Sunday, December 30, 2012

Peserta mogok lapar Himpunan Hijau DAP rupanya penipu !!




KUALA LUMPUR: Peserta mogok lapar 'Himpunan Hijau' yang berikrar akan berlapar 100 jam demi menuntut projek Lynas dibatalkan hari ini dikesan makan tengahari di beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Peserta mogok itu dikesan berbuat demikian setelah seorang demi seorang mula meninggalkan lokasi tunjuk perasaan mereka.
Portal berita Mynewshub.my hari ini mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan peserta yang terlibat makan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang ramai.
Terdahulu, peserta berkenaan mempamerkan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.
Terdapat juga gambar yang menunjukkan beberapa orang peserta menerima bungkusan makanan yang dihantar oleh seorang individu yang tidak dikenali.
Lebih mengejutkan terdapat dua peserta yang menjamu selera di sebuah restoran di Masjid Jamek.
Difahamkan peserta mogok sebelum ini bersetuju untuk hanya minum air botol sepanjang 100 jam itu yang akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Usaha Antarapos untuk mendapatkan reaksi daripada beberapa individu yang sinonim dengan Himpunan Hijau gagal apabila panggilan telefon kami tidak dijawab.
Antaranya, ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat dan Maria chin Abdullah, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Saturday, December 29, 2012

Hj Hadi Minta 1 Jam Live Di RTM TV3,Jawab Isu Amanat Hadi ??


KP mengambil poster ini di facebook penyokong PAS yang menyiarkan kenyataan Hj Hadi supaya RTM ,TV3 beri ruang esklusif kepadanya selama 1 jam untuk menjawab isu Amanat Hj Hadi yang mana ramai pihak termasuk para mufti meminta supaya amanat sedemkian ditarik balik kerana ia memecahbelahkan umat Islam sejak dahulu lagi dan masih wujud lagi penyokong dan ahli PAS beramal dan berittiqad dengan amanat itu hingga ke hari ini.

Persoalannya,kenapa Hj Hadi beriya-iya ingin kenyataan beliau disiarkan secara live di TV ??Rasanya ,Hj Hadi tidak perlu berdolak -dalih dengan memberi pelbagai alasan hanya untuk menjawab isu itu,Beliau perlu ingat bahawa rakyat tidak ada masa untuk bermain tarik tali dengannya berkenaan isu ini dan beliau seharusnya dengan ikhlas menjawab berkenaan amanat yang beliau sendiri cakapkan.

Jika syarat beliau hanya akan jawab isu ini di TV secara live,bermakna dia tidak akan menjawab berkenaan isu ini sampai bila-bila dan tak akan tarik balik amanatnya ini.Beliau mesti sudah masak dengan stesen TV kerajaan dan swasta yang tidak mungkin akan bazirkan ruang waktu penyiaran mereka untuk hal remeh temeh ini yang mana boleh dijelaskan di luar TV.Alternatif lain,Hj Hadi boleh adakan sidang media di Pejabat PAS Pusat,tapi kenapa diberikan syarat yang dilihat agak mustahil ini??Ini disebabkan beliau masih mahu berteka-teki lagi dengan rakyat berkenaan amanatnya itu dan tidak mahu menarik balik kerana ini pasti akan menjatuhkan air mukanya sendiri sebagai Presiden PAS dan parti PAS itu sendiri.

Alih-alih,alasan yang sebegini diberi kepada rakyat untuk rakyat menekan kerajaan padahal pelbagai cara lain boleh beliau jawab.Inilah dinamakan permainan politik.Orang-orang politik akan memberi seribu satu alasan untuk mengelak menjawab sesuatu isu sehingga memberi syarat yang agak mustahil akan dapat.

Friday, December 28, 2012

NGO P.Pinang Bangkit Bantah Kenyataan Guan Eng Berkenaan Isu Kalimah Allah


GEORGETOWN - Kira-kira 100 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi secara aman membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

 Mereka mendakwa kenyataan itu berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini. Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam di sini, selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) membawa sepanduk dan kain rentang, sebelum menyerahkan satu memorandum kepada wakil kerajaan negeri.

 Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan yang diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Perkasa, dan anggota-anggota Pas.

 Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata demonstrasi itu bagi melahirkan rasa marah umat Islam berhubung kenyataan Guan Eng selain mendesak Setiausaha Agung DAP itu menarik balik kenyataannya yang dianggap boleh mencetuskan perbalahan kaum. 

"Amat jelas sekali, kandungan perutusan berkenaan sangat biadab, serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.

 "Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja dan mengapa beliau sengaja tidak mahu memahami perkara ini," katanya kepada pemberita di lokasi perhimpunan di sini hari ini. - Bernama

Lihat video himpunan bantahan di KOMTAR  disini

Thursday, December 27, 2012

Ust Fathul Bari : PAS Akan Lebih Dimuliakan Jika Keluar Dari Pakatan Rakyat



SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

 “Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

 “Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya. "Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

 Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja. Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

 "Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini. “Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama,” katanya.

 Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu. Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

 “Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

 “Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut adalah manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular,” katanya.

 Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.

 “Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.-SH

Wednesday, December 26, 2012

Tauke balak DAP , Ngeh & Nga didesak isytihar harta !!




SHAH ALAM: Pemuda MCA hari ini menggesa Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming mengisytiharkan harta masing-masing berikutan dakwaan bahawa mereka telah menerima imbuhan daripada PAS.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen berkata Pakatan Rakyat sentiasa mencabar pemimpin BN supaya mengisytiharkan harta mereka, dan oleh itu, kedua-dua juga harus juga berbuat demikian.

Ngeh dan sepupunya Nga, telah didakwa menerima 10,526 hektar tanah di Kelantan sebagai pertukaran melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS  sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Dakwaan tersebut dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri awal bulan ini.

Ngeh telah menjelaskan bahawa beliau dan Nga, telah membeli syarikat yang memiliki tanah tersebut melalui urusniaga yang biasa.

Bagaimanapun, Chai dipersoalkan sama ada Ngeh dan Nga berkemampuan untuk berbuat demikian.

"Bagaimana kedua-dua Ngeh dan Nga boleh terbabit dalam urusniaga tanah ini yang bernilai RM30 juta dengan gaji mereka sebagai wakil rakyat?

"Oleh itu, memandangkan Pakatan Rakyat sentiasa mendakwa ahli politik perlu mengisytiharkan harta mereka, maka Ngeh dan Nga kini perlu berbuat demikian bagi membuktikan mereka tidak bersalah," katanya.

Tuesday, December 25, 2012

Dr. Zaharuddin : Guan Eng "Jangan Lintasi Sempadan" Berkenaan Isu Kalimah Allah


SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan tidak "melintasi sempadan" apabila menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

 Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan ALLAH, namun situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali.

 Menurutnya, dalam keadaan sekarang, umat Islam akan melihat kenyataan Guan Eng ini sebagai ofensif dan provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika gagal dikawal.

" Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk United Kingdom (UK) dan Vatican City di Itali tidak menggunakan ALLAH untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama ALLAH ini. 

“Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah di skrip menggunakan ALLAH bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 Semalam, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas berkata, Kerajaan digesa membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

 Selain itu, Dr Zaharuddin turut menegaskan tidak bersetuju apabila dipisahkan nama ALLAH kepada pengertian lughah iaitu merujuk kepada tuhan umum dan ALLAH secara istilah yang merujuk kepada ALLAH yang disebut dalam Surah al-Ikhlas.

 “Umat Islam hanya merujuk al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, Bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

 “Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini,” katanya.

 Kata Dr Zaharuddin lagi, oleh itu penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan.

 “Kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara Arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian? Fikirkan, diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya,” katanya. 

Katanya lagi, Guan Eng seharusnya membangkitkan isu melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini.-Sinar Harian


Monday, December 24, 2012

Guan Eng Buat Hal !!! Gesa Kerajaan Benarkan Penggunaan Kalimah Allah Kepada Kristian


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

 Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

 "Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

" Akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada tahun 2009 berdepan dengan masalah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

 Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

 Penghakiman tersebut - yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya - kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.

 Sementara itu, Lim berkata, jika BN sebuan gabungan berprinsip, mesra rakyat, maka ia tidak harus mempolitikkan agama Kristian untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Komentar KP : Kurang ajar rupanya anak Kit Siang ini apabila masih cuba memainkan isu sensitif ini lagi . KP berharap para mufti,ulama dan seluruh asatizah terus mempertahankan kalimah yang suci ini bagi kita umat Islam .Jangankan kerana undi kita menjual kalimah Allah !!! Biar PAS menjualnya kerana undi orang kafir,kita umat Islam jangan pernah terdetik hendak bagi orang kafir gunakan kalimah Allah untuk agama mereka.Jika kita berikan ,bermakna kita setuju bahawa Islam itu setaraf dan sama sahaja seperti agama lain. 

Rujuk Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkenaan Isu Kalimah Allah  (klik sini)

Naib Presiden PAS Nak Main Seluar Dalam Pulak ??


Beginikah rupanya tweet daripada Naib Presiden PAS (Parti Angkat Spender) suka mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut sahaja dan cuba mempertikai kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia apabila menulis sebagai "Suruhanjaya Pencuci Rosmah Mansur".Adakah Mahfuz cuba mempertikai ketelusan dan krediabiliti SPRM ???

Cuba mengaitkan isteri PM dengan SPRM ??Apa motif kenyataan Naib Presiden PAS ini ??

Dia cuba memperli kenyataan Dato' Johan Jaafar yang juga Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang mencadangkan supaya semua calon yang bertanding ditapis atau melalui proses pemeriksaan melalui SPRM.(baca sini)

Adakah Mahfuz takut dengan cadangan ini?? Lepas habis modal cuba kaitkan cadangan ini kononnya nak bersihkan calon-calon BN yang main rasuah dan salahguna kuasa.Dia tak sedarkah bahawa sejak 2 3 hari ini beberapa pemimpin PAS dan DAP sudah terpalit dengan isu dakwaan rasuah tanah oleh pemimpin PAS kepada pemimpin DAP Perak untuk membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak .

Sampai bila PAS nak angkat pemimpin seluar dalam macam ini ??





Sunday, December 23, 2012

Tok Pa Gesa SPRM Siasat Isu Pemberian Tanah Kelantan Kepada Pemimpin DAP Perak


JELI - Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera pendedahan sebuah laman blog yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan wakil Pas menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

 Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini penting bagi membolehkan masyarakat terutama rakyat Kelantan mengetahui perkara yang sebenar. "Kita dimaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu dan sudah menjadi 'public interest'.

 "Rakyat seluruh negara terutama Kelantan mahu mengetahui sama ada isu itu benar, fitnah atau dongeng dan perkara ini perlu kepada satu penjelasan yang tepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mahabbah Imam Muda di Pondok Moden di sini, hari ini.

 Isu itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Nik Aziz menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008. - Bernama

Muhyiddin : Nik Aziz Keluar Fatwa Tidak Mengikut Hukum


KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

 Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.

 "Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.

 Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya. Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.

 Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam. "Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya. - Bernama

Selamat tinggal Pas.,210 ahli umum keluar parti




KUALA TERENGGANU 22 Dis. — Ramai anggota dan penyokong Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

 Seorang penyokong Pas dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

 "Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa," katanya.


 Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Ahmad berkata, beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan Pas dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.


 Seorang lagi anggota Pas, Isa Idris, 68, berkata, beliau menyertai UMNO dan BN hasil daripada kesedaran apabila Pas negeri mengambil tindakan membubarkan Pas Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.

 "Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.

 "Saya lihat penyokong Pas sekarang "sudah sedar" sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai UMNO atau BN selepas ini," katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai UMNO.


 Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong Pas dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai UMNO serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang. — BERNAMA

Saturday, December 22, 2012

Pemimpin DAP ugut Exco Perak pasal dedah habuan tanah Kelantan !!




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman mendakwa menerima ugutan daripada Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan isu habuan tanah bernilai RM30 juta di Kelantan.

 Hamidah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri mendedahkan perkara itu ketika menggulung usul Bajet 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

 Dalam satu sidang akhbar selepas itu, Hamidah memberitahu, kejadian tersebut berlaku semalam ketika beliau berada dalam dewan makan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak iaitu tempat berlangsungnya sidang DUN.

 "Ketika saya di dewan makan, Kor Ming datang ke meja saya sambil menunjukkan jari-jarinya dan berkata: you reveal, watch out. I will go after you (kamu dedahkan, jaga-jaga. Saya akan cari kamu).

Friday, December 21, 2012

Speaker DUN Perak nafi terlibat skandal seks




IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan menafikan sebarang penglibatan dengan skandal seks dan akan membuat laporan polis terhadap tuduhan itu.

"Saya akan minta polis untuk siasat dakwaan. Saya tidak terkejut kerana ia hanya cerita yang direka," kata beliau kepada wartawan.

Beliau mengulas mengenai sampul surat yang diterima oleh wakil rakyat pembangkang V.Sivakumar and A. Sivasubramaniam di luar dewan pagi tadi.

Sampul surat berkenaan terdapat artikel yang dicetak dan sekeping cakera padat dengan gambar lucah, potret Ganesan dan seorang wanita.

Wednesday, December 19, 2012

Mufti Perak : Saya Tidak Akan Tunduk Kepada Tekanan PAS


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak sesekali akan menutup mulut bagi menegur kesalahan sesetengah pihak termasuk 'amanat' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggambarkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu digelar sebagai 'syaitan bisu'.


Oleh itu katanya, beliau tidak sesekali akan tunduk dengan tekanan yang dilakukan ke atasnya termasuk yang terbaharu daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang meminta beliau menutup mulut dan tidak mencampuri urusan politik negara.  "Saya akan terus bersuara bagi menegur apa yang dilihat salah atau mungkar, tidak kira perkara berkaitan politik, akidah atau apa sahaja demi kepentingan umat.

 "Adakah patut saya diam apabila terdapat ahli Pas datang menangis kepada saya mengatakan dia selama ini percaya bahawa UMNO itu kafir sebelum mengetahui perkara sebenarnya. Saya tidak mahu jadi 'syaitan bisu' seperti gelaran yang dikatakan sesetengah pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

 Harun seperti dipetik laporan sebuah portal akhbar berbahasa Melayu hari ini menasihatkan para mufti agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan UMNO.

 "Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan UMNO semasa kepimpinan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut," katanya.

 Kenyataan keras Harun itu ekoran gesaan Harussani dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh semalam agar Abdul Hadi wajib menarik balik 'amanat' dikeluarkannya pada 1981 yang seolah-olah menggambarkan UMNO kafir kerana mengundang perpecahan di kalangan umat Islam.

 Selain itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin semalam juga apabila mengulas isu Abdul Hadi mengingatkan bahawa golongan pemimpin seharusnya menumpukan kepada usaha penyatuan Islam dan jangan mengata antara satu sama lain.

 Harussani menambah, beliau mengikuti perkembangan politik tanah air dan mengetahui pengikut Pas juga pernah menganggap UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini parti itu bersekongkol pula dengan DAP.

 "Saya tidak memihak UMNO atau Pas. Saya mengatakan menyambut Thaipusam adalah haram dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memanggil saya bagi menjelaskan beliau tidak ke kuil semasa sambutan itu tetapi sekadar di dewan bagi menyampaikan sumbangan.

 "Apabila itu timbul, ada yang kata saya minta ampun kepada Najib dan cium tangannya. Saya ingin tegaskan saya tidak pernah minta ampun dan tak pernah cium tangan beliau. Apabila teguran saya kepada Abdul Hadi keluar, saya mendapat mesej di telefon, kata saya dah mati dan munafik, terpulanglah," tegasnya.

 Oleh itu, Harussani tetap menegaskan Abdul Hadi wajib menarik balik amanatnya pada 1981 kerana menimbulkan kekeliruan terhadap ahli Pas yang menganggap orang UMNO sebagai kafir.
Utusan Malaysia

Akibat Amanat Hj Hadi









Komentar KP : Kepada penyokong-penyokong PAS ,nilailah sendiri bahana dan implikasi fatwa dan amanat Presiden PAS yang sangat jauh menyimpang daripada Islam.Tegakkan Islam itu melalui perpaduan bukan permusuhan.

Ostazah Abby Akui Ayah dan Ibunya Orang UMNO


Saya ingin membina rumah di syurga,” kata bekas artis yang menyertai politik, Abby Abadi sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas.

 Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan. “Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan,” katanya.

 Abby Abadi juga berikrar serta berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). “Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

 “Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

 Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu. Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR.

 Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah di sebaliknya.

Dr. Asri : Hj Hadi Perlu Tarik Balik Amanatnya Secara Rasmi


SHAH ALAM – Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

 Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.

 “Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat. “Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi).

 Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

 Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu. “Pas sekarang sudah lain.

Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno. “Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,” katanya.

 Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka. “Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” katanya.

 Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.

 “Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama. “Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,” katanya.-SH

Komentar KP : Pembaca semua mesti masih teringat akan peristiwa memali yang mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dek kerana percaya dengan fatwa dan amanat Hj Hadi.Begitulah penangan amanat tersebut sehingga gugurnya Ust Ibrahim Libya yang PAS menganggap beliau mati syahid.

Tuduh penjawat awam Melayu korup bukti DAP cauvinis !!




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar kenyataan Naib Pengerusi baharu DAP, Dr. Ariffin S.M. Omar yang mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.

Sambil menyifatkan kenyataan Dr. Ariffin yang mengatakan orang Melayu sebagai paling korup adalah satu perbuatan tidak bijak dan sangat tidak bertanggungjawab sekali gus jelas menunjukkan parti itu cauvinis dan perkauman.

"Bila kita sebut (cauvinis dan perkauman), DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.

"Kesatuan perkhidmatan kerajaan dan lain-lain sudah tentu akan merasa kecewa. Tetapi sudah memang 'fiil' begitu, kalau parti itu cauvinis, datang dari mulut siapa pun di kalangan pemimpin mereka menjelmakan hakikat sebenar," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ariffin mengenai monopoli kaum Melayu sebagai punca rasuah berleluasa dalam perkhidmatan awam yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, adalah tidak mengejutkan dakwaan itu dibuat oleh seorang Melayu yang datang dari DAP dan menunjukkan Ariffin tidak tahu kedudukannya di dalam parti itu.
Kata Muhyiddin, DAP bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehingga penasihat parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

"Dia (Ariffin) sudah hilang identiti, jadi bila buka mulut sama sahaja dengan Kit Siang, Guan Eng dan serupa Karpal Singh. (Timbalan Pengerusi DAP Johor) Ahmad Ton pun serupa juga kerana tidak tahu arah tuju perjuangan.

"Mungkin Kit Siang rasa apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.
Justeru, Muhyiddin menegaskan orang Melayu dalam DAP patut sedar penglibatan mereka adalah sia-sia kerana tidak diberi pengiktirafan oleh parti tersebut.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mesej jelas daripada keputusan CEC itu menunjukkan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP hanya retorik.

"Apa yang berlaku dalam parti itu sekarang ialah mereka tidak terjemahkan perkara yang dilaung-laungkan dalam ceramah dan sebagainya iaitu DAP untuk semua rakyat Malaysia.
"Mereka kata benda lain tetapi lakukan perkara sebaliknya, ini membuktikan DAP tidak menunjukkan hakikat sebenar," katanya mengulas keputusan pemilihan CEC DAP itu yang langsung tidak memilih calon dari Sabah dan Sarawak tetapi cuba tampil sebagai parti pelbagai kaum.

Menurut Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, parti yang dianggap demokratik itu juga gagal membuat pembaharuan dengan terus memilih ahli keluarga tertentu untuk mengisi jawatan tertinggi.

"Dia punya sistem kata demokratik tetapi tiada siapa di sana kecuali keluarga Kit Siang dan Karpal Singh sahaja, inilah realiti yang harus dilihat dalam pakatan pembangkang ini.
"Jangan kita terikut dengan cara mereka yang hanya berceramah dan berjanji macam-macam tapi realitinya tidak berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan dengan sikap cauvinis yang diterjemahkan DAP dalam pemilihan itu.
"Kalau UMNO, MCA dan MIC kita faham memang parti-parti ini khusus untuk kaum masing-masing tetapi DAP yang melibatkan banyak masyarakat tetapi bersikap demikian sukar difahami," katanya.

Haramkah kantoi fitnah,terpaksa mohon maaf kepada PDRM !!




KANGAR – ” Saya menerima panggilan dari kawan baik saya mengatakan gambar saya dan keluarga saya telah diutarakan dalam facebook milik individu tidak dikenali. Individu tersebut menggunakan akaun facebook “ Norhashimah Mohamad”.
” Jelas sekali selepas melihat akaun tersebut Itu Bukan Facebook Saya, Gambar saya telah disalah guna oleh pengodam. Saya bukan pegawai polis dan tidak pernah bekerja di bawah PDRM” Kata Zakiah Bt Musa – Pemilik sebenar gambar. KLIK DI SINI



Tuesday, December 18, 2012

PAS hanya melukut di tepi gantang bukan dominan dalam PR




SEBERANG JAYA, 18 Dis – PAS hanya boleh bermimpi di siang hari untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Jelas beliau, keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini adalah bukti jelas bahawa DAP menolak bangsa Melayu malah bukan sahaja Melayu tetapi bangsa India turut tidak diterima.
“Apa lagi yang mahu PAS banggakan dengan DAP. DAP tidak pernah menyokong PAS, itu hakikatnya… Belum perintah negara DAP dah tunjuk belang mereka, kalau perintah lagilah PAS akan terpinggir.
“Kononnya ada melantik bangsa Melayu iaitu Zairil Khir Johari sedangkan perlu diingat bahawa dia bukan Melayu… Dia Cina.. Zairil hanyalah boneka yang dipergunakan oleh DAP untuk mengaburi rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Arif turut menegaskan, rakyat perlu sedar ada ‘tangan tersorok’ disebalik keputusan tersebut termasuklah pemikiran ahli parti itu yang terang-terangan memberi masej menolak PAS. Sekiranya selama ini PAS berbangga bergabung bersama pakatan rakyat, kini PAS perlu bangkit dari terus diulit mimpi bahawa mereka tidak diterima.
“Cukup-cukuplah dijadikan alat kepuasan DAP. Sampai bila PAS nak sedar… PAS tidak mungkin akan dijulang apatah lagi mahu menjadi dominan dalam pakatan pembangkang. PAS hanyalah ibarat melukut di tepi gantang.
“Apa yang membuktikan bahawa PAS adalah parti dominan… Tak ada.., silap-silap nanti penentuan calon untuk PRU juga DAP akan masuk campur. Sampai bila PAS nak pergadaikan perjuangan mereka untuk kejayaan DAP,” tambahnya.
Arif berkata, beliau tidak menolak dan tidak akan terkejut sekiranya nanti DAP yang bakal menentukan siapa yang boleh dan tidak boleh diletakkan sebagai calon PAS dan akhirnya PAS yang mahu Hadi Awang menjadi Perdana Menteri terpaksa sekali lagi tunduk dengan keputusan DAP yang mahukan Anwar Ibrahim menjawat jawatan tersebut. – MediaUMNO

Monday, December 17, 2012

HarakahDaily Kaki Fitnah, @PDRMsia Jadi Mangsa Fitnah Pembangkang , @tunfaisal @hishammudinH2O


PDRM kini menjadi mangsa fitnah buruk pembangkang apabila cybertrooper pembangkang mengeluarkan berita fitnah dan pembohongan terhadap PDRM dengan mengaitkan UMNO/BN.
HarakahDaily antara media alternatif pembangkang yg pertama menyebarkan fitnah berkenaan.


Dengan membuka sebuah akaun FB palsu atas nama "Norhashimah Mohamad" yang kononnya merupakan anggota polis wanita PDRM yang sudah jelak dengan Barisan Nasional ,pembangkang terus memperdaya rakyat dengan berita berbaur fitnah sebegini,lihat bagaimana pembangkang menggunakan foto palsu milik seorang pengguna FB untuk kerja fitnah mereka,kisah ini telah dibongkar oleh blogger Harapan Esok untuk tatapan umum.(klik link)

Harakah mengambil berita ini tanpa menyelidik kesahihannya dan terus "copy paste" begitu sahaja,beginikah nilai berita politik dalam harakah??Patutlah penyokong-penyokong PAS kian hari sudah tak tahu beza yang mana betul dan salah kerana berita dalam akhbar rasmi PAS memang rendah nilai dan mutunya akibat pelbagai kisah fitnah dan pembohongan di dalamnya.


FB rekaan cybertrooper pembangkang yang mendakwa sebagai anggota Polis
Berita fitnah "copy paste" yang dimuatkan dalam HarakahDaily

PAS Sekali Lagi Dimalukan Dalam Kongres DAP


Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu perasaan PAS apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi mengumumkan bahawa parti pimpinannya itu memilih Anwar Ibrahim selaku calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti. Pengumuman yang dibuat Karpal di dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini benar-benar membuat muka para penyokong PAS “merah padam” apabila Presiden PAS tidak dipilih oleh rakan “syaitan” mereka itu.

 Mendengar penegasan DAP itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali cepat-cepat “cover line”, kononnya calon Perdana Menteri hanya akan diumumkan oleh Pakatan Haram selepas hari penamaan calon PRU ke-13 nanti. 

Begitulah PAS dan pemimpinnya yang masih tidak sedar-sedarkan diri lagi. Diperkuda, dikeldaikan dan dihina sebegitu rupa oleh rakan-rakan “syaitan” mereka pun, mereka masih tegar dengan “tahaluf siyasi” yang merugikan PAS sendiri… Sudah banyak kali saudara seagama mereka dari UMNO sudah mengingatkan kealpaan dan kedudukan PAS yang dipermainkan DAP dan PKR, tapi PAS tetap teguh berdiri bersedia untuk ditipu dan diperkotak-katikkan bagai budak hingusan di medan politik negara.

 Saya masih teringat teriakan para perwakilan PAS pada Muktamar parti itu yang lalu di mana mereka meminta agar Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13 nanti. Kata mereka, apa kurangnya Abdul Hadi?

 Di mana cacat celanya Abdul Hadi? Senang saya katakan di sini bahawa Abdul Hadi tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh para penyokong PAS.

 Sebabnya, Abdul Hadi merupakan Presiden PAS paling lemah dalam sejarah parti itu apabila merelakan diri dan parti itu untuk bersekongkol dengan “syaitan-syaitan” belaan PAP dan rejim Zionis Yahudi Israel untuk “menjajah” negara ini.

 Hadi begitu lemah apabila tunduk bagaikan budak kecil kepada kehendak Nik Aziz sedangkan dia merupakan Presiden PAS yang diberi kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan syura di dalam parti itu.

 Hadi hanya membiarkan saja Nik Aziz menggunakan kuasa vetonya di dalam syura PAS untuk sebarang keputusan meskipun majoriti ahli-ahli syura menolak pendirian Mursyidul Am PAS tersebut. Kononnya, Nik Aziz menggunakan “tahaluf siyasi”.

“Tahaluf siyasi” jenis apa yang harus dipatuhi jika ia jelas merugikan serta meletakkan PAS di dalam kehinaan serta dianggap seolah-oleh “keldai suruhan” di dalam pakatan “syaitan” tersebut?

 Malah, ramai akar umbi PAS kini sedang memberontak dan menganggap Nik Aziz sebagai satu liabiliti di dalam parti itu. Golongan ini lebih tulen perjuangan mereka dengan menegaskan bahawa mereka lebih rela tidak memerintah negara asalkan dasar dan prinsip perjuangan PAS tidak tergadai seperti yang sedang berlaku sekarang.

 Jelaslah di sini bahawa Abdul Hadi selaku Presiden PAS telah gagal memimpin PAS dengan baik dan telah mencemar begitu banyak perjuangan parti itu selama dia memimpin. Layakkah dia menjadi Perdana Menteri?

 DAP sudah tentu mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana “boneka jijik” itu sanggup melakukan apa saja untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri. Apatah lagi dengan “rahsia” Anwar yang kini ada di dalam poket Karpal, sudah tentu DAP begitu mudah untuk memaksa pemilik OMEGA itu untuk menurut segala kemahuan mereka.

 Jika tidak, “rahsia” buka…kan? Jadi, faham-fahamlah apa yang bakal berlaku jika Pakatan Haram menjajah negara ini. Boleh hancur Malaysia sekelip mata saja, kan? Dan relakah kita melihat negara ini hancur begitu saja? Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri..-MyKMU.net

Komentar KP : KP ada tonton dalam berita di TV, muka Mustafa Ali terus masam masa Karpal Singh sebut bahawa Anwar adalah pilihan DAP sebagai PM. Si Mahfuz Omar yang duduk sebaris dengan pimpinan DAP diatas pentas boleh buat bodoh je..memang kalau dah jadi kuda ,sampai ke sudah pun kuda la

Mana maruah pimpinan PAS ?? Rasa bodoh jika penyokong dan ahli PAS terus menyokong calon DAP dan PKR yang menolak Hj Hadi sebagai PM.Sepatutnya PAS berbangga untuk mengangkat Presiden mereka sebagai "The Next Prime Minister",itu pun kalau boleh menang.Kalau PAS setakat bertanding 60 kerusi lebih sahaja dalam Pakatan Rakyat ,itu belum tentu boleh menang semua.Jadi,tak usah berangan panjang untuk menang jika suara parti yang lebih senior seperti PAS terus diketepikan dalam Pakatan Rakyat dan parti itu terus dimalukan oleh DAP 

Sunday, December 16, 2012

Politik wang dalam DAP dah lama berlaku ...




Pengakuan DAP mengenai amalan politik wang mula membarah dalam parti itu bukan sesuatu perkara yang mengejutkan, kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus.

Menurut beliau, perkara ini tidak mustahil berlaku dalam parti komponen pembangkang itu apatah lagi umum sedia maklum mereka semakin tamak kuasa untuk memerintah negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Tambahnya, politik wang yang berlaku adalah berpunca daripada individu yang mahu dicalonkan sebagai wakil rakyat seterusnya dipilih sebagai pemimpin tertinggi parti.

"Perkara ini memang akan berlaku kerana mereka (DAP) terlampau yakin bahawa mereka akan memimpin beberapa negeri seterusnya negara.

"Sudah tentu mereka akan merebut untuk jadi calon, maka itu akan ada berlakunya politik wang.

"Oleh itu perebutan kerusi semalam nampak ketara kalau Ng Suee Lim sendiri berkata begitu maka kita (BN) sendiri tidak hairanlah," katanya ketika dihubungi wartawan Antarapos hari ini.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mengakui bahawa terdapat unsur-unsur politik wang sudah menular masuk parti itu dan mahukan proses pemilihan pemimpin untuk jawatan tertinggi dirombak.

Beliau seterusnya mendesak agar perlembagaan DAP dipinda bagi membolehkan perwakilan parti melantik terus jawatan-jawatan seperti Setiausaha Agung dan Setiausaha Kebangsaan parti.
 
Shukor yang juga ADUN Kuang turut menyifatkan pengakuan yang dibuat oleh ahli DAP itu sendiri jelas membuktikan bahawa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada Barisan Nasional (BN) selama ini demi menutup perbuatan terkutuk mereka.

"Apa yang dikatakan oleh ahli parti mereka (DAP) sendiri seperti Ng Suee Lim menggambarkan apa yang berlaku dalam DAP Selangor hari ini dalam menentukan kepimpinan mereka.

"Selama ini mereka menuding jari seolah perkara rasuah dan sebagainya dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), hari ini terbukti kerana mereka sendiri mengakuinya," ujar beliau.

Mengulas perkara yang sama, penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berpendapat DAP perlu bersikap demokratik dalam melaksanakan sistem pemilihan agar gejala negatif seperti politik wang ini dapat dicantas.

Perkara ini seperti mana yang dicadangkan Ng yang meminta perlembagaan DAP dipinda bagi membolehkan perwakilan parti melantik terus jawatan-jawatan seperti Setiausaha Agung dan Setiausaha Kebangsaan parti.

"DAP harus kaji sistem pemilihan parti, membenarkan anggota-anggota parti memilih secara langsung.

"Kita harus meminta mereka memperkenalkan sistem pengundian secara langsung," jelasnya.

Chandra selain itu menasihati pemimpin DAP agar lebih berwaspada dan bertindak segera menangani gejala ini sebelum menular menjadi lebih parah.

Pemilihan DAP bukti ia dikuasai satu kaum & dinasti keluarga




DAP tidak mewakili ‘middle Malaysia’ atau semangat perpaduan semua kaum di Malaysia apabila semua pemimpin Melayu DAP tidak memperoleh cukup undi untuk duduk dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti pembangkang itu semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.
“Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.
Najib menyeru rakyat agar terus menyokong BN yang mengamalkan perpaduan di bawah konsep 1Malaysia dan ini juga dibuktikan dalam barisan Kabinetnya.
“Malaysia berada dalam perkongsian baik dikenali sebagai Barisan Nasional. Percayalah, kami (Malaysia di bawah kerajaan BN) akan berusaha keras, ekonomi kita akan meningkat dan pelabur akan lebih yakin,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan bantuan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan perniagaan untuk membolehkan negara terus makmur.
Sementara itu, Najib berkata BN amat serius dan jujur dalam menunaikan janjinya kepada rakyat tidak sepertimana sesetengah pemimpin seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya semasa Anwar sekejap menjadi pemangku perdana menteri pada 1997, bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mempunyai banyak peluang untuk membuktikan kewibawaannya, tetapi telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan Tabung Matawang Antarabangsa mengawal Malaysia semasa krisis ekonomi pada tahun itu.
“Beliau (Anwar) tidak melindungi kedaulatan negara…Beliau tidak pernah bertanya pada dirinya sendiri kenapa beliau tidak layak menjadi perdana menteri,” katanya.
Najib juga meminta rakyat untuk tidak mempertaruhkan masa depan Malaysia di bawah pakatan pembangkang.
Beliau berkata pakatan parti-parti pembangkang tidak mempunyai ideology bersama dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara.
“Malahan pemimpin mereka Anwar (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang saling bersaing untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
“Kita (negara) tidak boleh mempunyai (ditadbir) satu pakatan yang asasnya pincang,” katanya.