Friday, August 30, 2013

PANAS!! PAS Kedah Bersandiwara Atas Isu Hudud,Alasan Untuk Tolak Enakmen Jenayah Syariah Kedah


Tulisan seorang Muslim yang meluahkan rasa hati terhadap apa yang berlaku di Kedah.

Azmi Hussin:

Ketua Pembangkang DUN Kedah dari PAS memberi alasan punca mereka tolak pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2013 ialah kerana rang undang-undang itu meletakkan hukuman bagi kesalahan meminum arak, berzina dan qazaf ialah sekadar denda dan penjara sahaja dan ini tidak ikut hukum hudud.

Saya pelik dgn ADUN2 PAS ni, masa mereka jadi Kerajaan Kedah dulu kalau Enakmen ni zalim dan bercanggah dengan hukum Allah, kenapa mereka langsung tak buat pindaan?!! Sedangkan jenis hukuman bagi kesalahan-kesalahan ini adalah sama seperti Enakmen Jenayah Syariah 1988 yang digunapakai semasa PAS memerintah Kedah selama 5 tahun.

 Sebenarnya mereka tidak ada alasan kukuh, saya fikir mereka menolak penambahan satu peruntukan iaitu kesalahan Bahagian II Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah iaitu Kesalahan Yang Berhubung Dengan Akidah.

Peruntukan undang-undang inilah yang menjadi asas penting pembentangan rang undang-undang baru bagi membanteras fahaman Syiah yang menular di Kedah. Sebab itulah ia secara tidak langsung dikenali sebagai 'Enakmen Anti-Syiah'.

 Kalau semua undang-undang takzir tak boleh lulus sebab sebahagiannya ada peruntukan kesalahan dalam Hukum Hudud dan Qisos, dan kita nak tunggu hudud dilaksanakan baru buat, alamat ramai lah org yang murtad sebab hukum murtad dikatakan kena bunuh. Lebai akan kata OK, kita benarkanlah Kelantan laksana hudud.

Kalau murtad kat Kelantan OK lagi, kena pancung kepala org murtad, kalau murtad kat Selangor dan Penang. Apa cer? Selangor dan Penang tak berhasrat laksana hudud langsung pun dan diakui pemimpin2 Pas sendiri pun. Kat Selangor ni, tak boleh ada hukum takzir sekat org Islam berzina, biarkan org Islam Selangor berzina ikut suka, sebab hukuman zina tu bercanggah dgn hudud. Tak munasabah betul alasan PAS ni!!

Sedangkan kita tahu ada kaedah fiqh menyebut: ما لا يدرك كله لا يترك جله

 Maksudnya;

 "Perkara yang tidak dapat melakukan semua, maka jangan tinggalkan semuanya".

Kita sepatut menyokong undang2 baru ini yang bertujuan menyekat fahaman Syiah dari disebarkan dan diamalkan di Kedah. Takkan kita nak biarkan je sehingga negara huru-hara dan pecah belah angkara fahaman sesat ini!!!???

Fikirkanlah sendiri!

Komentar KP : Lihatlah permainan PAS di Kedah,bersandiwara atas alasan hudud sedangkan mereka yang mentadbir kedah selama 5 tahun pun tidak membuat sebarang pindaan.Lihatlah kenyataan Ust Azizan dibawah yang ditulis oleh Dr. MAZA

Ku Li Mahu Undur Sebagai Ketua Bahagian UMNO Gua Musang



GUA MUSANG: Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di sini.

 "Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya. Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak.

 PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya.

 "Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih," katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN)Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di sini Jumaat.

 Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut. "Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 September ini untuk bertanding atau tidak," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baharu parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 September (untuk Majlis Tertinggi). - BERNAMA

PANAS!! Pemimpin Pakatan Rakyat Pun Tonton Tanda Putera,Guan Eng Patut Malu

                                          

Dalam keriuhan filem epik sejarah 'Tanda Putera' yang cuba diganggu gugat tayangannya oleh anak beranak "Dinasti Lim", ada pemimpin Pakatan Rakyat telah pun pergi menonton filem ini dan menyahut kempen memakai songkok dan baju putih semasa menonton filem ini.


Ahli Parlimen Bukit Katil,Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga Ketua AMK semalam telah turun menonton filem ini di Jusco AEON Bandaraya Melaka dan memberi sokongan terhadap filem ini.Jadi,apa motif Lim Guan Eng mengharamkan penayangan filem ini di P.Pinang ?? Pemimpin PR  lain boleh bersikap terbuka terhadap filem ini dan mengetepikan perbezaan politik walaupun filem ini mengisahkan dua tokoh negarawan yang merupakan tonggak utama dalam UMNO.

Kenapa anak beranak"Dinasti Lim" ini sangat takut sampai menghalang rakyat untuk menonton filem ini ?? Dari komen seorang berbangsa cina yang telah menonton filem ini,beliau mempertikai apa asasnya Guan Eng  tidak benarkan penayangan filem ini di P.Pinang ??



Kesimpulannya, semua lapisan rakyat tidak kira kaum perlu keluar untuk menonton filem ini dan menilai sendiri naskah sejarah yang difilemkan ini agar kita belajar untuk benar-benar memahami sejarah negara dan tidak bersikap jumud dan konservatif seperti anak beranak "Dinasti Lim" ini yang lantang menyerang filem ini.

Thursday, August 29, 2013

PANAS !! Filem KL Gangster 2 Sudah Boleh Download Percuma Walaupun Belum Ditayangkan Di Pawagam


Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam.

Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi. KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.

Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;-OHARTIS.COM

Komentar KP : Agaknya ada pihak cuba nak ganggu periuk nasi industri filem ,kalau filem KL Gangster 2 sudah boleh 'leak' macam ini di internet,gamaknya lepas ini tutup periuk nasi la produksi-produksi filem Malaysia sebab belum masuk panggung ,dah boleh download free di internet .



Wednesday, August 28, 2013

PANAS!! Demokrasi Ala DAP,Guan Eng Haramkan Filem Tanda Putera Ditayangkan Di P.Pinang


Inilah demokrasi ala pengecut Guan Eng dan DAP ,takut akan tahunya rakyat terutama generasi muda berkenaan realiti sebenar sejarah.Tragedi berdarah 13 Mei hanya akan terus kekal menjadi sejarah walaupun DAP cuba nak menegakkan benang basah yang mereka tidak bertanggungjawab terhadap tragedi pergaduhan kaum yang paling dasyat dalam sejarah Malaysia.

Filem TANDA PUTERA yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dan diarahkan oleh Shuhaimi Baba, mengisahkan saat-saat penting dua orang pemimpin negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail pada kemuncak 13 Mei 1969. Rentetan sejarah telah digarap dan dikembangkan ke layar perak.

Elemen-elemen hiburan turut dimasukkan agar filem berkenaan tidak menjadi sebuah dokumentari memandangkan Malaysia amat sensitif dan berusaha sedaya upaya agar Tragedi 13 Mei 1969 tidak diperkatakan secara jelas, telus dan jujur sebagaimana punca-punca British meletakkan Residen atau penasihat mereka di negeri-negeri Melayu seperti Pahang dan Perak yang semuanya bermula daripada Cina.

Sejarah itulah yang paling dibimbangi oleh DAP setelah DAP berusaha keras agar sejarah negara ini ‘diperbetulkan’ dengan memasukkan Cina dan kaum pendatang sebagai penyumbang kemerdekaan. DAP dan Lim Kit Siang secara peribadi sehingga ke hari ini tidak pernah mengaku, kempen dan hasutan yang mereka lakukan itulah yang menyebabkan tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969.

Tindakan pengecut Guan Eng yang mengarahkan pawagam-pawagam di seluruh P.Pinang tidak menayangkan filem ini membuktikan bahawa DAP sampai mati pun tidak akan mengaku salah akan pengkhianatan mereka terhadap Malaysia dengan menghuru-harakan negara pada tregedi tersebut

PULAU PINANG 29 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, surat rasmi akan dihantar kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, August 27, 2013

@tunfaisal Gesa Pemimpin BN Perlu Ubah Mentaliti Berkenaan Media Sosial


SHAH ALAM: Dominasi Pakatan Rakyat (PR) di alam maya dilihat lebih ketara jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) dalam menarik penglibatan orang ramai di media sosial seperti Twitter, blog, dan Facebook.

Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz menerusi satu kenyataan kepada Antarapos berkata, ini kerana rata-rata pemimpin dan jentera BN yang ada ketika ini masih lagi di takuk lama dengan hanya bergantung kepada blog dan portal berita sahaja.  "BN masih ketinggalan dan kurang berkesan dalam menarik penglibatan orang ramai dalam media sosial. "Pemimpin dan jentera BN masih berada dalam era blog dan portal berita," jelas beliau.

Tun Faisal berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini yang didakwa mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN".

Menurut Exco Pemuda Umno Malaysia ini lagi, kebanyakan pemimpin BN ketika ini masih lagi belum benar-benar memahami penggunaan media sosial secara berkesan. Malah, beliau mendakwa ada di kalangan pemimpin BN yang menganggap blog dan portal sebagai media sosial.

 "Manakala dalam aspek media sosial, pemimpin BN belum sampai ke tahap memahami penggunaan media sosial yang berkesan. "Ada pemimpin BN yang menganggap blog dan portal berita sama dengan media sosial," katanya.

 Jelasnya lagi, penggiat media sosial pro-BN perlukan diberi latihan dan pendedahan semula mengenai strategi media sosial.

Katanya, ini kerana PR mempunyai jentera sepenuh masa yang dibayar bagi menggerakkan agenda mereka di laman sosial. Justeru, Tun Faisal menggesa BN melakukan perkara yang sama.

 "Penggiat media sosial pro-BN pula memerlukan latihan dan pendedahan semula mengenai strategi media sosial. "Pada waktu yang sama,BN jangan terlalu naif memikirkan bahawa Pakatan tidak mempunyai jentera sepenuh masa dan berbayar dalam media sosial. "BN perlu lakukan perkara yang sama," gesa beliau.


Monday, August 26, 2013

Khairy Bidas Kritikan Dewan Pemuda PAS Terhadap Penganjuran Konsert,Jangan Terlalu Konservatif Dan Jumud


Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin meminta Pemuda PAS lebih berlapang dada terhadap penganjuran konsert dan tidak terlalu konservatif,seperti yang menampilkan kumpulan rock Metallica pada minggu lepas.beliau Juga Berkata Konsert Tidak Semestinya Membawa Keruntuhan Akhlak.

Ketua Pemuda PAS,Nasrudin Hassan juga hadir ke konsert itu tetapi berada di luar stadium untuk membantah penganjuran konsert tersebut dan mengatakan konsert tersebut akan menjurus kepada hedonisme.Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan peserta Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh untuk mengulas tentang penganjuran konsert seperti konsert K-pop yang didakwa cenderung kepada gaya hidup bersifat hedonistik.

Saturday, August 24, 2013

PANAS !! Menteri KDN Minta P. Waythamoorthy Letak Jawatan Daripada Kabinet Jika Nak Kritik PDRM


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin yang pernah menerajui sebuah NGO dan menjadi anggota pentadbiran yang pernah dikritiknya sebelum ini, sepatutnya meletak jawatan daripada kabinet dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja NGOnya.

 "Jika anda mahu mengkritik polis, jika anda mahu memberi komen negatif terhadap polis, sila letak jawatan dan terajui NGO sendiri. Jadilah pemimpin NGO... "Dalam hal ini, jangan ada di antara kita yang bersimpati dengan penjenayah," katanya tanpa menamakan sesiapa, dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini mengenai pencegahan jenayah.

 Apabila ditanya dalam sidang akhbar kemudiannya sama ada beliau merujuk kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, Zahid menjawab, "Faham-fahamlah.
 
 

Komentar KP : Akhirnya Menteri KDN berani beri kata dua kepada P. Waythamoorthy jika terus tidak puas hati dan tidak setuju dengan tindakan PDRM seharunya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri JPM dan jadi pemimpin NGO Hindraf kembali.Buat apa kerajaan simpan duri dalam daging seperti P.Waythamoorthy ini yang mana akhir memburukkan imej anggota keselamatan seperti PDRM.Syabas Menteri KDN kita!!

PANAS !! PKR Dakwa Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Kes Altantuya Telah Dirancang

KP tidak terkejut jika kenyataan seperti ini akan keluar daripada PKR kerana mereka akan secara konsisten tetap akan cuba mengaitkan kes ini dengan Najib.KP mendapat tahu bahawa Azilah dan Sirul dibebaskan atas "technical fault" semasa perbicaraan dan akhirnya membebaskan yang tertuduh.

Yang hairan juga kes"technical fault" ini juga telah membebaskan Anwar daripada tuduhan beliau meliwat Saiful Bukhari.Jadi jika ada pihak mendakwa kerajaan telah memanipulasi keputusan mahkamah terhadap kes ini,mahkamah yang sama inilah yang telah membebaskan Anwar 2 kali daripada tuduhan liwat terhadap beliau.

Baca pendedahan dan kronologi konspirasi kes ini di blog Dr. MiM

PETALING JAYA - PKR hari ini menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dengan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis berhubung kes model Mongolia, Altantuya Shariibuu sebagai mengejutkan rakyat.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata setelah begitu lama penahanan dilakukan terhadap Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, ramai beranggapan kedua-dua pegawai polis tersebut bersalah.

 Beliau menambah, keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Rayuan tersebut telah dimanipulasi dan dirancang.

 "Semua orang yakin dua orang itu yang membunuh Atlantuya, tapi akhirnya dilepaskan. "PKR menegaskan perbicaraan berhubung Altantuya termasuk Razak Baginda, Azirul dan Azilah satu proses yang telah dirancang dan dimanipulasi sejak awal," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

PANAS !! Surcaj Air P.Pinang Naik Dua Kali Ganda,Hadiah Guan Eng Untuk Rakyat P.Pinang


Laungan "percuma" yang kerap dilaungkan oleh PR untuk diberikan kepada rakyat hanya ibarat menanam tebu ditepi bibir sahaja apabila PBAPP syarikat air milik penuh kerajaan negeri P.Pinang telah menaikkan surcaj 2 kali ganda dan ini sangat melampau.Dimana janji-janji DAP dan PR untuk mengutamakan kepentingan rakyat dalam pentadbiran mereka??

Kenapa Lim Guan Eng tidak berani untuk mengambil kaedah Selangor untuk memberikan kemudahan air percuma kepada rakyat ??KP anggapkan ini merupakan hadiah Guan Eng sempena sambutan kemerdekaan negara buat rakyat P.Pinang.Terima kasih rakyat P.Pinang yang telah mengundi PR ,anda telah menghukum diri anda sendiri!!!

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 September ini.

Pengurus Besarnya Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan.

"Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi di negeri ini dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan, bagaimanapun Pulau Pinang sebuah negeri yang kekurangan air dan kita perlu fikirkan masa hadapan.

"Kedah juga telah memberi amaran untuk mengenakan bayaran air mentah dan kerajaan persekutuan belum memulakan kerja Projek Bekalan Air (Mentah) Sungai Perak, oleh itu kita perlu memulihara air dari sekarang untuk memastikan kita mempunyai bekalan mencukupi menjelang 2020," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, PBAPP sudah tidak mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik yang telah mencapai tahap tertinggi per kapita iaitu 302 l/k/h sehingga 30 Jun 2013 berbanding hanya 294 l/k/h pada 2012.

Thursday, August 22, 2013

PANAS !! Zahid Hamidi Beri Peringatan Kepada P.Waytha Moorthy,Jangan Campur Urusan PDRM


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

 Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis. Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

 Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan.

 "Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.

Mengenai status filem 'New Village' yang masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada LPF.

Filem itu mengundang kontroversi umum apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan

PANAS!! Pemuda PAS Ambil Kesempatan Kutip Derma Di Konsert Metallica ?? #PASForAll


[Kenyataan Pemuda PAS terhadap Konsert Metallica Di Malaysia]

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah penganjuran konsert kumpulan trash metal lagenda dari Amerika Syarikat, Metallica di Stadium Merdeka, hari ini. Bagi DPPM, penganjuran konsert kumpulan rock Metallica tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.

 “Bantahan ini bukan bermakna DPPM menghalang hiburan. DPPM menyokong hiburan namun biarlah ia sesuai dengan budaya dan norma masyarakat di negara ini,” kata Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau berkata, budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. “Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?

“Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini?” tanya beliau. Sebaiknya, kata beliau kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu.

Menurutnya, penganjuran sesuatu program hiburan bukan hanya memandang kepada tarikh-tarikh tertentu seperti bersamaan dengan tarikh kebesaran Islam.

 Malah, ujarnya artis yang ingin diundang juga perlu dinilai sejauh pada latar belakang mereka, lagu-lagu serta konsep lagu yang mereka bawa serta adakah mereka mampu menjadi ikon yang boleh dicontohi pada masyarakat.

Selain itu, ujarnya sejauh mana artis yang diundang mampu mencerminkan budaya positif dan moral yang baik kepada masyarakat.

TAPI SEBALIKNYA !!!

BACA DISINI [Klik Sini]

Hairan KP dengan PAS nie,dulu beria-ia bagai nak rak bantah konsert metallica,tapi diorang pulak ambil kesempatan kutip derma di konsert metallica..haha..memang parti tabung duit betul la..letaklah atas nama Tabung Kemanusiaan Mesir,Syria dan macam-macam lagi bantuan tapi sesuai ka agaknya nak kutip derma kemanusiaan di konsert rock metal macam tue ??Niat tue dah elok,tapi cara tue tak kena ditambah sebelum ini Pemuda PAS bantah Konsert Metallica di Malaysia.

Kononnya nak bagi kesedaran tentang isu Mesir yang sedang bergolak ketika ini,hmmm...entah baca ke tidak mat-mat rock yang dapat risalah tue.. Pemuda PAS pun duk buat konsert metallica tue macam tapak ceramah diorang sambil edar risalah itu dan ini.Agaknya mesti menyampah mat-mat rock tengok aktivis parti politik datang buat semak kat konsert idola diorang sambil duk jaja risalah derma dan sebagainya.

PANAS!! Ketua Polis Negara Balun Kritikan Ketua Hindraf Terhadap PDRM


"Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.

"Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.

 "Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?" Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim tatkala ditanya mengetai kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Hindraf yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.

 Memetik laporan Malaysiakini, Khalid ternyata kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan yang dilihat cuba memperkecilkan usaha PDRM mengekang aktiviti jenayah.

 "Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," ujarnya Ops Cantas dilancarkan oleh PDRM

Wednesday, August 21, 2013

Gangster Geng 04 Hanya Sampah Masyarakat,Polis Tidak Takut Ugutan


Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan Geng 04 yang bertindak menconteng dinding Ibu Pejabat Polis sebagai ugutan terhadap pihak berkuasa terbabit.


Menurut beliau, tindakan tersebut adalah satu perbuatan "kurang ajar" oleh kumpulan samseng yang cuba mencabar pihak berkuasa didalam menangani jenayah didalam negara.

"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang. "Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.

 "Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam satu sidang akhbar.

 Semalam, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank dipercayai dilakukan sejurus 5 penjenayah ditembak mati di P.Pinang.

Kejadian itu juga telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik DAP yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan.

Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik.

 "Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan.

 "Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah. "Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan.

Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan.

"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya.



Kerajaan Tidak Teruskan CCRIS Terhadap Peminjam PTPTN


SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

 "Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.

 "Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

 "Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," tulisnya.

 Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.

 Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh .

Tuesday, August 20, 2013

ASPIRASI Gesa Kerajaan Kaji Semula Perlaksanaan CCRIS Peminjam PTPTN


SHAH ALAM – Aspirasi hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan tersebut akan menambahkan beban kepada peminjam dana pengajian itu terutamanya golongan muda. Menurutnya, peminjam dana tersebut sebenarnya telah mempunyai kesedaran selepas usaha kerajaan yang memberi potongan diskaun untuk membayar balik pinjaman.

 “Saya rasa terkejut apabila mendengar berita tentang peminjam PTPTN yang ingkar akan disenaraikan dalam CCRIS. “Aspirasi sendiri memang tidak akan bersetuju, janganlah membebankan peminjam yang selalunya adalah golongan muda.

 “Kami meminta kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU lalu mengkaji semula perkara ini sebelum dilaksanakan, jangan membebankan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

 Tambahnya, tindakan yang dikenakan kepada peminjam ingkar sebelum ini sudah memadai . “Tindakan sebelum ini sudah memadai dengan tidak membenarkan peminjam ingkar keluar negara,”katanya.

 Semalam, media melaporkan PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Katanya, menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Dalam pada itu, Mohd Shahar turut berkata, jika perkara itu diteruskan golongan muda yang menyumbang kepada ekonomi negara akan menjadi tidak proaktif apabila beban semakin bertambah.

“Bagilah mereka masa, kalau menambahkan beban seperti ini, mereka akan jadi tidak proaktif.

 “Mereka aset negara,”jelasnya.

Monday, August 19, 2013

PANAS !! Awek Sengal Cuba Jadi Heroin Isu Mesir,Cakap Tak Guna Otak


Dalam kesedihan kita mengenang nasib umat Islam di Mesir yang kini menjadi mangsa keganasan tentera mesir yang membunuh rakyatnya sendiri.Muncul mana entah kenyataan minah perasan bagus ini yang kini memenuhi timeline facebook dan twitter dengan kenyataannya yang menunjukkan kebodohan terlampaunya sendiri.

KP rasa dia ini antara macai-macai pembangkang yang cuba nak jadi hero di ruang maya dengan tweetnya yang bajet bagus sangat kot.Dia tak sedar ke yang selama dia hidup nie kerajaan telah menghantar tentera kita ke seluruh dunia menyertai misi pengaman PBB yang bertugas menjaga keamanan negara-negara lain yang bergolak.

Dia ingat semudah ABC ke nak kerah armada dan artileri ATM nak pergi hantar Mesir tue.Lepas tue ,nak minta ATM perang dengan tentara Mesir ?? Dah giler ke apa minah nie !! Mungkin inilah tarbiah pembangkang kepadanya...

KP harap ada la orang pergi tarbiah di ruang FB minah nie,kasi pengajaran sikit !!!



PANAS!! Pemimpin DAP Persoal Tindakan Polis Tembak Mati Gangster Kongsi Gelap


Keghairahan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya daripada DAP menyalahkan kerajaan kerana kadar kes jenayah makin meningkat terserlah jua apabila seorang pemimpin DAP cuba mempertikai tindakan polis menembak mati 5 penjenayah yang merupakan gangster kongsi gelap.

Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng mempertikai kreadibiliti polis dengan memberi komen di laman twitternya terhadap tindakan polis. Hairan jugak kenapa pemimpin DAP ini tidak menyokong tindakan polis kerana mereka lah yang saban hari mengherdik pihak PDRM kerana gagal mengawal keselamatan dan mengurangkan kadar kes jenayah di Malaysia.

Pemimpin DAP memang bangsat !! Benda yang tak ada isu pun cuba dibuat sebagai isu!!!

Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api. 

 Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21. Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam. 

Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini. Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi. 

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

 "Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis. "Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan," katanya.

 Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. - BERNAMA

Bung Mokhtar Gesa Kerajaan Adakan Sidang Khas Parlimen Bincang Isu Keganasan Tentera Di Mesir


SHAH ALAM – Keganasan tentera Mesir terhadap rakyatnya perlu dibincangkan secara serius melalui sidang khas Parlimen, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bong Mokhtar Radin. Beliau meminta ia segera diadakan, bersesuaian dengan tuntutan semasa.

 “Parlimen hanya akan bersidang pada 23 September depan. Agak terlambat membincangkan isu ini jika menunggu persidangan Parlimen akan datang,” katanya. Oleh itu, beliau melihat keperluan untuk sidang khas Parlimen itu diadakan segera. "Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Menurut Bong Mokhtar, Malaysia perlu menyatakan pandangan lebih tegas, meskipun sebelum ini telah menyatakan pendirian menolak keganasan oleh kerajaan sementara Mesir.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga perlu digesa bertindak dalam menamatkan segera konflik yang berlaku di Mesir, katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pihak berkuasa Mesir menjalankan sekatan dengan serta-merta bagi menghentikan keganasan di negara itu. Melalui laman sosial Twetter, Najib berkata:

"Kami terganggu denganlaporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan sekatan. "Mana-mana korban awam adalah amat dikesali. Justeru, kami menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dengan serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman,” katanya.

Malaysia, melalui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah melahirkan kebimbangan terhadap keadaan di Mesir itu. Anifah dilaporkan berkata, Kuala Lumpur berharap Kaherah dapat menyelesaikan ketidakstabilan politik itu secara aman, sekali gus membolehkan proses demokrasi dikembalikan semula.

Berbeza pula dengan Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri yang berpendapat pendirian Malaysia sebelum ini sudah memadai, tanpa perlu diadakan sidang khas Parlimen.

Ini, kerana katanya, pendirian Malaysia dalam isu ini telah dinyatakan dengan tegas oleh perdana menteri yang mengutuk sebarang keganasan.

Friday, August 16, 2013

Mat Sabu Diam Diri Dikaitkan Dengan Syiah


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu Syiah serta dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan ajaran tesebut. Sebaliknya, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggil Mat Sabu mendakwa, isu itu sengaja dibangkitkan media setiap kali tiba musim pemilihan parti.

"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan...ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab. "Tidak mahu menjawab apa-apa (mengenai Syiah)...sori," kata Mat Sabu, lapor Antarapos. Pas akan mengadakan pemilihan parti itu pada November ini.

 Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul kembali dan Mat Sabu antara nama yang menjadi 'mangsa serangan' kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan ajaran itu.

Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

 Malah terdapat dakwaan Syiah sudah menular di beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin Pas juga diresapi pengaruh mazhab tersebut.

Monday, August 12, 2013

PANAS !! Lagi Provokasi Melampau Terhadap Kesucian Islam,Surau Jadi Tempat Pemujaan Agama Buddha


SENAI - Kesucian agama Islam di negara ini terus diperkotak-katikkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga memuncakkan kemarahan umat Islam. Selepas beberapa kes membabitkan penghinaan kepada umat Islam menerusi lama sosial, Facebook, kini pihak tertentu semakin berani menggunakan surau sebagai tempat penganut agama lain beribadat.

 Terbaru, seorang pembaca Sinar Harian menerusi layangan e-mel menghantar gambar dan video berdurasi 45 saat yang menayangkan tindakan sekumpulan penganut agama bukan Islam menggunakan surau terletak berhampiran salah sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, untuk beribadat.

Dalam gambar dan video tersebut, kumpulan terbabit yang keseluruhannya memakai pakaian berwarna putih ditemani seorang sami seakan berdoa ke arah tempat ibadat mereka yang diletakkan di mimbar surau.

 Rata-rata pengunjung khususnya beragama Islam yang berada di lokasi terbabit bukan sahaja terkejut malah rasa terguris dengan tindakan dan perbuatan kumpulan berkenaan. Pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Fawwaz, 41, mengakui terkejut dengan kelakuan selamba kumpulan itu menggunakan surau untuk upacara agama mereka.

 “Ketika bersiar-siar bersama keluarga di lokasi berkenaan sekitar jam 2.30 petang, saya terkejut apabila kedengaran bunyi loceng dari arah surau tersebut. “Apabila ditinjau, saya bersama beberapa individu lain terkedu melihat surau yang juga tempat beribadat umat Islam diperlakukan sebegitu rupa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Abu Fawwaz berkata, situasi menjadi kurang selesa apabila kumpulan penganut terbabit seperti membacakan doa menghadap tempat sembahyang yang diletakkan berdekatan mimbar. Kemarahan mereka memuncak kerana tempat sembahyang itu diletakkan pada mimbar yang menghadap kiblat dan lebih menyedihkan apabila di atas bangunan di dalam surau tertera kalimah suci.

“Kira-kira jam 3 petang, sekumpulan individu dipercayai orang kampung datang ke lokasi. Saya segera menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini,” katanya. Katanya lagi, kumpulan penganut terbabit kemudiannya meninggalkan lokasi, namun dipercayai sudah dua hari menggunakan surau itu untuk beribadat.

Menurutnya, dia ada membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili berhubung perkara ini dan berharap akan ada tindakan daripada pihak berwajib bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang.

“Secara jujurnya, saya berasa perbuatan kumpulan penganut ini seperti satu provokasi untuk menghina Islam. Mungkin bagi mereka (bukan Islam) ia satu perkara kecil, tetapi tidak kepada umat Islam,” katanya.

Komentar KP : KP masih teringat akan kisah Sayyiduna Umar Al Khattab yang mana ketika beliau masuk ke kota Al Quds dan masuk ke sebuah gereja di situ.Ketika masuknya waktu solat asar,Sayyiduna Umar memberitahu Paderi Gereja tersebut bahawa beliau mahu solat dan paderi itu berkata solat sahajalah di sini yakni di dalam gereja tersebut. Tetapi Sayyiduna Umar menolak dengan baik permintaan paderi tersebut dan beliau bersolat diluar gereja terbabit.

Ketika ditanya kenapa beliau melakukan sedemikian,beliau berkata:

"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya". 

Indahnya akhlak seorang sahabah Rasulullah SAW ,mereka menghormati tempat ibadat  agama lain,tetapi hari ini surau yang menjadi tempat pengibadatan umat Islam dinodai dengan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah.Sampai bila kita mahu bersabar dengan sikap tidak sensitifnya agama lain terhadap Islam.Pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini dari terus dicemari dengan perbuatan syirik terhadap Allah   


Saturday, August 10, 2013

PANAS !! Strategi Pembangkang Lagakan Pemimpin UMNO,Buku 'Awakening' Bukan Tulisan Pak Lah


Buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan hasil tulisan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya, koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang. Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku tersebut.

 Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

 “Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemubual sendiri beliau. “Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Portal AntaraPos melaporkan artikel dalam buku tersebut turut disumbangkan pemimpin Umno seperti bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi. Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.

Manakala, pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Nik Nazmi sendiri, Liew Chin Tong dan Farish Noor. Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya. Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.

 Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum PRU 2008. Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Perkasa.

Bagaimanapun, Tun Mahathir ketika ditemui media baru-baru ini tidak mahu mengulas mengenai dakwaan dalam buku tersebut kerana belum membacanya lagi. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada bekas perdana menteri itu juga enggan mengulas lanjut kandungan buku tersebut kerana belum meneliti kandungannya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, tulisan beliau dalam buku itu lebih memfokuskan kepada kegagalan Abdullah sebagai pemimpin terutamanya selepas PRU 2008. “Saya melihat Pak Lah mempunyai banyak peluang untuk membuat perubahan.

Tetapi beliau gagal menunjukkan kepimpinannya dan mensia-siakan mandat besar diberi rakyat. “Sebagai penulis, terpulang kepada saya untuk melahirkan pandangan. Begitu juga terserah kepada pembaca untuk menilainya,” katanya.

Komentar KP :Ternyata buku yang dicanang oleh pelbagai media pembangkang yang membabitkan Pak Lah rupanya bukan kesemuanya tulisan dan hasil wawancara dengan Pak lah sendiri tetapi himpunan artikel tulisan pelbagai politikus Malaysia terhadap pentadbiran Pak Lah.Buku ini jelas cuba untuk melaga-lagakan diantara pemimpin-pemimpin UMNO dan BN .

Blogger Dr. MiM sendiri telah membuat kajian dengan jelas akan penipuan dalam buku ini dan  wujud pengaruh pembangkang dalam penerbitan buku ini seperti yang ditulis oleh beliau di blognya(klik Sini) . Keterujaan Nurul Izzah menerima jemputan untuk melancarkan buku ini di Singapura juga dilihat menjadi tanda tanya dan sangat jelaslah bahawa pembangkanglah disebalik tabir penerbitan buku ini.

Friday, August 9, 2013

PANAS!! Kumpulan Panji Hitam Langkasuka Kini Diburu,Bawa Doktrin Menyeleweng Agama dan Sejarah Negara


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

 "Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan di sini.


Polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyai pengikut yang setia.

 "Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini mencetuskan isu keselamatan, pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.

Tuesday, August 6, 2013

Jawatan MT UMNO Perlu Ketengahkan Golongan Muda,Tolak Calon-Calon Recycle Politikus UMNO #PAU13


Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata golongan muda harus diberi peluang bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu berkata Umno Pulau Pinang akan memberi sokongan kepada golongan muda kerana mereka adalah barisan pelapis.


Dr Hilmi, yang juga Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, berkata beliau sendiri tidak akan bertanding bagi merebut sebarang jawatan dalam kepimpinan pusat parti.

 "Saya pernah dua kali jadi MT dan cukuplah, saya tidak mahu bertanding lagi dan kita bagi sokongan kepada orang muda untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) semalam.

 Bagaimanapun, beliau akan mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Balik Pulau dan ingin mengadakan rundingan di peringkat akar umbi agar semua jawatan utama kepimpinan Umno bahagian itu tidak ditandingi.

 Dr Hilmi pernah memenangi jawatan MT Umno pada 2000 dan 2003 ketika menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. - Bernama

Komentar KP :  Kesediaan Dato' Dr. Hilmi Yahya untuk tidak lagi bertanding jawatan MT UMNO membuktikan beliau menyahut seruan Presiden UMNO untuk memulakan transformasi besar dalam kepimpinan UMNO.Beliau bersedia untuk memberi laluan kepada muka baru terutamanya golongan muda dalam kepimpinan UMNO untuk menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang.

UMNO memerlukan pelapis baru dalam kepimpinan dan wajar politikus-politikus tua dan sudah menjadi MT sejak zaman Tun Mahathir mahupun Pak Lah mengundurkan diri.UMNO sebenarnya tidak ketandusan pelapis pemimpin muda tetapi mereka tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk merebut jawatan dalam saf utama kepimpinan UMNO.

Pemimpin-pemimpin yang sudah lama dan tidak "perform" wajar sebenarnya ditolak dalam pemilihan akan datang.UMNO mesti berubah untuk tidak lagi ditolak oleh rakyat pada PRU-14 akan datang.Kehadiran golongan muda dan muka baru ini perlu agar proses transformasi dalam UMNO dapat bergerak dan relevan untuk masa akan datang.

Saban tahun,ketika Perhimpunan Agung UMNO ,asyik wajah-wajah yang sama membarisi kerusi-kerusi utama di atas pentas PAU dan mereka ini tidak akan pergi selagi ahli-ahli UMNO tidak melakukan sesuatu.KP sedar bahawa kita tidak boleh buang semua pemimpin lama kerana mereka punya banyak pengalaman dan jasa dalam parti ,tetapi inilah realiti yang terpaksa dipikul oleh UMNO untuk melihat agar parti keramat melayu ini terus relevan untuk orang-orang melayu pada masa akan datang.

Pemimpin-pemimpin yang kerap menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan wajar diketepikan kerana dek mereka inilah ,wajah UMNO kadangkala tercalar dan menyusahkan jentera media alternatif pro -UMNO untuk mempertahankan parti.Justeru,ahli-ahli UMNO dipelbagai peringkat yang akan memilih dalam pemilihan akan datang wajar membuat keputusan terbaik memilih calon-calon yang terbaik untuk diketengahkan dalam parti untuk kesinambungan UMNO pada masa akan datang

Baca komen dan ulasan panas blogger Dr. MiM dan GBP berkenaan isu ini.

PANAS!! Kenapa Shafie Afdal Perlu Takut Jika Ahli UMNO Bertanding Jawatan Utama Parti ?? #PAU2013


SEPANGGAR 4 Ogos - Ahli UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan utama dalam pemilihan parti perlu berlandaskan pada agenda memperkuat dan memperkasa parti serta mengelak kepentingan sendiri atau kumpulan tertentu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menawarkan diri mempertahan jawatan itu berkata, kehadiran calon-calon berkenaan perlu diterjemah untuk menjadi sinergi terbaik kepada perjuangan dan hala tuju parti, bukannya memudarat dan melemahkan parti. “Ini ingatan saya kepada diri sendiri dan bakal calon lain.

Naib Presiden dan mana-mana jawatan lain merupakan landasan penting dalam penggubalan dasar dan hala tuju parti terbesar ini. “Ini bukannya pentas percubaan atau ujian populariti.

Saya serahkan diri untuk dinilai keupayaan oleh ahli-ahli parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Kampung Darau di sini malam tadi. - UTUSAN MALAYSIA

Komentar KP : Gesaan oleh Shafie Afdal agar jawatan utama parti yang ingin ditandingi oleh ahli berlandaskan kepentingan sendiri sewajarnya difikirkan oleh semua ahli termasuk dirinya sendiri. Mana mungkin pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di jawatan-jawatan utama dalam parti tidak ada kepentingan mereka sendiri termasuk beliau sendiri.

Ya ,KP faham apabila kita cuba mempertahankan jawatan yang disandang,pelbagai macam alasan dan peringatan diberikan oleh kita kepada ahli-ahli yang cuba menggugatkan jawatan kita dalam parti,tetapi beliau perlu terima hakikat ini politik dan pemilihan yang inklusif yang digubal oleh UMNO sebenarnya memberikan sepenuhnya pilihan kepada akar umbi UMNO untuk menentukan barisan terbaik untuk memimpin UMNO untuk kepimpinan akan datang.

Kita mahu pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk memimpin UMNO dan sebagai seorang pemimpin Shafie perlu bersikap ikhlas dan terbuka menerima sesiapa sahaja ahli UMNO untuk bertanding.Kita tidak perlu menakutkan ahli-ahli dengan pengaruh kita sedia ada dalam UMNO kerana ahli-ahli UMNO menilai kita sepanjang khidmat kepada parti.

Perubahan perlu wujud dalam UMNO agar parti dapat segera dibersihkan daripada pemimpin yang periuk nasi sendiri dan mencatur jawatan-jawatan utama dalam parti.Ahli-ahli UMNO yang bakal memilih pimpinan tertinggi UMNO nanti diharap dapat membuat pilihan yang terbaik dalam membantu Presiden UMNO untuk mencorak kepimpinan yang lebih baik dan matang dalam memperbaiki prestasi UMNO/BN menuju PRU-14 nanti.

Monday, August 5, 2013

Dr. Mazlan : Surat Misteri Anwar Dan Karpal Sudah Diserahkan Kepada SPRM Untuk Siasatan


PULAU PINANG 4 Ogos - Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail hari ini menyerahkan semua surat misteri yang diterimanya sejak beberapa hari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat berkenaan.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat, saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Kelmarin Mazlan mendedahkan kemunculan surat misteri yang mengandungi 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh sehingga menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar. Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.

Mengulas tindakan Anwar dan Karpal membuat laporan polis dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan itu, Mazlan memberitahu, mereka berhak berbuat demikian. "Mereka berhak mengambil apa juga tindakan yang difikirkan sesuai terhadap saya.

 "Namun, saya tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.

PANAS !! Anwar Dan Karpal Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Pendedahan Surat


PETALING JAYA 4 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Anwar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR selepas membuat laporan itu berkata, dakwaan yang dibuat bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pendedahan surat layang itu disifatkannya sebagai satu fitnah yang dilemparkan UMNO terhadapnya.

Kelmarin, Mazlan mendedahkan kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Anwar dan Karpal yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

 Mengulas dakwaan 'urus-niaga' itu, Anwar memberitahu, beliau dan sekeluarga amat berterima kasih kepada Karpal yang banyak membantunya selama ini dan tidak timbul isu kewangan antara mereka.

 "Sepanjang Karpal membantu saya menjadi panel guamannya, tidak pernah timbul tentang isu pembayaran. Apabila dakwaan sebegini berlaku, sekali gus menjejaskan maruah Karpal," katanya.

 Tambahnya, beliau setuju jika Karpal mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjejaskan imej mereka dan pemimpin PKR lain. Sementara itu, Karpal pula mencabar Mazlan mendedahkan identiti dan dokumen mengaitkan dirinya dan Anwar seperti yang didedahkannya sebelum ini.

"Saya cabar Mazlan jika dia 'anak jantan' supaya tunjukkan slip cek, akaun bank, slip pembayaran dan identiti pihak yang membuat surat itu. "Saya juga mencabar stesen televisyen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times untuk turut melakukan perkara sama," katanya.

 Beliau turut berkata, pihaknya dan Anwar sedang mengumpul bukti untuk melakukan tindakan dalam masa terdekat.

 "Tuduhan yang dilemparkan begitu serius dan saya menafikan kewujudan tuduhan itu kerana saya telah lama bersahabat dengan Anwar.

Oleh itu saya menggesa pejabat AG mengarahkan siasatan mendalam tentang perkara ini," katanya-Utusan Malaysia

Sunday, August 4, 2013

Tunku Aziz : Guan Eng Samseng dan Keras Kepala,Enggan Adakan Semula Pemilihan CEC DAP


KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kedegilan Lim Guan Eng mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memenuhi dua syarat yang ditetapkannya memperlihat sikap samseng dan keras kepala Setiausaha Agung DAP itu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Guan Eng jelas tidak menghormati undang-undang kerana ROS merupakan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab mengendali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik.

Menurut beliau, Guan Eng sepatutnya menyedari penubuhan DAP adalah di bawah bidang kuasa ROS dan sebagai sebuah parti yang dibarisi ramai Ahli Parlimen syarat yang diberi kepada ROS adalah tidak munasabah.

 "Ini perangai orang samseng serta keras kepala (Guan Eng) dan ini juga sebuah parti (DAP) yang kononnya mahu membentuk Kerajaan Persekutuan. 

 "Mereka cukup pandai kutuk kerajaan mengenai pengundi hantu dan pengundi Bangladesh, tetapi apabila berlaku kepada diri sendiri, boleh pula beri syarat itu dan ini, ini sikap dwi standard," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Komentar KP : Keangkuhan dan sikap diktator Guan Eng yang tetap berkeras tidak mahu mengadakan pemilihan semula CEC DAP membuktikan bahawa beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk tindak tunduk atas desakan ROS yang telah menyiasat semula dakwaan bahawa berlaku penipuan dan penyelewengan dalam pemilihan CEC yang lepas.

KP yakin Guan Eng tidak akan mengaku dan mengiktiraf akan penyelewengan yang berlaku di dalam pemilihan CEC DAP kerana ini akan menjejaskan imej pimpinan tertinggi DAP yang sebelum ini kuat melaungkan sikap ketelusan ataupun transparency yang acapkali disebut oleh Guan Eng.

Saturday, August 3, 2013

Pemuda PAS Bantah Kenyataan Rajagobal,Salahkan Bulan Ramadhan Punca Kekalahan


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Datuk K Rajagobal yang dilapor menyalahkan aksi dalam bulan Ramadan sebagai punca kekalahan pasukan bimbingannya.

 Timbalan Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan DPPM, Fadhil Osman berkata kenyataan Rajagobal (kanan) sebelum ini hanya bertujuan menutup kelemahan beliau dalam membimbing skuad kebangsaan.

 Menurutnya, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pusingan kelayakan sukan Olimpik 2012 di London yang melibatkan pasukan dari Timur Barat dan Afrika yang majoritinya beragama Islam juga berlangsung dalam bulan Ramadan.

 "Begitu juga dengan pemain liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa," katanya Fadhil dalam satu kenyataan.

 Fadhil sebaliknya menggesa Rajagobal agar menarik kembali kenyataannya sebelum ini dan meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya. "Susun semula jadual perlawanan persahabatan dengan mengadakan pertemuan yang sepadan dengan skuad kebangsaan dan bukannya menentang kelab bawahan yang tidak langsung membantu memperbaiki mutu permainan serta kedudukan pasukan kebangsaan," katanya.

 Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanahair semalam kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0.

 Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal dilaporkan berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam.