Monday, September 30, 2013

Hairie Othman Rayu PAS Bantu Selebriti Yang Menyertai Politik


Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu. Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

 “Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

 “Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

 Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah. Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.

 Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata. “Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.

 “Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya.

 Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah. “Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.

 “Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah,” katanya. Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.

 Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.

 “Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni,” katanya. Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen. -mStar

Komentar KP : Luahan hati Hairie Othman itu sebenarnya menandakan bahawa kebanyakan artis-artis yang menyertai politik terutamanya PAS hanya tidak lebih sekadar penyeri ceramah dan penarik kepada orang ramai untuk menghadiri ceramah politik .Ibarat" habis madu sepah dibuang".Mereka kurang dibantu untuk diterima di dalam parti dan tidak diberi ruang kerana mereka ini kurang berpengalaman dalam politik dan hanya seorang selebriti hiburan.


Sunday, September 29, 2013

Karpal Rayu Diberi Peluang Pimpin DAP Untuk Tadbir Putrajaya PRU-14


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata belau berharap agar pemimpin parti tersebut, yang kini semakin tua, akan berpeluang untuk mentadbir kerajaan persekutuan.

 Dalam ucapannya di Kongres Khas DAP hari ini, beliau berkata Pakatan Rakyat perlu menang dalam pilihan raya umum akan datang.

 "Kita mesti (menang), kerana para pemimpin semakin tua. Kami perlu diberikan peluang sebelum kami bersara, dan bila saya kata 'kami', saya turut sertakan Lim Kit Siang... "Kita ada orang muda. Saya nampak sangat sedikit orang tua sekarang. Apa yang kita ada, mungkin kamilah pahlawan yang terakhir.

 "Orang muda perlu ambil alih dari kami, itu proses semulajadi. Daripada apa yang saya lihat hari ini, pemimpin muda ini adalah orang yang akan mewarisi pentadbiran seterusnya di negara ini,” katanya kepada para perwakilan.

 Karpal dan Lim kedua-duanya kini berusia lebih 70 tahun.

Komentar KP : Apa lah agaknya yang Karpal Singh nak sangat pentadbiran di Putrajaya walaupun dalam keadaan berkerusi roda. Adakah dia yakin dirinya masih sempat untuk melihat dan menghadapi PRU-14 yang kira-kiranya lebih kurang 5 tahun lagi Kuasa apa lagi yang beliau mahu kejar ??

Saturday, September 28, 2013

Azizan Pernah Jumpa Tun Dr. Mahathir ,Minta Nasihat Untuk Majukan Kedah


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pernah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beberapa minggu menjawat jawatan itu. Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata, ketika itu Azizan mengunjungi Mahathir bagi mendapatkan pendapatnya berhubung pembangunan Kedah seawal pengambil alihan pentadbiranya selepas Pas memenangi PRU12, 2008 lalu.

 Pertemuan itu diadakan di rumah mereka di The Mines, Seri Kembangan. Siti Hasmah berkata, ketika pertemuan itu beliau turut bersama kerana ketika itu bukanlah satu kunjungan rasmi tetapi sekadar bertukar pandangan dan pendapat sebagai kenalan lama.

 “Saya masih ingat dia tanya Mahathir, bagaimana hendak majukan Kedah ketika itu”, katanya. Siti Hasmah berkata, Mahathir dalam nada bergurau menjawab, “kalau bagi tau formula menawan hati rakyat Kedah, bagaimana nanti nak menangkan BN semula”. “Bagaimanapun perbualan lanjut mereka saya tidak saya ketahui.

 Saya bersama mereka sekejap sahaja ketika minum air petang itu,” katanya. Perkara berkenaan didedahkan Siti Hasmah dalam pertemuannya bersama dengan Sinar Harian di pejabatnya Kompleks Yayasan Al-Bukhary, semalam.

 Menceritakan kembali kematian Azizan, Siti Hasmah berkata, dia terkejut dengan perkara itu kelmarin selepas diberitahu anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah. “Saya dah rancang dengan Mahathir, apabila ada program di Kedah akan menziarahi arwah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

 “Tetapi saya dimaklumkan dengan berita sedih ini, lalu saya terus ajak Tun Mahathir menziarahi jenazah segera,” katanya.

Komentar KP :Pemimpin-pemimpin PAS patut mencontohi sifat rendah diri yang dimiliki oleh Ust Azizan dan membuang sifat taksub politik kepartian berlebihan .Biar pun berbeza parti namun beliau tetap menganggap Mahathir sebagai seorang negarawan yang punya idea dan visi yang jelas dalam pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara.Beginilah yang kita mahu kepada pemimpin-pemimpin politik Malaysia agar punya sikap toleransi dan saling bertukar-tukar idea yang bernas untuk kepentingan negara.

Friday, September 27, 2013

PANAS!! Tanah Kubur Ustaz Azizan Masih Merah Lagi,Ketua Penerangan PAS Sibuk Nak Pilihanraya Kecil,


SHAH ALAM 26 Sept-Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.

 Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan.

 "Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau. "Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar.

 "Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini


Tika mana seluruh rakyat mengangisi pemergian Allahyarham Ustaz Azizan Razak ,Ketua Penerangan PAS dengan tidak menghiraukan sedih dan hiba seluruh rakyat Kedah telah mengeluarkan kenyataan agar PAS bersiap sedia untuk memperkukuh jentera  untuk pilihan raya.Kubur Ustaz Azizan masih merah lagi tapi pemimpin PAS nie dah sibuk nak minta jentera PAS siap sedia untuk pilihanraya kecil.

Memang benar kerusi DUN Sungai Limau itu sudah kosong, bacaan yaasin dan tahlil belum lagi sempat dibuat sudah bercakap bab politik dan pilihanraya.Kenyataan yang keluar daripada Ketua Penerangan PAS ini amat tidak patut dan tidak menjaga sesitiviti keluarga Allayarham Ust Azizan.

Bukankah lebih baik Tuan Ibrahim memberitahu akan adakan majlis bacaan yaasin ,tahlil dan solat ghaib kepada arwah daripada terus kata PAS mesti siap sedia untuk pilihanraya.Bagi KP walaupun bukan penyokong PAS,tidak sanggup untuk katakan sedemikian kerana KP faham setiap keluarga yang ditimpa musibah seperti ini wajar dijaga hati dan perasaan mereka .

Tongkat Nik Aziz Jadi Barang Lelongan


KOTA BHARU - Cakna nasib dialami mangsa kebakaran rumah di Kampung Sireh Bawah Lembah awal bulan ini, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbesar hati melelong tongkatnya untuk membantu keluarga terbabit.


Hasrat itu dinyatakan Nik Abdul Aziz menerusi Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga terbabit yang hilang tempat tinggal berikutan kejadian tersebut.

 Setiausaha Pemuda Pas Kota Bharu, Muhd Bajili Bakri berkata, salah satu tongkat kegunaan Mursyidul Am itu akan dilelong pada jualan amal dengan harga permulaan bidaan RM500.

 “Tongkat tersebut akan dilelong hari ini (Jumaat) selama 30 minit bermula jam 5.30 petang di tapak Car Boot Sale Lembah Sireh dan orang ramai yang ingin bersama-sama membantu mangsa kebakaran bolehlah mengunjungi jualan amal ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Selain itu, Muhd Bajili berkata, pada hari sama juga bermula jam 3 petang hingga 10 malam, pihaknya turut melelong pelbagai barangan baru dan terpakai dengan harga serendah RM1. Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari.

Thursday, September 26, 2013

Kerajaan Malaysia Ucap Takziah Atas Pemergian Ustaz Azizan Razak


Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili kerajaan Malaysia, parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pagi ini.

Timbalan perdana menteri turut menyifatkan pemergian Azizan sebagai satu kehilangan kerana Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan terutama di Kedah. “Bagi pihak Kerajaan Malaysia, parti UMNO dan BN, kami hendak merakamkan rasa sedih kerana Allahyarham sewaktu hayatnya telah beri banyak sumbangan kepada pembangunan di Kedah khususnya sewaktu menjadi menteri besar.

“Atas dasar itu, kami rasa pemergian itu satu kehilangan sebagai sahabat dan pemimpin. Kita ketepikan soal politik kerana kami yakin pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi kita juga,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.

Muhyiddin berkata, beliau mengenali Azizan secara peribadi dan pernah melawat pemimpin PAS itu di hospital sebelum ini. Timbalan perdana menteri turut mendoakan agar roh Azizan dihimpunkan bersama-sama golongan yang soleh.

Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang. Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 30 minit menerima kunjungan delegasi Myanmar yang diketuai Speaker Parlimen negara itu Thura U Shwe Mann di pejabatnya di sini. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee. – Bernama

Kata-kata PM Najib Razak di Facebook beliau mengenai Ustaz Azizan yang beliau kenali

Dr. Mazlan Tekad Guna Pengalaman Dalam Politik,Bantu UMNO Permatang Pauh


BUKIT MERTAJAM 25 Sept. - Pengalaman ketika bersama Telekom Malaysia (TM) serta menjadi ahli Pas selama lebih 20 tahun akan digunakan sebaik-baiknya oleh Dr. Mazlan Ismail untuk membantu keperluan parti sekiranya menang dalam pemilihan UMNO bahagian bulan depan. 

Menurut Mazlan, keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dibuat kerana beliau yakin mampu menyumbang kepada parti serta mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

 Selain itu, pengalamannya ketika bekerjasama dengan jentera parti ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 juga amat bermakna dalam membantu memartabatkan lagi UMNO.

 "Saya yakin dengan sokongan dari akar umbi serta berbekal pengalaman dalam dunia korporat di Telekom Malaysia serta sebagai ahli Pas selama lebih 20 tahun boleh digunakan untuk membantu UMNO bahagian ini.

 "Malah, masa pilihan raya umum lalu, tempoh berkempen hanya 15 hari, namun saya berjaya menarik undi lebih 10,000 orang, jadi untuk pemilihan bahagian ini, kempen lebih lama," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Turut hadir ialah pengarang buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Mazlan akan berhadapan dengan penyandang jawatan itu, Datuk Nasir Abdullah dan bekas calon Barisan Nasional (BN) Penanti, Ibrahim Ahmad. -Utusan Malaysia

Wednesday, September 25, 2013

PANAS!! DAP Kedah Berantakan,Tidak Setuju Zairil Dilantik Sebagai Pengerusi Sementara DAP Kedah


ALOR SETAR 24 Sept. - DAP Kedah semakin celaru apabila wujud dua kepemimpinan susulan pelantikan jawatankuasa interim yang dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. 

Sehingga kini, bekas Pengerusinya, Lee Guan Aik masih menganggap beliau mewakili organisasi kepimpinan DAP negeri yang sah menyebabkan terdapat dua Ibu Pejabat DAP negeri beroperasi di Kedah ketika ini. Guan Aik mendakwa, pelantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai pengerusi sementara oleh parti itu pada Jun lalu adalah tidak sah kerana tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

 "DAP Pusat melantik Zairil Khir sebagai Pengerusi DAP Kedah secara tidak sah kerana kami sebagai jawatankuasa asal tidak pernah diberitahu tentang tindakan ini, selain tiada diberi sebarang surat untuk menerangkan situasi yang berlaku," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

 Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru. Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.

 "Siasatan ROS dapat menentukan siapakah Jawatankuasa DAP Kedah yang sah sama ada saya yang dilantik semasa mesyuarat agung tahunan parti pada 2010 atau yang dipilih oleh CEC pada Jun lalu.

 "Kami amat keliru dengan situasi ini sehingga wujudnya 'kembar siam' dalam jawatankuasa DAP negeri seperti mana yang sedia maklum terdapat dua Ibu Pejabat DAP Negeri Kedah," katanya.

 Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. 

Monday, September 23, 2013

PANAS !! Tun Abdul Razak Bukan Talibarut Jepun,Fakta Menjawab Pembohongan Pembangkang!! @azeezputera


Pembohongan berterusan pembangkang untuk memburuk nama Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai bekas tali barut jepun untuk mengalihkan isu Chin Peng sangat lah tidak boleh diterima kerana wujud fakta yang menafikannya.

Hanya berdasarkan sebuah gambar yang memaparkan Tun Abdul Razak bergambar semasa menyertai latihan tentera jepun tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan fakta tersebut,mereka yang sengaja menabur fitnah hanya mahu imej negarawan ini tercalar kononnya menjadi talibarut jepun.

Blogger Dr. MiM melalui penyelidikan dan pembacaan beliau mendapati sebuah artikel yang ditulis oleh DYMM Almarhum Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman telah menafikan pembohongan pembangkang terhadap Tun Abdul Razak. Artikel tersebut terdapat dalam sebuah buku yang bertajuk  'Tun Abdul Razak: A Personal Potrait' .Terima kasih kepada Dr. MiM kerana telah meng'kantoi'kan fitnah busuk pembangkang ini. 



Agak-agaknya pembaca semua mesti faham apa itu 'Undercover Agent' dan inilah tugas yang dipikul oleh Tun Abdul Razak ketika pendudukan Jepun untuk membantu menyalurkan maklumat sulit daripada pentadbiran Jepun di Malaya pada ketika itu untuk pejuang gerila Melayu seperti Force 136 yang rata kesemuanya dianggota oleh anak-anak Melayu.

Isu ini juga telah dijawab oleh calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Dato Azeez Rahim untuk menafikan fitnah pembangkang ini :

KOTA TINGGI 22 Sept. - Tindakan pihak tertentu mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjadi tali barut Jepun disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah jahat. Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan penyebaran fitnah tersebut sebagai gimik politik yang cetek dan individu terbabit yang menyebarkannya sebagai buta sejarah.

 "Kenapa yang pernah menjadi askar Force 136 yang berjuang demi masa depan Malaya ketika itu tidak digembar-gemburkan? Sebab itu saya kata, kalau nak bercerita, ceritalah betul-betul. "Apa yang saya lihat, perkara itu hanyalah gimik politik oleh mereka yang cetek akal.

Bukti dan fakta Tun Abdul Razak menjadi askar jangan diketepikan. Saya harap rakyat pada masa ini tidak percaya dengan isu tersebut," katanya diminta mengulas tindakan pihak tertentu menyiarkan video di dalam YouTube baru-baru ini yang mendakwa kononnya Perdana Menteri Kedua itu sebagai tali barut Jepun. - UTUSAN ONLINE

PANAS!! ADUN UMNO P.Pinang Jangan Terpedaya Dengan Taktik Suap Peruntukan Daripada Guan Eng


Semalam ,Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan khas untuk semua ADUN UMNO yang berjumlah RM 40 ribu untuk setiap DUN.Begitu riuh pihak pembangkang memainkan isu ini kononnya kerajaan PR adil dalam memerintah dengan memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang dalam DUN P.Pinang.

Tetapi,KP merasakan ini merupakan satu taktik politik yang cuba dimainkan oleh PR untuk menunjukkan keterbukaan dalam memerintah.Sebenarnya,ini ada agenda tersirat yang kita tak tahu.Kenapa sejak mereka memerintah 2008 lagi mereka tidak memberi peruntukan sedemikian jika mereka benar-benar ikhlas nak menyalurkan peruntukan di kawasan-kawasan DUN yang mereka kalah.

Menurut blogger GBP,jika dikira secara kasar akan nilai RM 40 ribu yang diperuntukkan untuk setiap ADUN dalam setahun,ianya hanya sekitar RM 109 sahaja sehari.Inikah nilai ADUN UMNO P.Pinang di mata DAP ?? 

UMNO masih terus bertapak di P.Pinang atas jasa pengundi-pengundi melayu yang tetap meletakkan kepercayaan kepada UMNO dana BN.Jadi,wajar buat 10 orang ADUN UMNO menolak peruntukan ini kerana jika mereka terima ,ibarat mereka membunuh kepercayaan ahli-ahli UMNO dan pengundi melayu yang menyokong UMNO pada PRU-13 lepas.

KP harapkan inilah jawapan yang akan keluar daripada mulut Ketua Pembangkang DUN P.Pinang,YB Datuk Jahara Hamid.

Sunday, September 22, 2013

Mustafa Ali Sudah Tarik" Hand Break",Umum Tidak Bertanding Pada Muktamar PAS Ke-59


SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan dalam Muktamar Tahunan ke-59, November depan. Beliau akui mahu memberi ruang kepada calon muda untuk bertanding merebut jawatan dalam pemilihan tersebut.

 “Saya tak bertanding. Pasti saya tak akan bertanding dalam pemilihan kali ini. Sebab...tak ada apa. Saya rasa bagi orang mudalah bertanding,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

 Menurutnya, meskipun ditawarkan untuk bertanding, beliau tidak akan menerima tawaran tersebut. “Betul (jika ditawarkan juga tak akan terima).

Memang sebelum ini pun saya tak bertanding, jadi, kali ini pun saya tak akan bertanding,” katanya. Beliau yakin perwakilan Pas lebih tahu dan kenal siapa yang lebih layak untuk diberikan mandat, kali ini.

 “Perwakilan lebih tahu dan kenal mereka. Mereka akan melihat siapa yang mereka rasa boleh diberikan mandat dan kepercayaan.

 “Yang lama campur yang baru. Bila saya sebut yang baru ini bukan tolak semua yang ada (lama). Campur-campurlah. Cuma saya dah melampaui waktu untuk bertanding,” katanya.-SH

Komentar KP : Mungkin dia tak bertanding sebab faktor usia dan isu skandal main belakang yang pernah didedahkan oleh media terhadapnya.PAS perlukan pemimpin yang bersih dari segi moral dan integriti ,dia mungkin sedar dia sudah tidak tergolong dalam kelompok itu walaupun ada pemimpin-pemimpin PAS yang lain yang KP tak mahu cakap punya rekod moral yang buruk tetapi masih ligat nak bertanding lagi.

PANAS !! Hishamuddin Rais Kata Hj Hadi Meroyan Nak Jumpa Najib


SHAH ALAM - Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya terus mendapat perhatian blogger terkenal, tukartiub.blogspot.com.

 Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan".

 "Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib. "Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil. 

Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa. Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

 Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. "Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.

 Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. "Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.

 Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

 Paparan berita mengenai kesediaan Pas bekerjasama dengan Umno ini juga menjadi berita pilihan pembaca di Sinar Harian Online hari ini apabila ia berada di kedudukan teratas segmen '5 paling hot'.

Komentar KP : Hj Hadi selalu keluk kelik dengan kenyataannya,sekejap nak bekerjasama ,sekejap tidak ...patut la si Hisham nie kata Hj Hadi nie dah meroyan sendiri nak jumpa Najib

Saturday, September 21, 2013

Wajib Tonton!! Gelak Ketawa @KhairyKJ Bersama JOHARA Di Era FM


Sikap terbuka dan sporting Menteri Belia dan Sukan bersama krew JOHARA di Era FM.Pelbagai perkara dikongsikan YB Khairy bersama para pendengar setia radio Era FM dan berpeluang mendengar celoteh dan gelak ketawa seorang menteri bersama para pendengar.KP merasakan wajar agar menteri-menteri lain juga kehadapan seperti YB dari Rembau untuk membawakan pendekatan yang lebih mesra dan terbuka seperti ini. Tahniah YB ,Selamat Berkempen untuk pemilihan UMNO 2013!!

Mukhriz Dapat Restu Tun Dr. Mahathir Tanding Kerusi Naib Presiden UMNO


ALOR SETAR 20 Sept. - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata beliau mendapat restu ibu dan bapanya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu Oktober ini.

 "Saya dah jumpa mereka (ibu dan bapa). Tun (Dr Mahathir) serah pada saya untuk buat keputusan namun dia ada beri pandangannya berdasarkan pengalaman dia yang pernah bertanding naib presiden.

 "Bagaimanapun kali ini bezanya ada 146,500 perwakilan yang akan pilih. Tidak ada lagi sistem pencalonan. Ada banyak perbezaan pengalaman beliau (Tun Dr Mahathir) dengan keadaan sekarang," katanya.

 Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah ditemui selepas majlis memperkenalkan calon-calon UMNO Jerlun yang menawarkan diri bertanding jawatan peringkat bahagian itu di Wisma UMNO Jerlun, 30km dari sini hari ini.

 Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyatakan hasrat mempertahankan jawatan naib presiden. Selain Mukhriz, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad juga menawarkan diri bertanding jawatan itu. - BERNAMA 

Thursday, September 19, 2013

PANAS !! Pendedahan Berani Mati Ahli DAP Terhadap Pengaruh Jahat Dinasti Lim Dalam DAP


KP mendapat berita bahawa ada seorang ahli DAP dari johor yang berbangsa cina telah berani mati kehadapan untuk mendedahkan segala-gala melalui penulisannya di dalam sebuah blog(http://thedapinsider.blogspot.com/).Beliau bertekad untuk menceritakan segala-galanya mengenai kejahatan keluarga Dinasti Lim yang kini bagai terumbang-ambing untuk mempertahankan legasi mereka agar terus berkuasa dalam DAP

Ahli DAP ini juga menceritakan bahawa beliau sering diganggu oleh taiko-taiko upahan belaan dinasti Lim sehingga terpaksa membawa diri lari ke Indonesia.Ikuti kisahnya dibawah ini:

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim. 

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. 

 Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 

 Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.




Wednesday, September 18, 2013

Muhyiddin : UMNO Tidak Ada Masalah Untuk Kerjasama Demi Kepentingan Ummah


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara yang mustahil.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan umat Islam. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, perpaduan umat Islam juga menyumbang kepada kestabilan politik di negara ini.

 "Kedengaran banyak seruan meminta pemimpin-pemimpin politik Islam bekerjasama selain timbul pertanyaan mengapa UMNO dan Pas tidak boleh berganding bahu demi kepentingan ummah.

 "Di pihak UMNO sendiri, kita tidak mempunyai sebarang masalah berhubung cadangan itu," katanya dalam sesi dialog bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini.

Tan Sri Dato' Muhyiddin Yaasin  mengimamkan solat zuhur di Masjid SHAS Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersama para staf dan pelajar UIAM 
 Yang turut hadir ialah Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim. Terdahulu, seorang pelajar UIAM bertanya tentang perpaduan orang Melayu dan umat Islam serta mengapa langkah itu sukar direalisasi.

 Menurut Muhyiddin, umat Islam berdepan pelbagai cabaran dalam usaha membangunkan negara sejak mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu.

 "Kita perlu memberi tumpuan terhadap pemerkasaan sektor pendidikan dan jika gagal dilakukan, masalah akan timbul," ujarnya.

 Tambah beliau, umat Islam sewajarnya berusaha mencari titik persamaan sesama mereka dan menghargai pandangan yang berbeza. 

Tuesday, September 17, 2013

Tuan Ibrahim "Pukul Rapat" Resolusi Multaqa Ulama,Tegaskan Komitmen PAS Tetap Perkukuh Pakatan Rakyat


PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan.

PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak. PAS melihat resolusi dari Dewan Ulamak hasil Multaqa Ulamak sebagai sesuatu yang menepati demokrasi dalam PAS, kerana Dewan Ulamak sebagai sayap penting parti sewajarnya membuat rumusan bagi pihak dewan yang diwakili.

 PAS Pusat pasti akan meneliti dan mengkaji setiap resolusi yang dicapai di Multaqa tersebut, memandangkan ia adalah satu rumusan dari suatu himpunan Dewan yang utama di dalam PAS. Kita yakin resolusi tersebut mempunyai asas untuk dinilai dan diberi perhatian oleh Jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Cadangan bagi Majlis Syura dan PAS Pusat untuk menyemak hubungan dan Tahaluf Siyasi dengan rakan PR bukan bermakna memutuskan hubungan dengan PR. Ia adalah dua isu berbeza. Semakan agar perjalanan tahaluf selaras dengan tuntutan syarak sebagaimana resolusi yang dikemukakan ialah sesuatu yang sihat dan bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan polemik.

Oleh kerana dasar PAS ialah Islam, maka gesaan untuk semakan, kajian dan penelitian dewan Ulamak adalah sangat dialu-alukan. Sehubungan itu, PAS Pusat berharap Dewan Ulamak dapat mengemukakan perkara yang menjadi kebimbangan mereka itu.

 Oleh itu, resolusi yang dicapai di Multaqa Ulamak yang menggesa Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat menyemak kembali Tahaluf Siyasi bersama dengan Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang pelik.

 Ia ibarat peringatan agar kita sentiasa berada di atas peraturan yang betul di sepanjang lebuhraya. Pelbagai peringatan had laju dikeluarkan, bukanlah kerana kita memandu laju, tetapi peringatan agar jangan memandu melebihi had laju.

Namun, kalau ada orang yang marah kepada peringatan tersebut, tentulah ia sesuatu yang pelik. Berhubung dengan cadangan Dewan Ulamak supaya jawatan tertinggi parti daripada ulamak, sebagaimana juga dewan-dewan lain akan mengangkat dewan yang mereka wakili; terpulang kepada perwakilan untuk bersetuju atau sebaliknya dengan cadangan dari Dewan Ulamak itu.

PAS melihat ketentuan jawatan adalah hak perwakilan untuk memilih. Perlembagaan parti jelas memberi hak kepada perwakilan.

 Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
 Ketua Penerangan PAS Pusat

Komentar KP : Bagi KP,sia-sia sahaja Ulama-ulama PAS bersidang di Kota Sarang Semut untuk Multaqa Ulama ini kerana hasil resolusinya ibarat tin kosong yang tidak mendapat sokongan PAS Pusat.Jadi,apa guna lah agaknya Dewan Ulama di dalam PAS ini apabila segala cadangan dan nasihat untuk memperkukuhkan dan memperbaiki PAS ,dilempar tepi tanpa sebarang tindakan.

PANAS !! WUFI Cuba Sabotaj Program Tan Sri Muhyiddin Di UIAM ?? @DrRaisYatim @SRCIIUM


Pada hari ini,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak akan menerima kedatangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin yang akan tiba sekitar jam 1 tengahari.Pelbagai persiapan telah pun diatur untuk menerima kunjungan hormat TPM yang juga Menteri Pendidikan 1 yang akan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar UIAM .

Tetapi,agak menyedihkan dengan sikap kurang ajar dan tidak  sesetengah pihak yang tidak senang dan cuba menghasut pelajar-pelajar untuk tidak menghormati kehadiran TPM ke UIAM. Dengan menggelarkan TPM sebagai "TPM 20 sen" membuktikan inilah akhlak WUFI yang melaungkan Islam dibibir tapi hatinya penuh hasad dan khianat.

Pelajar-pelajar taksub akan sentimen politik seperti wajar diambil tindakan oleh pihak universiti agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi .Mohon jasa baik Presiden UIAM Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Rektor untuk melihat isu ini dan mengambil tindakan susulan menurut undang-undang univerisiti


Monday, September 16, 2013

Masa Depan PAS Makin Celaru,Ulama Dihentam Gara-Gara Minta Kaji Tahaluf Siyasi Dalam PR



-Ulasan yang menarik untuk dibaca oleh penyokong dan ahli-ahli PAS mengenai masa depan tahaluf siyasi PAS dalam PR

AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

 Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan. Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh.

 Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

 Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP. 

Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi.

Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema! Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah? Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta.

Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam.

 Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

 Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama. Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

 Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?

 Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama.

 Namun itu dulu. Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

 Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar.

 Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.


 Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini? Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya?

Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya? Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP.

Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

 Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

MUHAMAD MAT YAKIM
16 September 2013
Sinar Harian

Ucapan Belasungkawa Presiden SBY Atas Pemergian Al Habib Munzir Al Musawa


Umat Islam menangisi pemergian seorang Ulama terkenal di Indonesia Al Habib Munzir bin Fuad Al- Musawa yang memimpin majlis ta'alim yang terbesar di Indonesia iaitu Majelis Rasulullah SAW.Para santri pengajian beliau yang mencecah puluhan ribu menangisi pemergian beliau yang begitu banyak jasanya kepada pengembangan dakwah Islam.

Presiden Indonesia ,Susilo Bambang Yudhoyono turut menziarahi jenazah beliau di kediamannya sebelum dimakamkan di Kompleks Makam Keluarga Al Haddad.


"ALLAH tidak menghilangkan ilmu itu dgn melenyapkan terus ilmu itu dari dunia tapi sedikit demi sedikit dengan cara mengambil nyawa para ulama dari dunia ini."

  AL-FATIHAH utk Habibuna Munzir Fuad al-Musawa

http://news.liputan6.com/read/693808/habib-munzir-meninggal-sby-sampaikan-duka-mendalam


Saturday, September 14, 2013

Ketua Dewan Ulama PAS Sudah Beri Lampu Hijau,PAS Perlu Kaji Kerjasama Dalam PR


SHAH ALAM – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mencadangkan Pas supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siasi) yang diadakan dengan PKR. "Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah hari ini. Sebelum ini, umum mengetahui Pas telah menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR secara rasminya pada 1 April 2008 di mana ia merupakan lonjakan baru bagi politik tanah air.


Ketiga-tiga parti ini telah dinamakan satu parti perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR). Selain itu, Harun dalam kertas ucapatamanya juga berkata, bagi melaksanakan kajian ini jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan erti reformasi, PKR.

 "Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi Pas kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," katanya. Beliau yang dihubungi Sinar Harian Online lewat petang tadi berkata, perkara itu telah dikemukan setelah berbincang dan mendapat persetujuan ahli Pas dan Dewan Ulama.  "Saya telah berbincang mengenai perkara ini dan telah mendapat maklumabalas semua," katanya.

Apabila ditanya adakah beliau bersedia menghadapi tindak balas daripada rakan perikatan pembangkang itu, Harun berkata: "saya hanya menyuarakan untuk mengadakan kajian semula, tak mungkin mereka nak kecil hati pula,". "Saya juga terbuka menerima maklum balas mereka," tambahnya.

Thursday, September 12, 2013

Kristian Tidak Peduli Sensitiviti Umat Islam Dalam Tuntutan Penggunaan Kalimah Allah


PUTRAJAYA 10 Sept – Wakil Paderi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) hari ini meremehkan sensiviti umat Islam berhubung isu kalimah Allah apabila menyifatkan nilai sensiviti bumiputera adalah lebih penting.

 Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, nilai sensiviti bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih penting dan perlu diutamakan.

 “Jika umat Islam merasakan kalimah Allah ini penting, kami juga merasakan hak bumiputera adalah penting. “Bumiputera sudah lama menggunakan kalimah Allah, jadi kenapa mahu ditukar?,” soalnya kembali kepada wartawan.

 Ujarnya lagi, mereka akan terus memperjuangkan hak milik untuk mendapatkan penggunaan kalimah Allah ini dalam bible terbitan mereka.

 Beliau ditemui semasa perbicaraan sedang berlangsung di luar bilik perbicaraan. Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

 Ini adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31 Disember 2009.

 Permohonan kali ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.

 Tambah wakil paderi NECF itu lagi, dalam memberikan sokongan pada hari ini, wakil paderi gereja dari Sabah juga akan turut hadir. Turut kelihatan beberapa orang wakil dari Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

 Dalam pada itu menurut seorang peguam cina yang beragama Kristian (tidak mahu dikenali), perbicaraan kes kalimah Allah hari ini adalah lebih penting dari kes yang sedang dibicarakan di bilik mahkamah lain. Katanya, hari ini adalah penentu kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia. 

“Perkara ini penting untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia,” ujarnya. Namun apabila ditanya mengenai sensiviti dan kemarahan umat Islam berhubung perkara ini, beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Wednesday, September 11, 2013

Ustaz Fathul Bari Dakwa Kenyataannya Diputarbelit Oleh Nasrudin Tantawi Dan Dr. Asri


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahaya mendakwa kenyataannya berhubung kenaikan harga barang diputar belit.

 Beliau berkata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat tafsiran kenyataannya seolah-olah beliau berkata kenaikan harga barang itu adalah takdir.

 Walhal katanya, kenyataan asalnya adalah kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah dan menegaskan konsep "subsidi" tidak diguna pakai di dalam ekonomi Islam.

 "Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya. "Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

 Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam. "Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam. "Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.

 Menurut Fathul Bari, pemberian "subsidi" oleh kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih memerlukan memandangkan mereka yang kaya juga menerimanya.

 "Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini. "Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut," katanya.

 Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

 "Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.-antarapos

Tuesday, September 10, 2013

Biadap!! Nama Allah Digunakan Dalam Majlis Anjuran NGO Kristian di Semenanjung Malaysia


Gambar tertera " Allah Bangkit " ini bukannya dari Indonesia tetapi sudah bertapak di Semenanjung Malaysia walaupun keputusan Mahkamah hari ini telah menangguhkan untuk membuat keputusan .

 Betapa biadap & agresifnya gerakan Kristianisasi ini sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram kalimah suci hak umat Islam di negara ini .

 Firman Allah swt, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH” Al-Baqarah: 120


Gambar ini tersebar meluas di facebook hari ini ANALISIS POLITIK TERKINI yang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .

 Jika anda perhatikan banner "Allah Maha Pengasih " , apakah tidak akan akan timbul kesannya kepada umat Islam jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di negara ini ? Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak cucu kita akan mengucapkan “La ila ha illalah – Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH”;

Adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada ALLAH sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai ALLAH Maha Esa?Atau dia sedang merujuk kepada ALLAH Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari kristian – ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Roh Kudus!

Dipercayai individu daripada NGO ini merupakan penyokong tegar PR yang menyokong penggunaan kalimah Allah untuk agama kristian di Malaysia


KP berharap pihak berkuasa akan menyiasat mengenai gerakan NGO kristian ini dikhuatiri menyalahgunakan kalimah Allah yang masih lagi dalam perbicaraan mahkamah dan perintah injuksi perlu dikeluarkan untuk menghalang mana-mana agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan agama mereka.

PANAS!!! Khalid Samad Persoal Perlu Ke Selamatkan Kalimah Allah ?? #SaveKalimahAllah


Hari ini dalam twitter Khalid Samad menjawab bahawa tiada dalil melarang pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan tidak perlu untuk diselamatkan kalimah Allah daripada digunakan oleh agama kristian di Malaysia.Keangkuhan Khalid Samad yang mempertahankan kenyataan liberalnya ini sebenarnya memalukan PAS .

KP tegaskan disini bahawa sesiapanya bersetuju dengan membenarkan dengan hatinya untuk orang kafir menggunakannya bererti dia telah mensyirikkan Allah SWT yang Esa ,tidak beranak mahupun diperanakan.Jaga akidah,jangan jadi liberal Islam yang merosakkan Islam.


Umat Islam wajib bersatu mempertahankan kalimah ALLAH S.W.T. kerana ia melibatkan soal akidah yang menjadi tunjang kepada agama.

 ALLAH S.W.T. sendiri menyatakan dengan tegas di dalam Surah Al-Maidah ayat 72 yang bermaksud: Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya ALLAH adalah al-Masih putera Maryam."

 Padahal al-Masih berkata: “Wahai Bani Israil! Sembahlah ALLAH S.W.T., Tuhanku dan juga Tuhan kamu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan ALLAH S.W.T., maka pastilah ALLAH S.W.T. mengharamkan syurga untuknya, dan tempatnya di neraka.

 Pada ayat 73 pula ALLAH S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa ALLAH S.W.T. itu salah satu dari yang tiga. Tidak ada Tuhan selain ALLAH, yang Maha Esa. Jika mereka tidak menghentikan ucapan-ucapannya itu, sudah pastilah orang-orang yang ingkar dari mereka akan ditimpa seksaan yang amat pedih."

 Kaedah Usul Fiqh menyebut: “Redha dengan dengan kekufuran itu kufur, dan redha dengan maksiat itu adalah maksiat”.

 “Maka sebab itulah kita menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati kerana perbuatan membenarkan atau meredhai kalimah ALLAH itu disyirikkan atau disekutukan boleh membawa kepada kufur dan syirik,”

 Alangkah ganjilnya jika segelintir ilmuwan Islam sendiri terkhilaf pada susunan keutamaan (awlawiyyat).

 “Janganlah kalimah ALLAH itu rela digadaikan hanya kerana cita-cita peribadi dan ingin berkuasa. Mempertahankan agama dan akidah adalah keutamaan kepada semua orang Islam dan ia merupakan jihad yang selayaknya diperjuangkan,”

 Dikelirukan pihak tertentu adalah adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk mempertahankan kesucian kalimah ALLAH daripada dipersendakan atau diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

 Kalimah ALLAH dengan sengaja sudah dikelirukan oleh pihak tertentu dengan matlamatnya untuk melanggar agama Islam. Jika pagar ini dibuka kemungkinan akan berlaku syirik pemahaman kepada ALLAH SWT secara besar-besaran.

 “Bible bahasa Melayu itu akan menjadi agen untuk memurtadkan orang Melayu. “Demi kesucian nama ALLAH SWT, Tuhan orang Islam, umat tanpa mengira latar serpihan haruslah bersatu dan mempertahankan kalimah paling tinggi ini,”

 Ini perlu kerana ia berkait dengan soal asas akidah dan tauhid. “Orang Islam yang bersetuju dan membenarkan ALLAH dijadikan bahan dagangan untuk untung rugi kepentingan politik, mereka ini bukanlah saudara Islam kita. 

“Sesiapa yang bersetuju maka mereka sudah mensyirikkan ALLAH,” Landasan suarakan tentangan Isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam tidak boleh dibenarkan sama sekali. Ini disebabkan terdapat perkataan lain yang boleh dan sudah digunakan oleh mereka sejak dari dahulu lagi.

 “Penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam boleh menyebabkan kekeliruan dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang Islam,”

 “Walaupun sudah menyuarakan tentangan dan rasa tidak puas hati terhadap campur tangan mereka dalam isu ini, masih ada pemimpin politik bukan Islam yang terus bercakap dan mencampuri urusan agama Islam,”

 Rujuk keputusan muzakarah Terdapat golongan tertentu yang cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah.

 Mereka bersatu dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuk membuat tuntutan penggunaan kalimah ALLAH untuk kitab mereka.

 “Penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Melayu wajib ditolak bagi mengelakkan umat Islam menjadi keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal identiti ALLAH SWT.

 “Umat Islam perlu merujuk kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain,”

 Sebagai umat Islam yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, menjadi kewajipan mereka menjaga kesucian kalimah ALLAH serta mempertahankannya dengan cara yang terbaik. “Jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,”

 Umat Islam mesti tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama. “Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama,”

Monday, September 9, 2013

PANAS!! Isu Kemalangan Nabila: Amy Search Kata Ini Petunjuk Kecil Allah Kepada Nabila


EKSLUSIF! NASIHAT AMY KEPADA NABILA HUDA | Susulan daripada kemalangan yang menimpa pelakon Nabila Huda semalam, bapa kepada aktres berkenaan iaitu Amy Search hanya mengetahui mengenai kemalangan berkenaan petang semalam selepas dihubungi rakan Nabila.

Bercakap kepada portal murai, Amy Search berkata dia baru sahaja pulang dari melawat anak dan cucunya di hospital.

“Sebaik saja selepas menerima panggilan dari kawan Nabila, barulah saya terima panggilan daripada Nabila sendiri.

“Kalau nak tahu, saya baru saja pulang dari hospital untuk melawat mereka.

“Keadaan buat masa sekarang semuanya tenang.

“Nabila hanya cedera ringan, tetapi cucu saya, Keisha Laila di tahan di dalam wad kerana dia perlu menjalani X-Tray kerana tangan kirinya retak.


 “Sewaktu kemalangan, saya diberitahu bukan Nabila yang memandu sebaliknya kawan Nabila, Syazwan yang memandu kereta tersebut,” kata Amy.

 Dalam pada itu, Amy nampaknya lebih memihak terhadap komen yang ditulis bekas suami Nabila iaitu Eddie di laman Twitternya lelaki berkenaan.

“Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja.

“Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.

“Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada. “Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara.

“Apapun ini adalah peringatan buat penjaga itu sendiri.

“Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila,” jelas Amy yang amat risau keadaan cucunya itu.- portal murai

PANAS!! Nasrudin Tantawi Tak Mahu Mat Sabu Jadi Timbalan Presiden PAS ??


SHAH ALAM – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mencerminkan hasratnya untuk menyaksikan ulama mengisi jawatan timbalan presiden parti itu tidak bermakna beliau mengetepikan pihak lain.

 Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berpendapat, memandangkan parti itu memperjuangkan Islam, maka jawatan tersebut perlu diisi dengan calon yang mendalami Islam.

 “Jawatan presiden dan timbalan presiden adalah tunjang parti. Sebab itu ia perlu digalas oleh mereka yang betul-betul mendalami Islam.  

“Saya setuju dengan cadangan yang beliau utarakan. Tapi bagi saya cadangan itu juga tidak membawa sebarang maksud memperkecil atau mengetepikan peranan pihak lain yang ada dalam parti,” katanya pada Sinar Harian semalam.

 Katanya, semua pihak, termasuk ulama, profesional dan aktivis, berperanan memperkukuhkan parti itu. Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan lebih tinggi atau mahu mempertahankan jawatannya sahaja pada muktamar tahunan Pas kali ke-59, November depan, Nasrudin berkata, beliau belum membuat keputusan. “Saya perlu lihat dulu pencalonan lain dan di mana saya diperlukan. Mungkin dalam masa tiga atau empat hari lagi saya maklumkan mengenainya,” katanya.

Komentar KP: Sudah tiba masanya Mat Sabu basuh kaki dan tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS yang dimenangi akibat pelbagai pihak dalam PAS menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan PAS jika masih menolak calon ulama dalam jawatan utama parti.Selepas Nik Aziz membuat kenyataannya,Ketua DPM Nasrudin Tantawi pula menyokong kenyataan terbabit dan mereka sedar bahawa kedudukan Mat Sabu sebagai TP PAS hanyalah tidak lebih sekadar tukang sorak PAS yang tak dak ilmu.

Sahlah ,bahawa PAS sudah tidak mahu lagi melihat parti itu dipimpin oleh orang yang tidak mendalami Islam dan sekadar jadi ayam tambatan dalam ceramah mahupun himpunan haram anjuran PR 

EDISI KANTOI: Guan Eng Risau Dinasti Lim Akan Digulingkan,Tergesa-gesa Adakan Pemilihan CEC DAP


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa tergesa-gesa memilih tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini kerana takut berhadapan dengan 'penggulingan kuasa' Dinasti Lim.

 Ini berikutan kehadiran 17 ahli DAP yang telah disingkir kerana bertanding secara Bebas atau menolak cara pemerintahan anak beranak, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.

 Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Ta mendakwa, beberapa ahli yang telah dibuang oleh DAP kerana bertindak menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkemungkinan akan bertanding sebagai calon CEC kali ini.

 "Berita ini sudah tentunya menyebabkan Guan Eng tidak senang duduk, mereka yang menentang kumpulannya telah disingkir, bayangkan jika mereka bertanding bagi jawatan tertinggi parti.


 "Guan Eng takut sekiranya mereka bertanding dan menang, kumpulan yang telah disingkirkan ini juga mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan akar umbi parti dan mereka pastinya tidak akan mengundi Guan Eng dan konco-konconya. Mungkin juga akan berlaku peralihan kuasa selepas ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar berhubung perkara itu di Bandar Sungai Long, Kajang di sini hari ini.

 Kelmarin, Pendaftar Pertubuhan (ROS) membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula CEC parti itu pada bulan ini.

 Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa. 

Dalam pada itu, Tuan Tat turut menyoal tindakan tergesa-gesa Guan Eng untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh sebulan memandangkan sebelum ini kepimpinan tertinggi enggan akur dengan arahan ROS dan akar umbi parti itu. Jelasnya, secara drastik keputusan untuk mengadakan semula pemilihan CEC diambil dan tarikhnya pula bercanggah dengan perlembagaan parti.

 "Sudah termaktub dalam perlembagaan parti di bawah artikel 6 klausa 8 yang menetapkan 10 minggu notis sebelum pemilihan. Adakah Guan Eng tidak sedar dengan perkara ini? "Saya hairan dengan sikap Guan Eng yang sebelum ini begitu degil untuk mengadakan pemilihan semula walaupun mengakui dengan mulutnya sendiri terdapat kesilapan dalam pengiraan undi. Guan Eng dan bapanya, Kit Siang juga enggan mendengar sebarang keluhan dari peringkat akar umbi,'' ujarnya.

 Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga pada awalnya telah membayangkan pemilihan semula hanya boleh diadakan sekitar bulan November dan Disember.

 ''Jadi mengapa tukar semuanya? Apakah sampai bila-bila, kedua-dua anak beranak ini akan membuat keputusan parti sesuka hati mereka," soalnya-Utusan Malaysia

Komentar KP : Terkesan dengan tekanan daripada akar umbi DAP yang tidak puas hati dengan penipuan dalam pemilihan CEC lepas,Guan Eng begitu tergesa-gesa dalam menetapkan tarikh pemilihan CEC DAP demi kelangsungan Dinasti Lim dan pengaruh kuasa beliau dan ayahnya tidak diganggu gugat oleh ahli-ahli DAP yang sudah lama marah dengan diktatornya kedua-dua beranak ini yang memimpin DAP bagaikan parti milik mereka sahaja.

Inilah wajah Guan Eng,mengkritik terhadap parti lawan dengan pelbagai tohmahan tetapi partinya sendiri lebih teruk masalah dan penipuan dalam pemilihan demi kekalkan pengaruhnya dalam parti.

Sunday, September 8, 2013

PANAS !! Kaum Cina Kini Sudah Mula Malu Dengan Najib Selepas PRU-13 ??



Selepas berlakunya tsunami cina yang begitu kuatnya melanda PRU-13 pada bulan Mei lepas yang menggagalkan BN untuk memenangi pilihanraya dengan majoriti 2/3,orang-orang Melayu dan bumiputera yang menyokong BN perlu berbangga bahawa UMNO sebenarnya telah menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada PRU-12.UMNO berjaya meraih dan meningkatkan sokongan orang-orang Melayu terhadap UMNO melalui peti-peti undi di kawasan-kawasan Parlimen yang populasi pengundi majoriti melayunya 70% dan keatas.

Dengar katanya,kini masyarakat cina bila bertemu dengan PM akan rasa malu-malu dan beralih akibat terlalu malu kerana pengkhianatan sokongan masyarakat cina secara besar-besaran terhadap kerajaan BN dan negara.Mereka sedar bahawa kebajikan masyarakat cina sering mendapat perhatian kerajaan terutama dalam isu pendidikan,sosial dan ekonomi.

Tetapi ,mereka tidak dapat tidak menolak tawaran bonanza besar dari DAP dengan bayaran menolak BN pada PRU-13.Kini,masyrakat cina harus bayar apa yang telah mereka sendiri lakukan.Masyarakat cina sepatutnya sudah mula sedar bahawa janji-janji hak kesamarataan kaum yang ditawarkan oleh Anwar dan DAP sebenarnya tidak relevan dalam konteks Malaysia dan ini sudah bercanggah dengan kontrak sosial negara sejak kemerdekaan lagi

Kini kerajaan yang dipimpin PM sebenarnya kerajaan yang berasaskan kepada sokongan besar orang-orang melayu dan bumiputera kita boleh berbangga walaupun tanpa sokongan cina dan kita katakan inilah "Kerajaan Melayu Bumiputera" yang kita akan pertahankan demi kelangsungan agama ,bangsa dan tanah air kita.

Thursday, September 5, 2013

Ketua Polis Negara: A.Samad Said Terpaksa Menyelinap Masuk Rumah Senyap-Senyap Tengah Malam,Elak Ditahan Polis


Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa polis terpaksa menahan A Samad Said selepas pengerusi bersama BERSIH itu menyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin.

Katanya, polis pada awalnya mengunjungi rumah A Samad pada Selasa malam lalu namun sasterawan negara itu hanya pulang pada tengah malam dengan senyap-senyap.

 Pasukan polis yang sedang menunggu pada masa itu menahan A Samad sebaik beliau pulang, kata Khalid dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, polis sebelum itu telah meminta A Samad menyerah diri tetapi permintaan tersebut tidak dipenuhi.

Komentar KP : Penakut jugak rupanya Pak Samad nie,sanggup balik lewat malam takut ditangkap polis,dia ingat polis nie bodoh agaknya..awal-awal lagi polis dah standby depan rumah,dah tahu diri tue salah,serah diri la

PANAS !! Golongan Ulama Mahu Elaun Menteri Dipotong,Contohi Pemerintahan Islam Terdahulu Kawal Perbelanjaan Negara


SHAH ALAM – Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.


“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif. “Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.

 “Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi. “Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima,” katanya.

Menurutnya, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan.

 “Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan.

“Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi,” katanya.

Wednesday, September 4, 2013

PANAS !! Pendedahan Zainuddin Maidin Dedahkan Kenapa DAP Takut Dengan Filem Tanda Putera


Ikuti tulisan pandangan Dato' Zainuddin Maidin yang mendedahkan kenapa DAP begitu takut dan marah dengan filem Tanda Putera

Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei.

Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu. Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu?kenaapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?( Baca buku Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah kena!orang kita dah kena!

 Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra dalam pekara ini adalah benar dan tepat. Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan.

Orang orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah menmbunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu. Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung" Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah begitu celupar.

Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.

Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung. Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan " Ini kalilah." Populasi Melayu akan bertambah, profesional Melayu akan semakin ramai, walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahah BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.

Dia pasti tidak akan berjaya. Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua uam yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi bersama mencari jalan bagaimana rakyat Malaysia akan dapat terus hidup dalam keadaan aman damai.

Tun Razak memberitahu doctornya :"Saya mahu sedikit masa lagi." Tetapi Tun meninggal dalam keadaan yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia. Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa