Thursday, May 30, 2013

Mufti Perak :Jangan Jadi Penderhaka Kepada Negara


Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

 “Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara. “Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

 Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan. Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

 Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut. Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan. Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam. “Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.

Friday, May 24, 2013

SPR : Gambar 'Blackout' Disebarkan Pembangkang Hanya Lakonon Yang Dirakam Sebelum PRU-13

Pembohongan nyata Cytro Pembangkang 
KUALA LUMPUR - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

 Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

 "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

 Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

 "Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. "Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

 Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

 "Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

 "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.

 Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

 Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13. "Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

 "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.

 Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

 Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

 "Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. - Bernama

Wednesday, May 22, 2013

Ikhwanul Muslimin Contohi Kepimpinan Malaysia,Nasihat dan Tunjuk Ajar Tun Dr. Mahathir Jadi Pilihan


Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

 Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

 Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

 Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mursi.

 Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih belum stabil samada dari segi ekonomi dan politik.

 Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia memberikan pandangan mereka, apa lagi nak buat supaya Mesir stabil dan maju.

 Pada Ahad, Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dijemput berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.-Agenda Daily

Komentar KP : Kesediaan Mesir menerima dan mengambil Malaysia sebagai model sebuah negara Islam yang wajar dicontohi merupakan satu pengiktirafan besar kepada Malaysia.Manakan tidak,Tun Dr. Mahathir yang juga bekas PM diberi penghormatan khas untuk berucap dalam majlis khas di Mesir.Pandangan beliau masih ditagih dari Mesir dan dijadikan sebagai contoh untuk membangunkan semula Mesir selepas revolusi Arab Spring yang meruntuhkan rejim kerajaan Hosni Mubarak.

KP sangat berbangga kerana mempunyai seorang bekas PM yang masih dihargai jasanya di peringkat antarabangsa walaupun tidak lagi berada dalam kerajaan.Pandangan dan pemikiran beliau masih diperlukan diluar dan dihargai oleh mereka kerana melihat bagaimana Tun membangunkan Malaysia dan membawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan berdaya saing di dunia.

Lihat bagaimana mereka menghargai Tun sebagai antara 3 pemimpin yang menjadi impian mereka  untuk menjadi pemimpin Mesir.Ini dipaparkan dalam sebuah akhbar berbahasa arab di Mesir.Jadi,KP berpendapat orang luar lebih mengenali diri Tun daripada rakyat kita sendiri yang tidak bersyukur dikurniakan bekas pemimpin yang banyak jasanya kepada negara.

PANAS !! Khalid Ismath Cuma Bikin Panas Dengan Nik Abduh


Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan kegusaran dan kemarahan segelintir penyokong PR sampai wujud segelintir manusia yang cuba cari pasal dengan anak TG Mursyidul Am PAS tersebut.

Beliau yang sebelum ini mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran,bukannya melalui ledakan di jalanraya seperti yang dicetuskan oleh Adam Adli agar rakyat turun ke jalanan dan tumbangkan kerajaan sedia ada yang dipilih melalui sistem demokrasi yang sah disisi undang-undang negara.

Rupanya,penangan kata-kata Nik Abduh ini menyebabkan Khalid Ismath bengang dan mengatakan ini suatu penghinaan kepada anak muda.Mana tidaknya,selepas PRU-13 lepas,hampir setiap minggu Anwar dan juak-juaknya melakukan road show jalanan 505 dengan menghasut rakyat bahawa kononnya pilihanraya kali ini penuh penipuan ,muslihat dan sebagainya.

Mereka tidak dapat menerima kekalahan dan sebagai jalan mudah,demonstrasi dan himpunan jalanan dibuat oleh Anwar dan disambut dengan gembira oleh pengikut-pengikutnya yang masih mentah dan berhingus lagi tentang politik contohnya seperti Adam Adli yang bertindak bodoh dan pendek akal dengan menghasut rakyat turun ke jalanan untuk tumbangkan kerajaan

Bacalah kenyataan merengek dan berhingusnya Khalid Ismath,


Tuesday, May 21, 2013

PANAS!! Ahli DAP Berdemo Seorang Diri ,Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Kakitangan UTUSAN


KUALA LUMPUR, 20 Mei - Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang tadi.

 Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan. 

Malahan kira-kira 100 kakitangan Utusan yang menanti kehadiran para pendemonstrasi itu ternyata "kecewa" apabila hanya kelibat Hata yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat itu sahaja yang hadir.

 Disambut dengan jeritan "Hidup Utusan!", "Hidup Melayu!" dan "pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian.

 Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merancang mengadakan perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut di tempat dan waktu yang sama hari ini bagaimanapun akur dengan arahan pihak berkuasa yang melarang mereka berbuat demikian.


Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Kakitangan UTUSAN 

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan kini menyertai DAP, Hata Wahari hari ini muncul untuk beberapa minit di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, di Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan syarikat akhbar tersebut.

 Namun, bak kata bijak pandai…kalau diri sendiri dah buruk perangai, apa kejadah nak menegur orang lain. Kalau kita rasa diri kita bagus, tegurlah dengan cara berhemah dan penuh kesabaran. Datang mengacau rumah orang, kena provoke sikit, terus meroyan.

 Dalam protest jiwa kacau petang tadi, jurugambar Mynewshub berjaya merakamkan aksi di mana Hata memperlihatkan isyarat lucah kepada kumpulan kakitangan Utusan yang menunggu kehadirannya sejak pagi lagi. 

Kejadian itu dapat dilihat pada saat ke-14 dalam klip di bawah. Mungkin Hata tidak menyangka jurugambar Mynewshub akan berada di belakangnya ketika dia berbuat demikian.

 Hakikatnya, kalau kakitangan Utusan memperlihatkan rasa kurang senang mereka memang patutlah kerana Hata datang ke pejabat mereka melakukan satu bentuk tindakan yang boleh ditafsir sebagai memperkecilkan syarikat berkenaan.

 Namun, untuk Hata memperlihatkan isyarat lucah, itu mencerminkan pemikiran yang sempit dan sangat tidak profesional.

 Apa yang menarik, walaupun di kalangan kakitangan Utusan ada yang melaungkan “boo”, “balik”, “komunis” dan “hidup Utusan”, namun tidak ada seorang pun yang dikesan memperlihatkan sebarang isyarat lucah kembali kepada Hata.

 Jadi kepada Hata, renunglah sahsiah diri anda sendiri sebelum mahu menegur orang lain yea.-Mynewshub

Monday, May 20, 2013

PANAS !! Menteri KDN Balun Anwar ,Negara Ini Bukan Bapak Anwar Yang Punya !!!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

 Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

 "Negera ini pun bukan negera bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negera bapa dia.  "Yang itu, awak kena tulis Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," kata sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

 Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

 Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

 "Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

Komentar KP : Steady Dato' Zahid kerana keberanian menjawab tohmahan Anwar sekaligus membuktikan ketegasan beliau untuk tidak lagi bertolak ansur dan berlembut dengan lahanat dan musibat pengkhianat negara seperti Anwar dan juak-juaknya.Masa berlembut sudah habis,kini masa untuk bertindak!!

Sunday, May 19, 2013

PANAS !! Adam Adli Di Reman 5 Hari Dalam Lokap Dibawah Akta Hasutan


SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

 "Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli. “Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian Online.

 Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini. Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

 Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Komentar KP : Keberanian Adam Adli dengan mencabar undang-undang negara terjawab dengan  penahanannya dan KP berharap KDN dan polis tidak lagi memberi setakat amaran sahaja tetapi bertindak terus dengan mendakwa beliau .Kita tidak mahau lagi negara diporak-perandakan oleh durjana-durjana anak muda yang pendek akal seperti ini yang tidak reti menghormati sistem demokrasi dan undang-undang negara.Pelajaran pun entah kemana sudah sibuk kita nak jadi Hero Malaya dengan membuat demontrasi haram secara besar-besaran.

Friday, May 17, 2013

Menteri Besar Kelantan Menyambut Baik Kabinet Baru 2013 ,Sokong Kenyataan Najib Sebagai Kabinet Transformasi


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu.

 Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.

 Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.

 “Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.

 “Saya juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

 Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan turut mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet yang baru untuk mentadbir negara ini.

Komentar KP : Kesediaaan Dato' Ahmad Yaakob untuk mengiktiraf dan menyambut baik kabinet baru  yang dibentuk oleh Najib ini membuktikan bahawa beliau mahu membawa perubahan besar dalam pentadbiran kelantan kepada yang lebih baik dengan memulakan kembali hubungan baik dengan kerajaan pusat.Jika sebelum ini,jarang kita dengar ada MB daripada negeri pembangkang memuji sebarang usaha daripada kerajaan persekutuan.Sikap sebegini perlulah ada pada setiap pemimpin kita jika mahu melihat kemajuan negara dengan tidak menyempitkannnya dalam kerangka politik kepartian tetapi lebih luas daripada itu .



Wednesday, May 15, 2013

TERKINI !! Senarai Lengkap Menteri Dan Timbalan Menteri Kabinet Baru Pentadbiran Malaysia 2013



Barisan Kabinet Baru Pentadbiran Malaysia 2013

PERDANA MENTERI - Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI- Tan Sri Muhyiddin Yaasin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri :
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
 (7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

 TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

 MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

 MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

 TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC) 

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN: (1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB) 

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
 (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

 MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

 TIMBALAN MENTERI:
 (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

 MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

 TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

 RINGKASAN:
 PERDANA MENTERI: 1
JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1
JAWATAN MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI) JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG

Komentar KP : Tahniah kpd Dato' Seri Najib kerana telah melakukan transformasi besar dalam kabinet baru beliau dan diharap kabinet baru ini dapat membantu Najib dalam pentadbiran negara dan seterusnya melakukan transformasi besar untuk negara.

Kepada Anwar Ibrahim,mintalah ehsan Najib untuk lantik anda juga sebagai Menteri tapi kementerian mana yang masih kosong agaknya ya??A'ah Kementerian Demonstrasi dan Himpunan Jalanraya belum ada menterinya lagi..layaklah Anwar jadi menteri kat situ ye sebab kebolehan dan pengalaman besarnya mengadakan demonstasi jalanan...hahaha

Anwar Semakin Terdesak !! Mahu Libatkan Amerika Dan Obama Dalam Isu Pilihanraya Malaysia


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

 "Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

 Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

 Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

 Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa". "Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa.

Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab. "Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela.

Tuesday, May 14, 2013

PANAS!!! Malaysiakini Dibidas Manipulasi Kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan


Kenyataan Media Gabungan NGO-NGO Malaysia Mempertahankan Kenyataan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 1. Kami daripada Gabungan NGO-NGO Malaysia memanggil satu sidang media pada hari ini bagi mempertahankan Kenyataan yang dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 lepas.

 2. Sidang media ini dipanggil berikutan LAPORAN TIDAK TEPAT dan BERAT SEBELAH berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang di laporkan di dalam portal www.malaysiakini.com pada 12 dan 13 Mei 2013. Kami sekali lagi menegaskan bahawa malaysiakini.com TIDAK DIJEMPUT HADIR membuat liputan berita di program berkenaan dan sebarang laporan yang dibuat oleh media "penceroboh" ini adalah berniat jahat dengan tujuan mereka untuk melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

 3. Kami menegaskan bahawa apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan telah dimanipulasikan oleh wartawannya dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang berdurasi hampir 60 minit.

 4. Laporan berita terpilih dan dilaporkan secara berat sebelah oleh Malaysiakini berkenaan telah menyebabkan timbul reaksi tidak selesa dalam kalangan pembaca sehingga ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah ditafsir dan diulas oleh banyak pihak termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman. Lebih malang lagi, kesemua yang mengulas di web portal Malaysiakini berkenaan TIDAK PUN HADIR MENDENGAR SENDIRI bagi menilai keseluruhan ucapan berkenaan.

5. GPMS dan Persatuan Alumni UiTM selaku penganjur program bersama dengan pertubuhan-pertubuhan NGO di sini yang hadir ke program wacana berkenaan dengan ini berdiri teguh dan mempertahankan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah dalam program berkenaan.

 6. Kami menegaskan bahawa ucapan beliau secara keseluruhannya adalah berbentuk konstruktif mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, sesuai dengan kedudukan dan pengalaman serta kepakaran beliau selaku Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

 7. Beliau di permulaan ucapannya telah memohon izin dewan untuk berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka menurut prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang menjadi ikrar setiap rakyat Malaysia.

8. Beliau menegaskan bahawa orang Melayu perlu diberikan kefahaman berkaitan hak-hak mereka seperti yang telah terjamin di dalam Perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan ini telah menjadi asas untuk bernegara yang utama dalam kalangan masyarakat berbilang agama, bahasa dan budaya di Malaysia.

9. Beliau telah menyeru hadirin agar berjihad untuk memperkasakan Perlembagaan selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa "Perlembagaan Persekutuan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat yang berlawanan itu".

 10. Beliau seterusnya menyentuh berkaitan Perlantikan Perdana Menteri mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menegaskan bahawa tiada peruntukan Perlembagaan yang mewajibkan Perdana Menteri mestilah seorang Melayu dan selanjutnya beliau mencadangkan agar Perlembagaan dipinda bagi memasukkan frasa wajib Melayu menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar atas rasional realiti masyarakat majoriti di Malaysia.

 11. Selanjutnya, beliau menyentuh berkaitan Tanah Rezab Melayu yang juga terkandung di dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan serta mencadangkan agar tanah-tanah di lokasi strategik di bandar-bandar di isytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu untuk membolehkan orang Melayu dan Bumiputera turut sama dapat berkongsi kemakmuran dan kekayaan negara.

 12. Selanjutnya, beliau turut menyentuh berkaitan agihan kekayaan yang tidak seimbang dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu di negara ini dan beliau mengulangi peruntukan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

 13. Selepas menghuraikan kesemua peruntukan dan Fasal Perlembagaan Persekutuan ini, barulah beliau berpendapat bahawa hak-hak orang Melayu dan Bumiputera ini jangan dikhianati secara politik dan rampasan kuasa kerana orang Melayu akan sewajarnya mempertahankan hak-hak mereka seperti yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.

 14. Kami Gabungan NGO Malaysia ingin mempersoalkan apakah motif Malaysiakini menyiarkan secara terpilih kenyataan-kenyataan yang diolah seumpama dan memberikan gambaran seolah-olah YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah bersikap rasis? Adakah seseorang itu menjadi rasis hanya kerana beliau menyatakan tentang sesuatu yang telah termaktub dalam Perlembagaan? Ataupun pihak yang menunggu peluang untuk merampas kuasa bagi meminda Perlembagaan itu yang bersifat rasis?

15. Orang Melayu telah lama bersabar dan tidak secara agresif bersuara mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera sejak kemerdekaan negara sejak 56 tahun lalu. Kesan daripada itu, berlaku ketidakseimbangan dari segi pendidikan dan ekonomi di Malaysia apabila pemilikan ekuiti bumiputera masih pada kadar 21% dan hanya seorang Melayu tersenarai dalam kalangan 10 terkaya di Malaysia. Ketidakseimbangan dari segi kekayaan dan komposisi kaum ini akan mendatangkan kesan sosial yang serius pada masa yang akan datang.

 16. Oleh itu, kami Gabungan NGO Malaysia mengulangi solidariti kami mempertahankan kesemua kandungan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan dan kami akan berterusan bersatu dan bergabung bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 17. Orang Melayu memerlukan tokoh berpengalaman, berotoriti dan berprofil tinggi seperti YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah untuk terus membimbing dan mengingatkan orang-orang Melayu tentang Wasiat Raja-raja Melayu demi memastikan teras-teras utama dalam Perlembagaan tidak diganggu-gugat oleh sebilangan kecil politikus dalam negara yang kemaruk kuasa.

 18. Orang Melayu juga selepas disedarkan dengan hak-hak Perlembagaannya harus bangkit mempertahankan hak mereka mengikut lunas-lunas perundangan negara.

 19. Kami juga ingin mengingatkan media "penceroboh" seperti Malaysiakini agar jangan lagi membuat laporan terpilih dengan niat untuk menghasut dan menyemai kebencian hubungan antara kaum di Malaysia kerana jelas, kaedah pemberitaan bersifat hasutan oleh Malaysiakini ini tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

20. Sekian.Terima kasih. -Presiden GPMS

Monday, May 13, 2013

Nasharuddin : Agenda Penyatuan UMNO-PAS Merupakan Agenda Berterusan


KUALA LUMPUR - Umno dan Pas harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

 Katanya, berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, Pas memulakan usaha berkenaan tetapi tidak kesampaian.

 "Bagi saya penyatuan Pas dan Umno mesti menjadi agenda berterusan. "Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan Pas dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini, hari ini.

 Nasharuddin berkata, perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

 "Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain. "Selepas ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

 Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi Pas selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan Pas. "Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam Pas itu malaikat," katanya.

 Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu."'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya.

 Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

 Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - Bernama

Sunday, May 12, 2013

Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-67 Disambut Dengan Syukur Dan Penuh Semangat


Alhamdulillah ,semalam KP sempat menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil sempena Majlis Ulang Tahun UMNO Ke- 67.Majlis bermula kira-kira jam 7.30 mlm dimulai dengan solat maghrib berjemaah ,sujud syukur dan solat hajat diatas kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13.Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh Dato' Seri Jamil Khir Baharom.

Ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong UMNO turut hadir dalam majlis ini dan Surau Ar Rahman PWTC penuh dengan hadirin yang begitu ramai. Solat Isyak berjemaah mengakhiri Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil dan kemudiannya majlis seterusnya bersambung di Dewan Merdeka PWTC untuk ucapan dan amanat Presiden UMNO yang memang dinanti-nantikan oleh semua.

[Intipati Ucapan Presiden UMNO]

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO tidak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sebaliknya parti tersebut berjaya menambahkan bilangan kerusinya daripada 79 kepada 88.

 Tegas beliau, perhimpunan sempena ulang tahun ke 67 UMNO di Dewan Merdeka menunjukkan bahawa parti tersebut gagah perkasa.  “UMNO bukan parti rasis. UMNO parti yang sederhana dari dulu hingga sekarang. Kita memberi keadilan hak kepada bukan Melayu dalam negara kita dan kita menganggap mereka sebagai rakan kongsi.

 “Kita tetap akan pertahankan dasar yang sederhana dan saksama dalam negara ini. Inilah formula yang terbaik dan bukannya formula keterlaluan untuk memancing undi yang akhirnya akan memusnahkan negara kita. Kita tidak akan benarkan politik yang sedemikian,” tegas beliau.

 Ujarnya, meskipun diasak dan diserang dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah dan mehna tetapi akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, ingin kepada kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi negara yang dibawa oleh BN diteruskan.

 “Saya sebagai Pengerusi BN lebih awal lagi menyatakan bahawa BN akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU namun yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi, yang mengatakan bahawa rakyat itulah yang akan menentukan segala-galanya setelah PRU berakhir tetapi enggan menerima keputusan demokrasi Parlimen yang telah ditentukan oleh rakyat Malaysia.” Katanya, pelbagai alasan diberikan oleh pembangkang kononnya telah berlaku penipuan dalam PRU13.

 “Mereka bawa cerita kononnya kita mengimport 40,000 Mat Bangla untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau nak bawa 40,000 Mat Bangla, sebuah Jumbo muatannya 400 bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya kepada pembangkang, tunjuk d imana ada 100 buah jumbo yang telah mendarat di lapangan terbang kita.

 “Mereka mengembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan dalam cerita-cerita yang tersebar dari mulut ke mulut seolah-olah satu cerita dongeng sebagai kebenaran yang mutlak. Yang menghairankan kita, orang yang dikatan cerdik pandai pun termakan dengan cerita tersebut. Inilah angkara yang telah dibuat oleh pembangkang.”

 Bidasnya, dakwat kekal dipertikaikan walhal dakwat kekal itulah yang dituntut mereka sebagai satu kaedah dalam pilihan raya. “Cerita yang kecil dibesarkan, ‘blackout’ dalam satu kawasan dikatakan sebagai salah satu cara untuk menipu walhal daftar pemilih itu ada dalam tangan mereka di setiap saluran mengundi, ada ‘polling agent’ yang menunggu dan menyaksikan segala prosesnya.

 “Sehingga ke hari ini belum ada bukti bahawa penipuan berlaku, maka kalau ada satu bukti bawalah ke mahkamah dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah tetapi jangan sekali-kali menyusahkan rakyat, mencemarkan nama negara kita ini semata-mata kemaruk kuasa yang tidak kesampaian.”

 Soal beliau lagi, inikah yang dikatakan mereka mengamalkan prinsip demokrasi, memperjuangkan sistem yang adil, yang terbuka dan sebagainya? “Tidak ada rasuah, tidak ada nipotisme tapi hari ini Timbalan Presiden partinya telah pun berlaku nipotisme dalam parti.

 “Adakah ini ‘double standard’ kalau sistem pilihan raya ini begitu tercemar, sudah dinodai dengan penipuan walhal kenapa angkat sumpah (Ketua Menteri) di Pulau Pinang, kenapa angkat sumpah di Kelantan, kenapa sudah terima di Permatang Pauh, kenapa sudah terima di Gelang Patah.

Dengan sistem yang sama digunakan tapi jika menguntungkan mereka akan diterima sebaliknya jika tidak menguntungkan akan ditolak. Inilah hipokrasi yang paling besar.”

 Dalam masa yang sama, beliau juga mengajak rakyat bermuhasabah dengan memperbetulkan segala kelemahan dan kekurangan di samping berterima kasih kepada semua pengundi selain mencari punca kenapa mereka tidak mengundi BN.

 “Jangan kita sombong, jangan kita angkuh kerana kita adalah parti yang disokong rakyat yang suka dan percaya dengan apa yang telah kita perjuangkan.” - MediaUMNO

[Gambar sekitar Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO Ke-67]








Saturday, May 11, 2013

Najib Lawat Ustaz Azizan Razak Di Hospital P.Pinang


"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung. Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini. Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.

 "Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.

 Najib berkata, bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan.

 Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melawat Azizan pada kira-kira 11.20 pagi tadi bersama-sama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah yang baharu.

Wednesday, May 8, 2013

Pak Lah Beri Sokongan Penuh Kepada Najib Terajui Negara


KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata pengganti beliau Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi pemimpin terbaik untuk menerajui negara selepas pilihan raya umum. Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau memberikan sokongan penuh kepada Najib dan berharap perdana menteri akan meneruskan agenda transformasi beliau.

 "Rakyat Malaysia telah memberikan isyarat jelas yang mereka mahukan perubahan dan Najib perlu respons kepada itu dengan mempergiatkan lagi program transformasi beliau untuk menangani isu seperti rasuah, jenayah dan kos hidup.

 "Saya percaya beliau sudah mempunyai strategi-strategi untuk melakukan penambahbaikan dalam bidang-bidang berkenaan," kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan hari ini. Abdullah kini berada di Bahrain untuk menghadiri mesyuarat tahunan ke-31 Majlis Antara Tindakan.

 Abdullah yang melepaskan jawatan awal 2009 berkata, beliau juga ingin menyeru supaya rakyat bersatu padu dan sedia untuk bermuafakat.

 "Kita tidak boleh membiarkan sebarang percubaan untuk menjadikan keputusan pilihan raya sebagai isu perkauman. "Tindakan tuduh-menuduh dan menyalahkan mana-mana komuniti adalah tidak adil dan tidak memberi manfaat," katanya.

Abdullah juga mahu pihak pembangkang untuk menerima dan menghormati keputusan pilihan raya. "Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kestabilan dan kepastian yang hanya tercapai apabila semua pihak dapat memperakui keputusan pilihan raya. "Marilah kita terus maju ke depan demi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya.

BN Ajak Rakyat Berdoa Agar Ustaz Azizan Razak Segera Sembuh


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.

 Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menyiarkan semula kenyataan daripada akaun Twitter rasmi BN itu di Twitter beliau.

 Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.

 Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang.

 Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah.

 Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man. - Bernama

Komentar KP : Daripada mendengar seruan Anwar untuk turun ke himpunan di Stadium Kelana Jaya,lebih baik penyokong PAS buat solat hajat dan berdoa untuk kesembuhan Ustaz Azizan,pergi himpunan tue buat penat sahaja.Anwar sehingga kini pun tak pergi melawat Ustaz Azizan,Ketua Pembangkang apa macam nie ?

MB Kedah Dato' Mukhriz Lawat Ustaz Azizan Razak Di Hospital P.Pinang


MENTERI Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir diiringi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kiri) selepas melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Sebelum ini juga, Dato' Mukhriz sempat ziarah Ustaz Azizan ketika mendapat tahu bahawa Ustaz Azizan dimasukkan ke KMC (Kedah Medical Center).Beberapa pesanan dan nasihat Ustaz Azizan kepada Mukhriz sempat diberikan ketika Mukhriz melawat beliau disana. Keprihatinan beliau sebagai seorang MB kepada Ustaz Azizan sangatlah mulia walaupun kedua-duanya berbeza fahaman politik,ianya tidak membataskan beliau untuk menziarahi bekas MB Kedah tersebut.

Sikap sebeginilah yang perlu ada pada semua pemimpin politik terutamannya pemimpin politik Melayu    untuk menyemai semangat persaudaraan dan persahabatan yang seagama dan sebangsa dengan kita.
Mungkin ini antara pesanan yang dititipkan ayahandanya Tun Dr. Mahathir supaya bersikap baik kepada semua walaupun seteru politik sendiri kerana semua orang tahu bahawa Ustaz Azizan bersahabat baik dengan Tun dan Dato' Seri Najib cuma mereka berlainan parti sahaja.

Politik Islam yang sebenar ialah politik merentasi ruang lingkup sempadan parti.




PAS Bacul !!! Stopa Ali Umum Bahawa PAS Pusat Tidak Akan Tuntut Jawatan MB Selangor


SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

 “Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

 Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

 Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

 Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.

PANAS !! Husam Tempelak Barisan Exco Baru Kerajaan PAS Kelantan


KOTA BAHARU - Kira-kira 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

 Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.

 Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.

 Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya. Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak. Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.

 Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur(baca disini). - Bernama


Komentar KP : KP sudah dapat agak bahawa akan berlaku masalah selepas Nik Aziz bersara daripada menjadi MB Kelantan kerana di dalam PAS Kelantan sendiri berlaku masalah dalaman dan ada kem-kem politik tertentu di dalam PAS.

Kedengaran juga bahawa perlantikannya tidak mendapat perkenan Ke Bawah DYMM Sultan Muhammad V yang menolak nama Husam dalam senarai Exco Kerajaan negeri Kelantan ketika dipersembahkan kepada Baginda untuk diperkenankan.

Terkini !! Bekas MB Kedah Ustaz Azizan Razak Dilaporkan Tenat Di Hospital


GEORGE TOWN- Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak kelmarin kerana serangan jantung.

 Beliau dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (CCU) kira-kira pukul 9.15 malam tadi selepas dipindahkan dari wad kecemasan.

 Azizan sebelum itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP pukul 4 petang kelmarin kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada kaki.

 Sementara itu, jurucakap HPP ketika dihubungi Kosmo! memberitahu Pesuruhjaya Pas Kedah itu masih dirawat tetapi enggan mengulas lanjut. - KOSMO!

Tuesday, May 7, 2013

Kemenangan Barisan Nasional Dalam PRU-13 Ditunjangi Kemenangan Besar UMNO Dan Undi Orang -Orang Melayu


Kemenangan Barisan Nasional dalam PRU-13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70 % kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 yang mana berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 dan pada PRU-13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89 berbanding PRU lepas.Selebihnya ialah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN  termasuk daripada Sabah dan Sarawak yang menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi.

Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang mana merupakan kubu kuat PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang menang pada 2008.

Hari ini pun Dato' Seri Najib mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang mana diterjemahkan dalam PRU-13 kali ini yang seterusnya BN mendapat mandat untuk mentadbir negara.

KP sedar bahawa tsunami politik kaum cina sangat dirasai apabila melihat kepada keputusan pilihanraya di akhbar hari ini yang sangat jelas bahawa kaum cina mahu ubah kerajaan sedia ada dan diberi kepada pembangkang.Sebagai contoh ,parlimen Seputeh yang mempunyai populasi pengundi cina 88%,Melayu 5.4%, India 6% dan lain-lain 0.6% dimenangi oleh Teresa Kok (DAP) dengan majoriti besar melebihi 50,000 undi mengatasi calon BN dari MCA Nicole Wong Siaw Ting.Jadi,sangat jelas terasa sokongan cina terhadap BN melalui MCA sudah jatuh dan mereka sudah terpengaruh dengan janji-janji perkauman oleh DAP.

Selain itu,kebanyakan kerusi DUN atau Parlimen yang populasi pengundi Cina melebihi kaum Melayu atau lebih kurang sama banyak kebanyakan turut dimenangi oleh DAP dan calon pembangkang yang bukan Melayu.KP juga agak terkejut dengan kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang mana telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan KP tabik kepada Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi cina dan akhirnya pengundi cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.

Jika,mahu dikaji secara lebih tuntas,para pembaca boleh melihat demografi politik di P.Pinang apabila DAP sekali lagi mencatat kemenangan besar di P.Pinang sekaligus mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas kembali.PR menang 30 kerusi DUN daripada 40 dan DAP memenangi sebahagian besar kerusi tersebut diikuti PKR dan PAS satu kerusi sahaja.UMNO hanya mampu mempertahankan 10 kerusi DUN yang kebanyakan kerusi ditandingi calon Melayu yakni dari PAS atau PKR.

Jadi ,sangat jelas sokongan Melayu kepada UMNO dan BN masih tidak berubah dan berlaku peningkatan sokongan terutama di kawasan populasi tinggi pengundi Melayu .Jadi,kata-kata Najib diatas sangatlah tepat dan BN perlulah melipat gandakan usaha untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan melakukan penyatuan nasional yang sangat diperlukan jika melihat kepada senario politik PRU-13 baru-baru ini yang pasti akan mengundang bahaya yang kita tidak tahu jika tidak ditangani dengan segera


Dr. Hassan Ali Gesa Pakatan Rakyat Beri PAS Peluang Terajui Selangor


SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

 Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

 Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

 "PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

 Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

 Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

 Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat. Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

 "Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

Kurang Ajar !! Penghinaan Anak-anak Cina Kepada Jalur Gemilang Selepas BN Berjaya Bentuk Kerajaan #PRU13


Tak sampai 24 jam kemenangan BN yang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan , kaum Cina yang bertekad mahu menumbangkan BN terus mempamerkan sikap biaDAP mereka dengan memprotes kemenangan melalui tindakan menterbalikkan bendera Malaysia.

Gambar yang tersebar meluasa di fb ini didakwa dibuat pelajar mata sepet ini di Taiwan . 

Bagi GPB tindakan puak -puak pelampau rasis ini disebabkan BN terus berkuasa di Malaysia bukannya Dap . Mengapa mereka tak terbalikkan bendera P.Pinang dan Selangor ?

 Ini kerana kaum dan parti mereka yang berkuasa sekali dengan mendapat sokongan petualang dalam bangsa Melayu PKR dan Pas. Sewajarnya puak2 mata sepet ini dilucutkan kerakyatan di atas tindakan biadap ini

Sumber: GBP

Monday, May 6, 2013

TERKINI !! BN Berjaya Dapat Majoriti Mudah Untuk Bentuk Kerajaan Persekutuan


Keputusan rasmi kerusi Parlimen yang diumumkan Pengerusi SPR sehingga jan 12.50pg

BN = 112 kerusi
PAS = 12 kerusi
PKR = 18 kerusi
DAP = 28 kerusi

Tahniah BN atas kemenangan dan dapat mempertahankan Putrajaya

Najib perlu kerja lebih kuat lagi untuk dapat lebih sokongan pengundi dan menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya selepas ini

Mat Sabu Kecundang Di Pendang,Majoriti Kemenangan Anwar Di Permatang Pauh Merosot


Datuk Othman Abdul (BN) mendapat 32,165 undi, manakala Mohamad Sabu (Pas) hanya memperolehi 29,527 undi. Majoriti BN bertambah kepada 2,638 undi.

 Sementara itu, Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti berkurangan sebanyak 3,950 undi berbanding pilihan raya kecil yang dimenanginya pada 2008.

 Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Dr. Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. Anwar memenangi kerusi parlimen itu pada pilihan raya kecil dengan majoriti 15,671 undi-My Massa

Sunday, May 5, 2013

PANAS !! BN Mendahului PR Di Pulau Pinang,Kerajaan DAP Bakal Berkubur #BN4Penang #TolakDAP



[Info dari blogger GPB]

Info tak rasmi yang GPB terima BN kini sedang mendahului 11 KERUSI dan DAP hanya 7 seat.

Lim Guan Eng dikatakan tewas di Air Putih tapi menang di Bagan.

PANAS !! Pakatan Kantoi Angkut Bangla Naik Van Untuk Mengundi


3 lelaki warganegara Malaysia ditahan pihak Polis bersama 2 orang warga Bangla tadi di Lembah Pantai dipercayai cuba mencetuskan kekecohan.

Hasil siasatan pihak Polis keatas kenderaan yang digunakan satu unit camera dan satu unit video camera. Turut dirampas satu unit laptop.

Suspek 3 lelaki yang ditahan bersama 2 orang bangla itu dipercayai cuba memanipulasi hari pengundian hari ini dengan mewujudkan cerita bangla mengundi bagi pihak BN. Kesemua suspek dibawa ke balai Polis bagi siasatan lanjut.

 Maklumat awal diperolehi bangla yang terlibat dalam lakonan pengundian palsu dibayar rm250 setiap seorang.

Terkini !! Suasana Pilihanraya Umum-13 Dari Permatang Pauh Sehingga Petang Ini

Gambar -gambar sekitar tinjauan rawak di dalam parlimen Permatang Pauh hari ini.Peluang untuk BN menang 2/3 majoriti sangat cerah melihat daripada sambutan pengundi kepada BN .
Sekitar pusat pengundian di Seberang Jaya
Bilik gerakan BN Seberang Jaya ,penuh dengan rakyat datang nyatakan sokongan kepada BN
Kanak-kanak menjadi mangsa politik kempen untuk PR 
Flash Mob dari penyokong PR yang tiada sambutan

Lagi kanak-kanak bawah umur menjadi bahan kempen PR
Pondok panas kedua-dua parti BN dan PR
Ramai pakat berkempen di pondok panas BN
Pondok panas PR lengang
Konvoi PR yang dipercayai  dari luar kawasan yang membuat kan keadaan trafik sesak dibeberapa kawasan