Monday, October 31, 2011

Badi Bendera PAS Mungkin Punca Terengganu Kalah Piala Malaysia



Sepatutnya ,bolasepak berupaya menyatukan kita tidak kira parti mana pun yang kita sokong,tetapi totok PAS nie tidak sanggup berpisah dengan bendera keramat mereka.Mungkin inilah amanat yang ditanam kepada semua ahli dan penyokong PAS supaya membawa semangat parti kemana sahaja mereka berada sedangkan yang bermain bolasepak itu mewakili negeri Terengganu dan bukannya wakil PAS.

p/s:Sokonglah  dengan semangat kesukanan dan bukannya semangat kepartian macam orang PAS





Guan Eng Dihambat Mat Rempit Di KOMTAR


Guan Eng terpaksa melarikan diri ikut pintu belakang apabila sekumpulan 400 Mat Rempit mengamuk di sekitar Kompleks Komtar.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) di negeri ini.

Perhimpunan disertai kira-kira 400 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".
Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Pentadbiran Guan Eng mulai kecut kemudian menelefon Polis bagai mendapatkan bantuan. Sekarang baru Guan Eng percaya Polis banyak membantu mereka. Sebelum ini Anwar dan pembangkang menggelarkan pihak polis adalah anjing kerajaan.

Setelah polis datang dan berbincang kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri dan bersurai dengan aman tidak seperti perhimpunan haram Bershit 2.0


Apek Memalukan Tok Guru Nik Aziz

"Barangkali dia nak tarbiah perempuan-perempuan macam nie kot"
Masih ingat dengan penjaga gol Malaysia yang punya kontroversi percintaan mengalahkan bintang Hollywood — Khairul Fahmi Che Mat? Bagus. Ini entri penambah perisa untuk anda semua.
Seorang peminat hiburan telah mengirimkan dua keping gambar Khairul Fahmi bersama Dahlia Teck ini kepada editor Media Malaya dan kami siarkan kembali di’sini dengan izin bertulis. Eceh.
Kami di’fahamkan yang gambar mereka berdua bersama rakan rakan ini di’ambil ketika satu sessi bersosial di sebuah restoran makanan Itali klasik bernama Werner’s, Changkat Bukit Bintang baru baru ini.
Tidak kami mahu serkap jarang akan pasangan Khairul Fahmi & Dahlia Teck ini tetapi nampaknya penjaga gawang pasukan kebangsaan ini semakin hari semakin Kuala Lumpur sifat’nya. Bagus.
Komentar KP : Ish ish...patut la  si jejari runcing ,bekas tunang si Khairul fahmi putuskan hubungannya dengan beliau sebab tak tahan dengan sikap dan moral pemain bolasepak kelantan ini yang juga pemain bolasepak Malaysia.
"Membangun Bersama Isle ye "

Depan orang,pijak semut pun tak mati, nah belakang orang macam playboy dah aku tengok.Berkepit dengan banyak perempuan pulak.Patutla ,orang pun pernah cakap perempuan ini merupakan fitnah besar bagi seorang lelaki .Siap bergelimpangan botol-botol arak atas meja tue...Astagfirullahalazim...KP husnozon la yang si Khairul Fahmi tak minum benda-benda haram nie.Kalau dia minum jugak.....punoh la harapan Tuk Guru Nik Aziz nak tarbiah anak-anak kelantan dekat kepada Islam.Slogan Membangun Bersama Islam telah dimalukan oleh ikon anak muda kelantan sendiri.Kalau lah, Nik Aziz tengok gambar nie,mesti dia tak mengaku si Apek nie orang kelate...hahaha

Sunday, October 30, 2011

Ibrahim Ali Give Warning To PAS :Don't You Dare Take Pasir Mas From Me




Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik.

Menurutnya, keangkuhan pemimpin parti itu semakin terserlah sehingga kononnya mampu meramal siapa calon yang akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

"Pada PRU 2004, Pas kata mereka boleh menang besar tetapi (kemudiannya) hanya (menang) nyawa-nyawa ikan dengan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Selain itu, pada PRU 2008, Pas tidak tahu akan berlakunya tsunami politik. Kalau Pas tahu, mereka tidak akan beri laluan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Ibrahim, beliau ingin menasihatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu bongkak dan takbur kerana akhirnya akan terbujur.

"Sama-sama kita tengok, kalau ada umur yang panjang, siapa yang akan terbujur," ujarnya.


Friday, October 28, 2011

Bumi Islam Yang Seterusnya Dianugerahkan Allah "Emas Hitam"


Negara-negara  islam sejak dahulu memang kaya dengan "emas hitam" yang menjadi sumber utama negara.Arab Saudi,Iraq,Libya,Kuwait dan lain-lain negara islam sememangnya kaya dengan limpahan minyak mentah yang menjadi nadi utama dunia ketika ini.

Kini,negara yang pernah mengalami peristiwa hitam akibat penghapusan etnik dan pencerobohan oleh tentera serbia pada satu ketika dahulu,Bosnia telah dikatakan menemui minyak mentah yang keluar dari tanah.Ini merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya bagi sebuah negara islam.

Petronas Malaysia bolehlah mengorak langkah dengan lebih kehadapan dengan mengambil peluang ini untuk terlibat sama dalam kerja cari gali minyak di negara asing atas dasar hubungan baik Malaysia -Bosnia

Sumber: MyMassa

Koh Tsu Koon Yang Suka Bermain Teka Teki

KUALA LUMPUR,    -- Kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa beliau sanggup "berkorban" untuk parti disambut dengan pelbagaitafsiran oleh pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan anggota parti itu sendiri.

Walaupun ramai yang menyambut baik janji beliau itu, tetapi tidak kurang juga yang berpendapat bahawa kata-kata Koh bahawa beliau sedia berkorban selepas menimbang semua pilihan yang ada, masih diselubungi teka-teki dan belum dapat dilihat buktinya.

Ada yang berpendapat bahawa perkataan "berkorban" itu membawa maksud Koh tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, manakala ada pula yang membuat tafsiran bahawa beliau akan bertanding, tetapi di kerusi yang paling mencabar.

Sekiranya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ini mengambil keputusan untuk tidak bertanding, adakah ini bermakna beliau mengaku bertanggungjawab bagi prestasi buruk Gerakan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menerima hakikat bahawa beliaulah yang menjadi puncanya kerana dilihat sebagai pemimpin yang lemah?

Ramai berpendapat bahawa kekalahannya di tangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan pencapaian buruk Gerakan pada pilihan raya umum lepas patut menimbulkan kesedaran di hati Koh untuk tidak lagi bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Tetapi, adakah Koh, yang kelihatan tidak kisah dengan semua itu, sanggup berundur daripada gelanggang politik sebagai seorang yang lari daripada medan perjuangan, sedangkan beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun dan sebagai anggota Kabinet selama tiga tahun?

Penganalisis politik dan anggota Gerakan berkata sekiranya beliau benar-benar tidak gentar untuk berkorban, Koh patut bertanding di kerusi paling mencabar dengan menentang gergasi Pembangkang yang mengikut perkiraan biasa, tidak mungkin boleh dimenangi calon Barisan Nasional (BN).

Kata mereka, sekiranya beliau bertanding dan kalah, ia adalah perkara biasa kerana kerusi berkenaan sudah dikira menjadi milik Pembangkang, tetapi sekiranya beliau menang, ia akan menjadi peniup semangat yang begitu penting untuk anggota Gerakan dan BN.

Kebanyakan anggota parti itu berharap Dr Koh tidak gentar untuk bertadning menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di kerusi parlimen Bagan pada pilihan raya umum akan datang.

"Biar Guan Eng tidak senang duduk di Pulau Pinang apabila Koh bertanding menentangnya. Berikutan sokongan yang semakin meningkat terhadap BN di Pulau Pinang sekarang, Koh mampu memberi tentangan hebat. Sama ada beliau menang atau kalah, bukan perkara utama," kata seorang anggota Gerakan.

Tetapi, adakah Koh benar-benar menjiwai erti sebenar "pengorbanan" sekiranya sebagai presiden parti, beliau dengan mudah boleh memperuntukkan kepadanya kerusi yang selamat di luar Pulau Pinang?

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian berkata terdapat banyak contoh pengorbanan yang dilakukan pemimpin politik, seperti pengorbanan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam Projek Tanjong 1 dan Tanjong 2 hingga beliau akhirnya berjaya mengalahkan Lim Chong Eu pada Pilihan Raya Umum 1990.

"Percaturan serupa turut dilakukan anaknya Guan Eng pada Pilihan Raya Umum 2008, yang membawa kepada penguasaan Pembangkang di Pulau Pinang.

"Koh juga boleh mencontohi bekas presiden MCA Tan Sri Lee San Choon, yang menyahut cabaran Lim Kit Siang pada 1980 untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban," katanya.

Pada pilihan raya umum 1982, Lee menyahut cabaran Kit Siang supaya menentangnya di kawasan majoriti Cina dengan memilih Seremban, yang merupakan kubu kuat DAP di bawah pimpinan Dr Chen Man Hin.

Bagaimanapun, Kit Siang pula melepaskan cabarannya dan meminta Dr Chen mempertahankan kawasan itu, yang akhirnya dimenangi Lee dengan majoriti 845 undi.

Penganalisis politik Datuk Cheah See Kian pula berkata beliau yakin Koh akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana ia merupakan langkah paling logik baginya sebagai presiden parti.

"Jika dilihat pada Pilihan Raya Umum 2008, Guan Eng tidak berani berdepan dengan Gerakan kerana mereka tahu parti itu lebih kuat daripada MCA. Beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Putih dan kerusi Parlimen Bagan.

"Kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh MCA. Oleh itu, saya percaya Koh akhirnya akan memilih Tanjong, kerusi yang beliau menangi pada Pilihan Raya Umum 1982," kata Cheah.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang berpendapat Koh kini tidak lagi memiliki "faktor "wow" dan sebarang kelebihan sekiranya beliau mengambil keputusan untuk menentang Guan Eng.

Mereka berkata sekiranya Koh ingin bertanding lagi, beliau perlu menilai dirinya sama ada termasuk dalam kelompok calon yang boleh menang seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pilihan raya umum akan datang amat penting dan setiap kerusi begitu berharga sekali.

Bagaimanapun, banyak pihak masih ragu-ragu Koh akan membuat pengorbanan seperti yang fahami kebanyakan orang kerana ia merupakan keputusan yang paling sukar untuk beliau ambil dalam kerjaya politiknya memandangkan penggal pertama pelantikan beliau sebagai senator akan berakhir pada 9 April 2012.

Ada pihak bertanya sanggupkah beliau melepaskan segala-galanya apabila mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang?

Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata setakat ini pilihan yang ada dalam rangka pengorbanan yang boleh dilakukan oleh Koh belum muktamad dan ia akan terserlah dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Persoalan yang timbul ialah adakah mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CC) pada pertengahan bulan depan akan menentukan langkah seterusnya yang patut diambil oleh Koh untuk meringankan beban beliau dalam membuat pilihan?

Atau adakah Koh akan mencari sendiri laluan yang perlu beliau tempuhi?




Sumber:KLpos.com


~Lagi bagus Tsu Koon jangan bertanding la ,menilai diri dahulu adakah diri dia itu layak digelar  "winnable candidate" yang selalu disebut-sebut PM dan TPM,"Ukur baju di badan sendiri " itu lebih terhormat rasanya

Kerajaan DAP buat Penang Macam Bapak Diorang Punya Negeri!!


Bila kecoh Ketua Pemuda PCM mengunci kereta kerajaan DAP yang menghalang lalulintas   dengan rantai ketika sidang DUN lepas , bukan main angkuh lagi Adun Tong GAS marah dan telah membuat laporan polis .

Tapi bila kereta milik rakyat parkir & menghalang lalulintas, terus dikenakan saman . Terbaru PCM dedahkan bukti gambar  sebuah kereta ADUN DAP yang parkir sesuka hati di Lebuh Pantai . Mungkin sebab bangga bergelar wakil rakyat & ada logo ADUN Kerajaan negeri  di keretanya , sudah boleh dianggap sebagai lesen besar untuk meletak kereta mewahnya  di mana beliau suka .

Mereka telah membuat aduan kepada MPPP tetapi tidak ambil sebarang tindakan . Nampak jelas MPPP bersikap double standard  dalam menguatkuasakan undang-undang .  Bila terkena dengan pemimpin DAP , terus dilepaskan sewenang-wenangnya atau pun mereka takut ditengking oleh wakil2 rakyat haprak ini .

~Celaka betui la...kereta Adun mana la nie...parking ikut suka hari ja...MPPP pilih bulu pulak...tak ambil tindakan....dengar kata mulut ADUN  nie macam sial kalau bercakap dalam DUN

Thursday, October 27, 2011

Mufti Perak Selar Teresa Cock Cuba Bercakap Mengenai Halal dan Haram Bagi Umat Islam


KUALA LUMPUR – Golongan bukan Islam di negara ini digesakan untuk tidak bercakap mengenai soal hukum halal dan haram bagi sesuatu makanan bagi umat Islam di negara ini memandangkan ia mampu menyebabkan kekeliruan dan penghormatan kepada agama tersebut.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sama ada makanan itu halal atau haram dimakan oleh umat Islam, ia bukanlah ditentukan sesuka hati oleh sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Tak boleh la letak hukum begitu saja, sepatutnya kenalah rujuk kepada JAKIM terlebih dahulu.
“Siapa mereka nak tentukan (makanan) tu halal atau haram? JAKIM saja yang berhak dan diberi kuasa dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Myneshub.my di sini hari ini.
Mufti Perak itu dihubungi bagi mengulas mengenai sebuah restoran sayur-sayuran milik bukan Islam yang dikatakan ‘halal’ oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mempromosikan ‘Menu Rakyat’nya yang lebih murah berbanding ‘Menu 1Malaysia’, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperkenalkan dan mencuba ‘Menu 1Malaysia’ yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk semua golongan rakyat.
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Don Daniyal Don Biyajid pula berkata, golongan bukan Islam perlu menghormati soal hukum hakam agama Islam sebagaimana umat Islam di negara ini yang menghormati agama mereka.
“Saya sendiri tidak berhak untuk menentukan soal halal atau haram di negara ini, yang berhak hanyalah satu badan kerajaan yang diberikan kuasa tersebut iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi tidak wajarlah Teresa Kok ‘halal’kan…
Ahli Parlimen DAP Perkenal "Menu Rakyat"
“Oleh itu, saya minta agar mereka yang bukan Islam jangan bercakap mengenai halal atau haram makanan tersebut, tanya, belajar dan fahami dahulu tentang soal itu, barulah bercakap,” katanya kepada Mynewshub.my.
Menurut Don Daniyal, Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis di mana Baginda menegaskan bahawa makanan yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, serta terdapat perkara-perkara yang menimbulkan was-was di antara keduanya.
Lanjutan dari sabda Rasulullah SAW itu juga katanya meminta seluruh umat Islam untuk menjauhi makanan yang menimbulkan rasa was-was tersebut, termasuklah makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam.
Don Daniyal menjelaskan bahaw bukanlah beliau bermaksud untuk mencurigai makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam itu tidak bersih, namun memberitahu bahawa umat Islam digalakkan untuk memilih makanan yang disediakan oleh umat Islam untuk menghilangkan rasa was-was tersebut.
“Memang Islam mementingkan kebersihan dalam pemakanannya, namun tidak dinafikan bahawa makanan yang disediakan umat Islam juga kadang kala kurang bersih.
“ Namun jika difikirkan, sedangkan makanan yang disediakan oleh umat Islam pun kadang kala diragui kebersihannya dari segi hukum, apatah lagi makanan yang disediakan oleh bukan Islam,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenainya, beliau meminta agar umat Islam memahami konsep hukum makanan yang halal dan haram menurut Islam dan tidak memakan sesuatu yang belum disahkan halal oleh pihak JAKIM.
“Konsep halal dan haram bukan sekadar terhad kepada daging itu (khinzir) sahaja, ia merangkumi segala aspek sumber makanan tersebut seperti tukang masaknya, bahan-bahan, barang-barang yang digunakan dan sebagainya,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa mana-mana pihak perlu merujuk terlebih dahulu dengan JAKIM sebelum menyatakan sesuatu makanan itu halal atau haram untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. –Mynewshub.my


Gempar !! Nik Aziz Makan Beradap

Mmmm...Sedapnya...
Seringkali kita disajikan dengan gambar-gambar kezuhudan Ulama Besar PAS,Tok Guru Nik Aziz oleh penyokong-penyokong PAS yang taksub dengan perwatakan dan amalan Ulama Besar mereka ini.Antara gambar famous ,Nik Aziz sarapan pagi di warung,makan nasi bungkus dan sampaikan gambar Nik Aziz solat pun diambil untuk tunjukkan betapa wala'  nya mereka terhadap ulama PAS

Gambar ni KP cilok di facebook rakan-rakan yang dikatakan telah diambil oleh pencacai-pencacai PAS untuk dimainkan dalam drama kezuhudan Nik Aziz di facebook.

Jadi ,apa kata juak-juak PAS??Mesti best punya tengok Tok Guru mereka makan beradap sambil menjilat pinggan ...perghh..sedap sangat kot Tok Guru...sambil hirup pula tuh...pasti best punya..




Nik Aziz Taubat,Tidak Mahu Lagi Cakap Pasal Hudud


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.

Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum tersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.

"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.

"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.

Hari ini, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam ruangannya Cuit membidas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang hanya banyak bercakap daripada bertindak melaksanakan hudud di negeri ini.

Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

PANAS: Budaya Kristian Cuba Dibawa Mahasiswa !!! Nauzubillah

iiu student vigil 251011 07
Kebebasan Akademik yang dipinta tetapi budaya kristian yang ditonjol oleh mereka
Sekumpulan mahasiswa berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya kira-kira 50 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap.
Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Woo...ini sudah lebih beb...KP ingat setakat nak pergi berdemo sahaja....yang nie siap-siap bawa lilin pula...kat UIA Gombak blackout ke bro...kalau tak yang pegang-pegang lilin sorang satu nie apahal pula..yang KP tahu yang ini merupakan amalan orang-orang kristian dalam agama mereka yang dipanggil "Candlelight Virgil" dan telah difatwakan larangannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).

 
Bukankah dengan cara yang tidak kena oleh mereka ini turut menyumbang kepada pembudayaan amalan kristian dalam kalangan orang islam dan paling menyedihkan dilakukan oleh mahasiswa islam sendiri.Jadi umpama sia-sia sahajalah usaha lebih 30 NGO islam berkumpul mengadakan Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ,sabtu lalu yang menggagaskan 10 deklarasi mempertahankan aqidah umat islam akibat tindakan bodoh dan kurang matang mahasiswa yang berkumpul kononnya hendakkan kebebasan akademik.Renungkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud  yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”


KP berpandangan kemungkinan mereka ini (mahasiswa) cuba nak membawakan budaya yang mereka lihat di dalam Pakatan Rakyat yang suka menyalakan lilin akibat budaya yang diterapkan oleh Kristian DAP dan PKR dan akhirnya  orang islam sendiri akur dan redha atas amalan ini yang bertentangan dengan syarak kerana kita di dalam islam dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain.Ingat, kita jangan pernah redha dengan agama lain dan mesti yakin dengan keyakinan yang hakiki(haqqul -yaqin) terhadap islam seperti dalam firman Allah dalam Surah Al kafirun ayat 6 :

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”

YB Nizar Jamaluddin bersama-sama DAP Perak menyalakan lilin  berkabung untuk kematian Teoh Beng Hock

Justeru ,tindakan sekumpulan mahasiswa ini berprotes sambil memegang lilin ibarat ritual orang kristian sebenarnya memalukan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi islam  yang terkemuka di dunia dan dengan campurtangan oleh orang luar terutamanya SMM telah mecalarkan imej islam yang dibawa oleh UIA sebagai wadah perkembangan ilmu duniawi dan ukhrawi pada umat islam.