Saturday, June 30, 2012

Anwar Terlondeh Di Permatang Pauh



Menurut rakan blogger GBP,ketika ini sedang hangat Umi Hafilda berceramah dan melondehkan segala-gala yang buruk mengenai Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

KP jangka ini akan memberikan tamparan hebat buat PKR di Permatang Pauh yang mana Anwar yang menjadi wakil parlimen Permatang Pauh.Semstinya isu salah laku seks ,video lucah dan skandal dengan shamsidar membabitkan Anwar pasti menjadi tajuk utama ceramah berkenaan.

Sumber: Generasi Pejuang Bangsa

Friday, June 29, 2012

Al Fatihah- Perginya Penyokong UMNO Dulu Kini Dan Selamanya

Gambar Allahyarham bersama Ustaz Kamal Saidin di Perhimpunan Agung UMNO
Allahyarham Osman Kering merupakan seorang yang sangat mesra dan ramah dengan orang ramai.Kelibatnya dahulu di Perhimpunan Agung UMNO yang sanggup duduk di luar dewan bersama-sama ribuan penyokong UMNO yang lain menonton dari skrin besar membuat beliau sangat disenangi dan mudah didekati oleh semua orang.

Kini ,beliau sudah tiada lagi,dijemput oleh Allah S.W.T buat selama-lamnya.Kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO pasti dirindui dan dikenang oleh ahli-ahli UMNO yang sempat berjumpa dan bersalaman dengannya.

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Osman Kassim @ Osman Kering yang pulang ke rahmatullah petang tadi .Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN



Mahfuz : Nik Aziz Selebriti Politik PAS


ALOR SETAR - Kehadiran artis dalam parti politik bagaikan trend apabila seorang demi seorang menyatakan sokongan terhadap sesebuah parti politik. Terbaru, Hairie Othman menjadi ahli Pas dan Abby Abadi sebagai penyokong Pas.

 Walaupun agak janggal mengaitkan artis dengan Pas, namun ia bukanlah sesuatu yang baru, ekoran sebelum ini beberapa nama sudah dikaitkan dengan Pas, antaranya, Yassin Brothers, Ringgo Arrow, Bob Lokman, Azmil Mustafa dan Akhil Hayy.

 Ketika ditanya trend artis sertai parti politik, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia suatu perkembangan yang baik kerana Pas adalah sebuah parti politik yang terbuka untuk semua. 

“Artis sekarang lebih berfikiran terbuka dan tidak takut hilang peminat gara-gara mereka memilih Pas sebagai parti pilihan, malah kita juga ada selebriti politik yang diibaratkan sebagai orang ternama dalam politik yang disenangi ramai iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

 Menurutnya, kebanyakan artis yang menyatakan sokongan pada Pas menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon mereka dan menyanjung keperibadian beliau. Bagaimana pun, Mahfuz menafikan Pas mempergunakan golongan artis untuk menarik golongan belia, khususnya pengundi muda untuk mendekati parti itu, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 “Apa yang berlaku ialah selebriti politik (Nik Abdul Aziz) berjaya tarik golongan artis untuk mendekati Pas. Selain timbul kesedaran politik yang tinggi dalam diri masing-masing, ia bukan paksaan tetapi mereka lakukan secara sukarela,” katanya.

 Mahfuz berkata, pembabitan beberapa artis sebelum ini dalam parti politik membuktikan kerjaya mereka tidak terjejas, sebaliknya pendekatan mereka berubah kepada lebih Islamik. “Artis sekarang tak takut umum mereka sokong siapa, mereka tak bimbang peluang dalam industri hiburan terjejas.

Memang ramai yang sertai atau sokong Pas dan peminat tetap minat mereka,” katanya. Menurutnya, Pas mendekati semua golongan dalam kempennya, termasuk artis. Malah diwujudkan lajnah kebudayaan dan keseniaan untuk mendekati golongan itu secara berkesan.

 “Kita tidak sekat hiburan dalam Pas. Artis yang cenderung dengan Pas boleh berdakwah dan giat dalam seni secara Islamik. Mereka sering dijemput memeriahkan ceramah untuk berkongsi penghijrahan selain membuat persembahan berlandaskan Islam,” katanya.

 Mahfuz berkata, industri hiburan dan politik saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain, dengan cara tersendiri berlandaskan pendekatan Islamik-Sinar Harian

Komentar KP :Tak heran pun kalau nak kata Nik Aziz selebriti politik sebab dulu pun dia ada sebut "Anggap saya artis"...

Najib Lancar Tuisyen Percuma (iTR1M) Di Selangor


PUTRAJAYA: Program interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang menyediakan tuisyen percuma kepada 10,000 pelajar di Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum tahun ini, dilancarkan semalam.

 Projek perintis untuk Selangor itu akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini. Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sesi Sembang Perdana Menteri Bersama Profesor dan Profesor Madya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini.

 Program yang berlangsung 18 Jun hingga Oktober itu dilaksanakan di sebanyak 107 sekolah, iaitu 30 sekolah menengah dan 77 sekolah rendah di Selangor, membabitkan 350 guru yang memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kerajaan turut meluluskan peruntukan RM2 juta daripada Dana Khas kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

 Ia diserahkan kepada pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dalam ucapannya, Razak meminta ahli akademik memainkan peranan meningkatkan mobiliti sosial rakyat menerusi pendidikan, sekali gus memantapkan modal insan dan modal intelektual negara.

 Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu, perlu ada keseimbangan dalam mengadun dua prinsip asas, iaitu meritokrasi atau kecemerlangan dengan keadilan sosial bagi memastikan tiada kelompok masyarakat ketinggalan.

 “Kalau kita pandang sekali imbas, ada percanggahan antara dua prinsip ini, tetapi hakikatnya kita perlu mengolahnya dalam konteks sebuah negara berbilang kaum di mana kawasan luar bandarnya begitu luas dan golongan berpendapatan rendah masih ramai.

 “Kalau sistem kita (kerajaan) tidak memberi peluang yang adil kepada golongan terbabit, maka akan berlaku kepincangan dalam masyarakat. Justeru, kita nak adun keadilan sosial dan pada masa sama mengiktiraf merit,” katanya.

 Hadir sama, Presiden Persatuan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Mohamad Awang. Beliau yang juga wakil Majlis Kesatuan Akademik Malaysia (MAAC) yang mempunyai kira-kira 30,000 ahli di seluruh negara menyampaikan memorandum mengandungi tujuh perkara kepada Perdana Menteri.

 Najib juga menekankan, pelajar di pedalaman dan luar bandar atau keluarga miskin di bandar harus diberi sedikit keistimewaan daripada segi akademik supaya berpeluang dalam perjalanan mencapai mobiliti sosial untuk memperbaiki taraf hidup. Share this article :

Bukti ANAK Menipu Peneroka FELDA !!


Datuk Seri Najib Razak bersyukur atas kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semalam iaitu tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia selepas Facebook.

Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu adalah pengiktirafan terhadap keupayaan kerajaan menjana kekayaan menggunakan strategi tersendiri yang patut dibanggakan kerana adalah cetusan idea dalam negara.

 “Saya diberitahu mengenai kejayaan penyenaraian FGV. Ini satu pencapaian besar bagi kita. “Ia IPO yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook, boleh tahan, bukan calang-calang. Ia lahir daripada kita sebab kita ada idea dan kita mampu jana kekayaan.

 “Bila kita jana kekayaan baru kita agih pada peneroka FELDA. Semua dapat durian runtuh, bukan melalui kerajaan tetapi menerusi Felda, 112,000 keluarga peneroka FELDA dapat manfaat,” katanya pada majlis Sembang Petang Perdana Menteri bersama Profesor dan Profesor Madya Institut Pengajian Tinggi Awam, di sini semalam.

 FGV mengakhiri dagangan pada paras lebih kukuh dengan harga RM5.30 sesaham selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39. Kata Najib, penyenaraian

FGV juga menjana modal pasaran sekitar RM20 bilion yang boleh dianggap sebagai penjanaan kekayaan kepada negara. Perdana Menteri turut menegaskan perolehan kekayaan itu membolehkan negara menambah baik kedudukan dalam pelbagai bidang berkaitan.

Komentar KP : ANAK menghasut peneroka FELDA bahawa penyenaraian FGVH hanya akan membawa kerugian kepada peneroka sedangkan melalui penyenaraian ini,FELDA berpeluang menjana berbillion ringgit dan hasil ini akan pulang semula kepada peneroka.ANAK sudah hilang modal dan yang pastinya Himpunan Oren yang mereka adakan nanti hanyalah wayang mereka bagi menunjukkan peneroka tidak setuju dengan rancangan transformasi kerajaan terhadap FELDA

JHEAIPP : Nasib Khatib Politikkan Doa Khutbah Jumaat Bakal Diketahui 10 Julai


Sebelum ini,KP ada menulis mengenai laporan doa khutbah jumaat di Masjid Taman Guar Perahu dipolitikkan oleh khatib jemputan masjid terbabit .klik sini dan klik sini

Dibawah perkembangan terbaru isu ini..

PULAU PINANG 27 Jun - Nasib khatib yang didakwa membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam pada Jumaat lalu akan diketahui 10 Julai ini.

 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussein berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut.

Menurut Sazali, pihaknya sendiri sudah mendengar rakaman serta membaca skrip khutbah itu dan menemuramah beberapa ahli jawatankuasa masjid berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan membuat sebarang kesimpulan daripada siasatan awal itu.

 "Biar mesyuarat MAIPP pada 10 Julai nanti menentukan sama ada terdapat kes atau tidak dalam isu ini.

 "Ini kerana sekarang sudah ada dua kumpulan yang membuat tafsiran berbeza mengenai isu ini. Ada pihak mengakui perkara itu berlaku, manakala ada mengatakan ia hanya fitnah dan sudah membuat laporan polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Semalam, beberapa ahli kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq menyerahkan memorandum kepada JHEAIPP berhubung dakwaan seorang khatib membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di masjid itu Jumaat lalu.

 Penyerahan memorandum itu bertujuan memohon dijalankan siasatan terhadap khatib jemputan terbabit kerana tindakannya menyinggung perasaan umat Islam di kawasan terbabit.

Thursday, June 28, 2012

Nasharuddin Mat Isa Mungkin Tidak Dicalonkan Semula -Mat Sabu


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden Pas belum pasti akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sebagai ahli parti itu, ruang untuk Nasharuddin dicalonkan semula masih ada.

 "Namun ada juga kemungkinan beliau tidak akan dicalonkan semula. Ini bergantung pada keputusan pimpinan tertinggi parti. Dalam soal ini, siapa pun ada ruang dan pada masa yang sama, mungkin ruang itu tidak ada," katanya. 

Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Nasharudin tidak akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.

 Pada Jun 2011, Nasharudin yang bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas yang disandang sejak 2005 tewas dalam persaingan tiga penjuru kepada Mohamad. Seorang lagi calon ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 Dalam pada itu, timbul ura-ura parti Pas akan mencalonkan Ketua Dewan Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaary. Turut disebut-sebut Arif Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Wan Nik Wan Yusoff yang tewas kepada penyandang kerusi, Datuk Dr Awang Adek Hussain pada pilihan raya umum lalu.

Wednesday, June 27, 2012

Tun Dr. Mahathir: Anwar Syok Saman Orang Sebab Nak Tutup Mulut


PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.

 Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.

 "Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.

 "Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

 Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum. Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.

 Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea.

 Sebelum itu, Conde mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin bersetuju mengkaji bidang baru hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea.

 Najib dan Conde juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano. Najib juga meraikan presiden itu pada majlis jamuan tengah hari di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini. - Bernama

Lambang Dacing BN Diguna Untuk Kemenangan Dr. Morsi Di Mesir


Kemenangan Dr Muhammad Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru selepas era kejatuhan rejim Hosni Mubarak merupakan satu titik tolak perubahan buat politik mesir.Tetapi,yang menghairankan penyokong-penyokong PAS yang begitu lebih seronok apabila melihat kemenangan ini,kononnya sudah bertapak kembali Islam di bumi mesir.

Sedangkan mereka terlupa bahawa parti yang diwakili oleh Dr. Morsi ialah Parti Kebebasan dan Keadilan yang menggunakan lambang timbangan atau dacing atau dalam bahasa arabnya ialah "al-mizan" ,sama seperti yang digunakan oleh parti Barisan Nasional dalam pilihanraya di Malaysia.

Jelas ,lambang sebegini menjadi bukti bahawa Ikhwanul Muslimin juga menyokong dan mencontohi apa yang dibuat oleh BN di Malaysia dalam membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang cukup dikagumi oleh seantero dunia.

Alhamdulillah ,dacing sudah menang di Mesir,InsyaAllah PRU -13 Malaysia milik BN

pstttt- Kenapa Dr Morsi tidak guna lambang bulan sahaja ek??takut jadi nasib macam PAS kat Malaysia kot..


Gempar !! Bukti Video Khutbah Jumaat Serlahkan Pembohongan Jawatankuasa Masjid Taman Guar Perahu


Semalam,pihak jawatankuasa Masjid Taman Guar Perahu bersama-sama puak-puak PAS telah membuat laporan polis kononnya mereka difitnah oleh ahli kariah yang tidak puas hati dengan mereka.Tetapi,mereka merancang,Allah juga merancang,Sesungguhnya Allah adalah sebaik-sebaik perancang.Timbul bukti video khutbah jumaat oleh khatib PAS berkenaan yang jelas menjurus kepada politik dan bertujuan untuk di'amin'kan doa berkenaan oleh jemaah kariah masjid.Baca ulasan KP di sini

Pihak jawatankuasa masjid sanggup berbohong dan spin isu ini untuk menutup segala gerak kerja politik mereka dari pengetahuan MAINPP yang menggunakan masjid untuk mendoktrin ahli-ahli kariah dengan politik kepartian mereka setiap kali dalam kuliah dan ceramah yang diadakan di masjid berkenaan.

KP ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berkenaan yang menyerahkan video tersebut untuk memperlihatkan bagaimana puak-puak PAS ini yang sanggup menghalalkan apa cara demi mengangkat DAP sebagai khalifah mereka di P.Pinang ini

Sumber video : Pisau.net

Selamat Tinggal PAS,137 Ahli dan Penyokong PAS Sertai UMNO

 

 TANAH MERAH 25 Jun - Kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji yang dibuat selepas 22 tahun memerintah, telah membuka mata sekumpulan 137 ahli dan penyokong Pas dari kawasan Manal 1 di sini, bertindak menyertai UMNO.

 Borang penyertaan sebagai ahli UMNO diserahkan bekas ketua cawangan Pas Manal 1, Joni Yaakob kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pada majlis Selamat Tinggal Pas, di sini malam tadi. Majlis yang diadakan di pekarangan rumah Joni itu, turut dihadiri Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Kamarudin Omar yang meluangkan masa menyampaikan ceramah dihadiri kira-kira 2,000 orang..

 Joni berkata, beliau meninggalkan Pas kerana sudah tidak percaya dengan perjuangan parti tersebut dalam membela kepentingan Islam di negara ini. Katanya, Pas kini hanya mementingkan politik semata-semata dan dalam masa yang sama kebajikan rakyat khususnya di kawasan itu langsung tidak pernah dibela.

 "Saya berasa sangat kecewa dengan Pas, sepanjang 35 tahun berada di dalam parti itu, Pas langsung tidak pernah berbakti untuk penduduk kawasan ini. "Apa yang Pas tahu, mengadakan ceramah seterusnya menyerang UMNO dengan pelbagai tohmahan. Adakah itu parti Islam yang boleh kita harapkan," katanya. 

Beliau melihat UMNO lebih bertanggungjawab dan sering membela nasib rakyat khususnya di kawasan Manal 1. Jelasnya, hanya UMNO yang mampu membela nasib rakyat dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara dengan lebih berkesan. "Saya yakin akan ada lebih ramai lagi ahli Pas menyertai UMNO selepas ini, memandangkan rakyat kini sudah tidak mempercayai perjuangan Pas," katanya.

 Dalam pada itu, Ikmal Hisham ketika ditemui percaya ahli dan penyokong Pas terlibat menyertai UMNO atas kesedaran bahawa hanya parti tersebut yang mampu memperjuangkan nasib mereka. Katanya, mereka kini mula menyedari UMNO sahaja yang mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding Pas yang hanya mementingkan politik.

 Komitmen UMNO itu jelas beliau, dapat dilihat melalui kesungguhan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pemimpin-pemimpin bahagian yang sentiasa cakna kepada rakyat Kelantan. "Tiada sebarang desakan ataupun janji-janji diberikan kepada 137 orang yang menyertai UMNO itu. Mereka sertai UMNO atas kesedaran dan keinsafan sendiri," katanya.

 Menurut Ikmal Hisham, UMNO Tanah Merah akan terus membela nasib rakyat di sini demi memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

  Komentar KP : PAS sibuk buat canang depa buat program Selamat Tinggal UMNO BN,tetapi yang kenyataannya ahli PAS yang sertai UMNO,nampaknya meroyan la Nik Aziz nanti

Tuesday, June 26, 2012

Jawatankuasa Masjid Taman Guar Perahu Pandai Spin Isu Khutbah Jumaat


KP dapat tahu bahawa pihak jawatankuasa masjid Taman Guar Perahu sudah keluarkan kenyataan di akhbar sinar harian yang mempertahankan tindakan khatib jemputan masjid berkenaan yang mendoakan supaya dijatuhkan kerajaan/pemimpin yang zalim.

Ternyata,melalui apa yang KP baca di kenyataan tersebut,mereka cuba spin cerita mengenai doa khutbah jumaat berkenaan dengan mengatakan khatib tersebut hanya doa untuk jatuhkan pemimpin yang zalim.Persoalannya sekarang,pihak jawatankuasa masjid dengan tidak sengaja telah mengaku bahawa terdapat unsur-unsur doa sedemikian dan berbaur politik sedangkan bila difikirkan balik wajarkah doa berkenaan dibacakan ketika semua jemaah tidak kira parti menadah tangan mengaminkan doa berkenaan??

Adakah sesuai jugak ungkapan tersebut disambung dengan "pada PRU -13 akan datang"??Tidak ia berbaur politik kepartian dan nampak sangat khatib berkenaan cuba hendak menunjukkan kononnya hanya mereka sahajalah yang benar.

Peristiwa ini hanya mengulangi skrip dahulu yang mana seorang khatib dalam doa khutbah jumaat yang mendoakan Lim Guan Eng untuk mendapat hidayah.Jelas tetap ada unsur politik yang sangat terdesak oleh pakatan pembangkang.

Lihat ulasan dari blog GBP berkenaan tuduhan dan ugutan pihak jawatankuasa masjid terhadap 2 ahli kariah yang melaporkan isu berkenaan kepada TV3

Benarkah Undi PAS Dapat Pahala ??

Benarkah PAS dapat laksana amar makruf ,nahi mungkar??Kenapa rumah maksiat ,rumah urut di Kedah dan Selangor kian bertambah-tambah ??Beginikah perlaksanaan amar makruf nahi mungkar oleh PAS??Siapa yang laksana Bank Islam??Bukankah kerajaan sedia-ada??
Benarkah jika mengundi PAS pada PRU akan datang ,umat islam bakal peroleh pahala??

Sapa yang lebih berhak tentukan pahala dan dosa ??
Pemimpin-pemimpin PAS kah?? Atau Tuhan Sekalian alam Allah S.W.T ??
Semestinya Allah S.W.T sahajalah yang mampu mengurniakan pahala dan mengazabkan dosa kepada hambanya.

Kenapa PAS beriya-iya menfatwakan undi PAS dapat pahala??Adakah apabila mereka menang PRU-13 ini mereka bakal meminda perlembagaan yang mereka katakan sekular ,dibuat oleh penjajah untuk digantikan dengan perlembagaan yang lebih Islam??Adakah hudud yang dilaung-laungkan  PAS akan diterjemahkan sebagai undang-undang di negara ini??

Mana mungkin itu semua berlaku sebab PAS hanya parti minoriti dalam PR sekarang ini dan mempunyai paling sedikit kerusi di Parlimen berbanding DAP dan PKR.Bolehkah mereka hendak mengubah segalanya dalam sekelip mata??

Lihatlah kembali sejarah politik bagaimana dulunya PAS ketika mula-mula memerintah Kelantan,apabila UMNO mengemukakan calon di kalangan ahli agama untuk menentang PAS dalam pilihanraya,Nik Aziz selaku Menteri Besar telah menyindir calon UMNO sebagai menentang Nabi Muhammad S.A.W

Kata Nik Aziz ,:"...ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad".Nik Aziz mensifatkan tokoh agama yang menentang calon PAS sama seperti menentang Nabi Muhammad.Sangat tidak boleh diterima akal apabila dia menyamakan PAS itu sebagai agama  padahal ia sama seperti UMNO ,MCA dan lain-lain parti politik yang berdaftar dengan ROS dan perlembagaan partinya perlu pergesahan pendaftar pertubuhan.Jadi,mana mungkin PAS boleh mendakwa mengundi mereka dapat pahala,bagaimana pula dengan mengundi DAP dan PKR ,rakan parti mereka,adakah mendapat pahala seperti juga seperti mengundi PAS ??

 


  Justeru,apa beza kenyataan Nik Aziz "undi PAS dapat pahala" dan "undi PAS masuk syurga"??Apa beza beza istilah "masuk syurga " dapat pahala"?? Ertinya,kenyataan beliau itu boleh juga ditafsirkan ,undi selain PAS "dapat dosa".



Selain itu juga ,Nik Aziz juga pernah dilaporkan berkata ,bahawa anggota UMNO tidak akan maksud syurga  kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.Katanya,perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam kalangan anggota UMNO."Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa orang ke syurga".Ini bermakna ,rugilah orang Islam luar dari Malaysia kerana disana tiada parti PAS yang menjanjikan pahala dan syurga sebagai ganjaran seperti di Malaysia.

Najib Balun Baik Punya Zuraida Mak Lampir Di Parlimen


Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen. Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono.

 Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum. Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakya.

Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu. Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan.

Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

 "Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya. "Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.

 Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.

 Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri. Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS. AGENDA DAILY

Monday, June 25, 2012

PERKASA Desak 3 Diplomat Singapura Yang Sertai BERSIH 3.0 Keluar Dari Malaysia


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Singapura memanggil semula tiga diplomatnya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ketiga-ketiga diplomat terbabit perlu digantikan dengan pegawai-pegawai yang lain kerana mereka telah melanggar etika hubungan diplomatik antara dua negara. Menurut beliau, tindakan tiga diplomat itu seolah-olah menggambarkan niat mereka untuk mencampuri urusan di sebuah negara asing. 


 "Apa jua alasan yang diberikan kita tak dapat terima kerana mereka adalah diplomat. Mereka tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan negara kita sebagaimana rakyat Malaysia tidak mencampuri urusan negara lain.


 "Perkasa membantah dengan sekeras-kerasnya pembabitan tiga diplomat tersebut dan kita akan menghantar nota bantahan berhubung isu ini kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia pada pukul 12.30 tengah hari esok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kali Ke-22 di sini hari ini.


Komentar KP : Setuju benar dengan tindakan PERKASA yang mahu 3 diplomat Singapura yang terlibat dengan BERSIH 3.0 dihantar pulang semula ke Singapura dan keluar dari negara Malaysia.
Kerajaan pusat  mesti bertindak tegas dengan isu sebegini kerana wujud gerakan dari negara jiran yang cuba hendak campur tangan dalam kemelut politik di Malaysia.Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan.

Reformasi Anwar Bakal Bawa Kehancuran Kepada Malaysia

Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

 Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998. Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

 Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto. Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

 Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

 Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain. Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

 Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama. Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

 Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

 Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia. Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

 Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat. Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur.

 Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

 Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

 Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

 Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

 Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat. Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara. 

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini. Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.-FreeMalaysiakini2

Wanita Misteri Mengaku Pernah Taja Anak Anwar


Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

 Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd. Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

 Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik. "Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan. 

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

 Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta. Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang. Berikutan dakwaan itu,

Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya. Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

 Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an. Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

 "Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

 "Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

 Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta. Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi. Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

 "Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.

Berita Baik Buat Rakyat P.Pinang !! Hapus Tol Motosikal Jambatan P.Pinang Jika BN Rampas P.Pinang


Bukit Mertajam,24 Jun(Bernama) - Barisan Nasional(BN) P.Pinang akan meminta kerajaan pusat menghapuskan tol bagi laluan motosikal di Jambatan P.Pinang sekiranya menang PRU-13

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang ,Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penghapusan tol itu akan memberi manfaat kepada 15,000 pengguna motosikal yang melalui jambatan itu setiap hari untuk berulang -alik dari tanah besar ke bahagian pulau

"Ini manifesto kita untuk membantu meringan beban penunggang motosikal yang menggunakan Jambatan P.Pinang," katanya kepada pemberita selepas Program Juara Rakyat"Himpunan Anak Muda" Bahagian Bukit Mertajam di Cherok Tokun,di sini Ahad

"Jika kita lihat, hanya P.Pinang sahaj satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal.Meskipun ia hanya berjumlah RM1.40 ,tetapi ,jika dicampur duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari,agak membebankan pengguna yang majoritinya golongan sederhana

"Jadi kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah P.Pinang pada PRU akan datang,"katanya.-BERNAMA

Sunday, June 24, 2012

Dr. Morsi Sah Presiden Baru Mesir


KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu. Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi.

 Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang. Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding. Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi.

Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouq Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit. Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.

 Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu. Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.

 Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.

 Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.

 Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.

UMNO P.Pinang Gesa MAINPP Siasat Isu Doa Khutbah Jumaat Gulingkan Kerajaan Pusat


BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar Perahu dekat sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap menghasut.Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci ALLAH itu.

"Jika beliau (khatib) hendak berceramah politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid."Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.

"Mainpp perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik," katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar dilaporkan berkata, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Musa berkata, pakatan pembangkang seharusnya tidak mengajar anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai provokasi untuk menjatuhkan kerajaan.

"Demonstrasi bukanlah cara kita. Justeru, saya minta pakatan pembangkang, jika hendak bertanding... bertandinglah dengan cara yang bersih. Jika takut kalah, jangan bertanding," katanya. - Bernama

GEMPAR !!! Khutbah Jumaat Masjid Taman Guar Perahu Doa Tumbangkan Kerajaan BN


Sekali lagi institusi masjid menjadi mangsa politik kepartian yang sempit di negeri regim DAP P.Pinang.Dulunya ,gempar mengenai doa kesejahteraan kepada Guan Eng dalam khutbah jumaat di Masjid Padang Menora,Tasik Gelugor.Terbaru,Masjid Taman Guar Perahu di dalam Parlimen Permatang Pauh telah berlaku sesuatu yang sangat menyedihkan,seorang khatib jemputan oleh pihak masjid berkenaan telah menyalahgunakan khutbah jumaat dengan mendoakan supaya dapat menumbangkan kerajaan sedia ada .

Sememangnya,masjid berkenaan sebelum ini seringkali menjemput khatib dari luar dan isi khutbahnya banyak bercakap tentang politik sahaja.Masjid berkenaan sebenarnya telah ditadbir urus oleh orang kuat PAS sendiri yang merupakan pengerusi masjid berkenaan yang dulunya pernah memberi ceramah di atas pentas politik Pakatan Rakyat di kawasan taman berkenaan.

Sejak ditadbir urus oleh pengerusi berkenaan,ceramah dan kuliah agama di masjid berkenaan banyaknya menggunakan khidmat ustaz-ustaz yang memang totok kepada PAS dan seringkali menyelitkan isu politik kepartian semasa kuliah atau ceramah mereka.Ini sebenarnya sudah sekian lama berlaku sejak puak-puak PAS berjaya mengambil alih pentadbiran masjid.Yang paling menyedihkan,ada diantara mereka siap menyeru ahli kariah masjid berkenaan untuk menyokong PAS dan pakatan rakyat dalam PRU-13 akan datang.

Sikap seperti mencela dan mengutuk kerajaan sedia ada dalam kuliah dan ceramah agama di dalam masjid mereka merupakan perkara biasa buat mereka.Sebilangan ahli-ahli kariah berkenaan sebenarnya telah lama bersabar dengan segala macam yang sudah berlaku dan apabila berlaku hal berkaitan doa dalam khutbah jumaat ini,mereka sudah tidak dapat bersabar lagi perlu perkara ini diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Itulah padahnya apabila masjid diberikan kepada tangan puak-puak PAS  


Ahli kariah yang tidak puas hati dengan doa khutbah berkenaan

Bekas Imam,Ustaz Shuib yang kecewa dengan sikap pentadbiran masjid yang buat tak tahu hal ini


Inilah khatib jemputan yang dijemput oleh pentadbiran masjid berkenaan

Saturday, June 23, 2012

Najib Balun Mat Sabu Kerana Boleh Tentukan Dosa Pahala Manusia




Macam-macam spekulasi dibuat menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di ibupejabat UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat. Hebohnya bukan main.Malah ada yang kata..'awas mungkin ada pengumuman penting masa sidang akhbar'.

 Ikut pemerhati politik jika tidak ada sesuatu pengumuman muncul dari mesyuarat itu petang Jumaat maknanya pilihanraya umum sudah sah tidak akan diadakan sebelum bulan puasa pada 21 Julai seperti hangat diramalkan sebelum ini. Ini kerana waktu sudah terlalu suntuk untuk mengadakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

 Maka dengan ini elok sangat spekulasi terus dialihkan pada waktu-waktu selepas Hari Raya Aidilfitri atau selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini atau hujung tahun atau akhir sekali pada tahun depan. Lari jauh dari segala spekulasi,mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat berlangsung tidak lama berbanding kebiasaanya. Ia bermula jam 3 petang dan berakhir 5.30 petang.

Biasanya mesyuarat itu berlarutan sampai 6.30 petang dan adakalanya 7 petang. Lojiknya kalau penting seperti bincang strategi pilihanraya atau soal calon dan perkara-perkara berkaitan tentulah meleret panjang. Indikasi tiada apa-apa hal penting sangat dirasai bila dalam mukadimahnya semasa memulakan sidang akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya memberitahu tentang jumlah terbaru ahli UMNO dan rombongan yang akan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin untuk menghadiri mesyuarat agung parti Golkar di Jakarta.

 Beliau kemudianya terus membuka sidang akhbarnya untuk soalan-soalan dari wartawan.

 Antara yang ingin dikorek wartawan tentulah pasal bila pilihanraya.

 Ia berkisar pada desakan pembangkang mahu Perdana Menteri umum awal tarikh pilihanraya dan cadangan agar ia diadakan pada hujung tempoh lima tahun.

 Turut berkait ialah soal desakan PAS agar beliau memberi jaminan pilihanraya umum ke 13 tidak diadakan pada musim Haji. Kalau nak tahu....dalam menjawab semua soalan-soalan itu Perdana Menteri tetap tidak memberi sebarang indikasi langsung bila PRU13 akan diadakan. Malah Najib secara spesifik berkata beliau tidak akan terikat atas desakan daripada mana-mana pihak supaya tidak mengadakan PRU13 pada musim haji.
 Kata-kata itu bukan membawa maksud beliau ada rancangan hendak mengadakannya pada musim haji.

 Kepada satu soalan Perdana Menteri membidas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang senang-senang cop beliau berdosa jika tidak memberi jaminan itu.

 "Maknanya dia (Mohamad Sabu) lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala orang lain." katanya.

"Kita tak sekat siapa-siapa nak naik haji dan itu mestilah diutamakan,bukan urusan lain termasuk pilihan raya. "Kalau kita sudah buat ketetapan untuk naik haji, kita wajib teruskan,"katanya Ditanya apakah beliau bercadang untuk timbang memberi jaminan yang dimahukan PAS itu,beliau berkata ," tak kan kita kena terikat pada desakan PAS atau mana-mana pihak.

" Menurut beliau dalam sejarah negara ,pilihanraya pernah sekali diadakan pada musim Haji. Katanya kalau tidak silap pada tahun 1986. "Saya tahu ( pewrnah diadakan musim haji)...sebab masa itu salah seorang ahli jawatankuasa bahagian saya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya tetapi saya tidak dapat hubungi dia kerana dia sedang berada di Mekah.

 "Bila dia balik dia terima hakikat bahawa dia tidak jadi wakil rakyat. Jika dia bertanding, dia pasti menang masa itu," kata Najib. Apapun menjawab soalan desakan supaya beliau umum awal tarikh pilihanraya,Perdana Menteri menjelaskan tidak ada salahnya beliau 'berahsia' dalam soal itu.

 Katanya ia adalah selari dengan perlembagaan negara yang memberi hak kepada seseorang Perdana Menteri yang memegang jawab masa itu memutuskan ' bila-bila masa' boleh menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen tetap tidak lewat dari lima tahun.

 Begitu juga kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen Khamis mengenai cadangan pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. Katanya sesiapa sahaja boleh menyuarakan pandangan.

 "Itu perlembagaan. Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Menurut beliau dibawah peruntukkan perlembagaan sekarang tiada apa-apa yang boleh menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau lambat.- 22/6/2012

PAS Kedah Cari Pasal !!! Biar Projek Jirat Cina Atas Tanah Rizab Melayu



Mendidih sungguh darah aku bila membaca laporan KEDAHAN69ERS.COM tentang penduduk Kampung Sungai Kob yang menerima layanan SERUPA BABI daripada Kerajaan Negeri Kedah. 

Daripada apa yang aku dapat tahu, tanah yang dipertikaikan itu adalah Tanah Rezab Melayu. Masa Kerajaan Barisan Nasional dulu, projek tanah perkuburan swasta ni diorang dah propose tapi tak diluluskan.

Bila PAS dan Pakatan menang di Kedah, projek yang tak diluluskan tu, serta-merta diluluskan. Penduduk Sungai Kob dah berjaya dapatkan dua perintah mahkamah untuk menghalang projek daripada diteruskan.

Tapi syarikat berkenaan, Prestavest yang difahamkan dilindungi oleh pemimpin Pakatan tertentu, telah membabikan segala perintah mahkamah dengan meneruskan kerja-kerja projek di Tanah Rezab Melayu Sungai Kob. Pagi tadi, lebih kurang 100 orang penduduk kampung yang berkawal di jalan masuk ke tapak perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara itu, naik angin apabila kata dua diorang agar projek tidak diteruskan, dianggap sampah oleh pekerja-pekerja Prestavest.

 Akhirnya, dua orang pekerja Prestavest cedera. Seorang pekerja India, koyak pipi manakala seorang lagi pekerja Cina lebam matanya. Polis yang berada di tempat kejadian, telah berjaya mengawal keadaan dan menahan 52 orang penduduk kampung kerana merusuh.

 Isu pokok di sini adalah tanah perkuburan Cina di tengah-tengah perkampungan Melayu dan di atas Tanah Rezab Melayu pula. Yang ditangkap adalah Melayu... dan yang menangkap juga adalah Melayu... siapa yang bertepuk tangan dalam hal ini? Korang fikir-fikirkan sendirilah...

 Tapi yang paling best, masa kecoh pusat penyembelihan babi, PAS serta Malaysia turun memberikan sokongan kepada penyembelih-penyembelih dan pemilik pusat penyembelihan babi itu.

Tetapi bila Melayu Sungai Kob meminta agar tanah perkuburan swasta itu dipindahkan dari kawasan mereka, mereka telah dibabi-babikan.... Maknanya, Melayu Sungai Kob taraf mereka lebih rendah dari BABI ler yek?-Parpukari

Baca juga di Kedahan69ers.com berkenaan kisah pergaduhan di kawasan tersebut

Komentar KP : Memang celak betul sapa yang meluluskan projek jirat cina ini,berani-berani dia buat jirat atas tanah rizab melayu.Kerajaan PAS Kedah ini nak laga-lagakan antara kaum ka sampai sanggup lulus projek jirat atas tanah rizab melayu nie.Aku cukup pantang lar benda-benda macam nie.


Jangan sampai perkara yang lebih buruk terjadi,disebabkan hal-hal sensitiviti macam ini.Dikhuatiri pergaduhan kaum bakal tercetus?? Mana pemimpin PAS Kedah yang berani keluar dan jawab berkenaan perkara ini ??


Kalau macam nie la..hangpa semua tak layak jadi pemimpin sebab nak pertahan tanah rizab(simpanan) Melayu pun ketar lutut nak kedepan sedangkan kawasan tersebut ramai penyokong-penyokong tegar PAS.Beginikah contoh pemimpin yang nak perjuangkan Islam,hak seagama dan sebangsa sendiri pun hendak dinafikan...

Friday, June 22, 2012

Gempar !! Apa Neelofa Sudah Bertudung ??


Mungkin semua peminat tegar akan Neelofa akan terkejut dengan perubahan ini?? 
Benarkah Lofa sudah berubah??
Haha..itu kena tanya tuan punya badan sendiri la...
Tapi nampak cantik pulak apabila dia bertudung daripada duk dedah sana -sini
Kepada peminat Neelofa yang tegar tue,doa-doakan lah supaya dia berubah ye..



pssttt- Harap-harap ,kalau betul-betul dah berubah tue,janganlah pulak jadi macam Bob Lokman,Kak Ecah dan beberapa lagi artis yang lain ye...diorang tue nak jalan cepat...last2 isi borang masuk PAS...Nak jadi Islam yg bertaqwa bukannya perlu isi borang masuk PAS..itu sesat namanya...

PAS Sudah Tanam Dalam Kubur Dokumen Negara Islam


Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.


 Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional. Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.


 Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa. Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi. Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.


 Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan. Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.


 Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, “langkah mayat dia dulu” jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.


 Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”. Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.


 Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.


 Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas. Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”


 Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya. Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya. Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata.


Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?-Sinar Harian


Komentar KP : Sebenarnya ,isu Negara Islam ini sudah lama diperkatakan sejak dari perkenalan Dokumen Negara Islam oleh PAS sendiri hingga saat PAS menguburkan dokumen ini untuk memberi laluan kepada Tawaran Negara Berkebajikan yang tampak lebih umum tanpa disebutkan Islam sebagai namanya kerana terpaksa tunduk atas tekanan rakan parti dalam Pakatan Rakyat yang sememang liberal dan sekular fahamannya.


Sememangnya tawaran Negara Berkebajikan PAS yang dicanang untuk menggantikan Negara Islam kerana kata Hj Hadi pada muktamar PAS yang lalu,Negara Islam tidak disebut dalam Al Quran dan yang ada hanyalah negara berkebajikan adalah mirip dengan apa yang sudah ataupun sedang dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada.

 

 Sebenarnya ,manifesto Negara Berkebajikan PAS ini hanyalah wayang untuk menutup mulut ahli-ahli PAS kerana kesilapan pimpinan PAS yang sudah membakar dan menguburkan Dokumen Negara Islam dan sebagai jenama barunya,diperkenalkan Negara Berkebajikan untuk menyedapkan mata pandangan pimpinan dalam Pakatan Rakyat.


Jelas,PAS berpura-pura sahaja didepan penyokongnya dengan agenda Islam dan Hudud mereka padahal mereka tidak mungkin dapat melaksanakannya jika berjaya menguasai Putrajaya kerana mana mungkin parti yang bertanding hanya 67 kerusi dalam Parlimen akan menjadi majoriti dalam pakatannya.Adakah Chauvanist DAP dan Lahanat PKR akan bersetuju dengan desakan dan tuntutan dari PAS ?? Kita bercakap melalui realiti yang sedia ada dan bukannya setakat fantasi semata-mata.Puak-puak PAS perlu buka mata bahawa janji dan jihad Islam mereka hanya sia-sia kerana ditipu oleh pimpinan mereka sendiri.Dulupun Hj.Hadi pernah kata "kita sanggup kalah kerana melaksanakan Islam".Ini apa???Islam apa yang Hj Hadi hendak laksanakan sedangkan kepada realitinya mustahil walaupun Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akibat pengaruh DAP dan PKR yang lebih kuat.


Jadi,apa pun dokumen ataupun tawaran daripada PAS selagi mereka masih bertahaluf siyasi dengan  DAP dan PKR,sampai bila-bila mereka tidak akan pernah berjaya dalam perjuagan mereka.Lihatlah ,dinegeri dibawah pakatan mereka,haru-biru dibuatnya ,pelbagai masalah rakyat dilaporkan setiap hari di akhbar dan media massa.Beginikah mahu diberinya negara untuk ditadbir oleh mereka??Punah ranah lah nanti jawabnya..