Friday, November 30, 2012

Kelibat Rosyam Nor di #PAU2012



Kemunculan beberapa artis dan selebriti di Perhimpunan Agung UMNO 2012 merupakan bukti sokongan mereka kepada kepimpinan UMNO dan BN dalam menerajui negara.Kelibat Rosyam Nor menarik perhatian KP dan blogger GBP yang kebetulan sedang meninjau booth korporat dan agensi kerajaan di aras 1 PWTC.

Selain Rosyam Nor,beberapa artis lain seperti Fara Fauzana, Datin Umie Aida,Erma Fatima, Amy Search dan lain-lain juga turut kelihatan sepanjang seminggu berlangsungnya #PAU2012 di PWTC ini.

Kehadiran mereka bukan sahaja menambah lagi kemeriahan #PAU2012 bahkan menampakkan golongan karyawan seni seperti mereka sudah cenderung untuk bersama rakyat dalam menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN dalam PRU-13 tidak lama lagi

Perwakilan Kelantan sindir PAS umpama selipar Jepun #PAU2012




Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas. Dengan menggunakan analogi ‘selipar jepun’ beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah orang yang memakai selipar Jepun itu dianggap Jepun.

 “(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi bukan babi tetapi siput. Mudah sahaja nak jawab Pas ini. Tak payah nak tunjuk hadis, al-Quran. Tetapi kalau nak rujuk juga boleh sebab dalam al-Quran ada menyatakan bahawa memang ada manusia seperti ini yang akan sentiasa mencari perkara-perkara yang boleh mereka buat fitnah sepertimana terkandung di dalam surah Al-Imran ayat 7.

 “Ayat ini menyatakan bahawa dalam al-Quran itu aku turunkan al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas, ‘muhkamat’…..jelas hukumnya tetapi ada juga ayat yang ‘mutasyabihat’ iaitu yang samar.”……..akan ada manusia yang sentiasa bila ada dalam hati mereka ada kecenderungan jahat. ”……..Apabila ada kencerungan untuk mereka akan buat apa “…..untuk membuat fitnah.

Kemudian mereka takwil sesuka hati mereka. Itu yang murtad, kafir dan macam-macam lagi…Al-Quran dah sebut ”….yang tahu takwil-takwil ini hanya Allah,” katanya.

 Alwi seterusnya mengambil analaogi penanaman padi, gandum dan jagung bagi membezakan antara BN dan pembangkang. “BN tidak macam parti-parti lain. BN adalah parti penyatuan. PKR ini dia campur semua sekali…. Melayu, Cina India dan sebagainya, Begitu juga DAP….. dan begitu juga Pas. Dalam BN…UMNO….Melayu, India…MIC dan PPP. MCA dan sebagainya….

 “Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam bendang gandum. Jagung kena letak tempat jagung. Cuba ambil padi, jagung dan gandum itu ditanam dalam kawasan yang sama..ditanam dalam satu tempat.

Nak tuai nanti mestilah kaedah dan cara yang lain-lain. “Kita dalam BN tak… padi dalam bendang padi, gandum dalam bendang gandum dan jagung tempat jagung. Bilakah akan bertemu… bubur sebelah, roti sebelah dan nasi sebelah barulah boleh makan. Makan bubur boleh makan nasi.

 Tetapi kalau campur sekali boleh makan tak? Itulah konsep dalam BN. Tidak elokkah lagi pemimpin kita buat itu,“ ujarnya. -MediaUMNO

 

Thursday, November 29, 2012

UMNO akan tentang fahaman liberalisme & Pluralisme




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.
Presiden UMNO berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
“Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.
“Di atas pentas perhimpunan ini juga, kita mahu menyatakan tanpa berbasa-basi lagi bahawa kita menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden bertemakan ‘Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional’ sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, hari ini.
Berucap di hadapan 2,759 anggota perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib turut menolak keras dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular.
Menyifatkan tuduhan itu ‘amatlah tersasar’, Najib berkata selama ini UMNOlah yang membolehkan Islam diamalkan sebagai cara hidup yang syumul di negara ini di sebalik kepelbagaian Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etik, budaya dan agama.
Najib berkata banyak telah dilakukan oleh UMNO dalam memastikan kelangsungan Islam di negara ini yang menyaksikan syiar Islam bukan terbatas di bidang ibadah sahaja bahkan merangkumi lapangan munakahat, muamalah dan jinayah.
Katanya penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji membolehkan umat Islam menabung dan mengerjakan ibadah haji secara sistematik, khidmat perbankan dan kewangan Islam diperluas, malah Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam contoh turut menyumbang kepada kesejahteraan di seluruh dunia menerusi pasukan pengaman, pemerhati dan perubatan yang dihantar ke negara Islam berkonflik seperti Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afganistan.
Malaysia juga, katanya komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin, malah mungkin menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.
“Merujuk semua itu, janganlah sumbangan kepada Islam diukur hanya dengan tahap retorik dan kuatnya bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan sebenar serta isi kandungannya tidak seberapa,” katanya.
Sinis menempelak sikap pembangkang yang mendoakan kecelakaan UMNO, Najib berkata UMNO tidak rela untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan tidak sekali-kali akan mencaci atau menista saudara seagama seperti yang dilakukan parti lawan.
“Jadi kita ingin berpesan cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru (Datuk Seri Hadi Awang)…UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud,” katanya.
Kesan amanat pada 1981 itu menurut Najib bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi menanam benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam.
“Natijahnya muncullah tragedi Memali, peristiwa Lubok Merbau, kejadian sembahyang dua imam, perceraian suami isteri, perseteruan keluarga serta wujudnya fahaman haram memakan sembelihan oleh orang-orang UMNO,” katanya.
Bagaimanapun, kata Najib, di sebalik tohmahan dan propaganda jahat pembangkang yang diasak kepada UMNO, perjuangan parti itu dalam memartabatkan Islam di Malaysia dan seantero dunia tetap menyinar dan dipersadakan.
Malah terbaru, Malaysia diletakkan di tempat kelima teratas dalam pematuhan Indeks Syariah Malaysia yang dikendali sekumpulan ulama antarabangsa, kata Najib.

Wednesday, November 28, 2012

Ucapan berapi Ketua Pemuda buat pembangkang panas telinga !! #PAU2012



Khairy Jamaluddin dalam ucapannya mendedahkan pelbagai kepincangan dan pentadbiran caca merba di semua negeri di bawah pakatan pembangkang yang telah membuka mata rakyat. Di Selangor misalnya, kata beliau apa jadi dengan Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang dicanang, digendang, gegak gempita seantero negeri?

Tegas beliau janji untuk beri simpanan tetap 100 ringgit untuk setiap anak Selangor, ditempelak keras dalam Laporan Audit. Jelas beliau apa tidaknya, harapan nak ringankan beban keluarga punah berderai.

Dalam 61 ribu permohonan, hanya 36 peratus sahaja diluluskan.Kalau ikut KPI saya, itu sudah gagal betul namanya. Ternyata, Tawas sudah tewas! Itu belum kita jengok masalah di UNISEL. Tidak payah saya berhujah panjang, cukup sekadar mengingatkan Pakatan bahawa mengikut Laporan Audit 2008, UNISEL merekodkan keuntungan 5.97 juta ringgit, hasil warisan pentadbiran BN. Namun, selang dua tahun sahaja, segala keuntungan hangus dek kerakusan dan ketidakupayaan pembangkang – dari untung terkumpul hampir 6 juta ringgit, menjunam rugi 47.3 juta ringgit pada tahun 2010.

“Saya cadangkan, sebelum berjanji memberi pendidikan percuma, betulkanlah dulu kepincangan di UNISEL”, katanya ketika menyampaikan ucapan Ketua Pemuda UMNO sempena Persidangan Tahunan Pemuda UMNO 2012 di Dewan Tun Ismail, PWTC di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi itu baru laporan audit Tawas dan Unisel, janji-janji pra PRU12, bagaimana pula? “Mana janji pendidikan tadika percuma? Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya? Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah? Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat? “ Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang”, ujarnya.

 Di Kelantan pula kata beliau harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian. Katanya lagi ia bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula.

“Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan Pas sendiri, tanpa penilaian terperinci.

“Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat.

 “Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan”, katanya.

Manakala di Pulau Pinang jelas beliau sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang”, ujarnya.

 Di Kedah pula jelas beliau pengurusan pentadbiran negeri Kedah lebih kecamuk, boleh buat pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah dan mendedahkan wang kerajaan negeri dalam pelaburan berisiko tinggi.

Penyelewangan katanya berlaku di sana-sini, termasuk dalam menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin. “Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.

“Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah”, katanya.

Begitulah tegas beliau rencah pentabdiran Pakatan, tanah dirampas, peruntukkan digadai, alam sekitar dihina dan pengurusan kewangan cacamarba. “Kalau dapat mentadbir negara, habis punah, kita semua menempah celaka. Kalau kita mahu memperbutirkan satu persatu janji populis dan kegagalan pakatan pembangkang, jawabnya sampai ke subuh kita bersidang.

“Cukup sekadar saya sebut, peluang mentabdir di beberapa negeri telah mereka tong sampahkan. Janji tinggal janji, tak cekap mentadbir kewangan dan negeri, pendek kata mereka memang tak mampu, tak layak memerintah negara!”, katanya, -MediaUMNO


Tuduhan UMNO tak pejuang Islam karut - Fathul Bari




Perhimpunan Agung Umno 2012 menyediakan wadah bagi parti memperkukuh usaha memartabat syiar Islam yang diperjuangkan Umno sejak sekian lama sehingga Malaysia menjadi negara Islam teladan.
Perhimpunan yang berlangsung sehingga 1 Dis ini, dan bermula dengan persidangan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno hari ini, bukan sahaja suatu kelangsungan kepada politik dan masa depan orang Melayu, tetapi juga Islam sebagai agama persekutuan.
Tanpa menggunakan label Islam pada namanya, Umno dengan penuh bijaksana memperkukuh syiar Islam dalam serba kesederhanaan pada ketika penganut ajaran lain turut mengamalkan agama masing-masing dengan selesa.
Namun mungkin kerana cemburu dan takut atas hakikat kejayaan Umno itu, ada percubaan pembangkang yang menggunakan label Islam, untuk menidakkan keIslaman Umno pada ketika parti pembangkang itu sendiri gagal berbuat apa-apa untuk Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya berkata Islam terbina atas lima perkara; mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji.
"Umno adalah pelopor yang jelas bagi lima perkara itu dalam negara kita.
Kerajaan yang diterajui Umno telah mewujudkan badan-badan yang memantau soal akidah berteraskan syahadah.
"Bagi rukun Islam kedua, solat, kerajaan menyediakan banyak masjid dan surau dan kita boleh bersolat secara terbuka, tanpa halangan dan gangguan," katanya kepada Bernama di sini.
Fathul Bari berkata dalam rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa, kerajaan menerusi badan-badan tertentu bukan sahaja menguatkuasakan larangan makan minum secara terbuka dalam kalangan orang Islam, malah membudayakan solat tarawih.
"Bagi Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, pengurusan baitulmal di negara ini antara yang cemerlang di dunia. Begitu juga bagi Rukun Islam yang kelima iaitu haji, kita mempunyai badan (Tabung Haji) yang begitu berjaya dalam menguruskan soal jemaah haji ke Makkah dan diiktiraf terbaik di dunia," katanya.
Beliau berkata memandangkan lima asas itu telah didukung kepimpinan Umno, maka dakwaan pihak tertentu kononnya Umno tidak memperjuang Islam adalah karut semata-mata.
"Dari segi dasar, Umno adalah parti yang menegak, mempertahan dan mengembangkan agama Islam di negara ini. Tiada pihak yang waras yang akan menafikannya," katanya.

Anwar jadi PM bermakna kuasa di tangan DAP - Tunku Aziz




Saya tertarik untuk mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang memberi amaran kepada rakyat di negara ini, khususnya masyarakat Melayu, agar tidak terburu-buru memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya, Anwar hanyalah berjawatan Perdana Menteri pada namanya sahaja sedangkan DAP merupakan pihak yang memegang kuasa dan tampuk pemerintahan negara sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah negara pada PRU ke-13 nanti.
Tunku Abdul Aziz yang berpengalaman luas dan tahu luar dalam DAP dalam kenyataannya itu juga menyatakan bahawa Anwar hanyalah sekadar “Perdana Menteri boneka” selepas mempergunakan bekas partinya itu untuk merebut jawatan yang dia idamkan selama ini.
Lebih berani, “orang lama” DAP itu turut mengesahkan bahawa DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim!
Malah menurutnya, kewujudan Karpal Singh sebagai Pengerusi parti itu hanyalah “wayang” di mana mereka hanya membiarkan saja ketua mereka itu dibelasah keseorangan sekiranya terdapat mana-mana kesilapan kenyataan dari golongan pemimpin Cina DAP.
Saya tidak dapat tidak perlu menerima kenyataan Tunku Abdul Aziz mengenai hubungan DAP dan PKR ini memandangkan dia adalah antara bekas pemimpin tertinggi DAP yang paling lama berada di dalam parti tersebut.
Dalam ertikata lain, sudah tentu dia kenal benar dengan segala kelemahan dan kekuatan DAP, tahu segala gerak kerja serta agenda sulit parti itu.
Dalam kenyataannya itu, saya menyimpulkan bahawa Anwar mempergunakan DAP untuk menjadi Perdana Menteri, manakala DAP pula akan membonekakan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menawan Putrajaya.
Matlamat Anwar ialah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia tahu dia tidak boleh mendapatkan kuasa secara berseorangan. Dia sedar PKR tidak kuat pun berbanding DAP yang mendapat sokongan kaum Cina sejak tahun 2008.
DAP pula mungkin sebenarnya langsung tidak punya cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.  Tapi kalau dipilih, sudah tentu DAP akan meletakkan Guan Eng sebagai Perdana Menteri. Tapi, DAP tahu mereka tak pandai kelentong orang Melayu seperti Anwar.
Dan sebab itulah Anwar dipergunakan DAP untuk menabur auta dan fitnah terhadap Kerajaan BN meskipun Anwar sebelum ini sering memaki hamun DAP sesuka hatinya ketika bersama UMNO suatu ketika dahulu.
PAS? Tak payah cakaplah mengenai PAS. PAS hanyalah “pekakas hina” atau “gerila upahan” yang langsung tidak dipandang oleh DAP atau PKR. PAS letaknya di kelas bawahan di mana para penyokongnya dilihat tidak berotak seperti salah seorang Naib Presidennya yang gagal SRP.
Pada DAP, mereka tidak perlu memerintah sebagai Perdana Menteri pun tak mengapa asalkan segala dasar dan kemahuan mereka dilaksanakan dengan lancar di negara ini.
Dengan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, DAP boleh mengugut Anwar pada bila-bila masa saja untuk menurut kehendak mereka atau “agen rejim zionis” itu akan mendapat undi tidak percaya di Parlimen.
Lagipun, jangan lupa bahawa fail-fail, fakta dan bukti-bukti kukuh “skandal rahsia Anwar” sememangnya berada di dalam genggaman DAP dan tidak mustahil segala maklumat itu akan digunakan DAP untuk mendapatkan segalam kemahuannya.
Saya yakin bahawa kemungkinan yang timbul dari bekas Naib Presiden DAP itu ada kebenarannya dan jangan mimpilah Anwar akan membela nasib Islam, bangsa Melayu dan Malaysia sekiranya dia menjadi Perdana Menteri.
Silap-silap, Anwar akan meminda lebih separuh perlembagaan negara dan menurut segala kehendak DAP bagaikan “lembu dicucuk hidung”.
Persoalannya, apakah kita akan membenarkan “sesumpah” itu menjadi Perdana Menteri dan menjahanamkan negara ini? Sendiri fikirlah..kan?
mykmu.net

UMNO doakan PAS dibuka pintu kebenaran di #PAU2012




KUALA LUMPUR 28 Nov – Walapun Pas mendoakan kemusnahan dan kehancuran terhadap UMNO, namun parti itu dalam perhimpunan agungnya tidak sama sekali bertindak balas malah turut mendoakan kebaikan kepada musuh politiknya itu.
Pada majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka di sini, Selasa malam,  doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Afandi Mohd langsung tidak mendoakan kemusnahan Pas.
Sebaliknya mendoakan agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah dan kembali kepada kebenaran serta menggerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam.
Berikut isi kandungan doa tersebut :
Yallah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.
Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada nabi dan rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.
Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam Pas, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.
Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.
Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.
Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.
Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.
Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.

Tuesday, November 27, 2012

Nurul Izzah saman Utusan untuk tutup menakutkan media kritik mereka !!




- Sikap tidak adil Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang enggan menyaman portal berita propembangkang, Malaysiakini diwarisi daripada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, seperti perumpamaan 'bapa borek anak rintik', kedua-duanya gemar menjadikan pihak tidak berkepentingan dalam karier politik mereka sebagai mangsa.

"Ini namanya tindakan terpilih, perkara itu sudah menjadi amalan bapa beliau, Anwar sebagai salah satu taktik menutup mulut atau menakut-nakutkan pihak lain untuk menegakkan benang yang basah.

"Bagi saya, jika betul beliau mahu mempertahankan dirinya, maka beliau perlu saman semua pihak yang menerbitkan laporan tentangnya termasuk Malaysiakini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Nurul Izzah menyaman Utusan Malaysia kerana mendakwa kenyataannya berhubung kebebasan beragama baru-baru ini diputar belit meskipun isu berkenaan lebih awal dilaporkan oleh Malaysiakini.

Jelas Ruslan, masyarakat memahami Utusan Malaysia hanya memetik dan menyiarkan semula laporan disiarkan portal propembangkang itu.

Kata beliau, Nurul Izzah juga tidak perlu bersungguh-sungguh menafikan kenyataan beliau sekiranya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dangkal berkenaan.

Menurut beliau, jalan terbaik bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah menyesali kesilapan tersebut dan meminta maaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

"Namun, sudah terbukti sikap tidak adil ini menjadi strategi dan amalan Anwar dan kini Nurul Izzah untuk terus menafikan sesuatu kesilapan dan kemudian baru memikirkan alasan bagi menjustifikasikan penafian tersebut," ujarnya.

Hamas hargaikan Bantuan dan Sokongan UMNO


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

 "Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel.

"Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Antarabangsa UMNO 2012 yang dirasmikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Hamdan merupakan seorang daripada ahli panel dalam forum sempena Perhimpunan Agung 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang itu yang bermula hari ini hingga esok.

Berhubung fenomena 'Arab Spring' yang membawa kepada peralihan kuasa pemerintahan di beberapa negara di Asia Barat, beliau memberitahu, negara-negara terbabit perlu menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi ketika ini.

Tambah Hamdan, negara-negara yang dilanda fenomena 'Arab Spring' memerlukan masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. "Proses peralihan kuasa tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, namun kita dapat lihat ada kemajuan dari segi politik di Mesir dan Tunisia," ujarnya.

Dalam masa sama, beliau percaya perubahan senario politik yang berlaku di rantau Asia Barat akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat antara negara-negara Arab dan dunia Islam.

Campur tangan asing sebab Anwar takut kalah PRU 13




PUTRAJAYA: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan asing dalam urusan pilihan raya di negara ini jelas menunjukkan kebimbangan pemimpin itu yang mungkin tidak mendapat mandat pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata berdasarkan faktor itu, Anwar mula membuat cerita kononnya terdapat penyelewengan dalam institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 “Kali ini dia cuba nak meraih simpati sebelum PRU, jika benarlah apa yang dijangka, (beliau) tidak mendapat mandat itu, dia akan kata ada penyelewengan berlaku.

 “Sebab itu dia dah mula bercakap dengan negara seperti ini (Australia) untuk dapatkan sokongan, tetapi nampaknya mereka (Australia) tidak berapa setuju kerana ini amalan demokrasi kita kenapa nak campur tangan,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi bapanya, Tun Mahathir Mohamed beriadah menaiki kereta kuda sekitar Putrajaya di hadapan Masjid Putra, di sini, semalam.

 Minggu lalu, akhbar melaporkan Australia tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan ketua pembangkang, supaya berbuat demikian. Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr, dipetik berkata pilihan raya di Malaysia urusan rakyat Malaysia sendiri

Monday, November 26, 2012

Tun Mahathir sindir pembangkang jika kalah PRU 13 !




Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

 "Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan membuat demonstrasi. 

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi. "Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

 Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya. "Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

 Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi Perdana Menteri.

 Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu. "Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam.

Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.  "Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.

Muhyiddin Tempelak Sikap Politik Dong Zhong


SERDANG 25 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kerana pertubuhan itu sering menuduh segala pembaharuan pendidikan oleh kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk merosakkan bahasa Cina dan masa depan sekolah Cina.

 Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu, kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan sekolah Cina apatah lagi mahu merosakkan bahasa Cina sebaliknya segala kekurangan yang ada segera ditampung bagi memastikan pendidikan tersebut tidak terjejas. Sehubungan itu beliau berkata, Dong Zong dalam isu tersebut lebih bersifat politik dan bukannya menjadi pejuang pendidikan seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka.

 ''Begitu juga dengan pendidikan Tamil. Saya telah jelaskan sebelum ini bahawa pelan pendidikan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak langsung menyebut untuk meminggirkan sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil, malah kedua-dua aliran ini akan terus kekal seperti mana dalam laporan itu.

 ''Jadi apa maknanya. Ini bermakna aliran sekolah Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah akan terus kekal diajar, kekal sampai bila-bila. Mungkin selagi ada bulan, bintang dan matahari," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) 2012 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

 Beliau mengulas tindakan terkini Dong Zong yang menganjurkan perhimpunan hari ini bagi membantah perlaksanaan PPPM yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan.

 Menyentuh isu sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan kerajaaan tidak pernah ada niat jahat atau niat terselindung setiap kali pelan pembangunan pendidikan yang baru diperkenalkan apatah lagi bertujuan meminggirkan sekolah Cina dan Tamil.

 ''Tidak ada satu niat jahat atau tujuan terselindung yang sering dianggap oleh Dong Zong terutama apabila kerajaan mahu membuat pembaharuan pendidikan. Mereka merasa takut dengan beranggapan pelan untuk memajukan pendidikan negara dikatakan mahu merosakkan bahasa Cina. Ini tanggapan yang amat salah.

 ''Kenyataan Dong Zong ini tidak boleh dipertahankan. Mereka bercakap 'lentang-lentung' di sana sini dan kemudian membuat tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini adalah tujuan politik, bukan pendidikan. Mengenai PPPM, semua rakyat Malaysia sokong dan mengapa Dong Zong tidak sokong," ujarnya.

 Beliau berkata, hanya beberapa sahaja pertubuhan yang menyokong Dong Zong sebaliknya lebih banyak pertubuhan tidak menyokongnya. ''Sebab apa, sebab mereka (pertubuhan) tahu Dong Zong ada muslihat politik. Saya tiada kepentingan politik tetapi saya melihat kepentingan pelajaran," katanya.

 Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan BN mengiktiraf sistem pendidikan Cina dan Tamil dan sehingga kini kedua-dua aliran itu terus berjalan. 'Sekiranya kita hendak lakukan perkara ini sudah berpuluh tahun yang lalu kita buat.

Namun, sehingga setakat ini, sejak 55 tahun kita merdeka sekolah aliran Cina tidak pernah ditutup dan bahasa Cina diajar seperti biasa. Bukan itu sahaja bahkan kerajaan menambah jumlah sekolah Cina dan meningkatkan jumlah guru sekolah Cina sedia ada," katanya lagi.

Sunday, November 25, 2012

Isu salun : DAP arah PAS Kelantan jawab segera ..





- Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Kerajaan Pas Kelantan supaya menyelesaikan segera kekeliruan yang timbul apabila undang-undang Islam turut dilaksanakan terhadap orang bukan Islam di negeri itu.


Karpal berkata, sebelum ini Pas bertegas pelaksanaan undang-undang Islam hanya untuk orang Islam sahaja seperti yang diperjuangkan menerusi hukum hudud.

"Kejadian di Kelantan telah menyebabkan orang ramai khususnya bukan Islam tertanya-tanya perkara sebenarnya yang berlaku di sana.

"Sebelum ini, Pas bersungguh-sungguh mengatakan undang-undang Islam hanya terpakai kepada orang Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting yang terpaksa membayar 11 saman yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.
...

Hot ! Muslimat PAS mengaku PAS bohong tentang tutup kilang arak ! @tunfaisal






Ini pengakuan Dr Siti Mariah pada 10hb September 2012

@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat




Alhamdulillah, hari ini ada seorang lagi pemimpin Pas yang telah membuktikan bahawa perjuangan membangunkan negara Islam 'ala' Pas hanyalah retorik dan janji palsu semata-mata. Untuk sekian lama, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan penceramah Pas mempertikaikan kewujudan kilang arak di Shah Alam dan menyalahkan BN kerana tidak mengambil tindakan untuk menutupnya, hari ini, kita dapat tahu itu hanya retorik dan Pas tidak pernah berjanji untuk berbuat apa-apa sebaliknya akan terus menghalalkan kewujudannya.

Ini adalah perbualan twitter saya dengan Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja.





 Tun Faisal 

@ 
 baik, skrg ni soalannya mudah - Pas mmg x pernah janji nak tutup kilang arak shah alam ke? sila jwb :)





 Dr Siti Mariah 

@ 
 setahu saya tidak ada. Tu sbb sy minta rujukan. Sy pimpinan pusat lbh 10 tahun dah. Sy tahu apa kenyataan resmi pas



 Tun Faisal 

@ 
 bagus2 -Sekarang terbukti Pas memang x pernah janji untuk tutup kilang arak shah alam; ramai org kena tipu dgn Pas slama ni :)

 Tun Faisal 

@ 
 baik, skrg beranikah dr bersumpah bhw Pas mmg x pernah janji utk tutup kilang arak di shah alam… (cont)


Bila suruh bersumpah `wallahi wabillahi wataallahi, saya (nama Dr Siti Mariah) bersumpah bahawa memang selama ini Pas tidak pernah berjanji untuk menutup kilang arak Shah Alam', dia tidak berani pula.


Ini pengakuan Khalid Samad pula pada 20hb Julai 2011

Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab


Untuk budak-budak Pas yang masih duduk dalam khayalan, hari ini saya hendak tunjukkan perangai sebenar pemimpin mereka yang kononnya berjanggut, bertudung labuh, alim dan wara'; sedangkan hakikatnya mereka hanya penipu yang melacurkan Islam untuk mendapatkan kuasa.

Petang semalam, saya telah bertanyakan soalan yang cukup mudah melalui twitter kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan penyibuk yang mencelah untuk menyelamatkan dua orang rakannya yang tersepit, Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, iaitu - "Ada atau tidak Pas berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam semasa kempen 2008 dan sebelumnya?"

Walaupun masing-masing belajar tinggi hasil kemurahan hati kerajaan BN, ada title`Doktor', namun soalan yang mudah itu tidak mampu untuk dijawab, malah mereka berpusing-pusing untuk menipu jawapan. Hanya Khalid Samad yang berani, itupun separuh berani menyatakan yang batil dengan menyatakan - `Ada ke janji tu?"

Bagi sesiapa yang pernah menghadiri tazkirah, usrah, mukhayyam, ceramah dan membaca harakah, kita semua tahu, sejak tahun 70-an lagi Pas berjanji dan berazam untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Sebab itu Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah tidak berani sama sekali menjawab soalan yang mudah itu!

Jadi budak-budak Pas, sedarlah - mereka ni hanya melacurkan agama demi kepentingan duniawi dan kuasa sedangkan mereka tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Firman Allah swt dalam surah Al-Saff (2-3) - "Ya ayyuha allazeena amanuu lima taquuluuna ma la taf'aluun. Kabura maqtan 'inda Allaha an taquuluu ma la taf'aluun."Akhirnya Allah swt telah menjatuhkan kehinaan kepada mereka disebabkan niat dan cara mereka yang salah sehingga mereka hanya layak menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor, hampas di Pulau Pinang. PAS hanya Parti Abdi Sosialis yang akan tunduk kepada dua parti sosialis DAP dan PKR dalam setiap tindakan mereka.