Saturday, October 27, 2012

Van Skuad Sayang Wanita UMNO Jadi Mangsa Sabotaj Pihak Tertentu


Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini. "Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut.

 Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. -SH

Komentar KP : Cukup tidak bermoral perbuatan seperti ini,gara-gara dengki dengan gerak kerja Wanita UMNO,sanggup mensabotaj kenderaan Skuad Sayang Wanita UMNO yang menjadi nadi penghubung kebajikan diantara rakyat dan kerajaan. 

Friday, October 26, 2012

Dr. MAZA Bidas Fatwa Korban Ostazah Abby Yang Tak Betul


Dr Asri Zainul Abidin dalam twitternya menyifatkan kenyataan Abby Abadi berkenaan korban itu jelas   salah dan mungkin akan membawa erti mengharamkan binatang yang disembelih secara halal.





Dan Asri menyifatkan, Ebbi patut sedar menyembelih binatang adalah tak sama dengan membunuh binatang seperti yang dinyatakan oleh Ebbi...

Ketika dihubungi oleh portal SGB, Dr Asri enggan mengulas banyak berhubung kenyataan terbaru Ebbi itu.

 “Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat. Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul” “(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai.

 Tak sembelih sama dengan bangkai. “Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul”, tegas beliau lagi. - MPP ONLINE-

Komentar KP : Dibawah ,tweet terbaru Ostazah Abby yang bengang kerana isu fatwa korban ini mendapat liputan meluas baik di dalam akhbar mahupun di media siber.Walaupun di"quote" kenyataan itu kononnya semasa kuliah maghrib,sepatutnya berfikir dahulu untuk ditweet atau tak ,jangan terus ambil bulat2-bulat tanpa fikirkan akibat yang diterima.Kenyataan itu dah la tak betul dan menyeleweng ..bahaya betul orang yang tak mendalami ilmu agama secara dalam terus nak tweet bagi tahu kat semua orang..last2 orang kata dia ni jahil yg berlagak pandai



Thursday, October 25, 2012

Benarkah Hj Hadi Dan Nik Aziz Punca Chua Soi Lek Berani Hina Hukum Islam ??


Hiruk piruk seketika dunia maya dengan hamburan kemarahan sesetengah pihak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) menyatakan sekiranya hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud menjadi kenyataan bakal menyebabkan kira-kira 1.2 juta orang kehilangan pekerjaan.

 Kebanyakan reaksi balas dari pihak penyokong pro pembangkang, mereka menyifatkan kenyataan CSL itu adalah satu penghinaan terhadap Islam dan disebabkan itu UMNO perlu mengambil tanggungjawab di atas keterlanjuran CSL itu.

 Hakikatnya, bukan UMNO ataupun mana-mana pemimpinnya yang perlu dipersalahkan berikutan kenyataan CSL yang sedikit bias itu, sebaliknya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Hadi Awang yang perlu mengambil tanggungjawab dan menanggung bebannya.

 Seandainya para pembaca semua imbas semula pertikaian hukum hudud di antara PAS dengan rakan sepakatannya DAP sejak sekian lama, Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya secara sedar atau sebaliknya, telah memberi 'lesen' untuk CSL berkata demikian mengikut pemahamannya.

 Misalnya 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menganggap tentangan DAP terhadap Islam bukannya satu kesalahan konon atas alasan DAP bukannya Islam. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu semasa diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang seperti sengaja menghina Islam.

 Reaksi selamba Nik Aziz itu sehingga kini tidak pernah dinafikan olehnya, dan menariknya semenjak itu, segelintir pemimpin politik bukan Islam kelihatan yakin dengan lampu hijau dari Mursyidul Am PAS itu, sehinggakan kian ramai dari kalangan mereka khususnya dari DAP dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hukum hakam Islam.

 Barangkali sudah ketentuan Ilahi, ngam-ngam 3 tahun selepas Nik Aziz memberi lampu hijau untuk DAP sesuka hati menghina Islam atas alasan DAP bukan Islam, tanggal 12 Ogos 2012 yang baru sahaja dua bulan berlalu, Presiden PAS, Hadi Awang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa "DAP berhak untuk menolak hudud".

 Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Sinar Harian itu, Hadi berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Karpal Singh serta kebanyakan ahli DAP adalah bukan Islam.

 Namun apabila CSL selaku Presiden MCA pula mengeluarkan satu kenyataan bias mengaitkan kesan buruk pada ekonomi negara sekiranya hudud PAS dilaksanakan, kenapa pula para penyokong PAS tiba-tiba sahaja melenting? Walhal, bukankah Nik Aziz & Hadi Awang sendiri sebelum ini secara sedar telah menghalalkan tindakan DAP untuk menghina Islam.

 Jika para pemimpin DAP dianggap tidak bersalah bilamana mempertikaikan hukum hakam Islam sehingga berjaya memaksa PAS berlembut dan mengalah sebagaimana terbukti dalam beberapa mesyuarat tertinggi PR sebelum ini, maka usahlah menyalahkan CSL apabila beliau mengambil kesempatan tersebut untuk lebih kritis terhadap hudud PAS.

Amalan-amalan Sunnah 2 Hari Raya [Aidilfitri & Aidiladha]


[Amalan-amalan sunnah pada malam dan hari raya umat Islam - Aidil Fitri dan Aidil Adha.]

 1. Menghidupkan malam raya dengan melakukan ibadah.

Diriwayatkan oleh Abu Umamah ra: "Sesiapa yang mendirikan 2 malam raya (dengan melaksanakan ibadah) dalam keadaan mengharapkan balasan kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia." ~ Riwayat Ibn Majah rahimahullah.

 2. Mandi.

Bermula sunnahnya pada malam hari raya hingga akhir tengahari hari raya. Waktu yang paling afdhal untuk mandi ialah selepas terbit fajr.

Daripada Ibn Abbas ra: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم mandi pada hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha." ~Riwayat Ibn Majah rahimahullah.

 3. Membersihkan diri, berwangi-wangian, berlawa atau berhias, memakai pakaian yang paling elok. Memilih pakaian berwarna putih adalah digalakkan.

 4. Makan di hari raya. Hari raya Aidil Fitri disunnahkan makan "SEBELUM" keluar menunaikan solat raya.

 Disunnahkan makan buah tamar/kurma dalam bilangan yang ganjil. Daripada Anas ra: "Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak akan beredar dari rumahnya pada hari raya Aidil Fitri sehingga Baginda صلى الله عليه وسلم makan buar tamar terlebih dahulu. Dan Baginda صلى الله عليه وسلم memakannya dalam bilangan yang ganjil." ~Riwayat Al-Bukhari rahimahullah.
Manakala pada hari raya Aidil Adha pula, disunnahkan makan "SELEPAS" menunaikan solat hari raya.

 5. Keluar awal (berpagi-pagi) ke masjid atau surau untuk menunaikan solat raya. Adapun jika dia seorang imam disunnahkan datang ketika sudah masuk waktu untuk solat.

 6. Berjalan kaki keluar untuk menunaikan solat hari raya dengan melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang darinya.

Daripada Jabir ra: "Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم (apabila keluar untuk menunaikan solat) pada hari raya, Baginda صلى الله عليه وسلم akan menggunakan jalan yang berlainan." ~Riwayat Al-Bukhari rahimahullah.

 7. Mendirikan solat di dalam masjid kerana ia (dalam masjid) itu lebih mulia dan lebih bersih. Namun dikecualikan jika ia sempit, ketika itu berada di dalam masjid tidak digalakkan lagi. Lebih baik solat di luar/di padang sahaja.

 8. Segera menunaikan solat hari raya Aidil Adha dan lewatkan solat hari raya Aidil Fitri kerana disunatkan bagi seseorang itu mengeluarkan zakat fitrahnya sebelum solat didirikan.

Daripada Abu Huwarith: "Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menulis kepada Amr bin Hazmin dan ketika itu Amr berada di Najran. Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: (Segera dirikan solat Aidil Adha dan lambatkan solat Aidil Fitri)." ~Riwayat Al-Baihaqi rahimahullah.

 اللهم صل على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تقبل الله منا ومنكم كل عام وأنتم بخير

 Diterjemahkan dari kitab: 'Fiqh Al-I'badaat a'la Al-Mazhab As-Syaafie'. Ditulis oleh Al-Haajjah Ad-Durriyyah Al-I'z. Cetakan pertama pada tahun 1989, Dimasyq. Mukasurat: 223 - 224. Diterjemah pada Selasa 9 Zulhijjah 1431 bersamaan 16 November 2010 di Sirajul Munir.

 P/S: Jika ada kesilapan dalam terjemahan saya mohon maklumkan pada saya. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga ia memberi manfaat amin ya Rabbal a'lamiin.

Sumber artikel : Nota Facebook Sharifah Fatimah Nur'asyikin Al -Yahya

Wednesday, October 24, 2012

Kenyataan Dr. Asri Ulama UMNO Semuanya "Hanyut" Amat Tidak Adil- @ustazfathulbari


Kenyataan Dr Asri memang amat tidak adil di Wacana Sinar Harian semalam yang menghentam semua ulama yang sertai UMNO akan hanyut . Tokoh ulama muda UMNO , Ustaz Fathul Bari membidas sekeras-kerasnya tuduhan melulu bekas Mufti Perlis ini yang terus menghukum ulama sertai parti politik UMNO.

 Ikuti pandangan beliau mengenai kenyataan pedas Dr Asri ini . Sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."  "Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

 Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang. Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

 Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

 "Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya. Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

 "Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.

Tuesday, October 23, 2012

JAKIM Siasat Lagu Kontroversi "Harapan Bangsa" Nyanyian Jaclyn Victor



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyiasat dakwaan lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

 Keua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha memberitahu mStar Online bahawa Jabatan itu mengambil perhatian terhadap gesaan segelintir pihak yang meminta siasatan dibuat berhubung perkara itu.

 "JAKIM sedang menyiasat mengenai dakwaan itu sama ada ia benar atau tidak dikatakan menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini. "Kami juga akan membuat penelitian secara telus mengenai sumber, sasaran dan tujuan lagu berkenaan sewajarnya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai gesaan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi yang menggesa Jakim supaya menyiasat lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor itu. Othman menambah, siasatan yang dilakukan oleh Jakim bertujuan untuk memperoleh pengesahan sebenar bagi mengelak kekeliruan masyarakat terutama umat Islam di negara ini.

Dr Mohd Puad dipetik sebagai berkata lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain yang mungkin menganggapnya sensitif.

"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut `setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah (takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga begitu.

 "Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan `Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu,” katanya.

 Selain Jakim, Dr Mohd Puad turut mengesa siasatan yang sama dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Apa maknanya lagu ini sengaja dicipta??Untuk penganut Kristian atau buat semua rakyat Malaysia??

PERKASA Seru Ahli Sokong BN Pada PRU-13


KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru ahli-ahlinya memberi sokongan padu kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang termasuk daripada parti-parti komponennya seperti MCA dan MIC.

 Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, hal itu kerana Perkasa melihat hanya BN yang mampu memastikan keamanan dan keselamatan negara dapat dikekalkan. Katanya, keputusan itu dicapai setelah beliau melakukan proses percambahan idea bersama Ahli Majlis Tertinggi Perkasa yang terdiri daripada bekas anggota tentera, pensyarah dan tokoh-tokoh dalam bidang tertentu.

 "Berdasarkan sesi percambahan idea itu, kami membuat satu resolusi bahawa kita tiada pilihan selain memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang demi kepentingan dan keselamatan negara.

 "Kami tidak mahu mengambil risiko memilih pakatan pembangkang yang nampaknya bercelaru dan tidak yakin pakatan berkenaan mampu menjamin keselamatan negara," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Menurut Ibrahim, selepas membuat pemantauan, Perkasa juga menilai bahawa MCA adalah lebih baik berbanding DAP dalam banyak sudut walaupun kadang kala tindakan serta kenyataan parti itu menggores hati pihak tertentu.

 "Kami telah menilai, memantau serta membuat pemerhatian dan mendapati MCA jauh lebih baik daripada DAP dalam banyak perkara walaupun saya sendiri menerima hakikat kadang-kala tindakan atau kenyataan pemimpin parti itu seperti dalam isu hudud menggores hati pihak tertentu, tetapi perkara itu bukanlah persoalan utama.

 "Mereka (MCA) hanya memberi pandangan peribadi, sekiranya tidak bersetuju, kami tegur, tetapi itu tidak membawa maksud bahawa kami memusuhi MCA," jelasnya. Tambah Ibrahim, tindakan MCA mengkritik isu tertentu khususnya berkaitan kepentingan kaum Cina bermula apabila DAP sentiasa memainkan isu itu.

 Katanya, MCA juga mahu mengekalkan sokongan kaum Cina dan kadang-kala terpaksa mengeluarkan kenyataan tetapi tidak melampau seperti 'langkah mayat saya dulu' seperti yang pernah diluahkan salah seorang pemimpin DAP.

"MCA sudah lama bekerjasama serta menerima perjuangan UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu. Tidak seperti DAP yang menolak perjuangan Islam Pas, kita boleh lihat perbezaan MCA dengan DAP," ujarnya.

UFB Tempelak Chua Soi Lek -Karpal Singh



Disebalik tohmahan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya daripada PAS yang menemplak pemimpin UMNO yang kononnya berdiam diri ketika Presiden MCA ,Chua Soi Lek menghentam dan menghina hukum Islam ,CEO ILMU Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya bangun menemplak dan memberi amaran kepada orang bukan Islam terutamanya pemimpin-pemimpin politik supaya membiarkan umat Islam menyelesaikan sendiri isu-isu berkaitan Islam dan meminta orang bukan Islam jangan komen jika mereka sendiri belum faham isu berkaitan Islam.

Penegasan ini dibuat ketika di dalam kuliah Ilmu " Bicara Orang Muda" di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka.Tambahan beliau lagi,isu ini sangat sensitif kepada Umat Islam.

Pemuda PAS-UMNO Kedah Sepakat Kerjasama


ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah mengharapkan kerjasama lebih luas dapat dijalinkan dengan Pemuda Umno yang bukan sahaja melibatkan isu penyelewengan ekonomi tetapi merangkumi soal akidah. Ketuanya, Ahmad Yahya ketika menyambut baik pelawaan Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim untuk bekerjasama membela nasib rakyat di negeri ini.

 Menurutnya, berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang untuk menentukan bentuk kerjasama yang bersesuaian dapat digunapakai dalam memastikan matlamat menyelesaikan sesuatu isu dicapai. “Kita tidak ada masalah untuk bekerjasama. Mungkin selepas ini boleh bekerjasama dari segi membuat laporan polis bersama-sama sesuatu isu yang berbangkit berpandukan kepada hasil laporan audit.

“Namun kerjasama itu bukan setakat menggesa siasat penyelewengan berlaku semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sahaja tetapi ketika Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu kerana kita juga menimbang untuk melaporkan perkara itu,” katanya.

 Beliau mahu siasatan terperinci dilakukan segera terhadap isu penyelewengan pengurusan perumahan awam kos rendah (PAKR) di negeri ini seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Menurutnya, Pemuda Pas turut mencadangkan kerjasama lebih erat dijalinkan di peringkat pusat agar siasatan terperinci dilakukan terhadap penyelewengan wang rakyat yang berlaku di semua peringkat.

 “Bukan sahaja membabitkan soal ekonomi tetapi kita perlu bekerjasama berhadapan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak berasas mengenai hukum Islam demi menjaga akidah umat Islam.

 “Namun sehingga kini Pemuda Umno sendiri masih berdiam diri terhadap dakwaan Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum hudud 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan,” katanya. Beliau mengulas kenyataan Badrol Hisham yang menyambut baik tindakan Pemuda Pas Kuala Kedah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pendedahannya mengenai PAKR dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

 Dalam pada itu, beliau turut memberi sokongan penuh terhadap usaha Pemuda Pas Kuala Kedah membuat laporan kepada polis, SPRM dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) berhubung isu penyelewengan PAKR.

“Kita tidak mahu pihak yang melakukan kesalahan menggunakan wang rakyat dibiarkan sewenangnya bebas tanpa diambil sebarang tindakan mengikut saluran undang-undang,” katanya. Sinar Harian semalam melaporkan, Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah bersama jawatankuasa membuat laporan polis dan SPRM serta menyerahkan salinan laporan kepada Pengerusi PAC, Ahmad I’zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun). 

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat membidas tindakan beberapa pemimpin politik bukan Melayu yang membangkitkan isu Islam yang disifatkannya tidak sesuai kerana mereka kurang memahami hukum hakam Islam. Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Islam bangun mempertahankan isu Islam dan tidak membiarkannya dipermainkan oleh orang bukan Islam kerana ia adalah isu yang sensitif.-Sinar Harian

Monday, October 22, 2012

Kelantan TRW Gondol Piala Malaysia,Bukti Pengurusan Pemimpin BN Sangat Baik


Buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun, pasukan bola sepak Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama The Red Warrior (TRW) berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia, satu kejayaan yang tentu sahaja amat manis untuk dikenang.

 Lebih manis lagi kejayaan tersebut sekaligus melengkapkan tiga kejuaraan yang dicapai oleh TRW bagi tahun 2012 termasuk menjuarai tahtha pertama Liga Super disamping menggondol kejuaraan Piala FA.



 Kesemua kejayaan ini berjaya dikecapi selepas bekas Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA) seterusnya membawa kepada transformasi dalam pengurusan bola sepak Kelantan yang hasilnya adalah seperti yang wujud pada hari ini.

 Sebelum KAFA diambil alih pengurusannya oleh Annuar, persatuan bola sepak itu terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah dari hal tunggakan gaji pemain, kebajikan pegawai pasukan, masalah disiplin hinggalah kepada berhutang sewa stadium dengan Kerajaan PAS Kelantan. Setelah kemasukan Annuar menerajui KAFA, perkara pertama yang ditumpukannya ialah menyelesaikan tunggakan gaji pemain serta pegawai pasukan seterusnya membentuk disiplin pasukan.

 Masalah gaji tertunggak dan disiplin pemain, jika gagal diselesaikan ia akan menjadi barah namun bila berjaya diatasi dan kebajikan para pemain dan pegawai pasukan senantiasa dijaga manakala perancangan serta pengurusan pasukan tersusun baik dan rapi, InsyaAllah kemenangan bakal diperolehi.

 Melihat pada kebangkitan TRW sehingga berjaya meraih kejuaraan treble ini, jelas sekali pemimpin yang bijak dan pandai dalam pengurusan memainkan peranan penting dalam jatuh bangun sesebuah organisasi, persatuan mahupun negeri.

 Ternampak jelas, aura kehebatan seorang pemimpin BN seperti Annuar Musa telah terbukti berjaya mengubah nasib pasukan Kelantan dari sebuah pasukan belasahan kini muncul sebagai pasukan gergasi yang digeruni ramai.

 Jika dalam edisi Piala Malaysia tahun 2010 dulu, hasil kejayaan TRW menggondol piala tersebut buat pertama kalinya telah merintis kepada kebangkitan Gelombang Merah yang meruntuhkan penguasaan PAS di PRK DUN Galas, tidak mustahil kejayaan TRW dalam edisi tahun ini juga bakal menyemarakkan Gelombang Merah untuk menghanyutkan PAS dan Nik Aziz dari Kompleks Kota Darul Naim.

 Piala Malaysia kembali lagi ke pangkuan Kelantan bukan kerana Nik Aziz, bukan juga kerana Husam Musa dan bukan sekali-kali kerana PAS. Tapi, kemegahan menggenggam Piala Malaysia ini menjadi realiti sekali lagi disebabkan kehebatan pemimpin BN mengurus tadbir KAFA dengan kerjasama para pemain yang setia membanting tulang bersemangat menjulang nama negeri.

Thursday, October 18, 2012

Laporan Audit Kerajaan DAP P.Pinang : Guan Eng Cuba Sembunyi Fakta Sebenar


DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%. Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

 Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu 

Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

 Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan – sekadar menyebut beberapa perkara.

 Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutong dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

 Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut. 

Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

 Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan. Paling mencuri tumpuan penulis dalam laporan audit semalam ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian..

 Kalau tidak salah penulis, masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas – untung tidak ada tapi bonus berkoyan. Nampaknya fahaman DAP ini memang lain.

 Tak tahu teknik perakaunan mana yang digunakannya tapi syarikat kerajaan negeri yang tidak memberi sebarang keuntungan boleh membayar bonus kepada kakitangannya!! Jadi toksahlah DAP nak cakap besar dan buat bising tentang prestasi kerajaan BN diperingkat persekutuan kalau dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun ada banyak masalah yang tidak terjaga.

 Penulis nak menyentuh sedikit tentang kos-kos pembelian ‘tidak munasabah’ yang dikesan berlaku dalam laporan audit kali ini. Nak dijelaskan disini bahawa ianya bukan disebab oleh penyelewengan atau apa pun cuma bajet berlebihan dari akaun lain, dipindahkan ke akaun yang kurang atau telah habis.

 Contoh, rekod pembelian TV berharga RM 1,500, tapi dikesan dibeli dengan harga RM 10,000. Wang itu tidak masuk poket sesiapa pun tapi bajet itu yang dipindahkan. Ini biasa berlaku, tanyalah orang kerajaan terlibat, depa tahulah, yang penting tidak ada kaitan dengan penyelewengan- Mat Kilau Penang

AES : Wajarkah Kerajaan Melaksanakannya ??


Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

 Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

 Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan. Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

 Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.

Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju. Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

 Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

 Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

 Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

 Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa. Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju.

 Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini. Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

 Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya. Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?

Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

 Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju. Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

 Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut. Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J.

 Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini. Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300. Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?

Jika bayar cepat, bahayanya kurang? Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

 Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan. Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam. Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman.Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.


Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini? Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut: Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau.

Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

 Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau.

Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama. Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai.

Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai. Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

 Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju. 

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan. Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES.

Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat.

Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah! Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

Oleh Abd Jalil Backer (MyKMU.net)

Komentar KP : Keputusan kerajaan seperti ini seharusnya melalui penelitian dan kajian khusus serta melihat  pandangan rakyat terlebih dahulu.Kerajaan wajar dengar denyut nadi rakyat marhaen di bawah..Membangkang benda yang dilihat agak tidak kena itu perlu demi kesenangan rakyat dan wajar kerajaan timbang semula perkara ini kerana isu AES ini bakal menjadi senjata buat PR untuk mengapi-apikan rakyat supaya melihat kerajaan ini tidak fikirkan bebanan rakyat dan hanya mengkayakan golongan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dengan bonus dalam bajet tahunan negara.Inilah sentimen yang bakal ditiup oleh PR terhadap rakyat dan yang bakal menerima padah ialah UMNO dan BN pada PRU-13 nanti.

Selepas Misi Kemanusiaan Rohingya,Kini Kelab Putera 1 Malaysia Bantu Pelarian Rakyat Syria


KUALA LUMPUR - Pasukan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan berlepas ke Jordan pada 19 Oktober bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Syria yang berlindung di kem pelarian di Jordan.

 Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi kemanusiaan 56 orang termasuk doktor dan anggota media itu akan berada di Jordan sehingga 31 Oktober dengan membawa 300 tan bekalan makanan, perubatan dan pelbagai keperluan asas yang lain.

 "Setiba di Jordan, anggota misi akan menuju ke kem pelarian Al-Mafraq, sebuah kawasan bersempadan dengan Syria, kira-kira 80 km dari ibu negara Jordan, Amman," katanya kepada pemberita di sini.

 Turut hadir Duta Jordan ke Malaysia, Maher A. Lukasha. Abdul Azeez berkata kira-kira 60,000 rakyat Syria kini berada di kem Al-Mafraq serta beberapa kem lagi yang dibina oleh pihak berkuasa Jordan bagi menampung kemasukan rakyat Syria yang semakin bertambah selepas melarikan diri daripada konflik antara kerajaan dan pemberontak di negara mereka.

 Beliau berkata selain makanan dan bekalan perubatan sukarelawan KP1M juga membawa selimut dan alat pemanas yang sangat diperlukan kerana cuaca sejuk di Jordan selain beg sekolah dan peralatan menulis untuk kegunaan pembelajaran kanak-kanak.

 Katanya, duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz serta 70 pelajar Malaysia di Jordan akan menghulurkan bantuan kepada pasukan KP1M sepanjang mereka berada di negara itu. Sementara itu, Maher berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan KP1M kerana membantu pelarian Syria di Jordan.

 "Bantuan kemanusiaan ini jelas menunjukkan keikhlasan rakyat Malaysia untuk membantu pelarian Syria yang pada masa ini berdepan pelbagai penderitaan. "Ia juga jelas menunjukkan semangat kerjasama yang baik antara Malaysia dan Jordan bagi membantu pelarian berkenaan," katanya. Maher berkata jumlah pelarian Syria yang berada di Jordan meningkat kepada lebih 200,000 orang setakat ini dan kira-kira 60,000 orang tinggal di kem-kem pelarian.

 Katanya, kerajaan Jordan mewujudkan kem pelarian baru bagi memenuhi peningkatan jumlah pelarian dan pihak berkuasa Jordan akan membantu pasukan misi bantaun kemanusiaan KP1M bagi memastikan bekalan bantuan itu sampai kepada pelarian. - Bernama

Tuesday, October 16, 2012

Syeikh Zainol Asri Ramli Bidas Kenyataan DAP


ALOR SETAR 15 Okt. - Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati' ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini.

 Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.

 "Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

 Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lee Guan Aik semalam yang menegaskan DAP tidak sekali-kali akan membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

 Guan Aik berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.

 Baru-baru ini, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, garis panduan yang akan dikuatkuasa tahun depan itu meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan iaitu tidak membenarkan model beragama Islam berpakaian mendedahkan aurat. Syeikh Zainol Asri berkata, Pas tidak perlu berbincang dengan DAP untuk mendapatkan persetujuan melaksanakan garis panduan berkenaan kerana menutup aurat hanya berkaitan masyarakat Islam sebagaimana dituntut ajaran Islam.

 "Memang isu ini kalau dilihat ada kesan kepada politik Pas tetapi ini bukan soal politik semata-semata tetapi ia adalah kehendak Islam tanpa mengira fahaman politik," katanya. Justeru beliau menyokong garis panduan MBAS itu kerana ia adalah sebahagian kaedah dakwah untuk masyarakat Islam dan pada masa yang sama seiring dengan kehendak ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi. 


Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, sayap parti itu turut menyokong langkah MBAS memperkenalkan garis panduan berkenaan kerana ia menepati kehendak agama dan budaya masyarakat masyarakat timur.

 "Langkah itu juga menepati kemahuan semua kaum sebab dalam dunia tidak ada mana-mana kaum yang mahu iklan tidak sopan malahan ramai juga yang membantah iklan yang mengeksploitasi wanita," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada MBAS. `

PANAS !!! Anwar Yang Bertanggungjawab Luluskan Pembelian Scorpene


Rancangan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan yang kini dipolitikkan oleh pakatan pembangkang, sebenarnya telah dibuat pada 1991 dan mendapat kelulusan pada 1995 iaitu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

 Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa, Anwar mengetahui perkara tersebut kerana sebagai menteri berkenaan, beliau bertanggungjawab meluluskan pembelian kapal selam berkenaan ketika itu.

"Segala-galanya telah dibentangkan di Parlimen pada persidangan yang lalu tentang perjanjian pembelian Scorpene. Rupa-rupanya rancangan hendak beli kapal selam dibuat sejak 1991.Pada 1995, Kementerian Kewangan meluluskan proses pembelian kapal selam dengan harga yang ditetapkan.

"Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Anwar Ibrahim. Dia lulus waktu itu, dia yang beri kelulusan dan tangan dia yang tandatangan dokumen kelulusan.Hari ini, dia mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima komisen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Rapat Umum Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam di sini malam tadi. Dalam ceramah itu, Muhammad Zahid turut meminta rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji manis Anwar termasuk menghapuskan tol, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menurunkan harga minyak.

Katanya, semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu, Anwar menolak desakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) agar kadar faedah pinjaman PTPTN sebanyak empat peratus dikurangkan.

"Mana ayat dia dahulu adat berhutang mesti bayar?Sebab hendak gula-gulakan rakyat, dia buat janji macam ini. Zaman Najib, peminjam PTPTN hanya dikenakan kadar faedah satu peratus dan kalau pandai belajar, mereka tidak perlu bayar. Ini untuk menggalakkan anak-anak kita belajar," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang Melayu dan Islam tidak ada pilihan melainkan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jika mahu kedudukan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu tidak digugat.

Saturday, October 13, 2012

Tak perlu bimbangi pertemuan dengan Soros - Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperjelaskan bahawa pertemuannya dengan spekulator mata wang, George Soros, di New York dua tahun lepas, adalah satu kunjungan hormat yang biasa.

 "Ya, memang saya berjumpa dengannya. Apa salah dengan itu?. Ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak. "Tak perlu dibimbangi. Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan.

Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat. "Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia." katanya.

 Najib berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat malam.

 Sebelum ini, dilaporkan pembangkang sengaja menimbulkan isu dan kemarahan rakyat dengan membesarkan isu pertemuan tersebut dan mendesak Najib memberi penjelasan segera.

 Dalam sidang media tersebut, Najib, yang juga Pengerusi BN, turut ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta. Najib memperjelaskan bahawa adalah menjadi amalan biasa untuk sesebuah parti politik menerima sumbangan luar selagi mengikut prosedur yang betul.

 "Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul.

 "Pembangkang juga menerima sumbangan. You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya.

 Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.