Thursday, December 17, 2015

Multaqa Alumni Al Azhar Rintis Penyatuan UMNO -PAS



Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di ibunegara diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu PAS dan Umno.

Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, sesuai dengan seminar berkenan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.

Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.


"Dalam konteks (tema:Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua dua parti politik Islam terbesar (PAS dan Umno).


"Salah satu tujuan pertemuan ini adalah untuk mendekatkan, nak menanamkan semangat perbincangan dialog... dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Forum tiga hari bermula Rabu anjuran Rabitah Alumni Al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak petang ini dan dijangka dihadiri 900 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijadualkan menyampaikan ucaptama beliau selepas Najib merasmikan seminar berkenaan.


Najib, sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya sebagai presiden Umno di perhimpunan agung parti itu 10 Disember lepas, telah menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," kata Najib.

- Bernama

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Saya bagi pihak kabilah saya (UMNO) dan Tuan Guru (Abdul Hadi) yang mewakili kabilahnya (Pas) akan terus berpegang kepada "tali" ini (perintah Allah berpegang teguh kepada tali Allah). Insya Allah kita tidak akan berpecah seperti negara-negara lain yang disebut oleh Sheikh Abbas Tmbalan Pengerusi Alumni al-Azhar Induk."

DS Mohd Najib Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Hotel Grand Season, KL
Khamis, 17 Disember 2015

Monday, December 14, 2015

Kerjasama PAS-UMNO :Tuan Ibrahim Jangan Jadi Bongkak,Sombong


Disaat PAS disisihkan daripada Pakatan Pembangkang yang kini membentuk Pakatan Harapan ,UMNO bersikap terbuka menghulurkan salam kerjasama terhadap PAS. Najib dalam ucapan dasar presiden ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang menghulurkan tangan silaturrahim kepada PAS untuk membangunkan negara berlandaskan syariat. Respon daripada pemimpin-pemimpin PAS sangatlah menyedihkan dengan menanggapi pelawaan Najib itu sebagai umpan dalam menyelamatkan UMNO yang dibelenggu pelbagai masalah dalaman parti dan negara.

Sebenarnya sebelum pelbagai isu timbul membabitkan UMNO dan kerajaan waktu kini pun Najib seringkali dalam ucapan atau pertanyaan kepadanya berkenaan kerjasama antara kedua-dua parti utama orang melayu ,beliau bersikap terbuka dan boleh untuk duduk bermuzakarah serta berbincang akan hal-hal yang mempunyai titik persamaan bersama.


Kenyataan Timbalan Presiden PAS,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang bersikap sinis dan negatif dengan meletakkan syarat agar UMNO melaksanakan pemerintahan berlandaskan syarak baru boleh berbincang tentang kerjasama tidak mencerminkan PAS sebagai sebuah gerakan parti Islam yang benar dan ikhlas. Kenapa PAS boleh bekerjasama atau bertahaluf siyasi dengan PKR ,DAP sebelum ini yang jelas menolak dasar-dasar PAS secara terbuka sehingga menghina Presiden PAS ? Perpecahan di dalam PAS pun berpunca daripada rakan pakatan mereka sebelum ini iaitu DAP bukannya UMNO. PAS ketika itu sanggup menggadaikan agenda negara Islam dan menukar kepada negara berkebajikan demi melembutkan hati rakan politik mereka. Jadi,dimana santunan PAS kepada UMNO seperti yang diberikan PAS kepada parti seperti DAP dan PKR ?

Seharusnya pemimpin PAS pun perlu muhasabah parti mereka dan tidak bersikap sombong dan bongkak dengan kenyataan-kenyataan yang negatif ,kalau betul tidak mahu sambut pelawaan responlah dengan sifat yang mulia dan terbuka.Mereka perlulah meletakkan keutamaan akan soal perpaduan ummah dan Islam agar orang-orang Melayu tidak mudah diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam yang datang dari pelbagai kumpulan dan fikrah demi menghancurkan Islam.


Saturday, December 12, 2015

Salam Perdamaian Najib Buat Muhyiddin


Tatkala selesai sesi penggulungan usul oleh YAB Presiden UMNO tadi bermulalah detik 'ceasefire' yang ditawarkan oleh Najib buat Timbalannya. Dalam ucapannya juga, beliau seakan-akan memberi kata dua dalam nada tersirat kepada mereka yang cuba memecahbelahkan perpaduan parti dengan kata dengan nada tegas "Dengan ini saya mahu nyatakan, seandainya mana-mana pihak mahu menolak dan bertelagah, faham baik, baik. Ini bukan soal peribadi, bukan tentang saya sebagai presiden, tetapi mereka tolak untuk cari titik pendamaian, mereka (bermakna) menolak keputusan syura Umno,".

Faham benarlah inilah jalan terbaik buat UMNO untuk terus melangkah kedepan mendepani kemelut parti. Tidak perlu lagi buat UMNO membuang masa dengan hal yang sepatutnya boleh di selesaikan dalam kelambu UMNO sendiri.Mesej perpaduan parti yang dilontarkan oleh perwakilan-perwakilan UMNO jelas inilah keputusan syura Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan segala sengketa peribadi diketepikan demi kelangsungan UMNO dan ahli-ahlinya.

Kepada Muhyiddin dan penyokong2nya , mereka perlu akur dengan suara majoriti ahli-ahli UMNO akar umbi yang telah sepakat akan permasalahan ini perlu diselesaikan dengan cara berhemah dan mengikut saluran yang betul.Jangankan kerana nyamuk seekor habis kelambu terbakar.

Hidup UMNO
Perhimpunan Agung UMNO ke -69
PWTC

Thursday, December 10, 2015

Md Alwi Gesa Muhyiddin Berdamai Demi Parti


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta melaungkan azan di masjid bukan di tengah padang.

Itu kiasan pencadang usul ucapan presiden, Datuk Md. Alwi Che Ahmad bagi menegur senario yang berlaku dalam parti sejak kebelakangan ini.

"(Kepada) timbalan, kalau nak bang (azan) tengah padang, itu silap. Kalau nak bang, esok bang di masjid itu contoh ringkas. Itu sahaja pun kesilapan timbalan," ujarnya sambil menerima tepukan para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu juga mahu Muhyiddin berdamai demi perpaduan parti.

"Tahun ini timbalan presiden kena berdamai dengan diri, insya Allah kita (UMNO) selamat," jelasnya.

Md. Alwi juga membawa perwakilan melihat kesan apabila berlakunya pertembungan dua pemimpin besar parti seperti krisis Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 dahulu.

"Masa tahun 1987, Mahathir lawan Ku Li..Kelantan menerima kesan yang besar kerana pada pilihan raya umum selepas itu, UMNO dapat kosong," katanya.

Mengenai kos hidup rakyat akibat kenaikan tol dan sebagainya, beliau mahu kerajaan merombak semula perjanjian itu bagi memastikan rakyat tidak terbeban.

 Perjanjian yang dibuat pada zaman bekas Perdana Menteri itu mungkin dibuat pada masa ekonomi terutama minyak dan komoditi masih mahal tetapi kini kesan global menyebabkan ekonomi negara terkesan.

"Saya minta UMNO yang juga pemimpin kerajaan supaya rombak semual tol berkenaan. apa nak takut? Masa itu bukan Presiden yang sain perjanjian itu..guna kuasa barulah rakyat sedar UMNO membela mereka," katanya.-

Sumber-MalaysiaGazette

Wakil Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad meminta Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden tidak mengkritik pimpinan parti dan kerajaan mengikut perasaan.

Kata Alwi, beliau akui tradisi berubah mengikut peredaran masa tetapi tradisi yang baik haruslah diteruskan supaya parti akan terus berada dalam keadaan aman.

“Tradisi kita orang Melayu, kalau marah anak kita pukul tetapi bukan hingga separuh mati, bukan lempang hari-hari. Islam tidak mengajar kita macam itu.

“Tahun ini saya hendak kata pada Timbalan Presiden dan Naib Presiden, berdamailah dengan diri, InsyaAllah kita aman.

“Dalam parti kita tidak boleh hentam sahaja ikut perasaan kita. Suara kita mesti sama,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.

Mengambil contoh apa yang berlaku di Kelantan, Alwi menegaskan Umno tidak boleh lagi terus bergaduh sesama sendiri kerana akan memberikan kesan yang buruk kepada parti.

Alwi minta mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengingati semula apa yang beliau lakukan sebelum ini sehingga Umno semakin hilang kepercayaan rakyat.

“Tun Mahathir kena ingat, tahun 1987 beliau bergaduh dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sehingga Umno diharamkan. Tahun 1990 Kelantan kalah sampai sekarang tidak bangkit-bangkit.

“2004 hampir tetapi kurang dua kerusi. 2008 ingat boleh bangkit tetapi Tun balun lagi. Dia balun Umno akhirnya kita hilang 2 per 3 majoriti. “Salah sikit-sikit itu biasalah. Pemimpin kita… cukuplah. Jangan mengkritik di khalayak.

“Kelantan dah rasa, jangan sampai satu Malaysia rasa perkara yang sama,” ujarny

Wednesday, December 9, 2015

Nasib Muhyiddin Yaasin Diambang Perhimpunan Agung UMNO 2015


Dikala hampir kesemua Naib2 Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Bahagian2 bersama dengan Presiden UMNO sewaktu masa getir UMNO ketika ini, Muhyiddin Yaasin memilih untuk tidak menyokong Najib .Ketidakhadirannya ke Majlis Taklimat Presiden semalam pun menjadi tanda tanya walaupun diberitakan beliau tiba di PWTC tetapi tidak masuk ke dalam dewan. Entah kenapa begitu sekali marahnya kepada Najib dengan sengaja tidak menghadirkan diri pada program yg sangat penting semalam.Katanya, beliau tidak kisah gugurkan atau dipecat tetapi hairan kenapa beliau sengaja meletakkan dirinya agar Mesyuarat Majlis Tertinggi mempunyai sebab untuk memecat beliau.Adakah dia cuba meraih simpati ahli-ahli UMNO seperti mana kes Anwar Ibrahim dahulu sewaktu dipecat oleh Tun Dr. Mahathir ?


Isu 1MDB dan 2.6 Billion yang dibangkitkannya berkali-kali dimana-mana ditempat yang berliau berucap terutaman sewaktu perhimpunan beliau di Kelab Sultan Sulaiman telah dijawab semalam oleh Najib. Apabila ditanya beliau,dia kata Najib tidak jawab padahal sudah berbuih mulut Presiden UMNO menjelaskannya.Jika beliau beralasan tidak cukup maklumat boleh sahaja beliau bertemu Najib sendiri dan melontarkan soalan-soalan yang ingin beliau ajukan.Tetapi, adakah beliau akan menerima jawapan2 yang akan dijawab itu ?

Bak kata pepatah, "menarik rambut di dalam tepung,rambut tidak putus , tepung tidak berselerak". Itulah yang sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin Yaasin dalam mendepani pergeserannya dengan Najib. UMNO dan ahli2nya sama sekali tidak bersalah yang perlu diheret sama dalam pergeseran politik mereka.Tindakan dia bersama Tun mengkritik secara terbuka terhadap kepimpinan UMNO dilihat tidak ubah seperti ayam yang berkokok tanpa tajinya kerana kegagalannya untuk mendapatkan pengaruh ahli-ahli UMNO bersama beliau dalam usaha melemahkan kepimpinan Najib.


KP sempat hadir ketika beliau berucap di Kelab Sultan Sulaiman isnin lepas. Ya, memang ramai sekali hadirin yang hadir dalam kalangan ahli UMNO yg keliru tetapi KP juga melihat sebahagian besarnya dikalangan ahli parti pembangkang spt PKR dan PAS yang datang kerana benci mereka terhadap Najib dan UMNO.Jadi bagi mereka tidak salah menyokong Muhyiddin sebab punyai sama tujuan demi menjatuhkan Najib.Jadi,kenapa Muhyiddin membuka ruang agar pembangkang punya alasan memburukan UMNO dan kerajaan ?

Jadi,adakah ini yang mereka kata suara majoriti ahli UMNO ? Tindakan beberapa peringkat cawangan UMNO tidak mencerminkan majoriti ahli-ahli UMNO menolak kepimpinan Najib.Kalau betul Muhyiddin Yaasin anak jantan wajar bagi beliau hadir semalam dan berdepan dengan realiti bahawa perwakilan UMNO masih setia bersama Presiden.

Hidup UMNO
Hidup Melayu

Tuesday, May 26, 2015

Utusan Malaysia Melampau,Sebarkan Berita Tidak Benar Tentang Ulama Habaib


Baru-baru ini di dalam sebuah akhbar arus perdana Utusan Malaysia,telah mendedahkan kononnya Ulama-ulama antarabangsa yang datang berkunjung ke Malaysia atas urusan dakwah telah memperalatkan  nama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kegiataan yang kononnya bertentangan dengan fahaman ASWJ. Wartawan UM yang menulis artikel berita itu juga hanya merujuk satu sumber yang tidak dinyatakan siapa dan sejauh mana kesahihannya .Inikah etika kewartawan seorang wartawan akhbar ? Kenapa tidak dinyatakan sumbernya itu ? Kenapa UM takut untuk dedahkan sumber itu jika terbukti kebenarannya? 

Ulama-ulama Antarabangsa itu seperti yang dinyatakan dalam akhbar UM adalah beberapa kibar ulama dari hadramaut yang berketurunan Ahlul Bait Rasulullah SAW dari silsilah Sayyidina Hussain yang dikatakan oleh sumber UM Malaysia sebagai cenderung kepada mazhab syiah yang sebenarnya tidak benar dan suatu fitnah jahat ke atas Ulama.

Dari(Kiri) Syeikh Taufiq Al Buti (Syria), Habib Umar Al Jailani(Makkah) ,DS Jamil Khir Baharom, Habib Abu Bakar Al Adni(Yaman),Syeikh Abu Bakar (India) ketika di Muktamar Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah baru-baru ini

KP ingin terangkan bahawa manhaj Ulama-ulama ahlul bait Hadramaut adalah ASWJ yang berpegang dengan mazhab aqidah Asyairah ,mazhab fiqh Imam Syafie dan tasawuf menurut Imam Al Ghazali. Mereka merupakan golongan keluarga ahlul bait Nabi SAW yg berhijrah daripada Baghdad ke Hadramaut Yaman yang mana ketika itu Hadramaut dipenuhi dengan golongan Ibadiyah yang bukan daripada ASWJ. Ulama2 Ahlul Bait Nabi SAW inilah yang membersihkan bumi hadramaut daripada golongan Ibadiyah dan menyebarkan dakwah Islam yang benar disitu hinggakan lahirnya leluhur Ulama2 Ahlul Bait yang mana digelarkan sebagai Habib .Dakwaan sumber itu mengatakan bahawa Ulama Ahlul Bait cenderung kepada syiah, nampak benar kejahilan jelas daripada sumber itu.Mana mungkin seorang syiah menggunakan nama2 sahabat yang dilaknat oleh puaknya sendiri.


Lihatlah foto diatas Habib Umar bin Hafidz yang di katakan cenderung kepada syiah dan sesat  disebarkan oleh UM ,ilmunya diiktiraf oleh Ulama-ulama univeristi islam tertua di dunia iaitu Universiti Al Azhar As Syarif dan para guru dan masyaikh Al Azhar . Siapa UM untuk menisbahkan kesesatan keatas Ulama sperti Habib Umar tanpa didasari penelitian jelas dan sebagainya ? Ulama-ulama di Al Azhar pun masih bertalaqqi dan mengambil manfaat ilmu daripada beliau jika Habib Umar berziarah ke Mesir.

Wartawan UM tidak boleh sewenang-wenang bersikap tidak adil,berat sebelah dalam menghukum dan tidak boleh mengeluarkan berita-berita sebegini untuk mengherat orang awam dalam kancah perdebatan yang jelas akan memecah belahkan umat yang sepatutnya bersatu dalam mendepani fitnah akhir zaman daripada munafik dan kafir yahudi nasrani. Kesahihan cerita yang meragukan dengan mengambil sebuah video klip dan terus membuat konklusi kesesatan kerana melihat Nabi dalam yaqazah yang sebenarnya ini perkara adalah khilafiyyah antara ulama yang sudah lama diselesaikan ulama dan ditulis dalam kitab2 ulama kita.Ada yang memperakui dan ada yang menolaknnya tetapi mereka tidaklah sampai menyesatkan sesama mereka.

Para Habaib selalu mengingatkan apa yang telah diingatkan oleh Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم agar MENAHAN LIDAH dari mencela & MENJAGA TANGAN dari berlaku pertumpahan darah. Itulah manhaj & jalan mereka. 

Moga Allah melindungi para Awliya dan Ulama2 kita dari ujian dan ancaman fitnah yang ditimpa ke atas mereka hari demi hari, bagi para ulama mereka menganggap segala ujian yg mereka terima merupakan hadiah daripada Allah agar mereka tidak alpa dengan dunia dan sentiasa beringat bahawa setiap ujian pasti ada pertolongan Allah seperti dalam firman Allah :

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Allahu musta'an

Lihat berita2 yang disebar oleh Utusan Malaysia,:


Video penjelasan daripada Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid tentang manhaj dakwah para Ulama Habaib di Malaysia,cukup jelas dan terang menafikan segala fitnah-fitnah jahat dalam berita UM diatas,klik link di bawah:

-https://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH/videos/937540829609505/?pnref=story


Tuesday, May 12, 2015

Presiden PAS Mahu Najib Kekal Perdana Menteri


Kuala Lumpur – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin kerajaan kerana dipilih menerusi sistem yang adil. Kenyataan Hadi ini merupakan pertama daripada Pakatan Rakyat (PR) – menyokong Najib yang kini diserang hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 “Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya,” kata Hadi di Kuala Terengganu seperti dilaporkan Mstar Online.

 “Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya.”

 Menurut Hadi, adalah sia-sia mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1MDB.

 “Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat. “Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama,” katanya lagi.

 Semalam Dr Mahathir meneruskan serangannya, mengatakan dirinya dalam keadaan serba salah apabila mahu melihat Umno memenangi pilihan raya tetapi enggan melihat kemenangan Najib dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

~KP nak hadiahkan sebuah seloka buat jemuan-jemuan dalam UMNO yang minta PM berundur

[Seloka buat jemuan UMNO]
Ada orang UMNO nk desak PM berundur dan berhenti,
kerja 24 jam pecah belah parti,cucuk sana sini,
yg dah jadi mantan gigih kutuk pemimpin parti,
tak bagi muka kpd Perdana Menteri utk selesai sendiri,
Presiden PAS pun sokong Perdana Menteri ,
Perlu apa PM berundur diri,
Dipilih dengan sah melalui sistem demokrasi,
Jika tak puas hati tunggulah pemilihan parti,
Biar nanti PRU 14 rakyat buat pilihan sendiri,
Pemimpin datang dan pergi,
UMNO tetap akan teguh berdiri,
~Keris Pusaka~

Tuesday, May 5, 2015

Ahli PAS Seumur Hidup Hargai Jasa UMNO, Gesa Tolak Calon Yang Menolak Hukum Hudud #PRKPermatang Pauh #KakWanPP


PERMATANG PAUH - Seorang ahli PAS seumur hidup di Permatang Pauh menegaskan bahawa dia akan menyokong mana-mana pihak yang menyokong hukum hudud, sebaliknya akan menolak mana-mana pihak yang menolak hukum Allah berkenaan.

Mencetus kontroversi menaikkan bendera PAS, Barisan Nasional (BN) dan bendera Malaysia di rumahnya di Kampung Tun Sardon di sini, dia menegaskan bahawa tindakan itu dibuat sebagai penghargaannya pada UMNO yang menyokong enakmen hudud yang dibentang di DUN Kelantan.

"Saya akan sokong siapa yang sokong hudud," tegas penyokong PAS tegar berkenaan.

Katanya, seramai 11 orang Adun UMNO di Kelantan menegaskan mereka menyokong hudud adalah semata-mata kerana Allah, dan bukan kerana parti atau kepentingan politik, menyebabkan dia begitu menghormato UMNO atas keputusan tersebut.

Ditemui di rumahnya disini, ahli PAS itu memberitahu bahawa dia turut menghormati UMNO kerana memberi laluan mudah pada partinya di Pilihanraya Kecil DUN Cempaka, Kelantan, dengan memutuskan untuk tidak bertanding di situ.

Menjelaskan tindakannya menggantung bendera PAS dan BN di rumahnya, lelaki berkenaan menegaskan ia dilakukan kerana Allah dan bukan disebabkan oleh parti.

"Saya buat macam ni pun, kerana Allah.. bukan kerana parti," katanya lagi menjelaskan pendiriannya kepada media.

"Kita sama-sama Melayu beragama Islam.. mengapa bertelingkah?

"Sedangkan di masjid kita boleh satu ummah.. di masjid kita boleh satukan UMNO dan PAS.. boleh bersatu dengan satu tok imam, satu imam sujud dan rukuk sama sekali.. kenapa di persada politik kita tak dapat lakukan tu semua?," katanya mempersoal segelitir pihak yang "bertepuk tangan" melihat umat Islam berpecah belah di negara ini.

Justeru itu, penyokong PAS tegar itu mengharapkan agar para pemimpin kedua parti terbesar bangsa Melayu dan penganut agama Islam itu supaya bersatu pada satu hari nanti bagi memastikan sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

"Dengan dua kekuatan wakil Islam UMNO dan wakil PAS, saya harap bersatu... maka jadilah Malaysia," katanya lagi. -Utaranews.com

Komen KP : KP salute ahli PAS seumur hidup ini yang bermati-matian dengan prinsip jelas menolak calon pilihanraya yang menolak hukum hudud . Ini bagi KP satu petanda besar bahawa angin perubahan sedang berlaku dengan hebat terhadap PR di Permatang Pauh dan KP doakan agar UMNO BN dapat merampas kembali kerusi ini selepas 17 tahun di tangan PKR pada 7 Mei 2015 akan datang.

Thursday, April 23, 2015

PAS Permatang Pauh Hanya Ikut Arahan Presiden PAS,Bukan Mujahid atau Mat Sabu


BUTTERWORTH, 23 April – PAS Permatang Pauh hanya akan menunggu arahan presiden parti Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berhubung gerak kerja bahagian itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, kawasan itu tidak akan mengambil kira pandangan atau arahan sama ada daripada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu, atau Pengarah Pilihan Raya PAS untuk PRK berkenaan, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

“PAS Permatang Pauh hanya akan dengar arahan dan akur kepada tuan guru presiden.

“Kami tak mahu ambil kira pandangan dia (Mujahid) sebab mereka tak ketemu dengan kami. (Sebelum beri pandangan)…dia kena turun jumpa kami baru dapat maklumat (tentang sentimen akar umbi),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PAS Permatang Pauh di Dewan Masjid Seberang Jaya, di sini malam tadi.

Omar juga berkata, PAS Permatang Pauh masih berpegang kepada keputusan mesyuarat agung bahagian itu 19 April lepas supaya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik balik kenyataannya tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar berkata, sebagai seorang yang beragama Islam, Wan Azizah harus menyokong undang-undang itu, dan bukannya mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan pelaksanaannya.

“Kami sekali lagi meminta Wan Azizah tarik balik kenyataan tak sokong hudud dan mohon maaf kepada umat Islam di seluruh negara…sebab kenyataan itu mengguriskan (hati umat Islam),” katanya.

Pada mesyuarat agung kawasan yang lepas, PAS Permatang Pauh menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada PRK kali ini.

Mereka turut memberi tempoh sehingga hari penamaan calon, 25 April ini, atau berdepan dengan risiko tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada PAS Permatang Pauh.

Sementara itu, Ketua Penerangan kawasan Jamsari Samad berkata, sukar bagi mereka untuk bekerjasama dengan PKR sekiranya terus berlaku percanggahan pendapat mengenai hudud, kerana ia akan menyukarkan pihaknya memberi penerangan kepada pengundi beragama Islam sewaktu tempoh berkempen.

“Bila kami turun berkempen untuk dia (PKR), sudah tentu kesukaran itu akan berbalik kepada PAS sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai keputusan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Pulau Pinang semalam bahawa pergerakan itu sanggup mengetepikan persengketaan sementara bagi menumpukan kepada PRK kali ini, Omar berkata, PAS Permatang Pauh hanya akan menerima permohonan maaf Dapsy Pulau Pinang kepada Abdul Hadi.

“Kalau dia hormati presiden, dan turut membuat permohonan maaf, maka kami juga tidak akan ada masalah,” katanya.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anggota Parlimen kawasan itu Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan proses penamaan calon bagi PRK itu pada 25 April manakala hari pengundian pada 7 Mei. – Bernama

Suhaimi Sabudin Calon Pilihan BN di PRK Permatang Pauh


PERMATANG PAUH - BN mengumumkan Suhaimi Sabudin sebagai calonnya yang akan bertanding dalam PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Ia diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis khas di pusat operasi BN di Perda City Mall, Bandar Perda di sini petang ini.

Dilahirkan pada 25 Oktober 1971, Suhaimi, 44, adalah anak ketiga dari tujuh beradik dan terlibat aktif dalam bidang politi selain seorang kontraktor yang berjaya.

Kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.


Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.

Kemiliki ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina dan ukur bahan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Suhaimi mendirikan rumah tangga bersama Firyal Harlina Hanapiah, 40, dan dikurniakan empat cahaya mata.

Turut hadir di majlis itu ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengarah pilihan raya PRK Permatang Pauh; Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ahli keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.

Dalam PRU13, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memperolehi 30,348 undi menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan 25,369 dan calon bebas, Dr Abdullah Zawawi Samsudin yang hanya mendapat 201 undi.

Anwar mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 11,721 undi dan sekali gus meletakkan Permatang Pauh terus berada dalam pengaruh PKR sejak 1999 yang ketika itu diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Sunday, April 19, 2015

PAS Permatang Pauh Bakal Beri Kejutan ,Jika PKR -DAP Singgung Dasar PAS #PRKPermatangPauh


PERMATANG PAUH - Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud.

Usul itu dicadangkan Pemuda Pas kawasan berkenaan pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan itu yang ke 38 di Dewan Haji Yussof Rawa di sini hari ini.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, PKR diberi tempoh sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.


"Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi pada mesyuarat agung kami.

"Ahli Pas di Permatang Pauh mampu beri kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti," katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Ditanya sama ada Pas Permatang Pauh akan memberi sokongan jika Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih menjadi calon, Omar enggan mengulas.

Dalam persidangan yang berlangsung hampir lima jam itu, keadaan dewan menjadi gamat apabila usul itu dibentangkan oleh wakil Pemuda Pas.

Ada perwakilan yang menggesa agar kepimpinan PKR dan DAP tampil untuk berjumpa dengan kepimpinan Pas bagi memohon maaf atas keceluparan kenyataan mengenai isu hudud yang mengguris hati ahli Pas.

Bekas Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad ketika membahaskan usul itu berkata, tindakan rakan sekutu mereka yang menolak pelaksanaan hudud menyukarkan jentera Pas untuk turun padang bagi menjelaskan pendirian mereka terhadap PR.

"Macam mana kita nak jelaskan dan minta pengundi menyokong kita sedangkan calon yang kita tampilkan nanti tidak menyokong pelaksanaan hudud.

"Malah ada kenyataan pemimpin PKR dan DAP yang dilihat terlalu biadap dan kurang ajar sehingga mahu memutuskan hubungan dengan presiden. Apa maknanya kita bekerjasama dengan mereka jika mahu memutuskan hubungan dengan presiden kami," katanya.

Sementara itu,Omar berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk membelakangi pendirian Pas Pusat sebaliknya hanya mahu perkara itu diberi perhatian kerana disuarakan oleh akar umbi.

"Keputusan ini bukan dibuat oleh saya sendiri tetapi memang boleh dilihat sendiri apa yang akar umbi mahu pada mesyuarat agung hari ini (semalam)," katanya.

Terdahulu ketika ucapannya,Omar berkata, Pas Permatang Pauh akan membuat sedikit kejutan pada PRK Permatang Pauh jika rakan sekutu mereka menyinggung dasar perjuangan Pas.

Beliau berkata, Pas Permatang Pauh juga sudah bersiap sedia untuk membantu kempen pada PRK Permatang Pauh dan memastikan PR terus menerajui kerusi Parlimen Permatang Pauh jika syarat itu dipenuhi.-Sinar Harian

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH. 

Berhubung hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PAS Kawasan P.Pauh menegaskan dua perkara berikut:-

1. Menuntut PKR menarik balik kenyataannya yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud dan meminta maaf secara terbuka.

2. Jika PKR bersetuju dengan perkara di atas, maka kami PAS Kawasan P.Pauh akan meneruskan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh ini.

Pendirian ini adalah keputusan yang telah disepakati dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan P.Pauh kali ke-38 yang bersidang pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

HJ OMAR BIN HASSAN
YDP PAS Kawasan P.Pauh
Sesi 2015-2017
19 April 2015

Saturday, April 11, 2015

Sirul Kecewa Mahfuz Bawa Ibunya Jumpa Tun Mahathir


SHAH ALAM - Sirul Azhar Umar tidak tahu menahu malah tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan pihak tertentu membawa ibunya, Piah Ahmad berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, bekas koperal polis itu turut merayu kepada semua pihak supaya tidak mengeksploitasi kesnya untuk kepentingan mereka kerana itu boleh menjejaskan proses perundangan yang sedang dihadapinya di Australia.

"Sejak dapat tahu ibunya dibawa berjumpa dengan Tun (Mahathir), Sirul sudah dua kali hubungi saya. Kali pertama lebih kurang jam 9 malam tadi (Rabu), dan kali kedua 5 petang ini (semalam).

"Nada suara dan kata-katanya menunjukkan dia sangat kecewa dengan tindakan mereka (bawa ibunya jumpa Dr Mahathir)," kata Hasnal ketika dihubungi, malam tadi.

Menurut Hasnal, Sirul juga mengulangi pendirian mahu terus berada di Australia.

"Dia akan guna semua saluran dan proses perundangan untuk tidak dihantar balik ke sini," katanya.

Untuk tujuan itu, kata Hasnal, Sirul kini menggunakan khidmat dua peguam tempatan di Australia selain beliau sendiri dan Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakilinya di negara ini.

Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan Azilah Hadri, bekas inspektor polis juga daripada pasukan UTK atas kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini, antara jam 10 malam 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Mengikut perjanjian ekstradisi Malaysia - Australia yang dikuatkuasakan sejak 28 Disember 2006, negara itu berhak menolak permohonan ekstradisi Malaysia atas kedudukan Sirul yang dihadapkan dengan hukuman mati kecuali kedua-dua pihak berbincang dan mencapai persetujuan bersama untuk ekstradisi itu dibenarkan.

Mengikut rekod Imigresen, Sirul berlepas ke Australia pada Oktober tahun lalu dan dia kini ditahan di sebuah pusat tahanan Imigresen negara itu.

Hasnal berkata, Sirul telah dinasihatkan oleh peguam yang mewakilinya di Australia bahawa sebarang kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang memetik dirinya (Sirul) sebagai berkata, boleh menjejaskan kepentingannya dalam proses perundangan yang dihadapi di negara itu.

"Ini termasuk kenyataan-kenyataan yang mengaitkan dirinya sebagai 'kambing hitam' ataupun 'membunuh atas arahan'. Kenyataan seperti ini boleh menimbulkan prejudis terhadap dirinya dalam proses perundangan yang sedang dilalui di sana," katanya.

Sehubungan itu, kata Hasnal, Sirul merayu kepada semua pihak termasuk yang bersimpati terhadap dirinya supaya tidak menyeret kesnya ke dalam kemelut politik tanah air.

"Dia merayu supaya mereka memberikan ruang kepadanya untuk menghadapi proses perundangan yang sedang atau akan dilalui di sana tanpa sebarang gangguan," katanya.

Menjawab pertanyaan, Hasnal memberitahu, Sirul ada memaklumkan kepadanya bahawa dia telahpun menghubungi ibunya petang semalam.

Piah petang kelmarin telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan bertemu Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya.

Ini berikutan kenyataan bekas perdana menteri itu yang dalam beberapa entri blognya melontarkan kritikan keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk yang menyentuh pembunuhan Altantuya

Komentar: Tindakn kurang cerdik daripada Mahfuz Omar dengan membawa ibu Sirul berjumpa Tun Mahathir telah mengecewakan beliau yakni Sirul.Sirul tahu bahawa kes beliau ini pasti akan dieksploitasi oleh juak2 politik pembangkang untuk memburukan kerajaan.Jadi KP tidak hairan kenapa Sirul kecewa dengan Mahfuz bertindak sesuka hati termasuk membawa ibunya bertemu Tun Mahathir.Mahfuz kalau betul nak membantu,silalah pulang ke Parlimen Pokok Sena,tengok rakyat-rakyat miskin dan kurang berkemampuan untuk dibantu,ramai lagi yang susah hidupnya di Parlimen Pokok Sena .

Saturday, April 4, 2015

PANAS !! Lokman Nor Adam Jawab Sebab Tun Mahathir Serang Najib


SEBAB SEBENAR NAJIB DISERANG TUN M

Oleh Lokman Adam

Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M. Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi. Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar. Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai". Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat. Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu. Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.


Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan. Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M.

Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.

Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time". Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan. Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan. Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset. Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar". Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.

Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat. Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?

Thursday, March 19, 2015

PAS P.Pinang Kecam Kenyataan Jeff Ooi


PULAU PINANG 19 Mac - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi disifatkan sebagai tidak mengenang budi apabila mendesak partinya menghentikan kerjasama dengan Pas berikutan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 di Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man berkata, Jeff Ooi seharusnya berfikir panjang sebelum membuat desakan melulu memandangkan kerjasama yang terjalin antara Pas dan DAP di negeri ini sudah lama iaitu lebih 10 tahun.

“Kenapa hendak campurkan isu di Kelantan dengan di Pulau Pinang dan saya berpandangan tindakan itu tidak wajar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir berkata, kejayaan DAP memerintah negeri ini sejak 2008 bukan disebabkan kekuatan parti itu semata- mata tetapi dengan bantuan Pas.

“Selama ini, Pas di Pulau Pinang memainkan peranan ke arah kejayaan DAP menguasai negeri ini dan perkara itu tidak boleh dinafikan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Komentar KP :Beginilah PAS di P.Pinang ,ibarat melukut ditepian gantang,boleh disepak terajang,membantu DAP merampas P.Pinang tetapi tengoklah wakil DAP senang-senang sahaja nak sepak PAS selepas boleh tadbir P.Pinang.Alahai PAS...

Monday, March 16, 2015

Adakah Hj Hadi Bakal Tumbang Seperti Datuk Asri Muda ??



Kuala Lumpur – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyatakan kejayaan besar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menyeludup masuk golongan progresif dan dinamik ke dalam parti PAS serta menggerakannya bagi memprojekkan golongan ulama sebagai fanatik dan taksub yang tidak lagi sezaman.

Beliau berkata, penghinaan pandangan golongan itu di dalam PAS terhadap golongan ulama dapat dilihat menerusi peguam PAS, Hanifa Maidin yang menggangap ustaz-ustaz di dalam parti itu hanya pandai menghafal al-Quran dan Hadis.


Tambahnya, Hanifa sendiri menyatakan ustaz-ustaz itu tidak mempunyai minda analisis, kepelbagaian, gagal memahami realiti dan dalam keghairahan untuk menegakkan kerajaan negara Islam utopia dan murni menjadikan mereka pelampau.

“Sebenarnya pandangan Hanifa Maidin itu sama dengan pandangan UMNO selama ini terhadap PAS yang menyebabkan UMNO dituduh sebagai sekular. Sekarang tugas mensekularkan PAS dijalankan dari dalam PAS sendiri.

“PAS sekarang berada dalam keadaan porak peranda, pecah belah dan tergugat sama seperti UMNO ketika Anwar disingkirkan tetapi kebijaksanaan dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mengekalkan perpaduan pucuk pimpinan UMNO namun kerosakan yang ditinggalkannya menghakiskan kekuatan UMNO dan perpaduan Melayu hingga sekarang,” katanya.

Beliau yang menulis menerusi entri terbaru zamkata.blogspot.com menambah, PAS kini tidak lagi dilihat sebuah parti yang dihormati dalam Pakatan Rakyat sebaliknya bergantung kepada belas kasihan DAP dan PKR, malah terdapat seorang dua pemimpinnya bergantung rezeki hidup kepada DAP.

“Strategi pucuk pimpinan ulama PAS masih tetap di takuk lama, bersabar untuk masa depan yang cerah tanpa sedar bahawa kesabaran inilah yang semakin menggelapkan PAS. Menyedari hakikat ini, Anwarinas menjadi semakin agresif untuk menyingkirkan kepimpinan ulama PAS.

“Generasi baru dalam PAS sewajarnya berterima kasih kepada banduan Anwar Ibrahim kerana beliau telah berjaya meninggalkan padang perjuangan yang mantap untuk mereka terus berjuang bagi memberikan imej baru kepada PAS, menjadikannya lebih realistik dan relevan sepanjang zaman,” ujarnya.

Zainuddin yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata, walaupun Anwar gagal meruntuhkan UMNO tetapi beliau melihat belum pasti Anwar tidak akan berjaya dalam menghapuskan imej PAS sebagai parti jumud, taksub, fanatik, kolot dan kuno di bawah pimpinan orang-orang yang hanya tahu menghafal al-Quran dan Hadis.

“Seluruh ahli PAS sewajarnya mengenang budi besar Anwar Ibrahim yang sedang merengkok dalam penjara Sungai Buloh kerana beliau telah mewariskan kebangkitan revolusi sosial yang besar dalam PAS yang memisahkan golongan konservatif, jumud dan kolot dengan golongan progresif dan dinamik dalam parti itu,” katanya.

Katanya, kemuncak kepada revolusi dalam PAS apabila terdapat kenyataan terus terang beberapa orang pemimpin parti itu yang mahu kepimpinan ulama yang kini disandang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar dan disingkirkan.

“Haji Hadi akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Asri yang disingkirkannya kerana memimpin golongan assabiyah yang lebih mengutamakan nasionalisme Melayu dari keIslaman sejati,” katanya.-SuaraTV

Sunday, March 15, 2015

Khalid Samad Bidas Timbalan Mursyidul Am PAS


SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini bahawa tiada keperluan menukar presiden parti itu.

Khalid berkata, tindakan Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas, bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang terbuka dengan pertandingan terhadap jawatan itu.

Pada Khamis lepas Hadi menyatakan beliau bersedia dicabar pada muktamar tahunan parti itu yang ke-61 Jun depan sekiranya pertandingan itu mendapat sokongan anggota parti.

Khalid berkata, kenyataan Ahmad itu memberikan imej negatif kepada parti tersebut sedangkan Abdul Hadi telah menyatakan keterbukaannya untuk dicabar.

"Kenyataan (Ahmad) itu seolah-olah menunjukkan Hadi tidak mendapat sokongan daripada anggota Pas.

"Pemilihan jawatan presiden tidak seharusnya tertumpu kepada kehebatan ilmu seseorang pemimpin, sebaliknya lebih kepada kualiti kepemimpinan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Shah Alam, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad semalam yang mahu Hadi dikekalkan sebagai Presiden Pas kerana "mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi".

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, ahli Pas seharusnya diberi peluang memilih calon yang disukai bagi jawatan presiden parti itu seperti yang termaktub dalam undang-undang parti.

Semalam mesyuarat agung Pas kawasan Kota Tinggi sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk jawatan Presiden.

Pada 9 Mac lepas, Pas kawasan Kota Bharu mencalonkan Naib Presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan presiden.

Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu dengan mengatakan Hadi tidak perlu ditukar.

Tuan Ibrahim berkata beliau lebih berminat bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. - Bernama

Kriteria Pemilihan Mufti-Mufti Negeri Perlu Diselaraskan


Baru-baru ini negara digemparkan dengan isu Mufti Perlis Dr. MAZA dengan penceramah agama terkenal Dato Ust Kazim Elias yang akhirnya isu ini diselesaikan dengan baik atas pertolongan YDP YADIM Dr. Asyraf Wajdi Dasuki.Sangat memalukan ketika isu ini tersebar di media sosial dan sedikit sebanyak mencalarkan imej agamawan dimata umat Islam.

KP terpanggil untuk mengulas cetusan blog Panglima Perang Cyber agar diwujudkan kriteria pemilihan jawatan Mufti bagi negeri-negeri bagi menjaga kemuliaan dan keharmonian institusi agama terutamanya Jabatan Mufti Negeri yang mana calon Mufti akan diserahkan kepada Sultan/Raja untuk diperkenan.

KP sangat bersetuju cetusan ini kerana mekanisme pemilihan Mufti perlu diperhalusi agar ianya tidak memudaratkan umat Islam dikemudian hari dengan fatwa-fatwa pelik dan bertentangan dengan ijmak ulama dan fuqaha yang diputuskan oleh Mufti tersebut kerana lemahnya ilmu dan adabnya dalam berinteraksi dengan hukum dan nas al quran ataupun hadis.

KP senaraikan mekanisme yang sewajarnya mengambil kira beberapa faktor utama seperti yang ditulis oleh Panglima Perang Cyber:

1) Calon Mufti mestilah seorang ahli agama yang mempunyai kelayakan akademik Syariah pengkhususan Fiqh dan Usul Al-Fiqh atau Fiqh wal Qanun. Ini kerana tugas Mufti ialah mengeluarkan Fatwa yang mewajibkan seorang yang arif dalam selok belok hukum menyandang jawatan tersebut. Oleh yang demikian, mereka yang tidak berlatarbelakangkan bidang Fiqh tidak sewajarnya dicalonkan sebagai Mufti. Ini termasuklah bidang kesusasteraan, Bahasa Arab, Usuluddin, Dakwah, Tafsir, Hadith atau Tamadun. Bidang bidang ini tidak mampu menampung tanggungjawab seorang Mufti dalam penyimpulan hukum dan sebagainya.

 2) Calon Mufti mestilah seorang yang berkaliber dan mempunyai syakhsiah yang tinggi, tidak celupar, tidak gopoh. Pendek kata dia mesti mengetahui adab adab seorang Mufti.

 3) Calon Mufti hendaklah tidak dilihat mempunyai kepentingan politik atau peribadi.

 4) Calon Mufti hendaklah seorang yang bersifat neutral.

 5) Calon Mufti mestilah seorang yang tidak pernah diambil tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa bagi kesalahan yang dia sedar akan salahnya. Ini termasuklah mengajar tanpa tauliah dan seumpamanya.

 6) Calon Mufti mestilah orang yang disegani masyarakat.

Di negara Mesir contohnya,pemilihan mufti dilakukan oleh Majlis Haiah Kibar Ulama dan yang menjadi pengerusinya ialah Syeikhul Azhar.Majlis ini menetapkan beberapa kriteria dan syarat untuk dilantik sebagai Mufti Besar Mesir antaranya calon mesti berlatarbelakangkan pendidikan Al Azhar sejak kecil,mahir berbahasa inggeris,seorang professor dalam syariah Islam,mempunyai pengetahuan Islam am yang luas dan lain2 kriteria.

Masyarakat tidak mahu melihat mufti hanya sekadar sibuk mengadu domba di laman FB untuk mengelirukan orang awam dengan sebaran berita palsu dan fitnah seperti yang dilakukan oleh Dr MAZA terhadap Ust Kazim Elias sebelum ini.Mufti seharusnya dilihat seorang yang berwibawa,tidak lekas menuduh dan melabel tanpa usul periksa,punya pengetahuan luas,bijaksana dalam membuat keputusan ,dan sebagainya.

Walaupun institusi agama terletak dalam tanggungjawab negeri-negeri masing yang diketuai oleh Sultan/Raja,wajar JAKIM dan agensi dibawahnya membuat suatu garis panduan jelas agar calon mufti yang hendak dilantik oleh negeri-negeri menepati kriteria yang ditetapkan.


Wednesday, March 4, 2015

Mufti Perlis Tidak Setuju Ust Kazim Elias Menjadi Panel Forum Perdana Ehwal Islam


Telah tersebar di media massa dan sosial akan surat rasmi daripada pejabat Jabatan Mufti Perlis kepada Pejabat Menteri Besar Perlis akan pendirian Mufti Perlis ,Dr Asri yang tidak bersetuju dengan kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias(DUKE) sebagai panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan Ulangtahun Ke-69 RTM.


Pendirian Mufti Perlis tersebut mendapat kritikan ramai kerana alasannya konon DUKE sering membawakan riwayat-riwayat palsu.Dr. MAZA  menjawab di Facebooknya DR.MAZA dengan mengemukakan contoh riwayat palsu yang terdapat dalam buku DUKE berkenaan kisah kenduri Rasulullah makan roti jala cicah kuah kari yang mana isu ini telah lama dijawab oleh DUKE


Sikap Mufti Perlis yang melabel pendakwah secara terbuka dengan mengatakan beliau DUKE selalu mengemukakan riwayat-riwayat palsu ibarat meludah ke muka sendiri apabila sebelum ini dia antara lantang yang mengkritik isu label-melabel dalam kalangan pendakwah di Malaysia dengan pelbagai label.Kini,beliau pulak melabel DUKE sebagai pendusta dengan riwayat-riwayat palsu.

Disini KP sertakan akan penyelewengan Dr. MAZA dalam agama yang mengelirukan masyarakat umumnya di Malaysia:

1.Isu Selawat Syifa


2.Fitnah Keatas Sayyid Jaafar Al Barzanji dan Ahlul Bait Rasulullah SAW


Sebenarnya ada banyak lagi kekeliruan yang sengaja ditimbulkan dalam masyarakat oleh Mufti Perlis ini dan KP hanya sertakan 2 video sahaja untuk penilaian pembaca.KP sertakan satu link daripada Halaqah.net yang bertajuk Muhasabah Untuk Dr. Asri untuk rujukan pembaca sekalian .

Saturday, February 28, 2015

Mahfuz Disaran Buat Kerja Berfaedah,Siasat Dalang Jatuhkan Presiden PAS


Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar disaran membuat kerja lebih berfaedah untuk partinya terutama mencari dalang setelah wujud dakwaan komplot menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada membuat ‘lawak jenaka’ seperti drama telesidang bersama Sirul Azhar Umar di Ibu pejabat Pas baru-baru ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata kerja sedemikian lebih berfaedah dan lebih bermanfaat apatah lagi beliau merupakan salah seorang pimpinan tertinggi Pas.

Menurut beliau daripada membuat cerita yang tidak tentu pasal, sebaiknya Mahfuz mengorak langkah sebaik mungkin dan mengatur strategi untuk menyiasat dakwaan berat yang kini berlegar di dalam parti tersebut.

“Takkan beliau tidak terasa dengan apa yang sesetengah pimpinan lain rasakan apabila kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi cukup panas dan gerakan menjatuhkan beliau telah dibongkarkan oleh beberapa pihak di dalam parti itu sendiri.

“Takkan beliau ingin sekadar berpeluk tubuh dan lebih berminat dengan perkara-perkara lain. Bak kata pepatah rumah sendiri pun hampir roboh, namun rumah orang lain pula yang disibukkan. Pelik juga rasanya.

“Nampaknya hasrat beliau untuk menunjukkan ‘kejantanannya’ salah tempat. Sepatutnya Mahfuz lebih garang dan lebih ghairah untuk menyelamatkan kerusi Presiden. Itu yang lebih utama…cukup-cukuplah tu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mahfuz memanggil sidang media tersebut pada pukul 11.30 pagi ini (Isnin) tetapi Sirul tidak juga muncul-muncul walaupun Mahfuz cuba berlakon dengan mendakwa kali terakhir dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Sirul pada 10.44 pagi.

Percubaan Mahfuz untuk menghubungi Sirul, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu gagal dan pada 12.16 tengahari Ahli Parlimen pokok Sena itu seperti mengaku kalah apabila pangilan kali keduanya masih tidak berjaya.

Dan difahamkan cubaan kedua pada pukul 1.31 petang berjaya dihubungkan kepada Sirul. Ditanya kesahihan sama ada yang bercakap dengannya itu adalah Sirul, beliau berkata ‘pasti bercakap dengan Sirul’.

Tambahnya, pengesahan bahawa beliau selama ini berhubung dengan Sirul yang sebenar akan dapat disahkan sepenuhnya apabila rombongan Pas bertemu Sirul di Australia kelak.

Fairus seterusnya menegaskan cubaan mencari publisiti baru oleh Ketua Penerangan Pas itu cukup memualkan dan rakyat perlu teliti dan jangan sesekali mudah terpedaya dengan segala mainan mereka.

“Dah banyak perkara dan isu yang mereka cuba sensasikan sebelum ini. Nawaitu mereka hanyalah untuk memburukkan kerajaan. Sebab itu saya ingin tegaskan jangan sesekali kita cepat melatah dengan perkara sedemikian,” ujarnya. -MediaUMNO

Wednesday, February 25, 2015

Anak Almarhum Ust Fadzil Noor Sokong Kerjasama UMNO-PAS


BANGI, 25 Feb – Anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Ustaz Ahmad Fauwaz menyokong kerjasama antara parti itu dan UMNO seperti yang disuarakan oleh beberapa ulama PAS, malah menyifatkan ianya adalah syarie dan perlu dilaksanakan.

Beliau berkata, sebaagian daripada kita mahu menunggu UMNO menjadi ‘Islam’ dahulu, baharu hendak mewujudkan kerjasama.

“Kita nak tunggu UMNO Islam dulu agak lambat. Jadi kena timbangkan di antara keburukkan UMNO dan kebaikan bekerjasama,” ujar beliau melalui status Facebooknya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kepada kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang berpendapat kerjasama antara PAS dan UMNO perlu dilaksanakan secepat mungkin dan merupakan suruhan agama jika ia satu usaha yang membawa ke arah kebaikan.

Ustaz Ahmad Fauwaz berkata, ayat al-Quran dalam surah Al-Maidah diturunkan untuk menggalakkan umat Islam bersatu padu dan saling membantu pada perkara kebaikan.

“Rasanya, kalau ijtihad ini dibahaskan dengan harmoni mungkin ada kebaikan,” katanya.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/02/anak-allahyarham-fadzil-noor-sokong-kerjasama-pas-umno/

Monday, February 23, 2015

Wartawan diperbodoh Mahfuz ,Sirul Enggan Beri Kenyataan


Disebalik keributan perpecahan yang kini melanda PAS,Ketua Penerangan PAS sibuk mengungkit dan membuka kisah pembunuhan Altantuya Sharibuu yang telah selesai di mahkamah dengan hukuman gantung sampai mati kepada bekas anggota UTK Sirul dan Azilah.

Keghairahan Mahfuz untuk mengadakan sidang 'teleconference' dengan Sirul telah memperbodohkan wartawan-wartawan tempatan apabila Mahfuz gagal untuk menghubungi Sirul.Benarkah Mahfuz telah berhubung dengan Sirul yang sebenar??Atau ini hanya sekadar satu lagi projek pembodohan terhadap rakyat selepas isu liwat Anwar gagal di mahkamah tempoh hari?? 

Menurut cerita daripada rakan-rakan wartawan,selama 2 jam Mahfuz gagal menghubungi Sirul dan Mahfuz hanya menunjukkan SMS beliau dengan Sirul dan kira-kira jam 1.10 tengahari,Mahfuz mendakwa dihubungi Sirul dan Sirul menyatakan bahawa beliau tidak dapat mendedahkannya buat masa ini.

Hairan juga KP,jika memang benar Sirul tidak bersalah kenapa beliau tidak bersungguh-sungguh untuk beri kenyataannya ketika diadakan sidang media tersebut.Bagi KP,wartawan semua sudah kena 'kencing' sama pelawok No. 1 Malaysia ini.Sirul kini hanya menjadi alat politik pembangkang untuk mengulangi skrip basi yang mengaitkan PM Dato' Seri Najib sebagai dalang.Mungkin,sidang media ini hanya percaturan permulaan oleh broker-broker besar yang mengatur segala rancangan terhadap Sirul dan KP yakin selepas ini akan ada lagi rancangan yang mereka cuba rencanakan.

Rakyat Malaysia perlu membuka mata hati melihat dengan fakta dan bukti, bukan sekadar 'hearsay' cakap-cakap omongan kosong yang bertujuan jahat untuk menfitnah pihak lain.Kita tidak perlu melayan golongan seperti ini.

Baca analisa Dr. MiM berkenaan isu Sirul dan Konspirasi politik  

Monday, February 16, 2015

Hatta Tidak Perlu Ajar BN Cara Berpolitik


KP pun naik hairan kenapa la Pengarah Pilihanraya PAS ini sibuk nak kacau hal dalaman BN ,kalau pun BN tanding Permatang Pauh tidak menjadi salah kerana Anwar bukannya dah MATI tapi kena sumbat 5 tahun sahaja dalam penjara. Situasi parlimen Permatang Pauh dan DUN Chempaka berbeza sama sekali kerana di Kelantan ketika ini sedang dalam misi pemulihan pasca banjir dan keadaan ini memerlukan kesepakatan dan hubungan baik dengan antara Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Justeru,tidak hairan pemimpin UMNO baik di Kelantan mahupun diperingkat sayap Pemuda,Wanita dan Puteri bersuara agar BN tidak bertanding di DUN Chempaka.Walaupun wujud kelompok ahli UMNO yang membantah akan cadangan tersebut ,kini terpulang pada Presiden dan MT UMNO untuk memutuskan segala-galanya.KP yakin Presiden UMNO akan mengambil langkah yang bijak dan teliti sebelum memutuskan keputusan .Memang benar ,kita tidak boleh ketepikan suara-sura pengundi UMNO di Chempaka tetapi kadangkala di dalam politik kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Jika BN putuskan bertanding di Permatang Pauh sahaja, itu akan memudahkan fokus bagi merampas kembali kerusi Permatang Pauh dari tangan PKR.


Sepatutnya Hatta berfikir dahulu sebelum nak mengajar BN cara berpolitik sebab baru-baru ini pun terdapat dakwaan bahawa beliau yang mengetuai cubaan untuk menjatuhkan Hj. Hadi yang didedahkan oleh Pemuda PAS Kuantan.Kalau dia sendiri pun ada "track record" yang buruk dalam politik sampai cuba nak jatuhkan Presiden parti sendiri ,tidak malukah dia untuk nasihat parti lawan bagaimana nak berpolitik

KUALA LUMPUR - BN disaran untuk tidak meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh sekiranya parti itu konsisten dalam pendiriannya yang menyuarakan untuk tidak bertanding di Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, BN perlu memikirkan isu-isu yang timbul seperti kos dan rakyat memandangkan negara baharu saja selesai melaksanakan pilihan raya umum.

“Kalau pendirian mereka (BN) konsisten...katalah bukan kerana masalah yang berlaku di Kelantan seperti banjir tapi akan timbul isu-isu seperti perbelanjaan yang besar, menyusahkan rakyat sebab kita baru saja selesai pilihan raya umum dan macam-macam lagi hujah-hujah seperti yang berlaku semasa pilihan raya di Kajang.

“Jadi, kalau berasa bahawa tidak perlu bertanding di Dun Chempaka, saya rasa mereka harus juga memikirkan tentang pilihan raya di Permatang Pauh. Seperti mana mereka (BN) berfikir di Bukit Gelugor,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan supaya BN tidak meletakkan calon di Dun Chempaka dan lebih fokus terhadap bantuan pacsa banjir terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan kediaman serta harta benda dalam bencana, Disember lalu.

Mengulas lanjut, Dr Hatta menegaskan, beliau yakin sekiranya berlaku pilihan raya, parti itu tetap akan mengulang kembali kejayaan beberapa tahun yang dilakar Nik Aziz.

“Kita di dalam Pas, bersedia menghadapi pilihan raya ini dan kita berkeyakinan di Dun Chempaka itu, rakyat memang...memang pun sudah berada di bawah Tok Guru Nik Aziz sekian lama, mereka tidak akan lupakan jasa-jasanya.

“Insya-ALLAH kita boleh mengulangi kejayaan seperti dalam pilihan raya yang lalu dan mungkin lebih baik lagi. Saya berkeyakinan di Permatang Pauh pun kita sudah bersedia. Kita menanti pengumuman,” katanya.

Sunday, February 15, 2015

Tok Pa Cadang BN Tidak Perlu Tanding DUN Chempaka,Tumpu Pemulihan Banjir Kelantan



KOTA BHARU 14 Feb. - Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka kerana tumpuan harus diberikan kepada kerja-kerja untuk membantu rakyat yang menderita akibat bah kuning.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat tindakan tersebut juga bagi mengelakkan perpecahan kerana pilihan raya lazimnya akan mewujudkan ketegangan sedangkan tumpuan utama adalah untuk membela nasib rakyat negeri ini selepas malapetaka tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara tersebut hanya pandangan peribadinya dan keputusan muktamad untuk meletakkan calon bergantung kepada hasil perbincangan dengan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa serta Badan Perhubungan UMNO negeri dan Presiden parti itu.

"Sebenarnya terlalu awal untuk bercakap tentang PRK kerana Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru saja meninggal dunia tetapi disebabkan ada pertanyaan maka saya hanya memberikan respon. Tak sesuai untuk kita bercakap tentang PRK kerana tidak menghormati keluarga disebabkan baru sehari Allahyarham meninggal dunia.

"Bagi saya secara peribadi, mungkin tidak perlu BN meletakkan calon sekiranya ada PRK kerana saya nak tumpu kepada kerja-kerja pemulihan banjir, ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan supaya dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Menurutnya, adalah elok mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat kerana apabila ada pilihan raya, maka akan ada pergeseran dan perbalahan, sekali gus merenggangkan perpaduan.

Tambahnya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dan Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi membincangkan perkara tersebut pada minggu depan.

Penyandang kerusi tersebut, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas meninggal dunia pada malam kelmarin di rumahnya di Pulau Melaka di sini selepas disahkan menghidap kanser prostat tahap 4.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bekas Menteri Besar itu menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd. Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Sementara itu, Ketua UNNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman ketika dihubungi di sini berkata, pihaknya menyerahkan kepada pucuk kepemimpinan parti untuk membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon ataupun tidak dalam PRK DUN Chempaka.

"Cuma bagi saya dan UMNO bahagian, kita akan tunggu arahan daripada pucuk pimpinan, kita tidak ada masalah (untuk bertanding atau pun tidak), kita buat sedikit-sebanyak persiapan seperti biasa tetapi kalau diputuskan oleh pucuk pimpinan kita akur dengan keputusan.

"Semalam secara kebetulan kita ada mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian yang dirancang sebelum kematian Allahyarham lagi, Kita ada bincang tentang perkara tersebut tetapi tidak fokus kerana tidak mahu mendahului parti," katanya.


Thursday, February 12, 2015

Nik Abdul Aziz Meninggal Dunia


Tepat jan 9.40 malam tadi ,pergilah buat selama-lamanya Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat ,Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan ke rahmatullah pada malam jumaat yang mulia dan berkat ini.Beliau akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru Pulau Melaka

Sosok Ulama siasah yang paling lama dalam arena siasah politik Malaysia ini meninggal dunia di rumahnya selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.Ramai dikalangan pemimpin baik daripada pembangkang mahupun kerajaan mengutuskan salam takziah buat kaum keluarga Nik Abdul Aziz dan menghargai sumbangan yang telah beliau sumbangkan sepanjang hidupnya di dalam agama,bangsa dan negara terutamanya di Kelantan

Al Fatihah buat beliau dan moga ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman

Wednesday, February 11, 2015

PANAS !!! Petisyen Bebaskan Anwar Ibrahim Sudah Wujud Di Laman Web White House @PDRMsia


Tidak sampai satu hari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar Ibrahim. Telah diwujudkan petisyen khas terhadap pentadbiran Barack Obama untuk meletakkan isu Anwar sebagai isu utama dalam polisi Amerika Syarikat terhadap Malaysia.Pentadbiran Amerika Syarikat juga telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini akan kekecewaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim

Pihak Wisma Putra perlu memandang serius perkara ini kerana ini membabitkan soal kedaulatan negara dan keadilan dalam sistem kehakiman negara.Apabila wujud cubaan untuk meminta bantuan luar bagi menyelamatkan seseorang yang telah terbukti kesalahannya ,ini sudah mencabar maruah dan integriti kehakiman negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menolak sebarang campurtangan asing di dalam isu ini kerana ini adalah negara kita dan kita tidak perlu kepada orang lain untuk selesaikan isu negara kita.KP berharap agar PDRM dan Wisma Putra menyiasat akan perkara ini .

Dalam keadaan sekarang pembangkang sudah kian terdesak dan pelbagai cara mereka akan gunakan untuk bebaskan Anwar Ibrahim. PR kini pun sudah seperti kapal yang hilang nakhodanya yang mana bila-bila masa sahaja akan karam dan berpecah-belah kerana tanpa Anwar Ibrahim mereka tidak akan sanggup adakan tahaluf siyasi kerana PR ini ibarat "tidur satu bantal,tapi mimpi lain-lain"

Berikut merupakan link kepada petisyen tersebut:
https://petitions.whitehouse.gov/petition/make-release-malaysian-opposition-leader-anwar-ibrahim-prison-top-priority-us-policy-toward-malaysia/fBrTzvBz