Tuesday, August 30, 2011

Karpal Mengaku Mat Sabu Silap Keluar Kenyataan

Rentetan dari kenyataan kurang bijak Mat Sabu menghina perajurit dan pejuang-pejuang kemerdekaan negara ,Karpal Singh tampil dengan satu kenyataan mengakui apa yang dikata oleh Mat Sabu bukan sahaja tidak benar malah tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

Karpal berkata 25 anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950,Dato' Onn Jaafar dan tunku Abdul Rahman  adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Ahli Parlimen Gelugor itu berkata ia perlu diterima sebagai satu dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bkt Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak ,bagi keberanian dan pengorbanan mereka.Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh Mat Sabu seperti didakwanya.Mereka adalah  pejuang kemerdekaan sebenar,"kata Karpal.

"Kenyataan yang didakwa itu,sekiranya benar,bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bkt Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British,
bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan,"kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya adalah salah untuk mengatakan bahawa Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara,merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan.




Saturday, August 27, 2011

Mat Sabu Hina Pejuang Kemerdekaan Negara Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-54


Mat Sabu nie memang dah hilang akal betul la,sempena dengan semangat ramadan dan diambang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke -54,Mat Sabu cuba nak mengubah sejarah kemerdekaan negara yang sudah terpahat lama dijiwa sanubari rakyat Malaysia dengan menghina bekas perajurit-perajurit dan tokoh-tokoh kemerdekaan  negara yang berkorban jiwa dan raga demi kemerdekaan negara Malaysia.Bekas-bekas tentera dan askar melayu yang terkorban ketika menentang komunis terus dihina oleh Mat Sabu dengan mengatakan mereka ini talibarut British dan bukannya  pejuang kemerdekaan sebenar.
Mat Sabu kata geng komunis yang membunuh 25 orang polis melayu dan keluarga mereka ketika peristiwa Bukit Kepong sebagai pejuang sebenar dan wira negara kerana askar-askar melayu ini bekerja untuk British.Apa dah hilang kewarasan ka Mat Sabu nie???Sebagai Timbalan Presiden PAS,dia sepatutnya menghormati bekas-bekas tentera yang telah banyak berkorban demi mempertahankan negara dari ancaman komunis dan katanya lagi jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Malaysia,dia akan mengubah sejarah kembali dan akan mengangkat hero-hero komunis ini sebagai pejuang kermerdekaan negara dan tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman ,Dato' Onn Jaafar hanya akan dikatakan sebagai pengkhianat negara kerana bekerja untuk British.
Begitu taksub betul Mat Sabu nie kepada komunis-komunis cina dan sanggup mengetepikan perajurit-perajurit terdahulu yang telah terkorban mempertahankan negara.\

Beginikan rupa dan wajah yang bakal menjadi barisan kepimpinan negara yang sanggup mengubah sejarah negara dan menggadai maruah bangsa????

Dek kerana marahkan Dato' Jins Shamsudin yang mengarahkan filem Bukit Kepong dari kalangan orang UMNO, si Mat Sabu nie sanggup mempolitikkan isu ini sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.Kenapa takut sangatkah jika rakyat Melaysia tahu kebenaran yang sebenar???




Friday, August 26, 2011

Ajaran Syiah Mula Berkembang Kembali


KUALA TERENGGANU 25 Ogos - Pengedaran buku mengenai 'kebenaran' ajaran Syiah yang dikaitkan dengan akidah Islam sebenar ke masjid-masjid seluruh negeri ini sejak beberapa hari lalu menimbulkan tanda-tanya umum.
Sehubungan itu juga, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) telah mengarahkan pihak masjid yang menerima buku tersebut agar menyerahkannya kepada pejabat agama terdekat.
Buku-buku itu diposkan kepada semua pengerusi masjid untuk diagihkan kepada imam yang bertugas di setiap masjid di mana setiap bungkusan mengandungi tiga set buku yang perlu dituntut di pejabat pos.
Salah sebuahnya berjudul Akhirnya Kutemui Kebenaran, buku terjemahan berbahasa Arab tulisan Dr. Muhammad al-Tijanji Al-Samawi setebal 245 halaman dan terdapat catatan ia terbitan kumpulan Pengajian Islam Universiti Islam Antarabangsa, 1995.
Sebuah lagi buku setebal 548 halaman berjudul Dialog Mengenai Islam dan Akidah Islam Sebenar dan Kewajipan Muslim Mentaati Kepimpinan Yang dilantik Allah dan Rasul Demi Perpaduan Dan Kejayaan Dunia Akhirat.
Setiap bungkusan itu disertakan dengan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia, beralamat No. 148, Jalan Haji Mahmood, Ulu Tiram, Johor di samping terdapat cop beralamat Majlis Syiah Malaysia, 1012, Desa Melawati, Kuala Lumpur yang diragui.
Pengerusi Masjid Kampung Petai Bubus di sini, Tuan Syarif Putera menyifatkan ia mungkin langkah halus untuk menyemai fahaman itu melalui para imam di peringkat akar umbi.
''Ia juga mungkin salah satu taktik, di mana apabila menjadi isu dan heboh diperkatakan, ia mungkin mendorong untuk membaca buku itu dan memudahkan mereka mempercayai dan menerima ajaran Syiah.
''Gejala seumpama itu dengan keberanian yang makin diperlihatkan dalam menyebarkan ajaran yang ditegah di negara ini, perlu dibanteras dengan tegas kerana ia boleh mencetuskan kecelaruan yang membahayakan akidah umat Islam," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah JHEAT, Mohd. Rozali Salleh ketika ditemui Utusan Malaysiamemberitahu, pihaknya telah meneliti buku-buku yang diserahkan kepada pihak berkuasa.
''Kita telah maklumkan kepada semua pegawai agama dan masjid tentang buku-buku fahaman Syiah sedang cuba diedarkan ke masjid seluruh negeri oleh pihak tertentu.
''Kita akan menjalankan pemantauan bersama pihak Kementerian Dalam Negeri berhubung mereka yang dikaitkan dengan penghantaran bahan-bahan ini," ujarnya.
Beliau berkata, pada masa yang sama pihaknya akan memanggil satu mesyuarat khas bersama para pegawai masjid mengenai langkah kawalan penyebaran bahan seumpama itu di masjid-masjid.-Utusan Malaysia 26/8/2011


Komentar KP: Ajaran syiah merupakan satu daripada ajaran yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah di amalkan di Malaysia dan juga bertentangan dengan syarak.Ia selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia supaya umat islam menghindari dari fahaman syiah yang sangat menyeleweng disisi islam.

 PERHATIAN !!!!!! JIKA ANDA TERJUMPA RISALAH ATAU BUKU-BUKU BERKAITAN FAHAMAN SYIAH DIBERIKAN SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL DI MANA-MANA,SILA MAKLUMKAN KEPADA PEJABAT JABATAN AGAMA ISLAM DI NEGERI MASING-MASING UNTUK TINDAKAN AWAL KERANA DIKHUATIRI AKAN  MENGUNDANG KECELARUAN AKIDAH  DIKALANGAN UMAT ISLAM MALAYSIA

Tuesday, August 23, 2011

Mat Sabu Mengaku Guan Eng Sebagai Adiknya

Hari ini dalam HarakahDaily.net ,Mat Sabu dengan berani matinya mengisytiharkan Lim Guan Eng sebagai adiknya kerana keakrabannya yang begitu akrab dan baik dengan Ketua Menteri P.Pinang itu.Klik Sini untuk lebih lanjut.




Tengoklah begitu intim sungguh Bro Mat kita dengan Guan Eng nie,siap-siap declare abang adik lagi
dalam lidah rasmi PAS ..Haramkah...Dengan sesama bangsa dan agama sanggup bermusuh siang dan malam ,memaki hamun dan melempar fitnah dengan tanpa rasa bersalah dalam setiap ceramahnya.


pewwitt.....Abang dengan adik sedang duduk bersama...cayalah lu Mat Sabu

Tapi dengan chauvanist yang cuba nak menggugatkan orang melayu ,beliau sanggup menggelarkan dengan panggilan abang atau adik .Beginilah pemimpin melayu yang cuba nak jual maruah bangsa .
Lim Guan Eng yg sudah diketahui ramai telah menyusahkan dan tidak berlaku adil dalam pentadbirannnya di Pulau Pinang.Terutamanya kepada kaum melayu kerana perkara pertama yang beliau mansuhkan ketika memerintah P.Pinang adalah memansuhkan DEB yang merupakan serampang dua mata yang dicetuskan oleh Almarhum Tun Abdul Razak untuk membantu sosioekonomi orang melayu disamping memastikan kaum-kaum lain juga menikmati hasil pelan ekonomi ini.Jadi tindakan Bro Mat kita amat kena pada tempat dan ketikanya dengan

 "Declare" kan si Guan Eng sebagai adiknya

Tahniah Kepada Bro Mat Sabu kerana mendapat seorang adik yang baru....
Boleh la buat kenduri potong jambul Guan Eng nanti....hahaha

Friday, August 19, 2011

PAS Patut Malu Dengan Mesut Ozil



Peristiwa ini berlaku ketika perlawanan antara kelab gergasi bolasepak dunia iaitu Barcelona dan  Real Madrid.Difahamkan  lPerlawanan ini kemudiannya dicemari oleh insiden pergaduhan di minit-mini akhir apabila Fabregas  diterjah keras oleh Marcello.
Sedang insiden pergaduhan ini berlaku, dikatakan pemain Barcelona ,David Villa telah menghina islam didepan Mesut Ozil kerana berlaku insiden tampar menampar antara mereka....
Untuk berita sepenuhnya Klik Sini


"I was defending my religion,because David Villa insulting islam".-Mesut Ozil

Moral dari cerita nie, walau apa pun kedudukan kita dalam masyarakat dan dunia ,selagi islam diakui dengan hati dan menerima keesaan Allah S.W.T dan mengaku Rasulullah S.A.W sebagai utusannya,kita wajib mempertahankan islam walaupun dengan apacara sekali pun,tak kira la kita nie pelajar ,pemain bola sepak terkenal ke, penyanyi ke atau seorang ulama sekalipun  tetap bertanggungjawab pertahan kan islam....tapi PAS sanggup pertahankan dan bela gereja serta menyokong sekutu lahanatnya yang memang anti islam dari membela dan mempertahankan institusi yang bertanggungjawab tentang hal ehwal islam.PAS sepatutnya malu kepada Mesut Ozil !!!!Walaupun dia seorang pemain bolasepak terkemuka dan terkenal, namun apabila disentuh sensitiviti islam, beliau bingkas dengan tegasnya pertahankan dan membela bukannya berdolak-dalik seperti PAS yang tiada prinsip dan pendirian yang tetap dan membuat keputusan demi menjaga hati sekutu-sekutunya.

Saksikan video dibawah mengenai insiden tersebut:


Wednesday, August 17, 2011

Nik Nazmi Fitnah Lagi

Siapa yang fitnah siapa sebenarnya nie???
Nampaknya yakin benar Si Nik Nazmi nie dengan kenyataan fitnahnya terhadap blogger pro kerajaan ,tak takut dosa ke,sampaikan kata blogger-blogger nie sume kaki fitnah....yang KP sedia maklum ...media pembangkang lagi kuat spin dan fitnah

Bawa bertobat la Nik Nazmi Woi.....sapa la nak mengaku dia berak tengah jalan...lepas kantoi gelabah tuduh orang lain yang buat...sudah2 la...Kalau betul la tuduhan kau tue, Sila kemukan bukti-bukti dan keterangan yang sah....kalau tidak ada....bak kata usop wilcha " Nampok Benor Nipunyer"


Snap dari Facebook Status KJ:


Itulah dunia...tak ada bukti pun boleh tuduh orang.....tapi bila dah ada bukti depan mata pun kata semua tak boleh pakai dan tak boleh percaya....


Contohnya macam nie la:
       "Video tidak jadi saksi kerana video ini besi,dia tiada mata dan telinga",Kata Presiden Pas  dalam Muktamar PAS Ke-57



Monday, August 15, 2011

Kenyataan Mufti Pulau Pinang Mengenai Isu Larangan Bacaan Al Quran Menggunakan Pembesar Suara






Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih. 

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. 



Sumber:http://mufti.penang.gov.my

Umat Islam Pulau Pinang Kini Dalam Dilema


Apa sudah jadi kini kepada Umat Islam Pulau Pinang??
Selepas satu masalah ,timbul lagi satu masalah membabitkan kemasalahatan umat islam dan agama islam sendiri di Pulau Pinang.Dahulunya, tentang isu pilihanraya masjid yang akan dibuat diseluruh masjid di negeri Pulau Pinang tetapi alhamdulillah berkat kebijaksanaan Tuanku Yang Dipertuan- Agong,beliau tidak benarkan pilihanraya berlangsung .
Kini isu paling HOT adalah larangan bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara sebelum subuh di semua masjid di Pulau Pinang.Kenapa kini selepas lebih setengah abad mencapai kemerdekaan,baru hendak ditimbulkan perkara seperti ini???Dahulu Pulau Pinang dibawah BN tidak pernah ditimbukan hal-hal sebegini dan rakyat hidup dalam harmoni,kini setelah DAP Laknat ini memerintah,pelbagai pembaharuan cuba hendak dilakukan terhadap umat islam Pulau Pinang dan banyak menyusahkan umat islam.Kenapa DAP cuba nak masuk campur dalam hal ehwal islam???Apa hak engkau DAP sebuah parti yang memang sejak dari dahulu dilihat tindak tanduknya memusuhi islam dan berteraskan Malaysian Malaysia iaitu menyokong kesamarataan semua kaum yang memang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hendak ikut campur dalam hal ini??.
Yang paling menyedihkan PAS sebagai parti yang kuat bertakbir kononnya berteraskan islam sebagai perjuangannya dilihat merestui segala tindak-tanduk DAP memperkudakan agama islam sesuka hati mereka sahaja .PKR pun sama naik sahaja, jadi TKM dan Exco hal ehwal islam pun jadi Kuda Trojan sahaja,dikudakan dengan rakusnya oleh DAP.
Mangsanya ialah umat islam Pulau Pinang.Dilema dengan pelbagai masalah dan pembaharuan yang dilihat tidak kena pada tempatnya .Kerajaan DAP Pulau Pinang pula sewenang-wenang menekan orang melayu islam dengan pelbagai tekanan sehinggakan membabitkan hal ehwal agama islam.Demo dilakukan disana-sini dek kerana ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran DAP Pulau Pinang dan hendak menuntut keadilan atas apa yang telah dilakukan terhadap mereka.

Berbalik kepada isu bacaan Al Quran tadi, KP nampak ada tangan-tangan jahat yang cuba mencari mileage  dengan isu ini dari puak Melayu PR yang kononya menunjukkan mereka itu perjuangkan islam sedangkan isu itu  dipolitikkan  untuk kepentingan mereka .Mereka mengatakan bacaan sebelum subuh itu bising dan menganggu orang ramai tapi ia sebenarnya ada satu syiar dan medium dakwah secara tidak langsung kepada umat islam khususnya dan bukan islam amnya.Kalau ia pun nak melarang bacaan Al Quran kerana ada hadis Rasulullah melarang menguatkan suara bacaan,biarlah jika ada sesetangah kawasan ataupun  ahli-ahli kariahnya hendak melaksanakannya, ia tidak salah bahkan akan menyegerakan seseorang muslim untuk bersiap sedia untuk mendirikan solat subuh .Tapi,lihat apa arahan JHEIPP terhadap semua masjid,larang terus bukannya optional ataupun pilihan oleh ahli-ahli kariah .

Dalam isu ini, kita perlu lebih terbuka dan bukannya menyempitkan pandangan dengan alasan-alasan yang skeptikal sahaja..Kita disini bukannya menidakkan Sabda Rasulullah dan kita menjunjung tinggi segala nas dan hadis yang sorih  yang diwasiatkan kepada kita umat akhir zaman. Tapi dalam hal sebegini kenapa ia ditimbulkan ketika umat islam sedang menyambut bulan ramadan yang mulia ini!!Nampak seperti tidak kena pada tempatnya satu sahaja penyelesaian iaitu pihak majlis fatwa negeri perlu bermuzakarah  semula dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak JAKIM dengan mencari persefahaman dalam menfatwakan sesuatu perkara yang dilihat kesannya yang amat besar kepada kemasalahatan umat kerana sudah menjadi kebiasaan sejak berpuluh tahun dahulu bacaan al Quran di bacakan atau dimainkan di pembesar suara masjid.

 




Sunday, August 14, 2011

Nasrudin Tantawi Jangan Cuba Jadi Munafik

Sedih melihat pemimpin yang kononnya hendak membela islam dengan darah dan nyawa kini telah putar 360 darjah kenyataannya dengan katanya akhbar lidah UMNO memanipulasikan kenyataannya.
Apa dah jadi kepada pejuang islam Nasrudin Tantawi nie?? Setakat itu sahaja ka perjuangan islam anta.
 
Takkan selepas diberi tekanan hebat oleh pimpinan  tertinggi PAS dan sekutunnya terus tukar statement ,dimananya pendirian dia yang katanya akan terus mempertahankan aqidah umat islam dengan darah dan nyawa.Takkan hilang begitu sahaja???Kalau kata Utusan Malaysia menipu statementnya ,saman sahaja, tapi kenapa tiada tindakan terhadap Utusan Malaysia??
Jangan cuba nak berdolak dalik dengan kenyataan sendiri dan menyalahkan orang lain atas kenyataannya sendiri.
Inilah ciri-ciri  seorang munafik yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis baginda:

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Ada empat perkara,sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.Sesiapa yang melakukan  satu daripada empat perkara itu,maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik,hingga dia meninggalkannya.(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat,apabila bercakap ia berdusta,apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.(Menegakkan benang basah)".
(Hadis Riwayat Ahmad)

Apabila ia bercakap ia dusta,inilah orangnya...perjuangan islam yang hanya hangat-hangat tahi ayam
Tak guna belajar agama tinggi-tinggi tapi bila nak pertahankannya ,berdolak dalik sana sini menyalahkan orang lain dan sebagainya .Jangan hanya mengejar nikmat dunia, kuasa dan pangkat,itu tidak dipandang oleh Allah di akhirat kelak tetapi ketakwaan dalam diri  dan semangat jihad pertahankan agamanya itu lebih menjadi keutamaan bagi Allah S.W.T.
Jangan takut kehilangan kuasa kerana pertahankan agama Allah S.W.T,itu lebih dipandang mulia disisi Allah dari terus membiarkan Islam dihina dan diperkotak-katikkan oleh orang bukan islam.

Berikut kenyataan 360 darjah beliau:
 KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.
Tulisan tersebut adalah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Jais terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Utusan dalam laporan muka hadapannya hari ini menyimpulkan, Nasrudin dikecam hebat oleh pimpinan PAS ekoran tulisannya itu yang turut menyebut akan mempertahankan aqidah umat Islam daripada dirosakkan sekalipun dengan nyawa dan darah.
Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.
Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.
"Cuba lihat kepala tulisan saya itu, saya nyatakan dengan jelas bersetuju dengan langkah PAS Pusat," katanya.
Perenggan pertama tulisannya beliau menyebut: "Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk political millage dalam kekeruhan situasi yang dialami."
Menjelaskan maksud keseluruhan tulisannya yang juga disiar pada ruangan Kolum di Harakahdaily, beliau memberitahu pemuda PAS mahu menyatakan kepada rakyat bahawa mereka tegas untuk mempertahankan aqidah Umat Islam dari dirosakkan mana-mana pihak. - HaprakDaily




Saturday, August 13, 2011

Isu Fatwa Larangan Bacaan Al Quran : Larang Menguatkan Atau Larang Terus




KP terpanggil untuk mengutarakan pandangan mengenai isu fatwa larangan bacaan Al Quran sebelum subuh di corong-corong speaker masjid-masjid diseluruh negeri Pulau Pinang oleh pihak JHEIPP dan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang.Memang benar terdapat satu hadis Rasulullah S.A.W mengenai larangan Rasulullah S.A.W mengangkat tinggi suara ketika membaca Al Quran dikhuatiri akan mengganggu orang lain hendak beribadah.


Hadis Rasulullah dari Abu Sa'id al-Kudri..

"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 'Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)



Tapi Rasulullah S.A.W tidak pernah melarang terus bagi umatnya yang hendak membaca tetapi mesti perlahankan suaranya .Jadi tidak salahlah jika terdapat masjid-masjid yang memperdengarkan bacaan Al Quran sebelum subuh tetapi mesti memperlahankan suara bukannnya melarang terus .


Persoalannya kenapa pihak JHEIPP melarang terus  dari membaca Al Quran dan bukannnya mengeluarkan arahan supaya diperlahankan sahaja suara dan bunyi bacaan!!


Adakah pihak JHEIPP mendapat tekanan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri??Sebenarnya kenapa isu Fatwa larangan ini ditimbulkan semasa isu murtad orang islam di DUMC sedang hangat diperkatakan dan menimbulkan ketegangan antara islam dan kristian.Mungkinkah kebetulan sahaja ataupun bertujuan hendak mengalihkan isu tersebut supaya orang islam bertelagah berkenaan hal ini.


KP ingin memetik pandangan sahabat KP @Media Permatang Pauh mengenai hal ini:


Jadi kenapa pihak JHEIPP melarang terus bacaan Quran sebelum azan dan bukannya keluarkan pekeliling suruh perlahankan bunyi bacaan?

Macam mana pula dengan hadis dibawah ni...

Dari Abu Qatadah RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar RA yang bermaksud:

"Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas baginda: Angkatlah sedikit (suaramu)."

Dan baginda juga bersabda kepada ’Umar RA yang bermaksud:

"Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas baginda: Rendahkan sedikit (suaramu).


Rasulullah saw sendiri suruh kita bersederhana didalam semua perkara.. Jadi sepatutnya suara bacaan Quran sebelum azan Subuh diarahkan supaya diperlahankan agar tak menganggu masyarakat sekitar.., bukannya melarang terus..

Jika mahu umat Islam bertoleransi dengan pihak kafir didalam menjaga masa tidur mereka, pihak kafir juga perlu menjaga sensitiviti umat Islam didalam menjalankan ritual agama dorang..

Gua ada kawan yang berjiran dengan kafir.. Dia mengadu yang terpaksa menghidu bau colok yang dibakar oleh jirannya hampir 24 jam..

Macam tu juga sahabat gua yang sorang lagi bila tinggal dikawasan perumahan yang tak jauh dari kuil.. Bau kemenyan gaharu yang dibakar setiap hari memang menganggu kehidupan..

Lim Guan Eng yang mengetuai portfolio Hal Ehwal Agama bukan Islam di Penang ni patut keluarkan larangan juga terhadap semua tu.. Itu baru ADIL !!

Kenapa pulak umat Islam saja yang kena bertoleransi tapi kafir di negeri ni buat bodoh saja bila ritual agama dorang menganggu kehidupan umat Islam?

Kalau hanya sebelah pihak saja yang bertolak ansur kononnya berlandaskan syarak.. Itu sudah tak adil beb..

So.., persoalan gua sekarang.., JHEIPP dibawah Exco Agama Negeri Malik Kassim ni jaga Umat Islam ataupun jaga kebajikan pihak kafir di Penang


Memang ada asas apa yang sahabat MPP katakan dan dia pun senada dengan KP tentang hal ini,
Justeru tindakan JHEIPP sepatutnya mengambil kira kepentingan islam dahulu dari orang bukan islam dan satu lagi adakah fatwa ini telah mendapat perkenan dari Yang Dipertuan Agong dan fatwa ini dilihat bertentangan dengan  fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan  ,setahu KP  Blog MIM telah membuat pendedahan tentang hal ini (Klik Sini).

p/s: Jangan pulak nanti Azan pula tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara masjid

Rintihan Ustaz Nasrudin Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


KUALA LUMPUR 11 Ogos – Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar).



Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.


Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.


Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www. eperjuangan.com, dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.


Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.


Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.


“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.


Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.


Komentar KP: Begitulah cabaran seorang pejuang islam dan Daie' sejati ,adakala kita disanjung  dan dihormati tika kita dalam kesenangan ,Apabila timbul hal begini, persoalan jatidiri dan kepentingan diri menjadi cabaran bagi seorang Pemimpin dalam meletakkan kepentingannya utamanya dimana. Cabaran sebegini akan lebih mencabar jika mendapat tentangan dari dalaman sendiri.


Itulah asam garam perjuangan,selepas Dato' Dr. Hassan Ali kini tibalah waktu Ustaz Nasrudin pula dikecam oleh pimpinan PAS yang Pro Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berani mati untuk mempertahankan islam.Semestinya perkara ini tidak akan disenangi oleh rakan dalam selimut mereka terutamanya DAP yang kebanyakan  pemimpin beragama kristian yang sememangnya diketahui tidak suka dengan islam atau lebih tepat lagi anti islam.Mereka ini akan bermati-matian pertahankan pihak DUMC dan menyalahkan JAIS atas tindakan keatas gereja tersebut.


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Surah Al Baqarah :120)

Itulah harga yang terpaksa PAS bayar kepada pakatannya iaitu akan tunduk dan patuh sahaja atas apa yang diputuskan oleh Anwar dan DAP.Jika ada pihak dalam PAS yang cuba bangkit menentang pasti akan menerima nasib yang sama seperti Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasrudin.
Hj Hadi sendiri pun sebagai Presiden terpaksa berdolak dalik dengan kenyataannya yang akan meminta pihak JAIS dan DUMC memberikan kenyataan kepada pimpinan PAS sendiri demi hendak menjaga hati rakan dalam pakatan mereka.Beliau sanggup tidak percaya kepada kenyataan secara lisan oleh Dr. Hassan Ali berhubung kes ini dan masih mahu merujuk kepada pihak berkenaan padahal Dr Hassan Ali bertanggungjawab menjaga portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.


Saudara Zulkifli Nordin dalam Perhimpunan Anti Murtad Dan Mempertahankan JAIS di Masjid Negeri Shah Alam membuat ucapan  merasa terkejut  membaca kenyataan merintih Ustaz Nasrudin Tantawi yang bukan terpaksa berdepan dengan musuh-musus islam dikalangan Al Kafirun tetapi terpaksa berhadapan dengan saudara seagama satu parti sendiri yang terdiri dari pimpinan atasan dan ahli yang menentang usaha Ustaz Nasrudin untuk bangun mempertahankan aqidah umat islam..


“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli Neraka yang kekal di dalamnya” - Surah al-Baqarah: 217.





Wallahu'alam Bi Sawwab 
Yang baik itu datang daripada Allah, Yang kurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri
~Salam Ramadan~



Tuesday, August 9, 2011

PAS Pusat Tidak Percaya Dr Hassan Ali



Tindakan Hj Hadi ingin memanggil pihak JAIS  untuk memberikan penjelasan kepada Kepimpinan PAS mengenai serbuan pihak JAIS ke gereja kristian di Selangor dilihat menghina Dr Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor.Walaupun setelah Dr Hassan Ali membuat penjelasan didepan Kepimpinan PAS Pusat mengenai kes ini.

Disini ,KP tertanya-tanya apa hak PAS sebagai sebuah parti politik dan bukannya kerajaan untuk meminta pihak JAIS memberikan penjelasan kepada mereka.Tidakkah cukup sahaja dengan penjelasan oleh Dr Hassan Ali sebagai Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor dan AJK PAS Pusat yang boleh bertindak untuk mendapatkan butir-butir sepenuhnya daripada pihak JAIS.Ini kerana pihak JAIS sebagai sebuah jabatan kerajaan hanya perlu menjawab kepada Tuanku Sultan ,MB,Exco ataupun MAIS untuk sebarang penjelasan lanjut.Pihak JAIS tidak bertanggungjawab kepada mana-mana parti politik .Jadi seharusnya PAS jika mahu penjelasan dan keterangan lebih lanjut ,mereka perlulah merujuk sahaja kepada Dr Hassan Ali yang juga seorang Exco Hal Ehwal Islam.Tindakan oleh Hj Hadi  ini menampakkan sikap kepimpinan PAS yang tidak lagi percaya kepada Dr Hassan Ali dan satu penghinaan kepada beliau

DAP yang sememangnya memusuhi Dr Hassan Ali bertalu-talu mengecam tindakan Dr Hassan Ali menyokong tindakan serbuan pihak JAIS ini. Dr Hassan Ali ibarat sudah digantung tidak bertali apabila kepimpinan PAS Selangor sendiri tidak mempertahankan beliau dalam mesyuarat Exco Selangor dan hanya berdiam diri dengan membiarkan Kafir-kafir DAP dan PKR menghentam dan mengecam beliau sewenang-wenangnya. Memang sudah diketahui Kepimpinan PAS Selangor sudah tidak lagi suka kepada beliau kerana banyak  tindakan beliau sebelum ini banyak menimbulkan permasalahan diantara rakan-rakan politik dalam Pakatan Rakyat Selangor.Jadi sebagai balasannya beliau dilucutkan jawatan sebgai Pesuruhjaya PAS Selangor dan digantikan dengan orang lain selepas muktamar PAS Jun lalu.

Sememangnya perjuangan beliau dalam membela islam harusnya disokong dan dipuji walaupun beliau tahu tindakannya hanya akan menjadikan beliau terus dimusuhi baik lawan mahupun rakan dalam pakatan rakyat dan kemungkinan risiko kehilangan jawatan sebagai Exco ,namun istiqamah beliau dalam perjuangan membanteras murtad dalam kalangan umat islam seperti pernah dilakukan oleh sahabat Rasulullah S.A.W ,yakni Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau menjawat jawatan sebagai Khalifah pertama Khulafa' Ar -Rasyiddin akan membakar jiwa-jiwa islam yang lain untuk terus mempertahankan islam dari kafir laknatullah. Dlm bab murtad ni, kita tak boleh bertolak ansur, tak kira fahaman politik mana kerana kita menyembah tuhan yg sama, tuhan yg satu, ALLAH S.W.T.

KP ingin memetik tulisan saudara Zulkifli Nordin mengenai Dr Hassan Ali
"Bila ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan jawatan, kata Dr. Hasan Ali, "ALLAH ynag memberi, dan ALLAH boleh mengambilnya semula. Mungkin ALLAH ambil semula kerana mahu menyelamatkan aqidah kita".

Jadi memang benar kata Dr Hassan Ali, Allah yang memberi jawatan ,pangkat ,wang,kuasa dan segala-gala nikmat yang kita kecapi malah Allah juga boleh mengambilnya semula sekelip mata sahaja.Hikmahnya, mungkin mahu menyelamatkan aqidah kita. Waallahu'alam Bi Sawwab(Allah yang lebih tahu mana yang terbaik).Walaupun berbeza fahaman kita, namun apabila ada pihak cuba nak merosakkan dan menjatuhkan  islam dan kepentingannya ,maka sebagai seorang Islam kita perlu bersatu dan wajib bangkit mempertahankannnya .

Sunday, August 7, 2011

Mesti Tonton :Mengapa Harga Barang Naik???

Terbaek la kepada pembikin video nie, memang panas hati punya la si DAP nie...haha
Jom kepada semua rakyat Malaysia tak kira bangsa agama dan warna kulit....Mesti Tonton pendedahan ...penting ini....sebar-sebarkan di semua laman sosial ....


Biar kasi panas sikit juak-juak DAP nie dek pendedahan oleh orang cina sendiri...
Jom Kenali Siapa Yang Menaikkan Harga Barang yang sebenarnya!!!!

Thursday, August 4, 2011

Shamsul Amri : Kerajaan Negeri Selangor Pentingkan Kuasa Sendiri


KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr. Rosti Saruwono dengan notis 24 jam adalah satu lagi bukti pecahnya tembelang kerajaan pakatan pembangkang yang ditadbir oleh PKR dengan Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim.
Pengalisis politik tempatan, Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin melihat sewajarnya hal-hal sedemikian tidak berlaku apatah lagi dunia akademik tidak boleh dicampur-adukkan dengan hal-hal politik.
“Sekiranya benar bahawa kerajaan negeri memberi tekanan politik kepada Naib Canselor Unisel maka secara tak langsung ia menyamakan kedudukan Unisel dengan badan-badan politik lain yang boleh dipergunakan untuk kepentingan peribadi dan bagi mengekalkan kuasa mereka di negeri terbabit,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan perletakan jawatan Dr. Rosti berkuatkuasa hari ini akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
“Jika seorang individu yang berkredibiliti seperti Dr. Rosti ditekan sedangkan beliau adalah seorang yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) jadi bagaimana lagi dengan yang lain-lain,” katanya.
Jelasnya juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perletakan jawatan Dr. Rosti ini sendiri adalah gambaran jelas sebagaimana diperkatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor menggunakan kakitangan kerajaan sebagai jentera bagi menyebar dan memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri tersebut.
“Inilah strategi dan taktik yang digunakan oleh mereka bagi memastikan kedudukan mereka di negeri yang telah dikuasai menjelangnya pilihan raya akan datang,” katanya.
Dilaporkan Dr. Rosti membuat keputusan keputusan tersebut berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.
Tindakan itu sebagai ‘membantah’ keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.
Dr. Rosti dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.
Semasa baru dilantik, beliau menegaskan tidak akan menjadi “pak turut” kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.
Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar. – MediaUMNO

Komentar KP : Medan Ilmu pun sudah jadi medan politik kepartian.Tekanan politik oleh Khalid Ibrahim  menyebabkan Naib Canselor UNISEL meletakkan jawatan. Masa depan UNISEL bakal hancur jika terus ditekan oleh kuasa politik kerajaan Selangor. Inilah jadi apabila kerajaan negeri gagal mentadbir dengan sebaiknya,yang ruginya ialah rakyat sahaja. Golongan profesional seperti ahli akademik universiti terus diheret ke kancah politik dan siasah oleh kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid Ibrahim. Matlamat untuk menjadikan Universiti untuk mempunyai kuasa autonominya sendiri diganggu gugat oleh Khalid Ibrahim.Campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti oleh kerajaan negeri selangor akan merosakkan sistem autonomi universiti itu sendiri yang berupaya membuat keputusan tanpa tekanan dari mana-mana pihak termasuk kerajaan Selangor .Jadi jelas tindakan bodoh Khalid Ibrahim ini hanya akan menambahkan kebencian ahli akademik dan profesional terhadap mereka.Urustadbir kerajaan negeri yang tidak cekap dan tidak telus seperti ini perlu diberi pengajaran dengan setimpalnya dengan kembali menyokong kerajaan pusat pada PRU -13 nanti. ~JOM PAKAT KALIH RAMAI-RAMAI~

Wednesday, August 3, 2011

Guan Eng Temberang Lagi: Tuduh UMNO mahu Jawatan Ketua Menteri

Hanya mereka yang buta sejarah saja boleh percaya pada tuduhan Lim Guan Eng bahawa UMNO mengintai jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN berjaya menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana misalnya pada pilihanraya umum 2004 UMNO menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Gerakan 13 namun jawatan Ketua Menteri tetap disandang oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dari Gerakan.
Lebih menguatkan kedudukan UMNO pada ketika itu ia menang empat kerusi Parlimen manakala Gerakan tiga.
Formula kepimpinan negeri yang digunapakai oleh BN sejak dulu lagi ialah jawatan Ketua Menteri disandang oleh Gerakan manakala wakil UMNO menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Atas sebab ini tidak menghairankan jika Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan tuduhan Ketua Menteri DAP itu beliau mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas Isnin.
"Dia kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini,”ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Turut hadir semasa tinjauan itu ialah Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi MIC negeri Datuk P.K Subaiyah.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi  pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.
"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang  kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.
"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO  tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya

Komentar KP : Guan Eng nampaknya cuba nak melaga-lagakan komponen BN dengan UMNO dengan menimbulkan isu jawatan KM ini lagi,padahal didalam DAP Pulau Pinang pun sekarang mempunyai pergolakan yang serius antara pemimpin mereka.Jangan cuba nak cucuk sarang tebuan nanti diri sendiri yang terkena balik.Ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri....Dia sendiri yang gilakan jawatan KM.... Hei ...Guan Eng Sendiri Mau Ingat La...