Thursday, February 28, 2013

UIAM Batalkan Forum PRU-13 :Harapan Malaysia Atas Alasan "No Politic In Campus"


KUALA LUMPUR - Pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semalam  telah membatalkan sebuah forum politik yang bakal dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UIAM pada awal bulan Mac ini iaitu pada 4 Mac 2013.Forum yang bertajuk PRU-13:Harapan Malaysia ini yang akan menampilkan YB Khairy Jamaluddin ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,YM Dr.Raja Ahmad Iskandar,Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Prof Madya Dato' Dr. Asri Zainul Abidin,Pensyarah Kanan USM dan Prof Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah,Pensyarah Kanan UPNM. sebagai penalis di forum tersebut.

Skop forum itu kemungkinan akan berkisar tentang kehangatan menjelang PRU-13 di Malaysia dan apa harapan rakyat Malaysia terhadap PRU-13 ini yang dikatkan sebagai ibu segala pilihanraya.Forum ini dijangka akan menjadi pentas untuk politikus daripada kerajaan dan pembangkang untuk menarik sokongan anak muda terutamanya mahasiswa universiti terhadap mereka.

Menurut Presiden MPP UIAM,Saudara Hamidi Zamri ,forum ini sebenarnya sudah mendapat surat kebenaran pada awalnya tetapi pihak pentadbiran atasan UIAM telah mengambil keputusan baru untuk membatalkan forum ini beberapa hari sebelum forum ini berlangsung atas sebab-sebab tertentu.Yang jelas ,sebab utamanya ialah "No Politic In Campus".

Sebelum ini,nama UIAM telah tercemar gara-gara tindakan pihak universiti yang membatalkan beberapa program seperti K-Fiqh Siyasah,Program Bersama YB Dato' Saifudin Abdullah , Ceramah Agama bersama Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain lagi.

Sebilangan besar pelajar-pelajar UIAM melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak universiti ini yang dilihat sering kali menyekat kebebasan mahasiswa dan menyempitkan lagi pandangan mahasiswa terhadap politik itu sendiri .

Salleh Yaacob kecewa dimaki pencacai PR, undur dunia hiburan !!





KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

100 ahli Pas keluar parti pasal sikap angkuh Nik Aziz






Kira-kira 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh dekat sini, bertindak drastik menyertai UMNO selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Ahli Pas, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai UMNO kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.


"Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan UMNO. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan.

"Sejak 22 tahun Pas memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar Pas," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Seorang lagi penyokong Pas, Rosanah Yaacob, 47, memberitahu, dia tidak pernah mengundi UMNO kerana menganggap Pas sebagai parti Islam mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat di dunia dan akhirat.
Namun, katanya, tanggapan itu meleset kerana prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah.


"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," katanya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130227/po_10/100-penyokong-tegar-Pas-Gual-Tokdeh-sertai-UMNO#ixzz2M5sHIjGe
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, February 26, 2013

[Video] Nabil Dan Salleh Yaacob Buat Pakatan Meroyan Dengan Isu #ManifestoBukanJanji




Macai-macai Pakatan Rakyat sudah gelabah biawak apabila video "Bangkang Dari Longkang" berkenaan manifesto pilihanraya terkena kepada mereka.Memang kena betul la sebab si Khalid Gagap sendiri cakap manifesto bukan janji.

 Memang lawak habis la lakonan Salleh Yaacob dan Nabil...tapi disebalik lawak ini ada mesej penting yang hendak disampaikan kepada rakyat bahawa kita jangan percaya kepada parti yang menganggap manifesto itu bukan janji yang mesti ditunaikan selepas menang.Pilihlah kerajaan yang dapat menjamin janji-janjinya yang dibuat ditunaikan dan mempunyai track record yang baik dalam mentadbir negara 

           PR= #ManifestoBukanJanji              BN = #JanjiDitepati 

*Kesian Nabil,laman facebooknya habis dicemari najis-najis busuk macai-macai Pakatan yang tidak boleh terima kenyataan ini..


Monday, February 25, 2013

Ambiga Dinobatkan Oleh PAS Sebagai Puteri Balqis PAS ??


Mungkin sebab inilah ramai orang-orang PAS boleh termakan kata-kata Ambiga.Ambiga dah jadi Puteri Balqis PAS ..Hahaha...dah ketandusan pemimpin agaknya dalam PAS nie

Seorang yang menyokong agenda pluralisme agama,murtad ,IFC(Inter-Faith Comission) dan isu-isu yang menunjukkan penentangan terhadap Islam.Inilah wirawati yang dijulang oleh PAS !! PAS bertakbir sana-sini untuk menegakkan Islam,tetapi manusia seperti Ambiga ini yang dijulang mereka ketika BERSIH 3.0.

Dimana letaknya harga diri perjuangan PAS ??Setujukah kesemua ahli PAS yang berjumlah 1 juta di seluruh negara dengan banner ini ??Tepuk dada pi tanya pemimpin PAS !!!

Sunday, February 24, 2013

Anak Almarhum Ustaz Fadzil Noor Syor Kembali Kerjasama UMNO-PAS


Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.

 Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia. "Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

 Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

 "Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan," "Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

 Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.

Komentar KP : KP pernah mengikuti wacana berkaitan politik semasa yang mana Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil merupakan antara panel wacana terbabit.KP dapati perkara-perkara yang disentuh oleh beliau banyak berkaitan soal perpaduan dan kesatuan ummah,beliau juga tidak bias kepada PAS ataupun UMNO apabila berbicara.Beliau mengakui menjadi ahli PAS sejak berumur 15 tahun namun beliau sudah tidak aktif lagi dan dia akui pernah dituduh kononnya telah dibeli oleh UMNO dek kerana pendapat dan pandangan beliau berkaitan isu politik semasa bertentangan dengan pendirian PAS sehinggakan segelintir penyokong PAS menganggapnya sebagai pengkhianat kepada perjuangan Almarhum Ayahandanya Ustaz Fadzil Noor

Harakah Kantoi !! Palsukan Titah Raja Muda Perak Demi Kepentingan PAS



Keseronokan macai-macai pembangkang menyebarkan fitnah kononnya ringkasan titah Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibnu Sultan Azlan Shah berkenaan antara PAS dan UMNO yang diceduk daripada portal berita paling kuat fitnah di Malaysia ,Harakah yang mana akhirnya menarik balik kandungan surat tersebut daripada Harakah Daily kerana tidak tepat .

Penipuan terdesak puak-puak ini akhirnya memakan diri mereka juga sampaikan titah Raja Muda Perak pun hendak dimanipulasi untuk kepentingan mereka.KP juga mula-mula dah rasa pelik dengan titah tersebut yang disebarkan oleh macai-macai pembangkang ini kerana daripada penglihatan KP yang melihat sosok peribadi Raja Muda Perak yang berwibawa dan mempunyai prinsip yang tegas ,mana mungkin akan mengeluarkan titah sedemikian rupa.

Untuk membaca titah sebenar Raja Muda Perak,sila klik link ini [Klik Sini]

Inilah fitnah dan pembohongan yang dikeluarkan harakah 

Saturday, February 23, 2013

PANAS !!! Hj Hadi Kata Orang Yang Terima BR1M Bodoh


ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'. Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya.

 "Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi. Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

 Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Nik Aziz telah menghina rakyat Malaysia.-Antarapos.com

PANAS!! Berkat Nik Aziz Hina Penerima BR1M Sebagai Binatang, 78 Ahli PAS Isytihar Sertai UMNO



Seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'

Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.

Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong di sini malam tadi.

Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.

"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.

"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.

Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.

"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.

"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.

Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.

"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa," ujarnya

Najib Minta Nik Aziz Jangan Hina Penerima BR1M Sebagai Binatang


KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

 "Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

 Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka. 

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain. "Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

 Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

 Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN. "Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

 "Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya. Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

 "Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya. Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

 "Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama

Komentar KP :Sedangkan umara' pun tahu menghormati rakyat,ini seorang yang bertaraf ulama besar dalam PAS menghina rakyat.Macam mana orang Islam nak percaya kepada PAS untuk bawa agenda Islam ??Ulama sendiri pun tak jaga adab,sepatutnya ulama itu lebih menjaga adabnya sebagai ulama,jangan dihina rakyat sedemikian rupa.Beginikah wajah seorang ulama ??

Friday, February 22, 2013

Majalah Antarabangsa The Economist Ramal BN Bakal Menang PRU-13


KUALA LUMPUR - Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

 Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU. Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

 Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'. EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala berkata, 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya. 

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

 Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

 Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008. "Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.

 Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan. Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

 "Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan)... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

 "Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.

 EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU13. Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN. 

Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya. "Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

 Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

 Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing. Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010. EIU bersetuju dengan trajektori menaik:

 "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17." Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.

 Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13". - Bernama

Thursday, February 21, 2013

Rakyat Wajar Marah !!! Nik Aziz Samakan Penerima BR1M Dengan Binatang



Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

 Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

 Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

 “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Komentar KP : Makin hari makin merapu apa yang dicakapkannya,bandingkan rakyat yang menerima BR1M sebagai ayam dan lembu jelas penghinaan buruk terhadap rakyat Malaysia.Tidak wajar ia keluar daripada seorang Mursyidul Am yang jika di dalam bahawa arab membawa maksud irsyad iaitu  petunjuk,maka jawatan mursyidul itu bermaksud orang yg memberi petunjuk.Beginikah ayat yang keluar daripada seorang yg memberi petunjuk dan jalan kepada pengikutnya??

KP menyeru rakyat bangkit dan berani tegur kenyataan kurang ajar Nik Aziz.Ulama-ulama dalam PAS jangan jadi syaitan bisu dengan membiarkan Nik Aziz dengan fatwa-fatwa dan kenyataan songsangnya.Ahli dan penyokong akar umbi PAS yang menerima BR1M ini sepatutnya rasa terhina dengan celaan Nik Aziz yang turut sama disama tarafkan sebagai binatang.Apa salahnya menerima wang pemberian kerajaan ?? Tambahan pula kepada golongan yang miskin yang sangat memerlukan.Nik Aziz sudah kaya tak pa la sedangkan ramai lagi rakyat Kelantan menderita kemiskinan dek kerana lemahnya pentadbiran PAS di kelantan lebih 23 tahun .

Isu Kalimah Allah : Fuziah Dibedal Ustaz Harun Taib,Tidak Faham Tentang Pengetahuan Akidah dan Agama


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.

 Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.

 Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

 Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 "Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja. "PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah.

Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos. Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

 Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

 “Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. “Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

 “Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya. Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam.

 Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.- ANTARA POS-

Komentar KP : PAS selalu mendabik dada kononnya mereka sudah berjaya memberi faham Islam kepada rakan-rakan pemimpin parti yang bukan beragama Islam tetapi kenyataan Fuziah Salleh ini bukti bahawa kepada orang Islam sendiri PAS tidak cuba fahamkan tentang akidah yang benar misalnya berkenaan isu kalimah Allah.Jika PAS masih gagal untuk memberi kefahaman yang benar kepada orang Islam sendiri di dalam pakatan mereka,bagaimana pula untuk bukan Islam ??
Fikir-fikirkan lah bahawa PAS akan terus merugikan kepentingan Islam dan melayu jika terus berada di dalam Pakatan Rakyat.


Wednesday, February 20, 2013

Kepimpinan PAS Kedah Bergolak ,ADUN-ADUN PAS Gesa Azizan Razak Berundur


ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

 Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

 "Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini. Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

 Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya. "Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

 Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS. 

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka. "Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara.

Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

 "Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - BERNAMA

Komentar KP : Kesepakatan 11 kawasan DUN Kedah yang menggesa MB Kedah berundur sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah membuktikan bahawa kepimpinan PAS Kedah kini diambang pergolakan dalaman .Sokongan daripada Dewan Ulama PAS Kedah untuk membawa perkara tersebut ke PAS pusat juga dilihat punya agenda pihak-pihak tertentu di dalam PAS Kedah yang tidak lagi mahu Azizan sebagai ketua mereka.Isu penolakan Azizan di Kedah ini sebenarnya sudah lama berlaku dan dengan pengisytiharan oleh 11 kawasan DUN Kedah ini bermakna perang sesama mereka sudah pun bermula dan BN perlu gunakan waktu dan ketika ini untuk menarik kembali sokongan rakyat Kedah kepada BN. 

Fenomena Lagu 'Bo La Weiii' Gelombang Merah UMNO Kelantan Buatkan PAS Makin Derita #TUKAR


"Bo lah wei", satu mesej jelas daripada rakyat Kelantan kepada kepimpinan kerajaan negeri Kelantan. Rakyat Kelantan sudah cukup muak dengan corak pemerintahan PAS yang lebih mementingkan kepentingan politik mereka berbanding kepentingan rakyat.

 Lagu "Bo lah wei" nyanyian Eddie Hamid ini telah dilancarkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 yang lepas sempena Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan. Lagu ini semakin mendapat perhatian rakyat Kelantan.

 Semakin ramai anak-anak Kelantan terutamanya yang merantau di negeri orang kini mula sedar untuk membuat perubahan di Kelantan.

Komentar KP : Makin hebat rupanya gerakerja UMNO Kelantan dengan menerbitkan video muzik khas untuk kesedaran rakyat Kelantan terutamanya yang banyak berhijrah dan berada diperantauan.KP pun sudah menonton klip video tersebut dan menarik sungguh sususan atau arrangement muzik lagu tersebut dan kena dengan liriknya dalam loghat Kelantan.Mungkin selepas ini PAS nak terbitkan album khas sempena PRU-13 kerana PAS kan punyai ramai artis yang telah mereka angkat setaraf dengan ulama dalam PAS

-Moh pakat layan sedaih lagu nie boh...#TUKARKELATE

Tuesday, February 19, 2013

Anwar Dalam Dilema,Pelancaran Bukunya Versi Tamil Tidak Dapat Sambutan Kaum India


Majlis pelancaran Buku Anwar Ibrahim : Perjuangan Kejayaan telah mendapat malu besar apabila tidak mendapat sambutan daripada orang India sendiri.Amat memalukan apabila majlis pelancaran buku seorang pejuang kononnya hanya dihadiri tidak sampai 30 orang.

Mengapa perkara seperti ini terjadi? Buku tersebut yang diterbitkan dalam bahasa Tamil diharap dapat "mengsekolahkan" orang India tetapi malang sekali kerana tanggapan si bahalol penjahanam bangsa dan agama ini meleset sekali.

 Orang India sudah tidak mahu ditipu dan diperbodohkan lagi, mereka kini telah sedar dan faham siapa yang sepatutnya mereka ikut dan parti mana yang boleh membela nasib mereka. Cuba bayangkan seorang manusia yang diagungkan hingga diberikan gelaran "Anugerah Tuhan" apabila dibukukan ceritanya hanya mendapat sambutan sebanyak itu.

Perkara itu bukan dirancang tetapi itulah keadaan sebenar dimana rakyat terutamanya masyarakai India telah menolak Pakatan Rakyat Haram yang menggabungkan PAS, DAP dan PKR yang gilakan kuasa.

Komentar KP: Masyarakat India sudah masak dengan perangai munafik Anwar dan tidak akan tertipu lagi.Lihatlah, pelancaran buku Anwar dalam bahawa tamil kononnya hendak mendekatkan dirinya kepada kaum India tidak mendapat sambutan dan jelas ini adalah penolakan secara total mereka terhadap Anwar.Isu Kampung Buah Pala di P.Pinang yang mana ditipu oleh Anwar untuk diselesaikan kononnya selepas menang PRU-12 kini masih menjadi luka lagi kepada kaum India khususnya di P.Pinang .Terbukti lah bahawa Anwar kini bukan lagi pilihan kaum India.

Pakatan DAP dan PKR Johor Bergolak ,Kini Retak Menanti Belah


KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

 Beliau berkata, DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

 Dalam kenyataan di sini hari ini, Karpal berkata, siasatan mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti orang di sebalik 'serangan berbisa secara rahsia' terhadap DAP itu dan 'tangan hitam' di sebaliknya. Katanya, penegasan Boo itu tidak boleh diketepikan begitu saja demi kepentingan pakatan pembangkang. "Kredibiliti Chua boleh diragui.

Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.

 "Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik," kata Karpal.

 Sehubungan itu, Karpal menyeru pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj. - Bernama

Monday, February 18, 2013

PAS ugut nak keluar Pakatan , usaha terdesak pancing undi Melayu




Kenyataan Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh di anggap sebagai satu kenyataan bahawa PAS seolah-olah baru sedar dari tidur nyenyak yang panjang.

1-  saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk menenangkan hati ahli dan penyokong PAS yang sebahagiannya mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah mereka bersama-sama untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

2-  kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong PAS dalam berbagai isu. Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu Kalimah Allah.

3- kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan mewakili PAS dalam PRU ke 13 yang akan datang.

4- kenyataan tersebut dilihat seolah-olah untuk mengesah dan menyokong tuntutan pimpinan ulama seperti Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama yang mengambil pendirian yang tegas dan dicisive terhadap beberapa isu diakhir-akhir ini.

5- kenyataan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk melunakkan pekerja jentera pilihanraya PAS supaya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan diumum pada bila-bila masa sahaja.

6-kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada PAS di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana PAS dijangka meletakkan calon.

Bagi saya kenyataan Presiden PAS itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat , idealisme perjuangan PAS hampir diketepikan sepenuhnya atas keinginan yang melonjak untuk ke Putrajaya.

Hampir dalam semua isu baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar melibatkan aqidah dan syariah, PAS di dapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kita tidak perlu mengulang dan mendetailkan satu persatu isu-isu tersebut. Yang jelasnya pimpinan PAS perlu menununjukkan kepada ahli dan penyokong PAS isu yang mana yang melibatkan PAS dalamana parti tersebut mampu berdiri tegak mempertahankan asas-asas perjuangan parti Islam itu. Pun begitu masih ada pimpinan PAS yang cuba meyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa negara Islam dan hudud akan terus dilaksanakan setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Seandainya soal kecil seperti penggunting rambut wanita di Kota Bharu, soal papan iklan dan pusat-pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadhan di Kedah pun tidak dapat dipertahankan, mana mungkin PAS mampu dan dapat melaksanakan agenda Negara Islam dan hudud di Putrajaya nanti.

Saya ingin melontarkan beberapa soalan yang menyentuh berbagai isu seperti di bawah :

a. Apakah kenyataan Karpal Singh bahawa langkah mayatnya dahulu jika PAS berhajat untuk melaksanakan Negara Islam dan hudud itu menguntungkan Islam?;
b. Adakah persetujuan Pakatan Rakyat untuk membolehkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu menguntungkan Islam?;
c. Adakah Buku Jingga yang tidak langsung memberi peruntukan kepada Islam dan hudud yang menjadi “kitab” rujukan utama komponen Parti Pakatan Rakyat menguntungkan Islam?;
d. Adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai (en-block) sekiranya PAS melaksanakan hudud menguntungkan Islam?;
e. Adakah usaha membawa fahaman Pluralisme Agama dan Islam Liberal serta percubaan untuk mengiktiraf LBGT menguntungkan Islam?

Perlu juga dibangkitkan di sini mengenai pemecatan saya dan YB Ust Nasharudin Mat Isa . Saya dipecat bukan atas sebab saya terlibat dengan mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan syariat. Saya dipecat antara lain disebabkan tindakan saya untuk mencegah arak, judi, rumah urut dan percubaan mengkristiankan orang-orang Melayu Islam di negeri Selangor. Kesemuanya dilakukan atas sifat saya sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang memang portfolio tersebut menghendaki saya memainkan peranan itu. Adakah tindakan saya itu merugikan Islam?

Mengenai Ust Nasharudin pula adakah usaha beliau untuk menjalin ukhuwwah dan mahabbah antara pimpinan umat Islam dan juga diperingkat antarabangsa yang melibatkan para pemikir Islam dan di kalangan mereka yang tertindas seperti di Palestin itu merugikan Islam?

Sebenarnya hati kecil saya cenderung untuk menerima kenyataan Ust Hadi itu lantaran saya mengenali beliau secara dekat buat sekian lamanya. Tetapi kenyataan itu tidak mudah untuk ditelan akibat daripada tindakan PAS menangani isu-isu Islam yang ramai berpendapat PAS sudah sama sekali kehilangan daya juang dan semangat jihad.

Ada pihak yang mengatakan PAS seolah-olah seperti sudah dirasuk makhluk halus dan kelihatan terpukau dengan mainan politik Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan ramai lagi. Sebab itu dikatakan di awal tadi bahawa pimpinan PAS seolah-olah tidur lena buat sekian lamanya. Tiba-tiba tersentak bangun membuat kenyataan seperti yang dibuat oleh Presiden PAS itu.

Akhirnya, atas nama kejujuran dan keikhlasan serta atas nama semangat perjuangan Islam yang ditiupkan kepada ahli dalam usrah, tamrin, rehlah, munaqashah, ijtima’, PAS perlu melakukan sesuatu yang decisive dengan meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang juga. Gesaaan-gesaan ke arah ini sudah terdengar sekian lamanya khususnya dikalangan pimpinan ulama di dalam PAS.

Kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu bagi sesetengah pihak dianggap sebagai anti klimaks. Klimaks sebenarnya ialah tinggalkan Pakatan. Hanya selepas itu rakyat dapat melihat jantannya pimpinan PAS. Rakyat juga dapat melihat tindakan decisive PAS itu nanti menatijahkan betapa haru birunya DAP dan PKR dalam menghadapi PRU ke 13 terutama dalam menggarap sokongan pengundi Melayu Islam.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
17 Februari 2013

Saturday, February 16, 2013

Ulama Melayu Mekah Nasihatkan UMNO dan PAS Bersatu



Sheikh Hassan Toyyib al-Makki merupakan antara orang Melayu yang duduk paling lama di Makkah, bahkan beliau juga telah diberikan kerakyatan sebagai penduduk Makkah. Antara guru beliau, termasuk Sheikh Hassan Masyat, Sheikh Yasin al-Fadani, dan ramai lagi masyayikh yang beliau mengambil istifadah bahkan beliau antara pengiring jenazah para masyayikh ketika kebanyakkan penuntut Melayu sudah pulang ke Tanah Melayu.

 Antara nasihat beliau lagi, termasuklah di dalam hal politik yang berlaku di dalam negara kita ini. Beliau berkata kepada kami bahawa pentingnya umat Islam baik dari UMNO ataupun PAS bersatu, dengan wajah yang serius, beliau berkata, "Kalau dua-dua parti ini tidak bersatu, nanti lihatlah kedua-duanya akan binasa. Tapi, semua ini adalah sebab permainan musuh Islam yang nak lihat umat Islam berpecah". Beliau juga menyatakan kekecewaan beliau, "Sepatutnya ijtima' baru-baru ni(Ijtima' 'Ulama Turath), dijadikan tempat untuk menyatukan antara dua parti itu, bukan ijtima' itu hanya untuk PAS". Banyak lagi keluhan dan pendapat yang beliau lontarkan sepanjang perbualan kami

Sumber :http://simusafirilahi.blogspot.com/2012/01/ziarah-permata-kedah-yang-penuh-barakah.html

Komentar KP : Nasihat daripada ulama Rabbani dan waliyullah seperti Sheikh Hassan Toyyib Al Makki sepatutnya direnungkan baik daripada pimpinan UMNO dan PAS kerana bencana kebinasaan seperti yang disebutkan beliau kini pun sudah nampak ketara berlakunya dalam umat Melayu Islam yang berpecah belah sesama sendiri.Kalam-kalam ulama Rabbani seperti beliau sepatutnya diambil sebagai pengajaran berguna agar musuh Islam tidak mudah memecah belahkan umat Islam di masa akan datang.

Isu Kalimah Allah : Bantahan Setiap Minggu Jika Guan Eng Terus Membisu


 

Hari ini bertempat di hadapan Masjid Sheik Eusoff, Jln Air Itam, YDP Pas Tanjong Zaidi Abu Bakar bersama NGO2 Melayu telah mengadakan satu bantahan bekenaan isu kalimah Allah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

 Beliau menuntut agar Lim Guan Eng segera meminta maaf akan keterlanjurannya yang mendesak penggunaan kalimah allah untuk digunakan kepada penganut Kristian dalam bible berbahasa Melayu.

Ini kerana perbuatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini telah menguris hati umat islam khusunya di negeri ini malah pemimpin Pakatan dalam PKR dan Pas dilihat tidak pula berani menegur dalam isu ini.

 Selain itu , mereka juga memaklumkan bantahan selamatkan kalimah Allah ini akan diadakan setiap minggu sebagai tanda bantahan umat Islam negeri ini terhadap isu kalimah allah dicetuskan Dap.

 Selepas itu , upacara pembakaran Buletin Mutiara diadakan adalah simbolik kebiadapan Lim Guan Eng yang menghina Kalimah Allah yang menjadi hak mutlak umat Islam.


Friday, February 15, 2013

Azmin Ali Dah Bertaubat ,Anwar Bila Lagi ??


KP mendapat khabar bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan keluarganya sedang mengerjakan umrah di Mekah dan Mursyidul Am PAS pun ada bersama di sana.Azmin sempat berbual dan berbincang panjang, menerima nasihat daripada Nik Aziz sedikit sebanyak.Syukur lah dia sudah bertaubat.Mengenang dosa-dosanya yang telah dia lakukan.

Tak macam Anwar sampai sekarang sekeping gambar yang mengatakan dia sudah beberapa kali mengerjakan umrah pun tak ada.Asyik kata dia dah banyak kali ke Mekah dengan Azizah.Hampeh sungguh jawapan.Najib yang dia fitnah kononnya bunuh Altantuya pun dah tunaikan ibadah fardu haji.





Thursday, February 14, 2013

Slogan 1 Semak 1 Aiskrim,PAS Sindir Azmin Ali Ke ??


Gara-gara untuk mendapat tarikan anak-anak muda ,sebuah booth semakan daftar pemilih yang dipercayai digerakkan oleh PAS telah menggunakan slogan 1 Semak 1 Aiskrim .Tertanya juga KP,kenapa merasuah menggunakan aiskrim ?? Apa signifikannya Aiskrim dalam PR ??
Mungkin gambar di bawah ini adalah jawapan :-
                                                               

Nampak tak !!

Menjelang PRU-13 pun PAS sempat main sindir-sindir kasar lagi kepada PKR ....hahaha


Ulama-Ulama Pondok Kelantan Sepakat Seru Umat Islam Tolak Pakatan Rakyat


Ulama-Ulama pondok Kelantan bersepakat dan sebulat suara menyeru umat Islam di Malaysia supaya mengundi UMNO dan menolak terus pakatan pada piliharaya ke 13 yang akan berlangsung kelak. Gesaan itu dibuat sendiri oleh Tuan Guru Abdullah al-Najmi Bin Haji Saamah, Pengasas Pondok Al-Najmiah Geting,Tumpat Kelantan mewakili suara ulama pondok tersohor Kelantan.



Komentar KP : "Dia boleh tipu orang tak ngaji, tetapi dia tidak boleh menipu orang yang mengaji"

Fizz Fairuz Dikritik Bertunang Tak Ikut Hukum Islam Dan Adat Melayu


Tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam. Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang.

 "Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh.

 "Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.

 "Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

 Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.

 Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan.

 Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan. Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.

 Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.

 Perlu Uarkan Pertunangan

 Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga suami kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain

 "Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya.

 Sementara itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Fizz berhubung majlis berkenaan tidak berhasil kerana pelakon itu enggan menjawab panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

 Fizz dikatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangan itu “bocor” selain mengejutkan pelakon Almy Nadia yang selama ini dikatakan kekasihnya walaupun pelbagai kontroversi dilalui mereka sebelum ini.

Komentar KP : Tak pernah dibuat orang  si lelaki sarung cincin kepada tunangnya sendiri di Majlis Pertunangan ,agaknya terbiasa dengan adegan lakonan yang berpegangan tangan lelaki dan perempuan sampai majlis pertunangan sendiri tak reti nak hormat hukum-hakam Islam dan adat-adat Melayu.

Mat Sabu Bakal Kena Saman


SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan berkaitan 'projek IC' Sabah baru-baru ini.

 Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu. Beliau berkata, dakwaan Mat Sabu dalam Harakah bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan" telah memfitnahnya.

 "Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

 "Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut.

 "Jadi saya telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok, kalau gagal saya akan failkan saman terhadapnya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

 Dalam laporan Harakah baru-baru ini, Mat Sabu menggesa Wan Ahmad meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau tidak boleh dipercayai lagi. Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, setiap ahli politik perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat semasa berkempen atau sebagainya.

 Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf. "Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja.

 "Ini pertama kali saya ambil tindakan ini, sebab terlalu banyak fitnah kepada kakitangan SPR termasuk pegawai, timbalannya, terutama semasa kempen untuk pancing undi. "Saya dah bagi tempoh, tapi ikut pengalaman pemimpin pembangkang sukar untuk mohon maaf," katanya.

 Sebelum ini, notis telah dihantar kepada pihak defenden iaitu Mat Sabu, Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut.

Wednesday, February 13, 2013

PANAS !! Tok-Tok Guru Pondok Kelantan Debat Dengan PAS


Kebangkitan Guru-guru agama dan Ulama Pondok di Kelantan untuk menentang kemunafikan PAS sebenarnya sudah lama bermula dan akhir-akhir ini mereka lebih berani menyatakan suara mereka dihadapan PAS.Ulama-ulama pondok Kelantan dah jelak dengan pembohongan dan sikap munafik PAS

Pelbagai perkara diperdebatkan di dalam debat ini dan antara mencuri perhatian KP ialah berkenaan hukum hudud dan Nik Aziz  wahabbi.Tok penghulu PAS nampak sangat emosi dan cakap pun serabut.
Tok-tok guru pondok steady sahaja bagi jawapan dengan dalil ,nas dan bukti.Siap bagi cabaran lagi untuk Nik Aziz berdebat dengan Tok Guru Hj Lah ( TG Abdullah Sa'amah).Sampai sekarang Nik Aziz tak berani sahut cabaran tue.

Ayat yg paling sempoi Tok guru pondok tue kata :

"Dia boleh tipu orang tak ngaji, tetapi dia tidak boleh menipu orang yang mengaji".

Saksikan video debat dibawah ini:



Cina Chauvanist Sudah Terima Hukumannya,Padah Tunjuk Isyarat Lucah Kepada DYMM Raja Permaisuri Agong Dan Anggota PDRM


BALIK PULAU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas. 

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.

 Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

 Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.

 Pei Koe membayar denda itu. Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan tertuduh bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Komentar KP : Pengajaran buat manusia yang tidak pernah hargai keharmonian dan keamanan negara,kerja di Singapura dan bila pulang ke Malaysia ,cuba buat kacau bilau disini.Ini padahnya apabila sifat chauvanist dan rasis sudah tertanam dalam diri dan akhirnya kebodohan sendiri yang memakan diri.

Insiden Nazmi Faiz Bercium ,Benarkah itu Beliau ??



KP mendapat khabar berita kurang enak membabitkan bintang muda bolasepak Malaysia iaitu Nazmi Faiz mengenai suatu video yang dimuatnaik di laman you tube yang menunjukkan kononnya beliau sedang bersama aweknya, duduk bersebelahan di sebuah kedai makan di KL dan berlaku insiden bermesra-mesra antara mereka sedang semua orang tahu yang Nazmi Faiz masih muda dan belum berkahwin lagi.

Inikah gelagat bintang muda bolasepak Malaysia yang baru sahaja mencipta nama ??KP sebenarnya malas nak campur hal-hal peribadi seseorang tapi ingin menegur sedikit ikon sukan seperti beliau yang sepatutnya menjaga batas-batas pergaulan(muamalah) sebagai seorang Islam dan beliau dilihat sebagai ikon muda sukan Malaysia oleh anak-anak muda yang meminati bolasepak.

Ada sebuah blog hiburan yang menyiarkan video insiden tersebut dan tidak dinafikan wujud iras-iras beliau dan aweknya Tengku Fiella ,namun ada pihak mengatakan itu fitnah terhadap beliau dan itu video lama,namun,para pembaca sekalian lihat dan nilailah sendiri video tersebut.Harap Nazmi Faiz dapat beri reaksi tentang kesahihan video tersebut.

KLIK SINI untuk tonton video tersebut .

*Ini hanya pandangan penulis,bukan tuduhan untuk Nazmi Faiz tapi wajar peminat-peminat bolasepak tahu sosok peribadi ikon mereka,ramai sudah ikon-ikon sukan dunia jatuh gara-gara perangkap wanita*

Tuesday, February 12, 2013

Sambutan Hebat Rakyat P.Pinang Buat Najib


PULAU PINANG 11 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan terima kasih kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di padang Kolej Han Chiang di sini.

 Menurut Perdana Menteri, beliau juga merasa bertuah kerana buat kali pertama dapat meraikan perayaan tersebut dengan warga Pulau Pinang. “Saya rasa begitu bertuah dan amat gembira pada tahun ini kerana dapat melakukan sesuatu yang belum pernah saya lalui, iaitu menyambut Tahun Baharu Cina dengan warga Pulau Pinang. “

Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga dengan begitu meriah sekali," katanya ketika berucap pada majlis tersebut hari ini. Selain isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, turut mengiringi Najib ialah anaknya, Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunang, Daniar Nazarbayev.

 Sebelum itu, Ashman Razak menyampaikan ucapan dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung yang kagum dengan kefasihannya. Rosmah juga mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja selesai menyampaikan dua buah lagu Cina bersama kumpulan koir.

 Dalam ucapannya juga, Najib menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni. Katanya, perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacu kemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa. “Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia.

 Ini adalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyat Malaysia. “Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya...percaya pada janji ditepati," katanya.

 Beliau mengulangi komitmen BN untuk menyediakan 20,000 rumah mampu milik dalam tempoh 12 tahun jika berjaya mentadbir semula negeri itu dan menyediakan kemudahan monorel bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

 Pada perkembangan lain, Perdana Menteri menjelaskan, Kolej Han Chiang akan dinaik taraf menjadi kolej universiti yang memberi tumpuan khusus kepada bidang komunikasi massa.

 Yang hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta pemimpin-pemimpin komponen BN lain.

 Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah.-Utusan Malaysia

Cina Chauvanist Hina DYMM Permaisuri Agong Telah Ditahan,Guan Eng Perlu Bertanggungjawab !!

Disebalik kemesraan Lim Guan Eng menyambut ketibaan konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong di Airport Bayan Lepas,tindakan bodoh seorang lelaki cina yang jelas sangat rasis dan chauvanis  menimbulkan kekecohan dengan menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agong memakan dirinya sendiri apabila ditahan untuk siasatan.

Inikah benih-benih kebencian yang ditabur oleh DAP kepada kaum cina sepanjang mentadbir  P.Pinang untuk membenci Institusi Raja dan Kesultanan Melayu ??Sehinggakan sanggup menunjukkan isyarat lucah sedemikian.Mana perginya moral dan integriti yang kononnya diamalkan oleh DAP ??

Kerajaan DAP P.Pinang perlu bertanggungjawab berkenaan hal ini kerana belum pernah lagi Ketua Negara DYMM YDPA dan Raja Permaisuri Agong menerima penghinaan secara terbuka seperti ini.Guan Eng perlu memohon maaf kepada DYMM Raja Permaisuri Agong secara terbuka akibat tindakan bangang lelaki cina yang biadap lagi kurang ajar ini.

KP yakin kalau lelaki cina biasa ,tidak mungkin dia mampu berbuat sedemikian secara terbuka tapi kalau dah totok rasis dan spesies tak suka kepada Institusi Raja dan Kesultanan Melayu ini ,memang sah ini penyokong kuat DAP.

KP menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan tidak lagi berlembut berkenaan hal ini kerana ia berlaku secara terbuka dan kalau di Thailand,sudah pasti lelaki cina ini dihukum penjara ataupun dibuang negara kerana menghina Raja dan Kerabat Diraja Thailand.Sampai bila kerajaan mahu berlembut lagi dengan isu penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu !!



Laporan Identiti Lelaki Cina Tersebut

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 1:05 tengah hari tadi. Seorang lelaki Cina telah menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong dan telah ditahan oleh pihak berkuasa. 

Nama: LEONG PEI KOE 
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015 
Umur: 29 tahun Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura 
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007) Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang. 

 Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.

 ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.

 Amaran telah diberikan kepada lelaki Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.

 Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.

 Hasil siasatan polis mendapati, lelaki Cina tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif.-Flying Kick

Monday, February 11, 2013

Sheila Rusly Sindir Ostazah Abby ??


Artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.

 Golongan tersebut seharusnya yakin dan jitu akan niat utama mereka untuk berhijrah kearah kebaikan dan harus mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah ke arah baik itu.

 Pelakon yang juga penerbit drama Sheila Rusly berkata, seandainya ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

 “Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

 “Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

 “Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi di sini.

 Pelakon dan Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya selepas bertukar imej bertudung dalam masa terdekat.

 Malah tambahnya lagi, terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej tersebut dengan menekankan bab Politik dalam negara.

Sindiran Nasharudin Buat Nik Aziz,PAS Bukan Milik Mutlak Mursyidul Am PAS


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dipecat daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas minggu lalu memberi peringatan berbentuk sindiran kepada pemimpin tertentu yang selama ini menguasai Pas secara peribadi.

 Menurut beliau, Pas bukan hak individu dan tidak seharusnya ditentukan oleh seorang individu didalam apa jua keputusan bersabit parti itu.

 "Pas ni ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas ni bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh membuka dada menyatakan Pas ni milik dia, dia saja ada hak untuk mentafsir, 

"Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak contohnya kalau ada orang claim, dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..., tak, Pas ni milik ahli dia 1 juta orang, dia ada dasar dia, ada perlembagaan dan sistem dia sendiri". Katanya .

 Pada masa sama Nasharuddin turut menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dimana pengguguran dari Dewan Syura Ulama Pas itu menyebabkan keahlian beliau didalam Pas juga dengan sendirinya turut terpecat, sedangkan beliau difahamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang bahawa beliau masih lagi menjadi ahli Pas.

 Terdahulu Nik Aziz dipetik sebagai berkata, “Tidak penting sama ada dia (Nasharuddin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikatnya apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”

[Saksikan pengakuan YB Ust Nasharuddin Mat Isa berkenaan beberapa isu-isu penting di dalam PAS dalam rakaman penuh Soal Jawab TV3 bersama YB Nasharuddin Mat Isa]