BERHATI-HATILAH APABILA MENGELUARKAN HUKUM
Di dalam masalah ini marilah kita melihat tafsiran dari firman Allah:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil
،(Surah Al Mumtahanah 8 )
Dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan bahwa Dia tidak melarang orang-orang yang beriman berbuat baik, mengadakan hubungan persaudaraan, tolong-menolong dan bantu-membantu dengan orang-orang kafir selama mereka tidak mempunyai niat menghancurkan Islam dan kaum muslimin, tidak mengusir kaum Mulimin dari negeri-negeri tanah air mereka dan orang kafir itu tidak pula berteman akrab dengan orang-orang kafir yang zalim yang bertindak mengusir itu.
Ayat ini merupakan ayat yang memberikan ketentuan umum dan prinsip agama Islam dalam menjalin hubungan dengan orang-orang yang bukan Islam dalam satu negara.
Kaum muslimin diwajibkan bersikap baik dan bergaul dengan orang-orang kafir, selama orang-orang kafir itu bersikap baik dan ingin bergaul mesra dan hidup bersama secara aman terutama dengan kaum muslimin.
Di dalam masalah memberikan ucapan selamat berbentuk penghormatan kepada masyarakat bukan Islam juga telah terangkan oleh ulamak:
لا حرج على المسلم في معاملة غير المسلم، ويجب العدل معه، وعدم ظلمه، وسؤال هؤلاء الكفار عن أحوالهم ومبادلتهم التحية، التي يلقونها لا حرج فيه أيضاً، فقد ثبت أن النبي – عليه السلام – كان يسأل ثمامة بن أثال – رضي الله عنه – في كل يوم عن حاله وكان على الشرك عندما أسره المسلمون وربطوه في المسجد، انظر ما رواه البخاري (462) ومسلم (1764)
Ertinya:
Tiada halangan kepada seorang Islam untuk bercampur gaul dengan orang yang bukan Islam.dan wajiblah seorang Islam itu berlaku adil kepada mereka(bukan Islam) dan tidak menzalimi mereka dan boleh baginya bertanyakan khabar dan saling memberikan ucapan penghormatan kerana telah sabit di dalam hadis Imam Bukhari (Hadis bernombor 462) dan Muslim (hadis bernombor 1764) bahawa Nabi saw telah bertanyakan keadaan diri (bertanyakan khabar) Tsumamah b.Asal yang pada masa itu masih kafir (belum memeluk agama Islam)ketika beliau ditawan oleh tentera Islam dan diikat di masjid.
Di dalam kitab Hadis juga di nyatakan bagaimana Rasulullah saw melayan A’di Al-Hatim At’Thoie…seorang raja bagi kaum Thoie…kerajaan bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab dengan memegang dan memimpin tangan raja yang beragama majusi bercampur nasrani itu...lalu membawa raja itu ke rumah baginda saw dan dilayan Hatim At-Thoie.. raja yang beragama mazhab berhala “rukusiyah” ini dengan baik,,,sehinggalah A’di Al Hatim itu memeluk islam kerana tertarik dengan cara layanan nabi kepada orang bukan Islam dan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda.
Ulamak membahaskan di dalam hadis ini ada uslub dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi saw iaitu:
"ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة" (النحل (125))
Ertinya:
Dan serulah kepada jalan tuhanmu (agama Islam) dengan bijak dan persiapan yang terbaik. (An Nahl: 125)
Nabi saw mengguna pakai kaedah menunjukkan ahlak dan peribadi mulia iaitu menghormati tetamu dengan layanan yang baik walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam.
Di dalam kitab Hayatus Sohabah yang ditulis oleh Dr Abdur Rahman Ra’fat Al-Basya pula menyatakan:
“ Di dalam satu riwayat ada diceritakan bagaimana seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abdullah b. Huzafah As-Sahmi…. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab R.a telah berlaku peperangan antara kerajaan Islam dan kerajaan Rom pada tahun 19 hijriah…dan ketika berlakunya peperangan yang hebat itu dan amat dahsyat itu Abdullah b. Huzafah As-Sahmi dan kaum muslimin yang lain telah ditawan oleh Kaisar Rom (Penguasa agung kerajaan Rom)
Ketika berada di dalam tawanan…pelbagai kisah pilu dan sedih yang telah terjadi ke atas tawanan perang orang islam yang disiksa dan dibunuh dengan kejam…Abdullah sendiri disiksa dan dipaksa meninggalkan agama Islam jika mahu hidup…tetapi Abdullah tetap mempertahankan akidahnya itu…
Sehinggalah maharaja Rom yang zalim itu merasa kagum dengan ketahanan dan kekuatan iman Abdullah b.Huzafah yang walaupun disiksa namun bertahan dan tidak berganjak imannya maka Maharaja Rom itu pun menawarkan suatu tawaran kepada Abdullah r.a ..iaitu mengucup atau mencium kepalanya jika mahu diri beliau dan seluruh tawanan Muslim yang masih hidup dibebaskan…
Abdullah b.Huzafah r.a telah menerima tawaran itu dengan ijtihad beliau…kucupan di kepala itu bukanlah tanda beliau reda dengan kezaliman dan kekafiran yang ada pada maharaja Rom itu….tetapi sebagai suatu maslahat iaitu usaha menyelamatkan nyawa tentera Islam….ketika berada di dalam kedaan dharurat….
Akhirnya...Abdullah b. Huzafah( sahabat Nabi saw yang terkenal dan beliaulah di antara yang terawal memeluk Islam pada zaman Nabi saw)........telah.menerima tawaran Maharaja Rom yang zalim itu lalu mengucup kepalanya...setelah itu beliau dan seluruh tawanan perang dari tentera Islam dibebaskan sebagaimana yang telah dijanjikan....
Maka ketika mereka selamat pulang ke pangkuan Khalifah Umar Al-Khattab..Abdullah b. Huzafah telah menceritakan tindakan beliau kepada Khalifah Umar tentang tindakannya itu…maka Saidina Umar tersenyum lalu berkata:
“Hendaklah semua umat Islam yang berada di hadapanku hari ini mencium kepala Abdullah b Huzafah di atas tindakannya itu yang menyelamatkan tentera Islam..dan aku akan memulakannya mencium kepalanya’
(Kitab Suwarun Min Hayatis Sohabah : Dr Abdur Rahman Ra'fat Al-Basya)
Begitulah juga halnya dengan mencium tangan guru yang bukan beragama Islam tidak menjadi kesalahan jika sekadar kita menghormatinya sebagai guru…bukan kerana akidahnya….
Ini adalah kerana Nabi saw menghormati tawanan bukan Islam dari kalangan orang kafir Quraisy di dalam peperangan Badar dengan meminta mereka menjadi guru dan mengajar anak-anak orang Islam membaca sebagai syarat untuk mereka bebas..dan seterusnya Nabi saw membebaskan mereka setelah anak-anak orang Islam pandai membaca….pembebasan mereka itu sebagai tanda hormat dan terima kasih Nabi saw….kepada golongan guru bukan Islam.
( Kitab Sirah Ibnu Hisyam)
Maka kesimpulannya tidak menjadi kesalahan untuk kita bersalam dan mencium tangan
guru bukan Islam selagi mana ianya sebagai satu penghargaan kepada guru yang tidak berbentuk keagamaan yang merosakkan akidah.
Wallahua’lam
Gambar daripada buku: Anda Tanya Ustaz Azhar Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat Terbitan Kedua Oleh PTS
Kredit:
Ahmad Munawir Salehuddin Salehuddin
Komentar KP : KP teringat akan kisah apabila ada seorang kafir yang bernama Adi Al Hatim At-Ta'ie yang datang bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah menunjukkan akhlak dan peribadi baginda yang mulia apabila mempersila Adi Al Hatim duduk di tempat tikar Baginda duduk dan Baginda duduk di atas lantai tanpa berlapik apa-apa. Inilah contoh budi pekerti yang baik yang ditunjukkan Rasulullah kepada umatnya.Bukannya bila kita merendah diri maka kita merendahkan Islam tetapi ini ada satu cara dakwah yang baik ditunjukkan oleh Baginda.Akhirnya ,Adi Al Hatim ini memeluk Islam kerana melihat indah dan kagumnya terhadap kemuliaan Islam.
Jadi,nasihat KP agar umat Islam lebih berhati-hati dengan buku-buku soal jawab hukum yang berlegar dipasaran sekarang ini dan lebih baik kita pergi belajar secara berguru dari guru dan ulama yang bersanad untuk mendapat penjelasan yang lebih tahqiq dan berhati-hati.