Tuesday, May 31, 2011

IRI Agen CIA Beri Kursus Kepada PKR



Pembabitan PKR dengan Yahudi dari AS  kini semakin terdedah bila mana parti ini sedang asyik menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi ala 'Uncle Sam' di negara ini.

Apabila ia didedahkan sendiri oleh Utusan hari ini , adakah PKR dan AMK  berani untuk jawab balik  perkara ini ? 




Sumber dalaman PKR memberitahu, IRI didakwa mula berjinak-jinak dengan PKR (dulu Parti Keadilan Nasional) sejak 1998 lagi tetapi penglibatan langsung 'wakil' AS itu hanya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 2004.

Katanya, segala aktiviti parti didakwa akan dipantau dan dimaklumkan terus kepada IRI cawangan Asia Tenggara yang terletak di Bangkok, Thailand, bagi memudahkan sebarang operasi diselaraskan secara terancang dan sulit.

"Kebiasaannya IRI menyalur bantuan kewangan dua kali setahun. Dana tersebut didakwa bagi melatih jentera parti terutamanya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan salah satu cara, dengan menolak dasar afirmatif serta menjanjikan hak sama rata.


"Ini kerana IRI berpendapat, kebencian orang bukan Melayu adalah kerana dasar afirmatif dan jika isu ini dieksploitasi dengan berkesan, ia bakal mewujudkan suasana panas antara kaum, sekali gus memberi keuntungan politik kepada pembangkang," kata sumber itu di sini, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, dalam pemukiman PKR di Port Dickson baru-baru ini juga, wakil daripada IRI didakwa hadir memberi ceramah mengenai bagaimana parti tersebut perlu bergerak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.





Malah sebelum ini blogger Pisau.net telah mendedahkan bahawa baru-baru ini PKR P.Pinang telah menerima satu latihan kursus menghadapai pilihanraya oleh IRI di Hotel Sunway di Sbrg Jaya . Sehingga hari ini PKR P.Pinang ( Mansor )   atau  AMK  ( Syed  Mikael ) tidak berani menafikan perkara ini . 




Dakwaan Anwar sebagai agen CIA,pengkhianat negara dilihat oleh penyokong pakatan,orang kampung dan rakyat marhain sebagai satu tuduhan yang keterlaluan. Namun sanggupkah anda menerima kenyataan dan realiti sebenar sebahagian besar yang jumud telah terpengaruh dengan permainan politik Anwar dan kini sudah tergolong menjadi perkakas CIA dan Yahudi untuk memusnahkan negara ini?


Artikel ini disertakan bukti video kaitan dan peranan CIA didalam pakatan rakyat.



Kelmarin 24/5/2011 bertempat di Hotel Sunway,Seberang Jaya satu latihan dianjurkan oleh The International Republican Institute atau lebih dikenali sebagai IRI.


Ramai kalangan ahli PKR yang hadir kononnya berasa teruja mendapat latihan mengenai pilihanraya daripada Amerika.Namun Pisau percaya mereka tidak sedar bahawa mereka menjadi perkakas dan alat Anwar bersama CIA dan Yahudi .

IRI berperanan memberi bantuan dana, pemantauan pilihanraya,kajian sikap,strategi kempen pilihanraya,latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi isu pilihanraya.

Siapa IRI ini dan kaitan dengan CIA dan  Anwar Ibrahim ?KLIK SINI

Komentar KP: Sungguh licik PKR nie, mereka guna bantuan CIA dan Yahudi dalam konspirasi mereka menawan Putrajaya.Sanggup guna kepakaran luar dalam kursus parti mereka demi dengan satu matlamat mengangkat si Anwar Pandikutty sebagai PM Malaysia.
IRI ini memberi bantuan kepakaran dari segi propaganda dan strategi politik untuk menarik rakyat menyokong mereka.
Sapa yang sekarang pakai bantuan Yahudi  sekarang nie???Dulu kata UMNO guna APCO,Ini apa???PKR Pulau Pinang senyap seribu bahasa bila ditanya hal ini.



Sumber: Pisau dan Pejuang Bangsa

Ahli DAP Melayu Keluar Parti Masuk UMNO





KUALA LUMPUR, 31 Mei - Harun bin Abdul Wahab, bersama sebahagian dari kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sambil mengoyakkan sijil keahlian DAP di Tingkat 38, Menara Dato' Onn di sini hari ini.




Bye-bye DAPig...HAHAHAHAHAHA



~Monyet pun tau gelak kat DAP~

Monday, May 30, 2011

Pen RM 11 ribu Milik KM Penang Lim Guan Eng???



Betul ke si chauvanist lidah biawak nie ada pen bernilai RM 11 ribu???kaya sungguh KM Penang nie.
Berapa banyak dah duit kerajaan negeri agaknya  dia tibai??Kalau dah Pen yang duk sain kelulusan apa-apa pun dah bernilai ribuan ringgit,agaknya ini mungkin hadiah tauke-tauke pemaju rumah atau kontaktor rumah mewah kot yang bagi sebab nak luluskan projek berjuta-juta takkan pakai pen cap ayam kot..

Lihat video Pentas Pemuda di Jelutong  yang mana dipersoalkan oleh Ketua Pemuda UMNO PP , Sdr Shaik Hussein di min ke 2.00 .....bila ada kuasa , pen pun dah semakin mahal nampaknya....tahniah !



Sumber : Pejuang Bangsa

Sunday, May 29, 2011

Ustaz Kazim selar orang yang menghina Mufti Perak




Ikuti sedutan ceramah Ustaz Kazim Elias Al Hafiz yang bercakap tentang peristiwa penghinaan terhadap mufti Perak, Tan Sri  Harussani Zakaria.

IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria  menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.

Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi

Hj Hadi Kata PAS Berani !!! Betul Ka !!!

Dalam Haramkah Daily hari ini, Hj Hadi memberi kenyataan kononnya PAS lebih berani  dari Barisan Nasional.Ini disebabkan PAS berani mengadakan pemilihan parti menjelang  kemungkinan beberapa bulan sahaja lagi Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan.



Difahamkan ,UMNO dan beberapa komponen parti BN telah menanggguhkan pemilihan parti tahun ini bagi memberi fokus untuk PRU-13 ini.Sekiranya diadakan pemilihan parti juga pada kali ini, ia akan memberi kesan dan impak kepada momentum gerakerja pilihanraya parti dan kemungkinan mengganggu proses menstrukturkan jentera pilihanraya parti menjelang PRU-13 yang tidak lama lagi.


Hj Hadi bolehlah berkata begitu kerana jawatan presiden yang disandangnya tidak dicabar oleh mana-mana tokoh pimpinan dalam PAS.Beliau boleh merasakan selesa setelah sebulat suara menyokong kepimpinannya.
Lihatlah kepada jawatan paling panas dalam pemilihan PAS kali ini iaitu jawatan Timbalan Presiden yang mengalami pertandingan 3 penjuru iaitu 2 tokoh dari golongan ulama PAS dan seorang dari mana entah kelulusannya lagak bertanding kononnya ingin memberi lebih sumbangan kepada parti yang dulunya pernah kalah dalam pemilihan jawatan yang sama ditandingi tetapi atas dasar ehsan diberi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.


Langkah yang diambil oleh PAS ini bukan menunjukkan mereka berani  tetapi bakal menanpakkan kelemahan mereka sepanjang berlangsungnya muktamar pada jun ini. Semestinya akan berlaku pergeseran diantara pemimpin -pemimpin yang bertanding dalam memenangi hati perwakilan bagi memilih mereka di pemilihan pada muktamar kali ini.Lobi -melobi akan menjadi mainan sepanjang pemilihan tersebut.


Hj Hadi tak boleh kata PAS berani kerana ia akan memakan diri mereka sendiri. Lihatlah nanti waktu pemilihan PAS pusat di Muktamar Agung PAS Pusat.


Komentar KP: Depan ahli PAS bolehlah kata berani, depan DAP sumpah dia tak berani. Itulah realiti sebenar pemimpin Parti Islam Se-malaysia.Kelulusan penubuhannya dulu pun atas dasar British ingin memecahbelahkan perpaduan umat melayu islam bukan nak suruh martabatkan islam.






Mufti Perak Diberi Gelaran "Haramsani"


Memang dasar kurang ajar betui sorang lagi mangkuk Pas nie.Inilah bukti bahawa ceramah PAS penuh dengan makin hamun dan paling sedih kepada  seorang Mufti iaitu Mufti Perak.  Politik maki hamun , hina orang lain sudah lama jadi asam garam  dalam ceramah PAS dan kalau dengar memang cukup menyakitkan telinga dan hati. Rasa macam nak pi maki balik ja.

Di Perak, seorang bekas  Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang mendapat gelaran 'ustaz' dalam kalangan ahli parti itu bertindak biadab apabila menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai 'Haramsani'.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tindakannya itu ternyata memakan diri apabila kesemua 19 komen yang diterima daripada pengunjung web berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku penyokong Pas mengkritik isi ceramah tersebut.

Berikut adalah petikan ceramah tersebut yang baru dimuat naik individu bernama MrPanglimaHarimau pada 23 Mei lalu.
"Duit kerajaan negeri perak, gaji-gaji kakitangan, termasuk Menteri Besar tak diasingkan, maka duit kerajaan negeri Perak bercampur, duit pelacur di situ, duit judi di situ, duit arak di situ, duit babi di situ, duit hiburan di situ, bercampur...

"Mufti tak 'respons' sebab dia tahu gaji dia duit pelacur, gaji mufti duit pelacur, gaji mufti duit babi, gaji mufti duit judi, gaji mufti duit haram.


"Itu sebab bila orang kata dia, dia bukan Harussani tetapi Haramsani. Dua kali haram....

"Itu sebab dia tak respons judi sebab dia tau gaji yang dia terima ini mungkin sumber judi, gaji dia mungkin sumber babi, sumber pelacur, sumber haram, sumber hiburan... Suruh dia respons," katanya.

Rakaman video bertajuk 'Mufti Perak digelar Haramsani' itu tercatat tarikh 7 Februari 2011 pukul 10.12 malam.







Komentar KP: Biadap terhadap Ulama ataupun mufti merupakan satu penghinaan terhadap golongan agamawan dan cendekiawan islam. Ulama  atau mufti merupakan 'warasatul anbiya' iaitu pewaris nabi dan perlu dihormati keberadaannya dalam masyarakat dan negara. Tindakan bodoh dan bahalul lagi baghal si pemimpin PAS ini telah menampakkan sifat mazmumah iaitu sifat keji  dalam diri.Inilah hasil tarbiyah dan didikan yg dikatakan Ulama dalam PAS yg hanya bertopengkan agama dan melacurkan hadis dan kalam Allah yg mulia iaitu Al -Quran. 


Pergi la cari mana-mana kitab yang usul fikh yg mengatakan hukum menghina ulama -ulama dan golongan agamawan ini. Pelbagai sirah catatan islam terdahulu pernah merekod perselisihan faham antara ulama-ulama besar ketika itu berkaitan pelbagai ruang lingkup meliputi hal politik ,aqidah dan lain-lain lagi.Tetapi mereka tetap kembali merujuk kepada Al-quran dan hadis dan menafsir sesuatu hukum berdasarkan pendapat dan ijtihad jumhur ulama yg berilmu tinggi dan dalam berkaitan usul fiqh islam.Bagi Ulama-ulama topeng dalam PAS nie mereka memutarbelit dan menafsir kalam Allah dan hadis Rasulullah  mengikut nafsu mereka sahaja dan tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari. Ibarat kata pepatah Arab "orang yg tidak beramal dengan ilmu yg dipelajari ibarat pohon tanpa buah".Tetapi dalam konteks PAS, mereka nie tidak beramal dengan sebenarnya perkara yg mereka belajar. Sampaikan seorang ulama besar iaitu mufti negeri Perak yang lantang mengeluarkan pendapat yang tidak menyebelahi mereka dihina dan dikeji sebegini rupa.
Di mana prinsip keislaman mereka???? Islam hanya pada nama sahaja. ITU LAH PAS

Wednesday, May 25, 2011

PANAS!!! Leman Raja Lawak Produk terbaru PAS ....




Korang kenal tak mamat kat atas tu? Mamat tu adalah penceramah baru PAS yang diimport khas dari pentas Raja Lawak Astro untuk berceramah di pentas PAS dalam Himpunan 10 ribu Pemuda Pas Kelantan hari tu..

Nama mamat tu adalah Sulaiman Ibrahim ataupun nama glamour dia Leman dalam rancangan Raja Lawak tu.. Leman ni memang bercita-cita nak jadi YB.. Bagi sesapa yang ikut rancangan Raja Lawak di Astro tu, mesti tau impian si Leman ni...



So, bila Leman ditendang keluar dari program realiti tu, terus dia dipinang oleh PAS untuk mengisi kekosongan penceramah parti tersebut. Dan gua yakin, Leman nampak PAS adalah satu platform untuk dia jadi popular macam Ostad Bob Lokman, so dia pun terima dengan hati terbuka..

Untuk pengetahuan korang, tak lama dulu Leman ni berkerja sebagai sorang lawyer@peguam kontrak kerajaan. Tapi dia kena pecat pasal menyertai demonstrasi BERSIH yang dianjurkan oleh Mat Sabu.. Maka jadilah dia seorang lawyer buruk dipentas PAS...



Untuk Paparan seterusnya Klik Sini


Komentar KP : Nampaknya si Leman ni dah langkah kanan nampaknya yg bercita-cita nak jadi wakil rakyat kat kawasan dia di Kuala Nerang...Diucapkan selamat  bertugas dalam perjuangan anda ke syurga ....Mat Sabu tak bleh cari makan la macam nie...hahaha


Tuesday, May 24, 2011

Guan Eng: Pakatan Takut Bubar Dun !!!!





Hari ini KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang , Lim Guan Eng menggesa kerajaan pakatan rakyat di Selangor,Kedah, dan Kelantan agar tidak bubarkan DUN jika PRU 13 jatuh hujung tahun ini.
Ini berikutan ketakutan mereka jika ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 ini. Rakyat sekarang ini telah didedahkan dengan pelbagai masalah pakatan rakyat dengan isu paling besar iaitu skandal seks dan liwat Anwar Pandikutty.

Nampak sangat ketakutan si Guan Eng ini kerana pelbagai kepincangan kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah didedahkan kepada umum yang membuatkan rakyat sudah tidak mahu memilih mereka dalam pilihanraya akan datang.Dari isu to sungai nyior, surcaj air, gerai-gerai dirobohkan  dan kampung buah pala. Pelbagai polisi baru yang diperkenalkan seperti bayar lewat bil air dikenakan rm 1 sehari ,wifi percuma tp hanya ada di kawasan dun PR shj , dan berbagai lagi.



Saturday, May 21, 2011

Perhatian Kepada Umat Melayu Islam !!!!!

DAPig telah memulakan gerak kerja agenda bagi menarik sokongan orang melayu kepada parti itu. Ini berikutan siri pembongkaran pembohongan  mereka yang dilakukan oleh blogger-blogger Pro Kerajaan telah mengurangkan dan melunturkan  sokongan orang melayu kepada pakatan rakyat khususnya DAP. 


Kini , DAP telah melancarkan perang saraf mereka dengan melancarkan ROKETKINI sebagai satu medium propaganda dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnnya.



Beberapa barua DAP Melayu seperti Zairil Khir Johari mempelopori usaha ini bagi menarik sokongan orang Melayu terutama di luar bandar supaya sokong parti chauvinis Cina DAP ini ! 

Sebelum ini parti rasis ini cukup  terkenal dengan mengunakan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dalam program mereka tidak kira di  ceramah mahupun penyebaran di internet . Nak cakap dalam bahasa kebanggsaan pun ada yang masih gagap lagi .

Ini kerana dulu mereka  fokus kepada orang  bukan Melayu tetapi kini nampak terpaksa guna semula Bahasa kebanggsaan untuk pancing undi sokongan orang Melayu selain sebagai ' rival ' kepada akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Online. . 
Usaha DAP ini jelas merupakan jalan terdesak mereka selepas parti chauvinis cina  ini ditolak habis-habisan orang Melayu kerana dasar hak samarata serta semangat anti Islam dan Melayu cukup kuat. Agenda mereka mahu hapuskan orang hak keistimewaan  orang Melayu dan perkenalkan dasar hak samarata j elas membimbangkan orang Melayu . 

KP yakin orang Melayu di luar bandar dan golongan muda di negara semakin bijak menilai akan taktik dan propaganda parti chauvinis DAP ini . Di Pulau Pinang sendiri  jika dilihat kepada peruntukan kerajaan negeri yang didedahkan dalam sidang DUN PP baru-baru ini ,  dana untuk  sekolah agama rakyat   dengan  sekolah Cina jelas menunjukkan jurang cukup ketara .Ini lah kesan daripada dasar samarata DAP PP yang dipejuangkan mereka  yang jelas tidak adil .

Jangan Percaya wahai sekalian umat melayu di Bumi Malaysia kepada Parti Chauvanist ini...


Sumber :pejuang bangsa




Friday, May 20, 2011

AMK Bacul, Gentar Pemuda UMNO dan PERKASA

Senyum la sangat....Awat Hg Lari ???Hatuihh


KUALA LUMPUR, 20 Mei — NGO Perkasa akan meneruskan perhimpunan aman mempertahankan Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar tersebut petang ini walaupun tampa kehadiran AMK yang melaporkan membatalkan demo di saat saat akhir.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadlian (AMK) Rozan Azen Mat Rasip berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan perhimpunan hari ini kerana mahu memberi tumpuan ke atas penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu loji pemprosesan nadir bumi Lynas.
“Kita tidak batalkan, cuma tangguhkan atas dua faktor, yang pertama kerana kita mahu beri lebih tumpuan untuk menjayakan perhimpunan aman mengenai pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Kedutaan Australia dan kalau ikut perancangan ia diadakan serentak dengan perhimpunan di Utusan Malaysia.
“Jadi selepas mengambil kira semua aspek dan pertimbangan AMK memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan di Utusan Malaysia selain kemungkinan kita akan berdepan dengan tindakan sabotaj Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan berada di lokasi sama,” katanya.
Justeru kata beliau, adalah lebih baik sekiranya pihak menyertai perhimpunan aman dan penyerahan memorandum di Kedutaan Australia daripada berdepan dengan Pemuda Umno dan Perkasa di pejabat Utusan Malaysia.
“Ini adalah sabotaj Pemuda Umno dan Perkasa, kenapa mereka mahu buat perhimpunan pada waktu sama dengan kita? Baik kami fokus di Kedutaan Australia, tarikh baru kami akan tentukan kemudian,” katanya.


Komentar KP: Sam ketot dan konco-konco dia ketaq teloq omega nak berdepan dengan barisan pemuda UMNO dan PERKASA. Jangan duk bagi alasan budak-budak  sekolah la..
"Kalau Takut Dilambung Ombak .....Usah Bicara Soal Perjuangan"

Lagu Tema PAS Sempena Muktamar Agung Jun Ini

Untuk meniup semangat pejuang-pejuang PAS, sebuah video klip dikatakan telah direka untuk tujuan tersebut. Sila lihat video di bawah ini. AMARAN lagu ini bukan untuk yang bersemangat kecil.

Mana wang kohilal?

Mana ladang rakyat?
Mana wang tabung memali?


Nampaknya lagu ini amat sesuai dengan perjuangan parti PAS.



Terimalah......i


Jom pakat -pakat layan lagu nie

Thursday, May 19, 2011

Sisi Pandang Islam: Setiap Pergerakan Merupakan Dakwah

Malam nie, KP malas pulak nak tulis pasal mamat anugerah tuhan atau sewaktu dengannya. Terpanggil hendak menulis entry berkaitan dakwah pulak. Ketika sedang sibuk melayari blog-blog dan website untuk mencari idea menulis terpandang satu cerita yang KP kira menyentuh perasaan kepada sesiapa yang membacanya.
Begini ceritanya:


Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010. Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.

Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut 

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam. 


Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang slah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "




Ingat!!! Setiap perkara yang baik kita lakukan tak kira kepada islam ataupun bukan islam merupakan satu gerakan dakwah(harakatul dakwah) yang tersirat maknanya.Umpamanya kerajaan melancarkan 1 Malaysia yang saya kira merupakan satu harakatul dakwah yg begitu dalam maksudnya bagi mengeratkan hubungan antara kaum dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan Islam secara lebih inklusif dan berkesan.


Jangan jadi macam puak -puak khawarij PAS kat Malaysia ini, mereka ini berdakwah dengan menggunakan landasan politik yang kemudiannya mengotorkan kemurnian dakwah tersebut dengan cacian ,fatwa menyeleweng, kafirkan orang lain  dan makian kepada sesiapa yang berbeza pandangan dengan mereka.

Mereka sendiri tidak berupaya berdakwah atau menjelaskan kepada rakan politik mereka iaitu DAP tentang kemurnian Islam sebenarnya tapi masih berpura-pura berkata DAP sudah mengenali Islam apabila mereka dalam satu pakatan.Padahal, DAP masih mempertikai mengenai hal berkaitan islam dan keistimewaan melayu.
Di mana katanya DAP sudah mengenali Islam???




Pssstttt:  oppsss terlupa ....tadi kata malas nak tulis pasal politik ni...payah betui la kalau tak kait dengan politik nie apabila menulis nie...tapi takpa ada betulnya kalau dikaitkan dengannya.


Wassalam ...Salam Perjuangan



Anwar Kata Dia Tahu Siapa Lelaki Dalam Video Seks itu



Dalam The Malaysian Insider hari ini, Anwar "pandikutty" kata dia tau sapa lelaki dalam video seks itu. Anwar ketika dalam sesi temubual dengan Yahoo Malaysia hari ini berkata :

"Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada jatuh, ha ha","katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan pada 21 Mac lalu.


Memang la hang dah kenal , hari-hari duk perut dengan dada hang ja. Mau hang kata tak kenai. Dari jawapan dia pun dah boleh kita dapat klu dah. Budak tadika pun kalau bagi tengok video tue konfem dia kata ini Anwar Ibrahim
HAHAHAHAHA!!!!!!


Tak payah duk lari mana la...nak pi
Indonesia ka(oh adik gue si  Sukma Darmawan ) ..


Thailand ka(Opppss!!! Dato Eskay dah tobat tak boleh pi la)....


UK ka( Bila jam omega aku nak siap nih)..




Munich ka( Aduhh.... pinggang aku sakit!!!)





Tunggu hari ke Cell Penjara ja dah la.....Reformasi ..Reformasin ka...tak payah dah....PKR pun dengar kata nak kena haram dah.....haram teruih senang... Insyaallah hari itu  kerajaan  isytihar cuti umum seluruh Malaysia sebab bebas dari pemimpin liwat dan zina.




P/s: Perhatian Kepada Pihak Polis,lekas pi tanya Anwar ,dia dah tau sapa lelaki dalam video tue


Wednesday, May 18, 2011

Kes Skandal Seks Anwar Ibrahim Setaraf Kes Kahn Dan Paul Wolfowitz Di New Ledger

Kes skandal liwat dan video seks Anwar Ibrahim kini sudah tersebar luas hingga ke Barat . Terbaru dalam New Ledger juga memuatkan artikel mengenai skandal Anwar dan kini mereka menyamakan dengan rakan baik beliau iaitu Paul Wolfowitz dan Strauss Kahn. 


Skandal Anwar dengan perempuan dan liwatnya dengan pembantunya digambarkan oleh media barat telah menjejaskan karier politiknya.  


Jangan pulak puak2 taksub Anwar seperti AMK ( anak muda keliru ) dok kaitkan pulak New Ledger ini sebagai kroni Utusan Malaysia pulak ...haha






Tragedi Greek yang kini menimpa Strauss-Kahn adalah kejadian terbaru dalam siri kes serupa berkaitan dengan skandal seks yang sebelum ini melibatkan bekas bos Bank Dunia Paul Wolfowitz dan bekas Menteri Kewangan Malaysia (dan teman rapat Wolfowitz ) Anwar Ibrahim.




Seperti tiga kacang dalam sebuah bekas, Strauss Kahn, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, semua nampaknya mempunyai masalah yang boleh menjejaskan masa depan politik mereka, dan juga semua masalah mereka berkaitan dengan wanita (atau dalam kes Anwar, tuduhan yang melibatkan wanita dan juga lelaki).

Satu-satunya perbezaan antara mereka bertiga adalah skandal Wolfowitz tidak melibatkan tuduhan jenayah seksual, tetapi hubungan kerja dua kekasih yang mencetuskan konflik kepentingan.

Strauss-Kahn, 62, adalah bekas Menteri Kewangan Perancis yang ramai percaya akan menawar diri sebagai calon pembangkang untuk mencabar Presiden Perancis Nicholas Sarkozy dalam pilihan raya negara itu tidak lama lagi.

Tetapi masalah silamnya dengan kakitangan IMF hampir mengorbankan kerjanya pada tahun 2008, dan Isnin lalu beliau berdepan pula dengan tuduhan serangan seksual yang berkemungkinan besar menamatkan terus kerjayanya.

Anwar, 64, adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia yang berharap untuk mencabar Perdana Menteri Najib Razak dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi masalah peribadinya dengan seorang pekerja lelaki pada tahun 2008 mungkin menyebabkan beliau kehilangan jawatan sebagai pemimpin pembangkang.

Satu video yang disebarkan secara meluas dipercayai melibatkan beliau dengan wanita bukan isterinya juga mencetuskan kontroversi, dan pada Isnin lalu, mahkamah di Kuala Lumpur memutuskan bahawa wujud prime facie (diperintahkan membela diri), dan ini boleh menamatkan kerjaya beliau.

Wolfowitz, 68, adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan kawan karib Anwar yang kariernya dalam perkhidmatan awam berakhir pada 2007 ketika dia dipaksa meletak jawatan sebagai Presiden Bank Dunia kerana skandal kenaikan gaji lumayan yang beliau tetapkan untuk kekasihnya, sehingga mencetuskan krisis terburuk dalam sejarah Bank Dunia.

Berdasarkan dokumen yang diperolehi menggunakan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA), mendokumentasikan bagaimana kekasih Wolfowitz, Shaha Riza telah dibayar gaji lebih tinggi dari Setiausaha Luar Negara Condoleeza Rice oleh sebuah yayasan ditubuhkan dengan dana USD 20 juta dari wang pembayar cukai Amerika Syarikat.

Tetapi tuduhan yang lebih serius adalah, menurut laporan pemberi maklumat (whistle blower), Riza telah membantu (melobi) membolehkan Anwar Ibrahim, rakan karib Wolfowitz, dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang dibiayai oleh State Department. Dan Wolfowitz juga mempertahankan Anwar Ibrahim dalam kes liwat di Malaysia.

Jadi samada ia kebetulan, atau samada ia pola (pattern) tetapi bila melibatkan orang yang menjadi perhatian umum, diamanahkan dengan kepimpinan politik atau pengurusan institusi seperti IMF atau Bank Dunia -dikaitkan dengan skandal seks, ia mencemarkan nama baik individu, organisasi, dan institusi itu sendiri.

Dalam kes Wolfowitz, beliau telah meletak jawatan. Dalam kes Anwar, dia sedang diadili. Dalam kes Strauss-Kahn, ia berkemungkinan besar juga akan diadili.

Melihat ke depan, selepas Wolfowitz mengundur diri, dan Strauss-Kahn berdepan dengan tuduhan jenayah serangan seksual, adalah satu keajaiban jika masyarakat antarabangsa terus mempertahankan Anwar.

Setelah hampir enam puluh hari bersidang, Anwar telah diperintahkan untuk membela diri oleh mahkamah undang-undang. Retorik lama - seperti yang dibuat dalam kes liwat pertama Anwar, -atas usaha Wolfowitz - akan berbunyi semakin hampa ketika orang-orang yang pernah melaungkan bahawa perbicaraan Anwar mengikut skrip yang sudah ditentukan- semakin tidak kredibel. Hal ini semakin jelas di akhbar Perancis, Jerman, dan Sepanyol.

Untuk Anwar dan Strauss-Kahn, kedua-duanya tidak bersalah sehingga terbukti bersalah tetapi kedua-dua didakwa atas 'dosa' seksual untuk kali kedua. Bagi masyarakat antarabangsa yang terlalu malas untuk memerhatikan 'merit' dari dakwaan terhadap Anwar, juga Strauss-Kahn harus melihat ini sebagai ‘wake-up call’ dan sebagai satu peringatan bahawa anak kesayangan juga boleh menyimpang.- THE NEW LEDGER

--------------------------------------------------------------


Terjemahan bebas dari rencana bertajuk Dominique Strauss-Kahn, Anwar Ibrahim, and Paul Wolfowitz: The Woman Troubles of Men Who Oversee Money yang disiarkan oleh The New Ledger pada 16/5/2011.

Di sini : http://newledger.com/2011/05/dominique-strauss-kahn-anwar-ibrahim-and-paul-wolfowitz-the-woman-troubles-of-men-who-oversee-money/

NOTA PENGARANG: The New Ledger adalah laman web yang dihormati di Amerika Syarikat. Artikelnya akan disiarkan oleh rangkaian RealClearPolitics dan laman web CBS News. Rencana dan tulisan dalam laman web ini juga sering diterbitkan oleh media berpengaruh seperti US News, World Report, National Public Radio, National Journal, The Hill, Instapundit, dan The Root. – Sumber Wikipedia
Sumber Artikel: Pejuang Bangsa

Tuesday, May 17, 2011

Suatu Hari di Negeri Kedah Jelapang Padi


Al - Kisah bermula apabila PAS mentadbir negeri kedah selepas menang pilihanraya pada tahun dua ribu lapan. Bertakbir lah 7 hari 7 malam ibarat cerita dahulukala.Bemegahlah mereka serata negeri mengatakan islam sudah berdaulat di negeri jelapang padi. Tatkala ghairah mentadbir negeri yg dulunya aman dan harmoni betukar wajah dalam masa 3 tahun sewaktu pentadbiran MB Ostat Azizan saya tak tau apa. Waktu pentadbiran dahulu selama lebih 50 tahun sejak Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan, negeri kedah Aman sentosa hendaknya.

Zaman gelapnya ataupun dalam bahasa orang putihnya DARK AGE bermula dibawah pemerintahan mereka.Pelbagai polisi dalam pentadbiran mereka telah merosakkan segala yang telah dirancang oleh pemerintah dahulu iaitu Sir Mahadzir Khalid. Beliau serta MB sebelum itu Sir Syed Razak Syed Zain telah merencana pelbagai program kerajaan untuk membawa negeri kedah lebih berdaya saing dan maju ke hadapan.

Warta kemenangan PAS  menakluk kedah telah bermuram durja lah sekalian hamba rakyat. Angan-angan untuk Kedah Darul Aman maju kehadapan telah punah sama sekali.Pelbagai undang-undang baru dibentuk bertujuan mengaut hasil negeri dengan lebih banyak dan cepat.Sungguh zalim dan tidak bertimbang rasa pemerintahan kononya ala islam. 

Antara Polisinya :
  1. Menaikan harga air yg dijual ke atas hamba rakyat oleh SADA(Syarikat Air Ostad Azizan)
  2. Mempergiatkan usaha pembalakan di seluruh negeri kedah  dengan keuntungan melebihi 38 juta berbanding sewaktu pemerintahan dahulu hanya sekitar 8 juta sahaja
  3. Rebat cukai tanah tidak diluluskan kepada Universiti Utara Malaysia . Pihak universiti terpaksa membelanjakan wang berjuta ringgit untuk membayar cukai tersebut padahal wang tersebut boleh dimanfaatkan untuk penyelidikan teknologi dan untuk kebajikan pelajar.
  4. Membiarkan rakyat menanggung hutang pembelian Rumah Perumahan Awam Kos Rendah Mergong dengan  menyerahkan urusan kutipan balik tunggakan hutang kepada pihak bank yg mungkin tidak akan bertolak ansur 
  5. Menganaktirikan rakyat kedah yang tidak menyokong mereka sewaktu pengagihan bantuan untuk mangsa banjir
  6. Seorang Exco Kerajaan Ostad Azizan datang meminta wang kepada mangsa ribut puting beliung di Taman Mergong Alor Setar,bukannya nak ringankan beban, mai minx duit lagi ada la
  7. Memotong bekalan air dibeberapa buah sekolah Tamil dinegeri kedah dengan alasan lambat menjelaskan tunggakan hutang
  8. Gagal menarik pelaburan ke Kulim Hi -Tech sehingga terpaksa kerajaan pusat membawa masuk pelaburan ke situ
  9. Gagal mentadbir kewangan negeri sehingga Bangunan Majlis Bandaraya Alor Setar disita oleh Mahkamah.
  10. Mengalami defisit kewangan sehingga penghujung 2010 sahaja berjumlah RM20,000,000.00.
Inikah Permerintahan Islam yang sebenarnya!!!!

Menzalimi rakyat sendiri ibarat Raja Bersiung yang zalim terhadap rakyatnya.Tapi ini versi Moden. 
Sultan Kedah ,Sultan Abdul Halim  Mua'dzam Shah sangat adil dan mesra rakyat dalam pemerintahannya . Cuma kuasa Eksekutif pemerintahan negeri sahaja dibawah telunjuk Ostad Azizan merosakkan nama negeri Kedah.
Jika hendak disenaraikan kezaliman demi kezaliman memang tak habis jawabnya. Jawapannya ada pada MB Ostad Azizan Razak saya tak tau apa . Pakat kesemua rakyat jelata pi la tanya dia. konfem dia kata :


Saya Tak Tau Apa

Lepas tue dikata:

Sapa pun tak habaq



Membangun Bersama Ostad Azizan

Kedah Sejahtera Jadi Kedah Merana




p/s: Ini hanya satira politik , tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, Pakat-pakat layan lagu negeri Kedah  Darul Aman.......Terkenang zaman sekolah dulu duk nyanyi.......Wassalam