Thursday, September 29, 2011

Hudud : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Gagal Capai Kata Sepakat

Ada kalangan lebih 30 wartawan dan jurugambar yang rasa macam nak give up tunggu lama sangat mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ,Kuala Lumpur Rabu malam.
pr513

Kalau siang lain cerita.Ia bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir lepas tengah malam.
Kerana mengenangkan ini mesyuarat penting dicelah kehangatan PAS dan DAP bertegang urat pasal isu hudud maka semua menahan sabar menunggu sidang akhbar selepasnya.
Harap-harap dapat penjelasan penuh dan dapat tembak segala macam soalan.Namun lain ceritanya.Sidang akhbar yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim cuma sekitar 10 minit.Sudah tu nak tanya lebih-lebih beliau potong kata dah malam sangat semua letih.
Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Pengerusi DAP Karpal Singh.Sebelum ini beliau jarang hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kata Kelantan tetap nak laksanakan hudud tidak hadir pada mesyuarat ini.Beliau diwakili oleh Exco Kerajaan Negeri Takiyuddin Hassan.
Isu hudud kembali hangat bila Karpal berentap dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana marah beliau membangkitkannya semula.
Malah beliau melepaskan kata-kata yang menyengat label Nik Aziz sebagai orang tua yang merengek cari perhatian.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghangatkan lagi bila menegaskan seluruh pimpinan pusat DAP akan letak jawatan dalam parti jika hudud dijadikan sebahagian dari agenda PR.
Nyata apa yang muncul dari mesyuarat lebih tiga jam itu tidak menepati kata-kata Anwar sendiri sebelum ini bahawa mesyuarat berkenaan perlu mencapai satu konsensus pasal hudud.
Ikut ceritanya mesyuarat berlangsung hangat.Namun semua pimpinan PR yang hadir gam mulut tidak mahu cakap mengenainya.
Anwar memulakan sidang akhbar dengan membaca kenyataan enam perenggan yang nampak terlalu umum mengenai hal itu,seperti berikut:
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Segajat (Universal Justice) Pentadbiran Yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Kesimpulannya ialah PKR-PAS–DAP terus bersetuju untuk berbeza dalam soal ideloji tentang isu berkenaan.
Ibarat orang yang sudah tidak ada alasan lagi,katanya pakatan itu menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
Anwar yang biasanya suka melayan soalan untuk betulkan persepsi tentang PR nampak tidak berminat kali ini.
Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut beliau memberi jawaban yang berbelit merujuk balik kepada kenyataan enam perenggan itu hingga membingungkan kalangan wartawan.
Seperti biasa untuk bersilat beliau cuba mempersalahkan UMNO cuba pecahbelahkan PR.
Katanya PR tidak akan terheret dengan mainan politik UMNO-BN.
Seorang wartawan kedengaran berbisik kepada rakannya waktu itu, yang bangkitkan isu hudud ialah PAS dan yang menentang ialah DAP.
“Apa kena mengena UMNO?” katanya.

Ahli Parlimen BN kawasan Kota Belud ,Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam twitternya mengulas hasil mesyuarat PR itu berkata, "Finally, after a stressful day they made me laugh. Thanks anwar and pakatan. They r the best comedians" - Agenda Daily

Komentar KP: Hudud...hudud....dan hudud, skrip yang mungkin tidak akan tamat kisahnya jika masih tidak dilaksanakan lagi. Pakatan Rakyat masih bermain tarik tali dengan isu hudud dan PAS ibarat orang bodoh yang menjadi pak turut sahaja akan kehendak Big Brother mereka DAP ,mereka lebih setuju kepada konsesus bersama  dari melaksanakan hukum Allah ...Masyaallah...Wa Nauzubillahi Min Zalik...
Ibarat indah khabar dari rupa, akhirnya Pakatan Rakyat tidak bersetuju atas desakan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat selepas mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyokong pelaksanaan hukum hudud .DAP menjadi penyebab utama kerana mereka begitu menentang keras  pelaksanaan hudud ini.Tetapi ,Pakatan Rakyat tetap menuduh UMNO /BN sebagai puncanya.
Selepas ini apa pula skrip yang akan dimainkan oleh PAS pula selepas skrip Hudud dikoyak-koyak oleh Pakatan Rakyat terutamanya DAP.Hj. Hadi mungkin masih kebingungan akan keputusannya yg dibuat bersama PR ini demi menjaga semangat persahabatan yg berbeza ideologi dan fahaman politik.
Kita tunggu dan lihat apa pula skrip yang akan dikarang oleh PAS pula selepas ini!!!!

Thursday, September 22, 2011

"Bapa Kencing Berdiri Anak Kencing Berlari"


KUALA LUMPUR  22 Sept. – “Kalau bapa kencing berdiri, anak pula kencing berlari”…  Begitulah perumpamaan yang tepat berhubung tindakan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang menuduh pihak Polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata pemikiran berkenaan bukanlah mengejutkan kerana jika Mat Sabu berjaya mengelirukan penyokongnya, apatah lagi anaknya yang sudah pasti akan mengikut jejak ayahnya.
“Pada saya benda itu memang berada di dalam keluarga dia… kalau ada rakyat boleh percaya apatah lagi seorang anak yang mungkin beranggapan bahawa ayahnya berada di pihak yang benar dan ayahnya dianiaya dan kemarahan anak itu disebabkan ajaran ayah.
“Banyak perkara ini berlaku bila anak mengikut jejak orang tuanya kerana pada mereka itu yang betul. Jadi saya tidak terkejut kalau seorang anak berperwatakan sama macam ayahnya dalam soal sebegini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anak lelaki Mat Sabu yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini.
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah kenyataan seumpama itu jelas hanya untuk menyerang pihak Polis dalam usaha merendahkan institusi berkenaan yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini.
“Saya rasa tidak masuk akal mengaitkan Polis dengan insiden tersebut. Polis ada banyak kerja lain daripada fikirkan bagaimana untuk bakar rumah orang. Tugas polis menyelamat  dan menghalang segala bentuk jenayah.
“Dan tuduhan tidak ada bukti ini pada saya sangat serius perlu kita lihat secara mendalam bagaimana kita dapat sekat kenyataan seumpama ini daripada berulang. Tindakan ini berniat jahat yang bertujuan untuk mengalihkan pandangan masyarakat atas isu sebenar disamping merosakkan imej institusi polis itu sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau melihat tindakan Mat Sabu yang cuba mengaitkan UMNO berhubung kontroversi Bukit Kepong yang ditimbulkan  adalah bertujuan untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap perkara yang sebenarnya.
“Kita diajar agar  jangan menipu dan kita jangan buat salah. Punca kepada masalah ini adalah apabila mereka menipu dan mereka cuba menutup penipuan berkenaan, maka lebih banyak penipuan akan berlaku.
“Sepatutnya kita buat salah kita mengaku kita salah, minta maaf dan perbaiki kesalahan tetapi apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk membetulkan perkara yang salah dan sebab itu saya tidak terkejut akan ada banyak lagi  perkara baru yang bersalahan terpaksa diwujudkan semata-mata untuk tutup penipuan pertama dan kesalahan yang mereka lakukan.
“Ini yang kita risaukan kerana mereka akan membawa satu penipuan yang berpanjangan kerana untuk tegakkan benang yang basah…. sebab itu kita dididik  jangan menipu walau sekali kerana kita akan terus menipu untuk tutup penipuan yang awal tadi,“ ujarnya.
Berhubung isu Jalur Gemilang yang menjadi kontroversi selepas ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan atas pandangannya yang mahu menukar bendera Malaysia, Razali yang juga Ahli parlimen Muar melihat musuh dalam selimut mula menunjukkan wajahnya yang sebenar.
“Saya rasa ini satu pengajaran untuk kita dan saya suka bila mereka menunjukkan warna mereka yang sebenar. Mereka bukan pemimpin dalam negara kita dan mereka pemimpin orang luar.
“Pemimpin seumpama ini adalah pemimpin yang cuba menjajah negara kita dalam keadaan dulu mereka ini musuh dalam selimut, tetapi hari ini kita dah nampak secara terang bahawa mereka adalah musuh kepada negara yang tidak mahu terima apa jua tentang kedaulatan kita dan ingin menukar semuanya.
“Maka  kita sekali lagi  berhadapan dengan satu kumpulan yang berusaha untuk menajajah kita. Ini satu perkara yang menjadi cabaran tetapi sebenarnya lebih mudah kerana dulu dia bersama dengan kita tetapi hari ini kita sudah nampak warnanya dan saya percaya ada ramai lagi pemimpin seumpama ini dan harap rakyat berhati-hati agar negara tidak diubah dan dijajah oleh orang luar,“ katanya.

Wednesday, September 21, 2011

Najib buat Pak Sheikh Meroyan Dalam Kes Liwatnya


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan memohon untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.

Peguam mereka, Hisyam Teh Poh Teik, berkata beliau akan mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA


Komentar KP: Kalau PM layan jugak pak sheikh nie,alamatnya silap-silap dia kalih tuduh PM  yang liwat saiful...hahah...pak sheikh yang sedap-sedap....tiba-tiba nak suruh orang lain yg tanggung...Piraaaaah...

Nasib baik PM  bijak dan tidak mengikut rentak tari pak sheikh nie... Nampaknya habis la pak sheikh dah tak ada talian hayat dah....pihak pendakwaraya dah ada bukti yang sangat kukuh dan jelas...Jangan nak auta lagi la pak sheikh....tobat lahum la....dah tua dah..rumah kata pi kubur kat mai ja tue

Tuesday, September 20, 2011

Anwar Kantoi Menipu!!! Dr. McDonald bukan Pakar DNA

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ke atas saksi pemebelaan, Dr Brian McDonald - pakar DNA dari Australia.

Yusof bermula dengan cuba mempertikaikan kelayakan Dr McDonald. Katanya meskipun beliau kagum dengan kelayakan pakar dari Australia yang mendakwa dirinya seorang konsultan molekular genetisis, namun McDonald bukan seorang pakar.

Menurut Yusof, dunia DNA telah berkembang pesat dan mendakwa beberapa kelayakan yang pernah diperolehi oleh Dr McDonald sudah lapuk atau usang dan ketinggalan zaman.

Beliau kemudian bertanya sama ada pada tahun 2002 Dr McDonald dikehendaki untuk menghadiri mana-mana program peperiksaan.

McDonald menjawap tidak ada sebarang pensijilan formal dalam bidang itu.

Katanya, beliau adalah penilai makmal forensik bertauliah NATA bagi pensijilan ISO 17025.

Yusof terus mempertikaikan kelayakan Dr McDonald dan menegaskan bahawa kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana perkembangan pesat dalam dalam bidang tarikh berkenaan.

McDonald mengakui bahawa beliau dia tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak lulus peperiksaannya.

Sunday, September 18, 2011

UMNO Bakal Terima 2 Tokoh Pimpinan PAS????


Biar betul cerita yang aku baca nie.....

Dato' Dr. Hassan Ali dan Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Mat Isa bakal keluar parti PAS dan menyertai UMNO.

Ini berita yang baru diterima. Perkara ini masih dalam perbincangan sulit peringkat akhir tetapi hampir pasti dilaksanakan.


Exco Kerajaan Selangor Hassan Ali DAN ahli parlimen Bachok yang juga bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dikhabarkan sudah berunding dengan Hishamuddin Hussein bagi "memproses" permohonan mereka menyertai Umno-APCO.


Bagaimanapun lokasi pertemuan dan siapa yang terbabit selain dari mereka bertiga masih lagi dirahsiakan.


Spekulasi kini tersebar sejak seminggu lalu dan lebih hangat semalam apabila beberapa beberapa sumber memetik bahawa kedua-dua mereka sudah tidak lagi bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.


Beberapa pengumuman mengejutkan akan diketahui dalam tempoh terdekat. Sekiranya benar sumber ini maka Najib Altantuya akan merancang tindakan lebih ampuh untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.



komentar KP: Betul ke tidak cerita nie....Waallahu'alam ....Allah sahaja yang tahu..atau ia sekadar cakap-cakap kosong dan khabar angin sahaja,kita sebagai pemerhati hanya tinggu dan lihat sahaja permainan politik ini.


Kalau benar lah cerita ini, KP ucapkan selamat datang ke medan siasah yang sebenar kepada kedua-dua pemimpin PAS ini yang jika dilihat sejak dahulu lagi cuba membawa PAS kepada jalan perdamaian dengan UMNO,tetapi atas tekanan Mursyidul Am PAS,ia hanyalah angan-angan mat jenin sahaja.


Pergolakkan mereka dengan bebrapa pemimpin dalaman PAS mahupun PR dilihat agak meruncing ketika ini kerana atas beberapa tindakan mereka yang bertentangan dengan pendirian parti khususnya dan PR amnya.


KP doakan agar cerita ini benar-benar berlaku





Saturday, September 17, 2011

Paria DAPig Menghina Bendera Malaysia

Disebalik kemeriahan menyambut ulang tahun Hari Malaysia ,16 September ,seorang lahanat DAP cuba bermain dengan api atas kenyataannya yang kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat dan rakyat Malaysia amnya.


Bukti yang sungguh jelas ,Ahli Politik DAP sangat rasis dan cauvanis serta tidak mempunyai semangat patriotisme dan cintakan negara.Kata-katanya yang sangat kurang ajar dan cauvanis ini sepatutnya diambil perhatian yang serius oleh media-media utama negara supaya dapat memperlihatkan wajah sebenar dak sikap sekutu kafir harbi PAS dan PKR .


Justeru ,gesaan KP supaya pihak berkuasa  mengambil tindakan tegas dan menghadap si bedebah ini ke muka pengadilan diatas sikap kurang ajar dan rasisnya yang cuba hendak menukar bendera Malaysia ,Jalur Gemilang kepada bendera baru yang  akan dilakukan jika Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU nanti .


Buktinya:




P/S: Jangan bermain dengan api,kelak membakar diri

Tuesday, September 13, 2011

Jins Shamsuddin Menempelak Mat Sabu Isu Bukit Kepong



"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif UMNO hanya kerana saya ahli UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.
"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis. Malah, ahli keluarga Muhammad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini.
"Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melarikan diri tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban," kata Jins Shamsuddin, pengarah filem Bukit Kepong.Selanjutnya

Monday, September 12, 2011

Berita Baik Untuk Pengguna Kad Prabayar




KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di negara ini akhirnya tunduk kepada desakan orang ramai dengan menangguhkan caj cukai perkhidmatan tambah nilai dan pek permulaan SIM pelan prabayar.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, TELCO telah bersetuju menangguhkan caj cukai tersebut sehingga perbincangan di antara syarikat-syarikat itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diadakan.
“Mereka (TELCO) telah setuju untuk tangguhkan..setakat ini, itu saja kita boleh diberitahu,” katanya ketika dihubungi media selepas menghadiri satu mesyuarat bersama beberapa wakil syarikat TELCO terbesar, terdiri dari Maxis Berhad, Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunication Sdn Bhd dan Umobile Sdn Bhd di sini hari ini.
TELCO sebelum ini mengumumkan akan mula mengenakan caj cukai perkhidmatan terhadap semua pelanggan pelan prabayar melalui tambah nilai dan pek permulaan SIM sebanyak enam peratus pada 15 September ini.
Tindakan tersebut telah mendapat bantahan perbagai pihak seperti  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan pengguna dan orang ramai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu meminta TELCO untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk mengenakan caj tersebut kepada hampir 14.6 juta rakyat negara ini yang menggunakan pelan prabayar tersebut.
Kabinet tidak pernah meluluskan kepada TELCO untuk mengenakan caj sebanyak enam peratus itu kepada pengguna mereka.

UMNO Jauh Lebih Baik Dari PAS

Bagi menutup malu PAS kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung PAS itu.
Dalam pada itu, seorang pemimpin PAS, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng.

Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan PAS Pusat dan kalangan pemimpin PAS tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? PAS lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.

Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua PAS Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu. Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin PAS itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.

Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden PAS itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.


Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.

UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin PAS seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.

Padahal PAS beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan PAS pula merudum.

Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, PAS hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon PAS di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang PAS perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.

Bilangan kerusi PAS di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna PAS tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun PAS tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong PAS.

Ramai berkata, punca populariti PAS menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin PAS pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, PAS sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, PAS sanggup gadai prinsip perjuangan.

Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, PAS tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, PAS tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.

Janji palsu terbesarnya ialah hudud. PAS menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, PAS memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar PAS ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji PAS ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.

Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, PAS membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, PAS menolak hak keistimewaan orang
Melayu.Untuk paparan selanjutnya Klik Sini

Sumber: medan-info-kita.blogspot.com

Komentar KP: "Rupa-rupanya hanya islam pada nama sahaja,Perjuangannya sudah jauh dari islam.Lebih baik jika tiada nama islam pada namanya,tetapi islam tetap terus kekal sebagai perjuangannnya sampai bila-bila ,barangkali itu lebih baik baginya"

Sunday, September 11, 2011

30 ribu Rakyat Banjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia



Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Permatang Pauh hari ini mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat sekitar kawasan tersebut. Walaupun hujan renyai-renyai yang turun semenjak awal pagi semalam, ia tak menghalang rakyat Permatang Pauh turun menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dianggarkan tak kurang dari 30 ribu masyarakat berbilang kaum dan juga peringkat umur memenuhi kawasan padang sekolah terbabit. Kesesakan jalan juga berlaku sepanjang 3 kilometer dari kawasan Sekolah terbabit walaupun ramai petugas dari Rela dan anggota trafik ditugaskan untuk memastikan pergerakan lalulintas lancar.

Kehadiran seluruh Exco kerajaan negeri P.Pinang meraikan Majlis Rumah Terbuka ini disifatkan oleh Datuk Seri Najib sebagai satu lambang perpaduan rakyat walaupun berbeza dari segi ideologi politik. "Inilah lambang sebenar gagasan 1 Malaysia yang kerajaan maksudkan" kata Perdana Menteri.

Majlis turut diserikan dengan tarian kebudayaan negeri P.Pinang disamping artis-artis yang diundang khas bagi memeriahkan program ini. Rata-ratanya rakyat yang ditemui amat bangga dan berbesar hati dengan kehadiran Perdana Menteri serta pemilihan lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri di kawasan kubu kuat pembangkang ini.Untuk melihat foto-foto dimajlis itu Klik Sini

Sumber: UtaraNews.com 

Komentar KP: Rupa-rupanya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia mendapat sambutan diluar jangkaan oleh rakyat di Permatang Pauh ini.Nampaknya trend rakyat di sini sudah kembali menapak kepada BN jika dilihat dari sambutan yang menggalakkan oleh rakyat berbilang kaum di kubu kuat Ketua Pembangkang ,Anwar Ibrahim.
Disebalik keriuhan dan kemeriahan majlis ini, ada juga juak-juak pembangkang yang cuba membuat provokasi di luar kawasan sekolah ini yang boleh disifatkan sebagai anjing menyalak tidak bertuan.Dengan memakai baju T-Shirt Kuning BERSIH  ,mereka cuba menjadi jaguh dan cuba membuat onar di majlis ini bertujuan memalukan PM.Tetapi diatas ketangkasan pihak polis dan pihak keselamatan,mereka ini dihalau dari kawasan tersebut dan sempat di boo teruk oleh rakyat disekitar kawasan luar sekolah tersebut kerana cubaan bodoh nak memalukan PM akhirnya diri sendiri yang malu.Itulah padahnya taknak berfikir panjang sebelum bertindak akhirnya terpalit ke muka sendiri.
PM dilihat amat berpuas hati dengan sambutan oleh rakyat di Parlimen Permatang Pauh dan ini bakal menjadi petanda pada PRU 13 akan datang  bahawa bumi Permatang Pauh ini akan menjadi pusara buat PKR dan BN akan merampas kembali kerusi kubu kuat Ketua Pembangkang ini.


Ucapan Terima Kasih PM Kepada warga Permatang Pauh di Facebook beliau






Saturday, September 10, 2011

PM Tidak Setuju Cukai Prepaid,Desak Kaji Semula



KUALA LUMPUR, 9 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.”

“Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.


Friday, September 9, 2011

Gesaan Kerajaan Mengkaji Semula Cukai Untuk Prepaid Kad





Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.

“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.

“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.

Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.

“Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.

“Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku,” katanya.



Komentar KP: Pada pandangan KP , kerajaan seharusnya tolak sahaja permohonan syarikat-syarikat telco ini untuk kenakan caj perkhidmatan ini kerana dilihat  membebankan rakyat yang majoritinya mengguna prepaid kad sebagai tambah nilai pada telefon bimbit mereka.Kebanyakan penggunanya terdiri pula daripada golongan muda kini menjadi penentu terhadap masa depan pilihanraya buat kerajaan sekarang.


Justeru,KP menyarankan supaya dikaji semula cukai ini atau terus batalkan cukai yang dikenakan ini atau Kerajaan mahu melihat rakyat berpatah arang memboikot kerajaan dan pembangkang menjadi pilihan golongan ini sebagai tanda boikot mereka.
Minta Kerajaan Ambil Perhatian dalam isu ini!!!!



Thursday, September 8, 2011

Memoir Abdullah CD Sangkal Kenyataan Adik Mat Indera


PAS dengan bangganya membawakan adik Mat Indera sendiri untuk mempertahankan tembelang dan kenyataan berbaur komunis mereka dengan memperalatkan adik Mat Indera,Baharum Syah Indera seorang pesara tentera kononnya untuk menyokong kenyataan Mat Sabu bahawasanya Mat Indera itu seorang pejuang Kemerdekaan.


Sebenarnya mengikut sumber yg dipercayai,Baharum Syah Indera telah pun dihubungi oleh Mat Sabu beberapa hari sebelum untuk diadakan sidang media khas menceritakan hal sebenarnya kerana Mat Sabu sudah tidak ada talian hayat yang lain kerana saban hari ,pelbagai artikel dan laporan polis dibuat keatasnya berikutan kenyataannya yang dilihat menyokong perjuangan komunis.
Jadi untuk menyelamatkannnya , adik Mat Indera diperalatkan oleh PAS sebagai menyangkal pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikenakan keatas Timbalan Presiden PAS itu.Walaupun,bermati-matian mereka menafikan Mat Indera adalah komunis berpandukan buku Pengukir Nama Johor,PAS jangan lupa juga mengenai buku penulisan bekas anggota komunis Melayu yang terkenal iaitu Abdullah CD,antara pemimpin utama Regimen ke-10 PKM yang bertajuk "Memoir Abdullah C.D(BAHAGIAN KEDUA):PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 dengan jelas menyatakan dan mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis di muka surat 115:
"Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpegaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan dibawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih.Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam,Batu Pahat dan Segamat.Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat,banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh,banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera.Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor"


Menyentuh peristiwa Bukit Kepong pula,Abdullah C.D dalam bukunya turut menyebut:"Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.


Jadi jelaslah,Abdullah C.D sebagai pemimpin utama komunis Melayu pada waktu itu mengiktiraf perjuangan komunis Mat Indera maka tidak perlu dipertikaikan lagi siapa Mat Indera.Tak gunalah PAS berpandukan kepada buku Pengukir Nama Johor kerana PKM sendiri mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis Melayu.Tapi ,KP tahu sebenarnya ahli keluarga Mat Indera sendiri sedar bahawa Mat Indera tersalah memilih jalan perjuangannya dengan komunis (PKM).


Komentar KP: Jika Mat Indera seorang anggota komunis Melayu cuba diangkat oleh PAS sebagai sebaris dengan pejuang kemerdekaan negara yang lain,tidak mustahil anggota komunis lain seperti Chin Peng,Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh akan dibariskan sama seperti itu .
Kesiankanlah kepada anggota-anggota tentera dan polis yang telah terkorban dan mendapat kecelakaan kekal ketika mempertahankan negara dari ancaman komunis sebelum kemerdekaan lagi hingga lah perletakkan senjata oleh komunis sekitar tahun 1989.Pengorbanan mereka hanya sia-sia saja jika kita tetap mengiktiraf pejuang-pejuang komunis ini.Adakah layak mereka (anggota komunis)layak digelar pejuang negara kerana mereka sanggup  membahayakan dan mengancam nyawa penduduk awam yang tidak berdosa??Kepada golongan bekas -bekas tentera dan polis,nilai lah sendiri bagaimana pembangkang meletakkan perjuangan dan pengorbanan bekas-bekas perajurit  ditahap yang hina dengan kenyataan kurang berilmu oleh Mat Sabu yang cuba bermain dengan api dengan isu ini yang hanya akan berkesudahan kebencian terhadap Mat Sabu dan PAS sendiri.Jadinya kenyataan Mat Sabu ini menjadi liabiliti kepada PAS yang terpaksa berhari-hari menangkis dan menjawab isu ini.Ada rakan blogger KP kata Mat Sabu timbulkan isu ini kerana dendamnya terhadap polis berikutan isu dia kantoi bohong dilanggar oleh LandRover polis padahal bayang LandRover pun tidak ada dalam video tu.
Apa-apa pun Mat Sabu sepanjang masa dia akan kantoi dan makan hati sahaja dengan kenyataan sendiri.