ini langsung tidak mengganggu saya. Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya. "Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Thursday, April 19, 2012

ABU Sudah Tak Laku,Kini Timbul TIBAI Pulak??





Apa agaknya kata Anwar Ibrahim bila satu kelab khas ditubuhkan untuk hentamnya ?? Kepimpinan dalam TIBAI ini hampirnya semuanya bekas pemimpin PKR serta rakan karibnya sendiri. .

Kelab TIBAI ditubuhkan untuk membangkitkan kesedaran maksimum dikalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada PRU akan datang. TIBAI akan habis-habisan turun di ke seluruh kawasan dimenangi dan ditandingi PKR untuk menerangkan rakyat untuk menolak parti milik Anwar Ibrahim ini .

MEMANG LEPAS NIE ANWAR PULAK SAKAN KENA TIBAI,SEBELUM INI SUKA SANGAT TIBAI ORANG LAIN...HAHA

Saturday, April 14, 2012

Demo Mansuh PTPTN Tidak Dapat Sambutan Dari Mahasiswa

adam-adli-ptptn

Adam Adli & geng nampaknya gigit jari bila himpunan mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mereka anjurkan petang Sabtu tidak mendapat sambutan.
Cuma sekitar 300 orang saja yang menyertai perarakan mereka bermula 2.30 petang dari Masjid Jamek ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan ke kemudianhnya ke Dataran Merdeka.
Juga sekalipun mereka dakwa himpunan itu tidak ada kaitan dengan pembangkang, namun dua ahli parlimen PKR  Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua terpacak berucap semasa di Sogo.
Ramai orang yang membeli belah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman hanya memerhati gelagat peserta perhimpunan itu yang memekak perkataan-perkataan berbau pembangkang.
Memandangkan perhimpunan itu tidak dapat sambutan, ada kalangan peserta yang cuba buat gimik untuk tarik perhatian.
Mereka memasang enam buah khemah di Dataran Merdeka dan dakwa akan berkhemah di situ sampai perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang pembangkang pada 28 April ini.
Polis hanya memerhati perarakan itu dan menjalankan tugas biasa mengawal lalulintas.-14/4/2012
Adam Adli & geng nampaknya gigit jari bila himpunan mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mereka anjurkan petang Sabtu tidak mendapat sambutan.
Cuma sekitar 300 orang saja yang menyertai perarakan mereka bermula 2.30 petang dari Masjid Jamek ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan ke kemudianhnya ke Dataran Merdeka.
Juga sekalipun mereka dakwa himpunan itu tidak ada kaitan dengan pembangkang, namun dua ahli parlimen PKR  Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua terpacak berucap semasa di Sogo.
Ramai orang yang membeli belah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman hanya memerhati gelagat peserta perhimpunan itu yang memekak perkataan-perkataan berbau pembangkang.
Memandangkan perhimpunan itu tidak dapat sambutan, ada kalangan peserta yang cuba buat gimik untuk tarik perhatian.
Mereka memasang enam buah khemah di Dataran Merdeka dan dakwa akan berkhemah di situ sampai perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang pembangkang pada 28 April ini.
Polis hanya memerhati perarakan itu dan menjalankan tugas biasa mengawal lalulintas.-14/4/2012
Adam Adli & geng nampaknya gigit jari bila himpunan mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mereka anjurkan petang Sabtu tidak mendapat sambutan.
Cuma sekitar 300 orang saja yang menyertai perarakan mereka bermula 2.30 petang dari Masjid Jamek ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan ke kemudianhnya ke Dataran Merdeka.

Juga sekalipun mereka dakwa himpunan itu tidak ada kaitan dengan pembangkang, namun dua ahli parlimen PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua terpacak berucap semasa di Sogo.

Ramai orang yang membeli belah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman hanya memerhati gelagat peserta perhimpunan itu yang memekak perkataan-perkataan berbau pembangkang.

Memandangkan perhimpunan itu tidak dapat sambutan, ada kalangan peserta yang cuba buat gimik untuk tarik perhatian.

Mereka memasang enam buah khemah di Dataran Merdeka dan dakwa akan berkhemah di situ sampai perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang pembangkang pada 28 April ini.

Polis hanya memerhati perarakan itu dan menjalankan tugas biasa mengawal lalulintas.-Agenda Daily

Wednesday, April 11, 2012

Amaran Gempa Bumi dan Tsunami Di Aceh,Semenanjung Malaysia Terasa Gegarannya


Gambar yang dipetik dari FB,Orang ramai lari keluar menyelamatkan diri di Tesco Seberang Jaya,Pulau Pinang selepas gegaran kuat dirasai di kawasan sekitar bangunan tersebut sebentar tadi
JAKARTA - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi.

Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Tuan Guru Abdullah Sa'amah: PAS Sebenarnya Yang Toghut


KOTA BHARU – Pengasas pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa’amah menyelar parti Pas yang menuduh UMNO sebagai toghut dengan menyifatkan parti itu sebenarnya toghut.

Katanya, Pas sekarang telah menyimpang jauh dari prinsip awal penubuhannya dan perubahan itu dilihat amat ketara sekali selepas bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Pas sekarang hanya lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup mengkafir dan menuduh UMNO sebagai toghut sedangkan UMNO adalah parti yang tidak pernah mengabaikan kepentingan rakyat, kedaulatan agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah umumnya di sini semalam.

Abdullah mendakwa sebenarnya Pas toghut kerana menolak UMNO yang sungguh-sungguh memperjuangkan agama dan bangsa, sedangkan Pas terang-terangan bersekutu dengan orang yang menolak dasar perjuangan Islam terutama DAP.

“Malah mereka akur apa saja kata DAP. Kita tengok dalam beberapa isu terutamanya berkaitan dengan agama seperti sambutan Maulidur Rasul dan isu penggunaan nama Allah, Pas seolah-olah menyokong DAP.

“Bahkan bekas exco Selangor yang begitu lantang memperjuangkan agama dalam isu akidah boleh dipecat begitu saja,” katanya.

Beliau berkata, UMNO merupakan parti Melayu tetap kekeal relevan dengan perjuangannya berbanding Pas dalam memartabatkan syiar Islam sekaligus mengangkat kedaulatan bangsa Melayu.

Katanya, sejarah bangsa akan lenyap di bumi sendiri sekiranya rakyat memberi peluang kepada pembangkang menerajui kerajaan negara pada Pilihan Raya Umum akan datang memandangkan sikapnya yang lebih bersifat retorik.

“Di Kelantan, apa yang kerajaan Pas buat selepas memikul amanat rakyat selama hampir 22 tahun? Sebagai rakyat kita mesti memandang serius dengan persoalan itu kerana kita (rakyat) sebenarnya selaku pembentuk kerajaan,” katanya.

Justeru, Abdullah menyeru rakyat supaya membuat penilaian dengan bijak untuk memilih pemimpin pada Pilihan Raya nanti.-http://detikperubahan.com

Guan Eng Takut Apabila Pelajar Cina Baca Utusan Malaysia



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah seorang pengecut kerana sanggup menyekat ilmu daripada sampai kepada murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu dengan memberi amaran agar tidak melanggan Utusan Malaysia demi kepentingan politiknya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu adalah sesuatu yang amat memalukan kerana ia sama sekali bertentangan dengan asas kebebasan bersuara seperti sering dilaungkan DAP dan pembangkang.

Jelasnya, perkara itu juga membuktikan betapa Guan Eng merupakan diktator yang tidak boleh menerima kritikan serta tidak gentleman dalam berpolitik.

"Nampak sangat Guan Eng tidak demokratik. Ini muslihat agar teguran ke atasnya tidak sampai ke pengetahuan pihak lain dan akhirnya anak-anak di sekolah menjadi mangsa.

Komentar KP :Guan Eng memang pengecut,trauma dengan penangan Utusan Malaysia !!

Sunday, April 8, 2012

Dr. Hassan Ali Seru Tolak Pakatan Rakyat Pada PRU -13


Presiden Jalur Tiga (JATI) Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali terus melakukan sessi jelajah beliau di seluruh Negara lantas menyeru umat Islam di Negara ini tidak mengundi PKR, DAP dan golongan yang beliau kategorikan sebagai Parasit PAS.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah menyertai Ceramah di sini malam tadi menyeru kesemua umat Islam di Pulau Pinang menggunakan platform pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang untuk melindungi Islam Melayu dan Raja (IMR) yang menjadi kempen seharian beliau menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya baru-baru ini,

Beliau turut menyeru kesemua pengundi di Negeri tersebut yang beragama Islam agar menolak ketiga-tiga golongan dari Gabungan Pakatan yang beliau sebutkan kerana bakal menjadi penghalang perlindungan IMR.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu turut mengecam beberapa tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dakwanya memperkecilkan masyarakat Islam di Negeri Pulau Pinang dengan membuat beberapa keputusan yang tidak menggambarkan ciri-ciri yang beliau perkatakan kepimpinan Umar Ibnu Abdul Aziz.

Hasan Ali yang turut mengulangi pendirian berkaitan Video Murtad yang beliau paparkan kepada beberapa wartawan sebelum ini juga berkata tidak menghadari sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan tetapi beliau yakin pendedahan beliau tetap diperlekeh golongan yang beliau sebutkan sebagai Parasit PAS.


Golongan ini kata beliau bakal menggagalkan usaha beliau yang kini terbukti menerusi pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Khas yang bakal memantau dan mengawal pergerakan JAIS dan MAIS baru-baru ini ADUN Gombak Setia itu merujuk kepada perlantikan salah seorang Ahli Jawatankuasa Khas tersebut yang kini menjadi serangannya sebagai Parasit Parti iaitu Dr. Rani Othman.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman mempertikai pendedahan Hasan Ali yang tidak bertanggungjawab kerana tidak merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai platform sebenar dalam menyiarkan bukti berkenaan. Beliau turut menyifatkan apa yang diperlakukan Hasan Ali adalah sebagai satu strategi menakut-nakutkan pengundi Islam terhadap kepimpinan Pakatan di Negeri Selangor. -KLPOS

Saturday, April 7, 2012

Tak Masuk Akal,Pulut Kuning UMNO Sampai 19 ribu ???



Dalam satu ceramah anjuran Ngo BERSIH 3.0 semalam di ibunegara, Mahfuz telah buat satu pendedahan hebat beb.. Kata Mahfuz, pendedahan dia tu mampu menumbangkan BN pada PRU13 nanti..Mengikut kenyataan Mahfuz, 3-4 hari lepas telah berlangsungnya satu program anjuran Umno

Dalam program Umno tu ada disediakan pulut kuning tiga lapis untuk orang ramai..Yang bestnya, Mahfuz dakwa pulut kuning 3 lapis tu berharga RM 19ribu..

Diulangi sekali lagi..., Sembilan belas ribu ringgit Malaysia beb!!!

Gua tak tahu sama ada gua patut gelak atau nangis dengan statement Mahfuz ni.. Memang mustahil pulut kuning 3 lapis berharga sampai RM 19ribu.., tapi itulah yang Mahfuz kata..Dan gua pun tak tahu sama ada nak simpati atau benci dengan kebodohan Mahfuz dari Pokok Sena tu..

Nampak sangat akal dia hanya bertaraf budak-budak tadika PASTI..Dan Mahfuz kata.., lagi 2-3 hari dia akan dedahkan semua bukti pasal dakwaan dia tu..Come on lah Mahfuz..., buat pulut kuning berharga RM 19ribu nak buat apa? Nak buat halau hantu setan Pakatan agaknya kot?

Bodoh punya Mahfuz!!

Sumber :Media Permatang Pauh

Komentar KP: Agak-agak la jugak nak kelentong Mahfuz nie,sampai 19 ribu pulut kuning UMNO...hahah...memang layak Mahfuz kalau masuk Raja Lawak...dia cakap bohong sudah orang kira lawak dah...haha

Friday, April 6, 2012

GEMPAR !! PKR Dakwa Orang PAS Edar VCD Lucah Anwar di Ceramah ??



Cerita ini bukan dilaporkan oleh blogger pro kerajaan tapi media Pakatan sendiri yang berang terdapat segelintir ahli PAS mengedarkan video seks dengan China Doll .

Antara ceramah PAS di mana kejadian mengedarkan CD lucah ini di dakwa berlaku ialah di Kemaman pada 10 Feb 2012, Sg, Rokam, Perak pada 25 Mac 2012 dan terbaru ceramah PAS di Kg Razali, Kuantan pada 31 Mac 2012.

Kes ini dikesan oleh ahli-ahli PKR yang dikerah membantu penganjuran ceramah tersebut. Walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak penganjur, tapi tidak ada tindakan susulan yang dibuat, mencetuskan rasa tidak puas hati PKR.

Adakah tindakan penyokong PAS ini menunjukkan mereka sudah percaya Anwar terlibat masalah moral dan juga biseksual ?

Thursday, April 5, 2012

Pak Janggut Seru Rakyat Turun Demontrasi,Tukar Kerajaan



500,000 rakyat Malaysia dijangkakan akan menyertai perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April ini di ibunegara, kata pengerusinya Datuk A Samad Said.Sasterawan Negara itu berkata, jangkaan itu berdasarkan maklum balas serta desak orang awam yang diterima sejak penganjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas.

"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0."Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)

"Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi.

Perhimpunan aman di Kuala Lumpur bermula pada jam 2 petang, Sabtu tersebut."Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambilserius terhadap tuduhan penipuan."Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya.

Monday, April 2, 2012

Jamil Khir : Syurga Ketentuan Allah Bukannya Sokongan Kepada Parti Politik



YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Ketika menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dikeluarkan sehari sebelum itu pada Wacana Sinar Harian, Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata Nik Abdul Aziz.

Abd Rahman mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Dalam pada itu, seramai 20 penyokong Pas menyerahkan borang untuk menyertai Umno. Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah.

PAS Selangor Kata Isu Murtad Perkara Kecil Sahaja



SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.

Komentar KP : Alahai PAS,isu murtad yang melanda umat islam dikatakan perkara kecil .dimana pendirian PAS tentang kemasalahatan umat islam,patutla banyak kes murtad di Selangor,PAS buat tak tahu je!!

Sunday, April 1, 2012

Regim Lim Guan Eng Sudah Setaraf Francis Light Di Pulau Pinang ??



“Sama ada penjajah dulu menindas golongan tertentu di kalangan rakyat atau pemimpin yang dipilih rakyat menjadi pentadbir kemudian menindas pihak tertentu di kalangan rakyat.. kategorinya sama saja seperti penjajah. Dalam Islam dosanya sama saja.

“Samalah seperti apa yang Guan Eng, DAP lakukan sekarang menjadi penjajah moden. Kalau dulu penjajah pentingkan siapa yang duduk di bandar, di Georgetown, di Bagan yang ada terlibat dalam aktiviti pelabuhan, meniaga rempah ratus yang boleh di bawa ke London… golongan ini diberi keutamaan.

“Hari ini Guan Eng pun buat perkara yang sama utamakan golongan tertentu di negeri ini sedangkan Pulau Pinang bukan hak orang kaya atau orang senang di mana orang kampong disisihkan, orang susah tidak dibela.. ini sama seperti penjajah dulu”, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kepada UMNO-Online.

Sebagai contoh tegasnya semua perkara yang elok-elok diletakkan di bahagian pulau manakala yang tidak bagus dilonggokkan di seberang.

“Kalau ada kilang atau industri yang ada risiko seperti kilang solar panel dan sebagainya dibuat di seberang, tidak dibuat di pulau, kalau ada rumah kos rendah yang mungkin ada bau busuk, ‘low class’, tempat pembuangan sampah dibuat di seberang.

“Di bahagian pulau semua untuk kompleks perniagaan, tiada rumah kos rendah, rumah yang dibina hanya berharga ratusan atau jutaan ringgit. Sedangkan Pulau Pinang bukan hak orang kaya atau orang senang saja”, ujarnya.

Justeru katanya pentadbiran DAP di bawah kepimpinan Lim Guan Eng jelas mengutamakan kelompok tertentu saja manakala rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan disisihkan secara terancang.

DAP khususnya Guan Eng jelas beliau lagi bukan sahaja mentadbir cara penjajah malah bersifat diktator kerana tidak boleh langsung ditegur dan dikritiik.

“Kita tengok selama 45 tahun DAP menjadi pembangkang, mereka boleh bangkang apa saja yang kerajaan BN buat, takde kes mahkamah… kalau ada pun satu dua kes kita bawa ke mahkamah.

“Tetapi DAP baru saja perintah di negeri ini empat tahun… apa saja yang kita bangkang, kritik semua nak bawa ke mahkamah.. Utusan Melayu, UMNO-Online, Pemuda UMNO semua dia nak saman, nak bawa ke mahkamah hanya kerana kita kritik pentadbiran DAP”, ujarnya.

Hakikatnya tegas beliau DAP telah gagal melaksanakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat.
Jelas beliau selama empat tahun memerintah Pulau Pinang apa yang rakyat dapat hanyalah impian semata-mata.

Lebih malang lagi tambahnya DAP, Guan Eng bersifat bongkak kononnya apa yang dicapai di negeri ini semuanya adalah kerana pentadbiran mereka.

“Hakikatnya selama empat tahun kebelakangan ini, kerajaan pusat BN telah belanjakan RM22.5 billion hanya kerana mahu melihat Pulau Pinag terus hidup walaupun telah dikuasai pembangkang. Malangnya ia telah dijadikan senjata DAP kononnya itu semua mereka yang buat.

“Sebenarnya apa yang mereka buat selama empat tahun ini? Yang mereka buat hanya satu modal saja iaitu terus menanamkan kebencian rakyat kepada UMNO… tiada modal apa… tak perlu labur RM100 juta, tak payah bagi orang miskin RM50 juta, tak perlu bangunkan masjid, kemudahan awam cuma siang malam tanam kebencian rakyat terhadap UMNO, serang UMNO”, katanya.

Justeru beliau berharap rakyat khususnya di Pulau Pinang sedar akan gaya politik sempit DAP ini yang hanya bijak bersandiwara, beretorik kosong sedangkan gagal untuk membela rakyat secara keseluruhannya. -MediaUMNO