Tuesday, March 22, 2016

PANAS !!! Lim Kit Siang Di Halau Penyokong Cina DAP di Jerantut


Kehadiran Pengerusi DAP Lim Kit Siang di sebuah kedai kopitiam di Jerantut telah kecoh apabila ada segelintir penyokong cina DAP datang memaki dan menghalau Lim Kit Siang dan rombongannya di situ.

Video amateur di bawah menunjukkan lebih daripada seorang yang memaki Kit Siang dan rombongannya sehingga mengakibatkan mereka bertindak meninggalkan kedai tersebut kerana ingin mengelakan Pengerusi DAP itu terus dimalukan di khalayak ramai.

Menurut sumber, kumpulan itu merupakan penyokong DAP yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan DAP . Ini ditambah pula isu skandal banglo murah Lim Guan Eng yang heboh diperkatakan oleh media massa.

Penolakkan ini jelas isyarat mudah masyarakat cina yang sudah 'fed up' dengan politik DAP yang bermuka-muka di depan orang-orang cina. Kesian Melayu dalam PAN yang masih wala' bodoh terhadap DAP dan Lim Kit Siang. Ahli DAP pun dan muak dengan Dinasti Lim dalam politik Malaysia.





Najib: Kerajaan Tidak Kompromi Isu Rasuah dan Penyelewengan Dana Kerajaan


Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya siasatan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilakukan dengan serta merta.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perdana menteri juga turut mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya meningkatkan lagi tahap pemerhatian, ketelusan dan akauntabiliti.

Beliau berkata kerajaan amat bimbang dengan laporan bahawa sejumlah RM100 juta dana kerajaan kemungkinan diseleweng daripada KBS.

"Rasuah merupakan musuh yang perlu kita perangi di negara ini dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas, menahan sembilan orang termasuk seorang Setiausaha Bahagian KBS yang dikatakan menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama lapan individu lain termasuk seorang wanita, ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Malaysian Gazette

Saturday, March 19, 2016

Politik Benci Bukan Lagi Strategi PAS


Dipetik daripada blog ArifPutera dalam artikel Memahami Pendekatan Politik PAS

Walaupun aku bukan orang yang begitu ambil berat soal politik, tidak bermaksud aku mengabaikan politik. Hanya saja kerana pembacaan politik aku yang lemah, aku cuba mengambil sikap tidak berlebihan untuk memperkatakan subjek yang aku tidak berapa faham. Cuma baru-baru ini, berikutan langkah PAS mengumumkan kemunculan Blok Ketiga dalam politik negara, ia menarik perhatian aku untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh pendekatan politik matang yang kini mula menjadi slogan tidak rasmi parti itu.

Sejak akhir-akhir ini, dalam beberapa bulan lepas selepas Tuan Guru Haji Hadi(Tuan Guru selepas ini) selaku presiden PAS menyebut bahawa mereka kini bersedia untuk membantu dan menasihati kerajaan, kemudian berikutan beberapa tindakan PAS yang dilihat tidak bersama-sama parti politik lain untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, mereka menafsirkan bahawa PAS kini cenderung untuk bersama dan mendukung kerajaan yang diterajui Dato’ Seri Najib. Tentu saja hal ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh mereka berada dalam PAS.

Mereka yang sudah lama berjuang dalam PAS menegaskan bahawa PAS tidak pernah ada niat untuk bersama kerajaan, bahkan tetap dengan agenda untuk menumbangkan UMNO dan sekutu-kutunya. Tetapi apabila aku meneliti kenyataan-kenyataan terbaru(juga yang lama) Tuan Guru sama ada melalui akhbar mahupun media lainnya, aku merasakan PAS sudah berubah dan tidak lagi menjadikan agenda kekuasaan sebagai matlamat perjuangan mereka. PAS berusaha mencari alternatif lain dan ingin keluar daripada persepsi bahawa misi menegakkan Islam di negara ini sinonim dengan menjatuhkan Barisan Nasional.

Tidak hairan cadangan Kerajaan Perpaduan pernah terlontar daripada pihak Tuan Guru sendiri satu ketika dulu. Walaupun rata-rata ahli PAS cuba menafikan mengenai perkara ini, tetapi bukti-bukti terhadap perkara ini banyak boleh kita temukan. Ini zaman era terbuka. Tiada perkara yang dapat kita sembunyi. Dan berikutan kenyataan-kenyataan Tuan Guru mengenai menasihati dan membantu kerajaan, ini mengindikasikan bahawa PAS sedang keluar daripada perjuangan yang berorientasikan kuasa kepada perjuangan yang berorientasikan dakwah.

Kata-kata Tuan Guru dalam pengumuman Blok Politik Ketiga tempoh hari:

“Kita memilih pendekatan membangkang tidak melulu, membangkang secara nasihat. Apa yang baik kerajaan buat kita sokong, yang tak baik kita nasihat. Itu langkah kita.”

Perubahan yang berlaku pada PAS kini mungkin kerana mereka telah menyedari bahawa dasar perjuangan yang mereka bawa selama ini hanya dipicu oleh rasa benci kepada kerajaan. Dan perjuangan seperti ini tidak dapat disebut sebagai dakwah sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Said Ramadan al-Buti dalam kritikannya terhadap gerakan Islam. Ini kerana kata al-Buti, dakwah yang cuba dibawa melalui politik kepartian hanya menyebabkan kegagalan dalam menyeru mereka yang berada dalam parti lawan. Ini disebabkan hubungan antara parti dengan parti yang lain adalah persaingan antara satu sama lain.

Sememangnya kalau kita lihat PAS dalam beberapa dekad yang lepas, apa yang kita temukan pada mereka cuma politik benci. PAS waktu dulu sangat anti kepada UMNO. Pada mereka, UMNO bagaikan musuh yang perlu dikambus habis-habisan tanpa tersisa. Walaupun yang berada dalam UMNO itu majoritinya Melayu-Muslim, yakni saudara seagama mereka juga, kebencian PAS kepada UMNO sangat besar dan begitu ketara. Sudah tentu ini sangat lari daripada dasar dakwah itu sendiri, bahkan jauh daripada konsep rahmah yang ada dalam Islam. Sepatutnya kita membawa semua umat Islam menuju hakikat sejahtera yang dicitakan, bukan meminggirkan sebahagian daripada mereka.

Melihat pendekatan baru yang dibawa PAS-IKATAN ini, secara peribadi aku berasa teruja untuk menunggu bagaimana hasilnya nanti. Ini kerana PAS mula memahami bahawa dalam bergerak ke arah misi menegakkan Islam yang mereka cita-citakan selama ini, hal itu tidak patut dipicu oleh rasa benci terhadap parti lawan dan keinginan untuk merampas tampuk pemerintahan mereka. Sebaliknya tugas utama PAS sebagai parti Islam adalah menyeru parti lawan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Dan sekiranya nasihat dan seruan itu diabaikan, baru mereka bergerak ke arah mengganti pemerintah yang sedia ada.

Ketika ini kita akan lihat PAS tidak lagi sepenuhnya berdiri sebagai parti politik yang cita-cita utama mereka duduk di tampuk pemerintahan, tetapi mereka sekarang adalah gerakan dakwah yang menjadikan identiti politik sebagai landasan dakwah mereka.

Saturday, March 5, 2016

Agenda Tun Mahathir Keterlaluan, Rakus Tumbangkan Najib


KUALA LUMPUR, 4 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Tun Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO melakukan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib daripada jawatan Perdana Menteri bukan sahaja memberi kesan kepada Perdana Menteri, tetapi juga kepada parti, kerajaan dan negara.

 Jelas beliau di saat saf kepimpinan negara sedang bertungkus-lumus memastikan ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Tun Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus dengan agenda menjatuhkan Perdana Menteri.

 Tegasnya kestabilan yang selama ini menjadi tonggak kekuatan negara cuba dihakis semata-mata untuk menjayakan agenda politik penuh kebencian. DS Hishammuddin“Saya tidak faham bagaimana Tun Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO ini boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, PAS, DAP, AMANAH serta NGO-NGO lain semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri.

 “Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi jalanan. Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang inilah suatu ketika dahulu yang menggelarkan Tun Mahathir sebagai ‘Firaun’”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

 Malah jelasnya lagi apa yang dikesalkan sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO ini seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah ketika ini.

 “Mereka harus menghormati sistem demokrasi yang kita junjung. Tindakan mereka hari ini jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip perjuangan yang mereka pegang selama ini. “ Saya harap ahli-ahli UMNO faham bahawa Tun Mahathir sudah keluar dari UMNO dan kini mula bergabung dengan pembangkang, justeru tindak-tanduknya sudah pasti tidak lagi mengambil kira kepentingan UMNO”, ujarnya. 

Tindakan Tun Mahathir hari ini juga kata beliau lagi tidak langsung mencerminkan sifat-sifat seorang negarawan yang menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan mementingkan kesejahteraan rakyat.-MediaUMNO

Wednesday, March 2, 2016

Najib: Mahathir Keluar UMNO,Tidak Beri Kesan Kepada UMNO


JEDDAH, 2 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu.

“Bagi UMNO, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.

“Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Presiden UMNO menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Dr Mahathir pada 29 Feb lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.

Bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.

Dr Mahathir menyertai semula UMNO pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.

Ditanya sama ada tindakan Dr Mahathir itu memberi kesan kepada UMNO, Najib berkata: “Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.

“Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO.”

Beliau turut ditanya sama ada UMNO bimbang akan ada pemimpin lain yang mengikut langkah Dr Mahathir.

“Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan UMNO ini akan kita pastikan. Maknanya pemimpin yang komited kepada UMNO dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan UMNO,” tegasnya.

Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.

“Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah UMNO.

“Iaitu 160,000 perwakilan UMNO memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.

“Tapi pada pemilihan UMNO (yang lepas) ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan UMNO yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi.”

Najib berkata beliau beriltizam untuk meneruskan mandat yang diterimanya daripada anggota UMNO.

Kepada pertanyaan seterusnya berhubung kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang dilihat banyak menjejaskan imej negara, beliau berkata bekas perdana menteri itu bukanlah seorang yang mudah menghentikan sesuatu yang dilakukannya.

Menurut Najib, apa yang penting sekali ialah UMNO dan kerajaan mesti dipertahankan.

“Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita,” katanya. Najib seterusnya berkata dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kerajaan akan terus menentukan kesejahteraan rakyat tidak terabai.

UMNO Sebenarnya Milik Mahathir Bukan Najib


UMNO Sebenarnya Milik Mahathir Bukannya Najib !!

Inilah fakta yang tidak boleh disangkal oleh sejarah politik negara tika mana UMNO 46' (UMNO yg diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946) telah diharamkan pendaftarannya dan memaksa ketika itu Mahathir untuk mewujudkan semula UMNO 88' ketika krisis pengharaman UMNO. Mahathir tidak cuba memulihkan UMNO 46' menerusi undang-undang.

Ketika itu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn masih lagi hidup dan mereka sebenarnya telah terlucut keahlian UMNO 46' dengan diharamkan pendaftaran UMNO dan mereka tidak mendaftar semula menjadi ahli UMNO 88' yang didaftarkan semula dibawah Mahathir.

Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn semuanya meninggal dunia ketika diluar UMNO. Dato'Onn menubuhkan Parti Negara dan memberikan kuasa kepada Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk menjadi Yang Dipertua UMNO kerana beliau gagal meyakinkan orang melayu untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan bumiputera.

Dan kini Mahathir dengan terbuka mengisytihar untuk meninggalkan UMNO Baru/UMNO 88' yang ditubuhkannya kerana mahu Najib berundur daripada jawatan PM. Beliau yakin bahawa tindakannya ini akan memberi momentum kepada ahli-ahli UMNO untuk memberontak terhadap Najib tetapi sangkaan beliau meleset kerana sehingga ke hari ini belum ada lagi cawangan atau bahagian UMNO yang terbubar atau meninggalkan UMNO untuk mengikuti beliau dalam usaha menekan emosi ahli-ahli UMNO untuk memberi tekanan kepada kepimpinan UMNO.


Dakwaan bahawa UMNO sudah menjadi milik Najib oleh beliau wajar diteliti dengan sewajarnya. Dahulu tidakkah beliau juga melakukan perkara yang sama dilakukan Najib hari ini tetapi Najib lebih bersopan dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan seperti beliau. Tindakan penggantungan Muhyiddin pun dilakukan setelah lebih 2 kali diberi peluang tetapi Muhyiddin tetap melawan dan bertindak membelakangi dasar parti dengan tidak membantu Presiden melalui ucapan-ucapannya yang menjatuhkan kredibiliti UMNO dan pemimpinnya.

KP tidak mahu mengungkit semula sejarah2 hitam yang terpahat dalam lipatan sejarah politik negara mengenai tindakan beliau terdahulu terhadap seteru politiknya sama ada di dalam UMNO atau luar. Kita sedia maklum perkara itu dan hari ini setelah keluarnya beliau daripada UMNO ibarat tercabutnya paku daripada tapak kaki dengan sendirinya. Lebih mudah bagi ahli-ahli UMNO untuk menilai tindak tanduk beliau yang kini giat bersama pemimpin pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib.

Beliau sanggup bersama sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama dengan beliau walaupun dahulunya mereka itu pernah mencerca ,caci maki beliau ketika beliau bergelar Presiden UMNO dan PM Malaysia dengan gelaran Maha Firaun /Maha Zalim dan sebegainya. Kini mereka sanggup jilat ludah yang telah dimereka lakukan kerana benci mereka terhadap Najib.


Sampai bila politik Malaysia harus begini ?? Perlukah Malaysia harus ditadbir dibelakang tabir seorang 'bekas PM' seperti di Singapura yang mana Lee Kuan Yew menjadi Menteri Mentor Singapura sejak tidak lagi bergelar PM sehingga akhir hayatnya. Kenapa perlu wujud 'Council of Elders' yang diminta oleh Mahathir sebelum ini kepada Najib ?? Tidakkah ini bukti bahawa Mahathir masih menganggap UMNO dan Malaysia milik beliau untuk ditadbir disebalik sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat ??

Renung-renungkan.....