Tuesday, December 10, 2013

Nik Abduh: PAS Tetap Pertahankan Mat Sabu Selagi Mana Dia Bersih


SHAH ALAM - [KEMASKINI] Pas mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendedahkan bukti keterlibatan pemimpin parti itu yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bakal mendedahkan bukti didakwa hanya sekadar mainan mahu mendapatkan sokongan politik.

“Berdasarkan pemantauan, tiada seorang pemimpin Pas terlibat dengan Syiah dan kami telah pun membuat penafian berhubung perkara ini."Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja. Jika KDN ada bukti, sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang akan mendedahkan beberapa bukti pemimpin Pas terlibat dalam fahaman Syiah dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

"Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin Pas yang mengikut fahaman Syiah, Pas tetap mempertikaikannya.

"Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," katanya.

Jelasnya, Pas tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai bukti-bukti yang dibawa.

“Saya juga sudah sebut jika bukti itu datang daripada Umno maka kita tidak akan percaya,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan KDN yang memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas yang terlibat dalam fahaman Syiah, Nik Abduh menegaskan, ia adalah tindakan kerajaan dan Pas tiada kuasa untuk menghalangnya.

“Pas ada keputusan sendiri dan kerajaan ada kuasa mereka dan boleh buat apa sahaja. Selagi mana pemimpin Pas bersih, kita akan cuba pertahankan pemimpin kita," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, kerajaan perlu menuruti prosedur dalam memberikan bukti berhubung keterlibatan pemimpin Pas dalam fahaman Syiah.

"Jika (ia) tidak benar, ini bermakna Umno perlu bersedia menghadapi saman daripada Pas.

"Isu syiah merupakan isu politik antarabangsa yang telah dimainkan Umno dan akhirnya Pas menjadi mangsa keadaan. Jika Umno ada bukti, sila tunjukkan, kami tidak gentar,” katanya.

Komentar KP : Terkejut KP melihat kenyataan Nik Abduh anak Nik Aziz yang boleh disifatkan sebagai kenyataan yang bersifat assabiyah dan tidak mengambil kira pandangan dan bukti-bukti yang bakal dikemukan keatas Mat Sabu terlebih dahulu. Bak kata pepatah melayu" Bapa borek,anak rintik",inilah contoh "The Next Nik Aziz" yang bakal menjelma dalam PAS jika Nik Abduh terlalu emosi dalam mempertahankan pemimpin PAS demi membersihkan nama PAS daripada tuduhan sebegini.

Nik Abduh sendiri sudah tidak berlaku adil dalam menentukan keadilan seseorang dengan berhukum dengan hukumnya sendiri dan tidak peduli dengan bukti-bukti yang dikemukan dan menolak terus jika ianya daripada UMNO.Inilah yang sangat jelas di dalam PAS yang kononnya bersikap untuk semua tetapi masih jumud dalam kegelapan sempit jika berdepan dengan situasi membabitkan pemimpinnya.Berlaku adil lah wahai Nik Abduh seperti dalam firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."-[Surah Al Maidah ,ayat8]

Sunday, December 8, 2013

Mat Sabu Akui Dirinya Pengikut Ahli Sunnah,Adakah ini Perbuatan Taqiyah Syiah??


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menafikan tuduhan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengamalkan ajaran Syiah.

Mohamad dalam laporan Harakahdaily menafikan dengan keras tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," dakwanya.

Semalam, media melaporkan ucapan Ahmad Zahid menggemparkan Perhimpunan Agung Umno 2013 apabila meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Ahmad Zahid itu ketika sesi penggulungan PAU memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Dalam pada itu itu, Mohamad atau Mat Sabu berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid.

"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” ujarnya.

Komentar KP : Mungkin tersentak dengan ancaman daripada Menteri KDN,Mat Sabu sepertinya mengaku sebagai Ahli Sunnah bagi membersihkan dirinya daripada ditangkap oleh KDN dan ini sudah menjadi perkara biasa kerana ianya termasuk dalam rukun Syiah iaitu taqiyah ,berpura-pura dan menyembunyikan aqidahnya dan KP tidak mendakwa kata beliau seorang syiah tetapi perkara ini sudah biasa dan menjadi amalan orang-orang syiah jika mereka menghadapi suatu ancaman terhadap diri mereka jika memang mereka berfahaman syiah.


Saturday, December 7, 2013

Ust Shabudin Yahya : Tuduhan Nik Aziz UMNO Baru Buka Pintu Perbincangan Satu Pembohongan


KUALA LUMPUR: Wakil UMNO Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan tuduhan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya kerajaan Persekutuan baru membuka pintu perbincangan dengan kerajaan Kelantan selepas tempoh 23 tahun sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, ia adalah satu pembohongan yang cuba dilemparkan bekas Menteri Besar Kelantan itu susulan pertemuan Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap sebagai satu yang luar biasa.

Katanya, ini kerana tiga Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebelum ini pernah mengadakan pertemuan bersama beliau bagi membincangkan program pembangunan di Kelantan termasuk pelancaran Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Tumpat pada 2009.

"Dia (Nik Aziz) kata dah 23 tahun baru Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) baru nak buka pintu perbincangan. Ini satu pembohongan yang dibuat oleh seorang ulama," katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Nik Aziz ketika menyampaikan kuliah Mingguan di Dataran Ilmu, Kelantan baru-baru ini menyifatkan pertemuan Ahmad dengan Najib sebagai satu yang luar biasa.

Zahid Hamidi : KDN Akan Bawa Usul Masukkan Takrifan Ahlus Sunnah Wal Jamaah Dalam Perlembagaan


KUALA LUMPUR, 6 Dis - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

“Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan Sunnah wal Jamaah dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib iaitu isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Cadangan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang sedang berlangsung di sini.

Ahmad Zahid berkata, dengan memasukkan perkataan itu, tiada penganut agama Islam yang mempunyai fahaman lain dibenarkan mengembangkan fahaman mereka selain Sunnah wal Jamaah.

Friday, December 6, 2013

Jom Ke Program Malaysia Berselawat Esok di Stadium Hoki Bukit Jalil #MalaysiaBerselawat


KUALA LUMPUR 5 Dis. - Yayasan Al-Abrar dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan satu program kerohanian 'Malaysia Berselawat' bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Zainal Abidin Jaafar berkata, dengan menampilkan tokoh ulama terkemuka Yemen, al-Habib Umar Hafidz, majlis itu dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat Islam Malaysia khususnya mengenai kehebatan rangkaian selawat, zikir dan burdah mengagungkan Rasulullah SAW.

"Antara aktiviti pada malam tersebut melibatkan solat maghrib berjemaah serta sesi tazkirah daripada ulama-ulama tempatan dan luar negara seperti Habib Thohir Al Haddar (Yemen), Habib Jindan Novel (Indonesia) serta Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid dan Don Daniyal Don Bijayid, masing-masing dari negara ini.

"Pada malam itu, sesi Tausiyah Perdana juga disampaikan oleh al-Habib Umar yang merupakan salah seorang pendakwah tersohor di dunia," ujar Zainal Abidin dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha UMNO Cheras, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah.

Sehubungan itu, Zainal Abidin menjemput orang ramai untuk hadir ke Stadium Hoki Bukit Jalil bagi mengisi masa lapang dengan acara kerohanian itu yang bermula pada pukul 5 petang sehingga 11 malam.

Selain itu, kemudahan Sistem Aliran Ringan (LRT) beroperasi sehingga 2 pagi dan beliau berharap peluang majlis ilmu berkenaan wajar direbut oleh orang ramai pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web, www.malaysiaberselawat.com atau hubungi penganjur, Yayasan al-Abrar menerusi talian 0642652925 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, December 3, 2013

Tun Mahathir Puji Keterbukaan UMNO,Lantik Personaliti Luar Menganggotai MT UMNO


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan UMNO melantik beberapa personaliti untuk menganggotai Majlis Tertinggi (MT) parti, satu pembaharuan inklusif demi kebaikan parti.

Beliau berkata keterbukaan UMNO untuk melibatkan orang luar iaitu mereka yang bukan anggota UMNO, merupakan satu langkah baik untuk membawa perubahan dalam parti.

"Banyak peningkatan yang dibuat oleh UMNO (sekarang) dan ia berbeza dari sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Mereka(UMNO) membawa masuk beberapa personaliti yang bukan anggota Umno untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Itu langkah yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari Forum Antarabangsa UMNO 2013, di sini hari ini.

Terdahulu, bekas Presiden UMNO itu menyampaikan ucapan dalam jamuan tengah hari forum dua hari yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Pada Jumaat lepas, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - UTUSAN ONLINE

Monday, December 2, 2013

Perhimpunan Agung UMNO Jadi Platform Hamas dan Fatah Bentuk Kerjasama Demi Palestin

NajibRazak berjumpa Khalid Mishal, ketua biro politik Hamas di Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Forum Antarabangsa UMNO 2013 bakal menjadi platform kepada Fatah dan Hamas berkongsi penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman Israel, sekali gus berusaha meraih sokongan 206 delegasi dari 32 parti politik seluruh dunia.

 Pengerusi Hamas-Khaled Meshaal bertanya khabar kepada Wakil Fatah-Abdullah sewaktu memasuki dewan 'International Forum' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC pagi tadi
Selain itu, forum kali ini juga dilihat medan terbaik untuk kedua-dua parti tersebut mencari persefahaman politik seterusnya membentuk kerjasama demi kebaikan rakyat Palestin walaupun tiada pertemuan khusus antara Fatah dengan Hamas diaturkan pihak penganjur.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum Antarabangsa UMNO 2013, Datuk Dr. Norraesah Mohamad (gambar) berkata, Fatah akan diwakili Timbalan Komisioner Hubungan Luarnya, Dr. Abdullah M. Abdullah manakala Hamas oleh Ketua Biro Politiknya, Khaled Mesha’al.

“Forum kali ini yang bertemakan kesederhanaan politik sangat menarik kerana bakal menampilkan wakil Fatah dan Hamas untuk sama-sama menjadi ahli panel. Secara tidak langsung membawa maksud isu Palestin ini sangat dekat di hati rakyat Malaysia dan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saturday, November 30, 2013

Pelantikan Ust Kazim Sebagai MT UMNO Bukti UMNO Mengiktiraf Peranan Ulama


ADA yang berkata keputusan melantik tokoh agama seperti Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis tertinggi UMNO, adalah bertentangan dengan tradisi parti kerana tidak pernah berlaku orang dari luar dibawa ke peringkat tertinggi dalam parti tersebut.

Menurut yang skeptikal, UMNO mungkin berhadapan masalah apabila melantik orang yang tidak ada latar belakang politik ke kedudukkan setinggi itu.

Tapi bagi penulis, pandangan seumpama itu menunjukkan masih ada di kalangan pemimpin UMNO yang terikat dengan tradisi dan cara berpolitik yang lama, sedangkan pada zaman ini, semua orang berpolitik mengikut kaedah dan pendekatan baru.

Penulis tidak nampak sebarang kekurangan pada Ustaz Kazim. Beliau pada pandangan penulis adalah tokoh yang paling sesuai untuk menjadi ahli majlis tertinggi melalui cara lantikan. Sentuhan politik tidak akan hilang kerana 25 anggota majlis tertinggi yang dipilih dalam pemilihan lepas adalah mereka yang benar-benar berlatar belakangkan politik.

Lagipun Kazim dan sepak terajang politik bukan baru. Beliau pernah dipecat dari PAS pada tahun 2009 kerana mengkritik kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

Ustaz Kazim mungkin baru dengan politik UMNO, tapi nak mengatakan beliau jahil politik 100%, adalah tidak benar sama sekali.

Sebagai mewakili golongan ulama dalam UMNO, Ustaz Kazim boleh memainkan begitu banyak peranan penting untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam agar bersatu di dalam UMNO.

PAS mungkin bukan lagi musuh utama UMNO, tapi itu bukan bermakna cabaran mereka sudah boleh dipandang rendah. Hari ini PAS berada dalam kedudukan paling lemah kerana pertembungan antara fraksi ulama dan golongan liberal yang mahu menjadi kuasa baru dalam parti yang kononnya berasaskan Islam itu.

Esok-esok kita belum tahu. Jika ahli-ahli PAS kembali menyedari yang mereka sudah terkeluar dari landasan, pada waktu itulah PAS akan menjana kekuatan di kalangan orang Melayu dan orang seperti Ustaz Kazim amat penting peranannya dalam menjelaskan tentang kekeliruan agama yang disebabkan oleh PAS.

Cuma penulis berharap tokoh agama sedia ada di dalam UMNO seperti Ustaz Kamal Saidin diberi peranan yang sama penting seperti Ustaz Kazim. Mungkin jawatannya bukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi, tapi apa juga kedudukan yang difikirkan wajar oleh parti.

Penulis tidak mahu diakhirnya, ada yang berperasaan UMNO terlalu mengejar populariti dengan membawa masuk tokoh yang sedia terkenal seperti Ustaz Kazim, tapi dalam masa yang sama meminggirkan tokoh sedia ada di dalam UMNO.-Suara Generasi Baru

Friday, November 29, 2013

SAH !! Ust Kazim Elias Telah Dilantik Sebagai MT UMNO sesi 2013-2016


PUTRAJAYA, 29 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd Shakar Samsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

Sumber : UMNO Online

SAMM Bidas Azmin Ali, Salahkan Khalid Ibrahim Isu Kenaikan Gaji DUN Selangor


SHAH ALAM - Tindakan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang tidak membantah atau menolak usul kenaikan gaji Dun Selangor didakwa seperti membuat pusingan 180 darjah.

Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor, Roslee Mohd Shariff berkata, di dalam Dewan Dun, kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata sebaliknya merupakan keputusan kolektif kesemua Adun Selangor.

“Mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media, BBC membuat kenyataan berlainan dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

“Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan Dun itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pengerusi BBC Selangor, Mohammed Azmin Ali menafikan pihaknya menuntut usul kenaikan gaji tersebut sebaliknya meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penjelasan berhubung perkara itu supaya tidak timbul spekulasi.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar munasabah dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai keperluan ini.

"BBC cadangkan dalam perbincangan imbuhan ini kita mesti fikir mengenai kemudahan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," katanya.

Pada Rabu lalu, usul kenaikan gaji yang dibawa Abdul Khalid di sidang Dun Selangor dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013.

Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

Berikutan itu, gaji Menteri Besar Selangor naik lebih 100 peratus bermula 1 Januari depan, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250. Turut menikmati kenaikan mendadak ialah Speaker, iaitu daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Ekoran pengumuman itu, pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi dan mendadak.

Mengulas perkara sama, Roslee menambah, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang, baru BBC tersedar daripada lenanya.

“Apakah kenyataan Pengerusi BBC ini hanya untuk mengampu Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR semata-mata setelah beliau mengeluarkan kenyataan?

“Adakah Pengerusi BBC tidak berada di dalam Dewan Dun sehinggakan beliau tidak menyedari usul kenaikan gaji ini dibahaskan?” katanya lagi.

Katanya lagi, rasional perbandingan gaji Menteri Besar, Exco, Adun, Speaker dan Timbalan Speaker dengan swasta bukan satu justifikasi yang boleh diterima pakai.

Tambah Roslee, swasta atau korporat adalah merupakan organisasi yang berorientasikan keuntungan sedangkan pentadbiran kerajaan negeri lebih berorientasikan khidmat kepada rakyat.

“Jika rasional ini digunapakai, maka seharusnya seluruh penjawat awam negeri Selangor perlu menerima gaji yang setara dengan sektor swasta,” katanya.-Sinar Harian

Thursday, November 28, 2013

PANAS !! Kunjungan Hormat MB Kelantan Bertemu Najib Di Putrajaya,Petanda Apakah Ini ??


PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.

Beliau berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun.

Komentar KP : Sejak Dato' Ahmad Yaakob mengambil alih jawatan MB Kelantan daripada Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,beliau dilihat cuba mengeratkan hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan pusat agar pembangunan di Kelantan tidak ketinggalan seperti yang dialami semasa pemerintahan Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga kurang menyerang kerajaan terutama PM Najib dalam ucapan-ucapan beliau sejak menjawat jawatan MB Kelantan dan cuba bersikap non partisan apabila melibatkan hubungan kerajaan negeri dan pusat.Mungkin ini adalah cara beliau untuk mendekati kerajaan pusat demi masa depan Kelantan.KP harap ada bibit-bibit kerjasama yang lebih erat dalam pertemuan itu terutamanya dalam isu agama ,politik dan masa depan melayu.

Saturday, November 23, 2013

PANAS!! Jawapan Kritikan MAZA Terhadap Mufti Kedah


Dr. MAZA menjawab isu ini dalam blognya Minda Tajdid 

MUFTI KEDAH PEJUANG AHLI SUNNAH MENOLAK WAHHABI (jawapan ringkas ke atas kritikan jahat MAZA keatas Mufti Kedah) Oleh: Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary

Baru-baru ini video Sohibus Samahah Mufti Kedah Pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dato’ Syeikh Baderuddin Bin Hj Ahmad tersebar di laman-laman internet yang mana beliau telah mempertahankan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah&Al-Maturidiyyah) dan menolak ajaran sesat Syiah dan Wahhabi terutama yang cuba disebarkan di Kedah amnya di Malaysia. Dalam video tersebut juga beliau menyebut nama-nama beberapa pendakyah Wahhabi yang cuba masuk ke dalam negeri Kedah dengan pelbagai taktik licik. Antaranya Fathul Bari bin Mat Jahya yang terkenal menghina akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan membawa fikrah Wahhabi terutama kedalam UMNO dan am masyarakat (bukti terlalu banyak). Dalam video tersebut ada juga disebut Nama saudara Mohd Asri Zainul Abidin yang semua dah kenal kewahabiyatannya Asri (MAZA) ini.

Asri MAZA seperti biasa pasti menjawabnya dengan ayat konar-konar pusing-pusing konon mahu menggambarkan Dato Mufti Kedah memfitnah dan membuat kenyataan jahat kepada dirinya.

Bagi mengulas tulisan MAZA yang jelas bercelaru dan gabra pabila cuba mengkritik Dato Mufti Kedah saya nyatakan beberapa perkara:-

1- Ya. Saudara Mohd Asri bin Abdul Talib@Zainul Abidin MAZA sememangnya seorang Wahhabi. Bukan tuduhan tapi ia kenyataan. Mengaku atau tidak saudara memang menghidupkan ajaran Wahhabi. Saudara mungkin marah orang katakan saudara sebagai Wahhabi tapi itulah realiti dan saudara juga seorang yang sangat banyak menuduh orang dan ulama Islam termasuk dalam artikel saudara tersebut jelas dengan tuduhan jahat.

BUKTI WAHABI? Ketika saudara dilantik sebagai Mufti Perlis saudara telah menggunakan peluang jawatan itu untuk taruh cukup-cukup kritikan keatas umat Islam dan ulama Islam malangnya pada waktu yang sama musuh Islam langsung tidak kelihatan saudara mengkritik mereka. Ketika itu juga saudara menyebarkan sayap fahaman Wahhabi ini dengan pelbagai cara antaranya saudara telah menyebarkan CD rakaman video secara percuma antaranya berbayar disertai dengan buku teks kenyataan saudara dalam CD tersebut berjudul: 10 PERKARA BATAL ISLAM & APA ITU SYIRIK.

Sesiapa yang mendalami fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab atau fahaman Wahabi ini pasti fahaman sangat kata-kata dan kenyataan saudara di dalamnya jelas 99% dipetik dari pegangan asas yang disebarkan Wahhabi termasuk pengasas fahaman baru ini yang tidak disebut oleh mana-mana ulama Islam sebelumnya. Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai kitab yang kemudian dijuzukkan oleh pengikutnya menjadi 1 buku ia berjudul sama dengan buku dan CD saudara tersebut. Bahkan isi buku dan kenyatan teks saudara langsung tidak berbeza dengan kenyataan pengasas ajaran Wahhabi termasuk susunan 10 perkara tersebut.

Buku Wahabi itu berjudul NAWAQIDUL ISLAM WAHIYA ‘ASYARAH pertamanya adalah SYIRIK. Saudara juga langsung tidak meletakkan nama Muhammad bin Abdul Wahhab dalam buku dan teks tersebut sedangkan saudara petik darinya dan ini samaada saudara plagiat ataupun sememangnya saudara berta’amul seperti pendakyah-pendakyah Wahabi yang lain dengan menyembunyikan dahulu pemikiran ajaran sebenar saudara kemudian kelak baru menzohirkannya dan ini lebih tepat dengan sifat saudara.

Disini saya tidak mahu bahas lagi isi kandungan buku dan teks ucapan saudara yang jelas saudara memperjuangkannya habis habisan dalam 2 sumber tadi. Cuma yang pasti saudara dan Wahabi jelas mengkafirkan umat Islam dengan sangat mudah dalam buku dan ucapan saudara MAZA tersebut. Dengan ini sahaja belum perkara-perkara lain lagi sudah jelas siapa saudara dan apa yang diperjuangkan oleh saudara tidak lain adalah fahaman Wahhabi walaupun saudara cuba menampakkan kini kepada orang awam kononnya saudara bukan Wahhabi dengan ala-ala mengritik Wahhabi sedangkan sehingga kini hubungan akidah dan dakyah masih terjalin antara saudara dengan mereka. (kita boleh jumpa tunjuk bukti)

2- ARASY. Berkaitan dakwaan ajaran sesat Wahhabi bahawa kononnya “ALLAH DUDUK ATAS ‘ARASY” itu memang puak Wahhabi menyatakannya dalam banyak kitab-kitab dan rakaman-rakaman mereka. Boleh rujuk dalam banyak laman sosial termasuk yang pernah saya dedahkan. Sila semak dalam blog saya. Saudara MAZA juga apabila membicarakan ayat Quran surah Thoha ayat ke-5 jelas saudara menyebut bahawa “Allah DUDUK diatas singgahsanaNya” sepertimana dalam satu rakaman yang saudara tidak dedahkan tetapi ia ada dalam simpanan kami. Maka jelas fahaman akidah saudara MAZA sama dan serupa dengan akidah Wahabi. Sedangkan disisi Islam Allah tidak duduk tidak serupa dengan mana-mana makhlukNya. Kenyataan saudara dalam isu Arasy kononnya ia seperti pandangan Imam Hasan Al-Banna adalah satu pembohongan besar dan jelas cuba ‘meraih undi murahan’ dari masyarakat islam Malaysia yang bersama dengan perjuangan Imam Hasan Al-Banna. Pandangan Imam Hasan Al-Banna seperti dalam Majmuk Rasail Hasan Al Banna pada bab Aqidah bahawa nas-nas Mutashabihat dan isu Arasy amat jelas iaitu TIDAK berpegang kepada zahir ayat yang membawa erti salah seperti jisim, duduk serupa makhluk dan selainnya. Manakala puak Wahhabi dan saudara MAZA sendiri jelas memegang nas Mutashabihat ini dengan zahirnya seperti ia jelas dalam video rakaman MAZA berkaitan ayat Mutashabihat dan dari sumber-sumber lain.

3- ALLAH SENTUH NAJIS-ajaran sesat. Berkaitan isu puak Wahhabi berakidah najis dengan mendakwa dan menyebarkan kononnya “Allah Menyentuh Najis” ini sememangnya disebarkan oleh ajaran najis Wahhabi dan Asri MAZA la yustab’ad min haza kemungkinan tidak jauh dari Wahhabi yang berakidah najis demikian. MAZA sangat mengagungkan Ahmad Ibnu Taimiah. Bahkan setiap artikel MAZA pasti tercacak nama Ibnu Taimiah kekadang lebih kerap dari menyebut nama ALLAH. Pada 30 Mei 2008 di Kangar Perlis Asri MAZA mendakwa bahawa Ibnu Taimiah adalah manusia khas PILIHAN ALLAH. Belum lagi kita bertanya dimana Allah nyatakan Dia memilih Ibnu Taimiah sebagai Mujaddd manusia yang istimewa seperti dakwaan MAZA?? kita telah pun dapati MAZA mendakwa ‘suara Ibnu Taimiah tetap akan diwarisinya’ dan ‘suara Ibnu Taimiah itu dianggap penyala obor nur Allah’. Wah! Hebat sungguh ‘tuhan’ mereka ini!

Mari kita lihat salah satu ‘suara’ Ibnu Taimiah yang tetap/pasti diwarisi oleh MAZA ini.

Beberapa senarai kenyatan sesat Ahmad Ibnu Taimiah rujukan utama puak ajaran sesat Wahhabi yang berkaitan dengan apa yang diperkatakan:-

a- Berkata Ibnu Taimiah dalam kitabnya yang berjudul al-Asma Wa As-Sifat jilid 1 ms 81 cetakan Dar Kutub Ilmiah: “Ketika Allah DUDUK atas kerusiNya maka terpancar cahaya Allah”. MAZA juga mendakwa ‘Allah duduk’ dan ini sangat bercanggah dengan akidah Islam kerana Allah tidak bersifat duduk. Allah mengusai keatas hambanya dan Arasy, Dia tidak serupa dengan makhluk-makhlukNya rujuk Asy-Syura ayat 11.

b- Berkata Ibnu Taimiah dalam kitabnya Talbis Jahmiyyah juzuk 5 mukasurat 127 cetakan Saudi: “Menyentuhnya Allah akan Arasy itu dan menyentuhnya Allah akan benda-benda lain tidaklah pelik bahkan harus bagi Allah MENYENTUH najis-najis dan syaitan-syaitan.” Lihatlah bagaimana Ibnu Taimiah mengharuskan bagi Allah sesuatu yang jijik dan MAZA menyatakan dia akan mewarisi segala suara Ibnu Taimiah. Persoalan juga dimana ulama-ulama Salaf sebenar yang menyatakan seperti yang disebut oleh Ibnu Taimiah ini yang jelas akidahnya sangat jijik kerana menyandarkan kepada Allah perkara yang jijik yang Allah tidak pernah sifatkannya dalam al-Quran dan al-Hadith.

c- Berkata Ibnu Taimiah lagi ketika dia menjadikan Injil yang telah dipalsukan itu sebagai dalil baginya kononnya Allah berada di langit: “Langit itu kursi Allah dan sesungguhnya BAPAmu Allah yang berada dilangit dialah yang menentukan rezeki kamu” kemudian Ibnu Taimiah menyatakan:.. “ dan kesaksian atas kebenaran ini terlalu banyak dari AL-KITAB”. Rujuk buku Ibnu Taimiah Syarah Hadith Nuzul cetakan Riyadh mukasurat 217.

Lihatlah bagaimana Ibnu Taimiah membenarkan kenyatakan Kristian dan menyatakan ia adalah benar bahawa Allah itu adalah BAPA kamu semua. Ini aqidah Nasyara Kristian wahai wahabi. Benarlah Wahhabi ini juga Triniti: Takfir, Tashbih dan Tabdi’. Wa anta ya MAZA bersumpah akan mewarisi suara Ibnu Taimiah ini.

TERAKHIR UNTUK KALI INI. Berkaitan yang lain bahawa Wahhabi menyamakan Allah dengan makhluk atau kera itu sememangnya akidah sesat Wahhabi itu Allah bersifat DUDUK..dan kera, monyet, asri dan selainnya pun bersifat duduk dan ini jelas menyamakan Allah dengan makhluk seperti mana ia termaktub dalam kitab-kitab agama baru Wahhabi ini menyamakan Allah dengan makhluk seperti mendakwa Allah mencipta Adam SERUPA dengan bentuk Allah. Sila rujuk bukti-bukti dalam blog saya www.abu-syafiq.blogspot.com

4- Saya sudah sekian lama menawarkan debat ilmiah dengan saudara Mohd Asri bin Abdul Talib MAZA ini namun dia takut dan tidak mahu kerana dia hanya mahu berdebat dengan Astora Jabat atau orang yang berumur agar mudah diperbodohkan olehnya dengan taktik-taktik basi Wahhabi yang sekialan lama kita telah ‘membaca’nya.

5- Diakhir ini juga saya ingin berterima kasih kepada Dato S.S Mufti Kedah kerana lantang bersuara mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah Al Maturidiyah mazhab Asy syafie’) dan dengan jelas Dato menolak ajaran Syiah dan WAHABI. Saya doakan Dato diberikan kekuatan dan berterusan dalam dakwah aqidah yang mulia ini usah layan anak-anak hingusan dalam ilmu mereka hanya seperti Ruwaibidhoh yang disebut dikritik oleh Nabi Muhammad yang kita cintai. Wassalam.

PANAS!! Perwakilan PAS P.Pinang Hentak Rostrum,Luahkan Isu PAS P.Pinang Di Muktamar PAS


SHAH ALAM- Suasana di Muktamar PAS Ke-59 pagi ini tersentak dengan luahan perwakilan PAS dari P.Pinang berkaitan isu sidang media oleh PAS P.Pinang yang meluahkan rasa tidak puas hati PAS P.Pinang terhadap sikap rakan Pakatan Rakyat P.Pinang terhadap mereka.

Wakil PAS P.Pinang,Mohd Nor Harun menyatakan bahawa PAS P.Pinang tidak dilayan lagi selepas Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pada PRU-13 di P.Pinang dan seperti disingkirkan terus daripada Pakatan Rakyat P.Pinang.

"Bila nak pilihanraya,dia panggil kita untuk draf manifesto,panggil kita minta idea dari PAS Pinang ,namun bila menang pilihanraya PAS seolah-olah disingkirkan " .

Tatkala beliau berkata demikian ,tangan beliau menghentak rostrum meluahkan kemarahan dan ketidakpuasan hati dihadapan kepimpinan PAS Pusat dan semua perwakilan muktamar.

"Apakah Pas jadi musuh dalam PR sendiri bukan BN-Umno. Selepas PRU kita temui rakan kita ( di Pulau Pinang) dalam PR, kita jangan terlalu kepartian sangat," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Stadium Melawati, hari ini.

Isu panas diantara PAS Pinang dengan Pakatan Rakyat memuncak apabila PAS P.Pinang mengadakan sidang media membidas sikap Pakatan Rakyat P.Pinang terhadap PAS dan menuntut 8 perkara terhadap Pakatan Rakyat P.Pinang .

video wakil PAS P. Pinang di minit ke 2:54:18

Friday, November 22, 2013

Kenapa Pemuda PAS Bodoh Sangat ,Sanggup Tolak Kepimpinan Ulamak


Pas sebelum ini sering mendakwa bahawa asas perjuangan parti itu adalah untuk menegakkan negara Islam melalui ‘Kepimpinan Ulama’. Malah ia adalah merupakan antara modal penting setiap kali parti itu mengadakan program ceramah di kampung-kampung.

Namun benarlah seperti kata pepatah ‘Ibarat Lidah Yang Tidak Bertulang’ semua yang diucapkan itu hanyalah merupakan kata-kata manis bagi menarik sokongan rakyat. Sedangkan pada hakikatnya ia amat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin parti itu.


Dewan Pemuda Pas yang bersidang semalam menolak usul bagi mempertahankan kepimpinan ulama atas alasan teknikal.

Pengerusi tetap Muktamar Pemuda Pas, Misbahul Munir menyatakan usul tersebut ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki.

Seterusnya Sheikh Umar Ali perwakilan dari Kluang dan Fakrulrozi Hasan (Lumut) ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menyatakan usul tersebut kurang jelas dan mempunyai agenda orang tertentu.

Haris Alimudin (Sandakan) pula menyatakan secara teknikal Fasal 25 dalam Perlembagaan Pas yang menyatakan jawatan presiden dan timbalan presiden Pas perlu terdiri daripada ahli Pas dan tidak tercatat perlu dari golongan ulama atau profesional.

“Kalau nak buat semua (ulama), perlu tukar perlembagaan,” ujarnya.

Selain Pemuda, Dewan Muslimah Pas juga sebelum ini turut mengambil pendekatan yang sama apabila menolak usul yang dibawakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang selepas dilanda pelbagai kemelut dalaman dengan sekutu mereka DAP dan PKR.

Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) sebelum menerima usul yang mendesak agar Pas pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada golongan ulama.

Desakan tersebut dibuat oleh Urusan Ulama Pas Kuala Nerus, Terengganu, supaya “tidak timbul kecelaruan” dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu.

Menurut pemerhati politik senario ini dapat dinilai dengan jelas bagaimana kumpulan yang di label sebagai Anwarinas telah merosakkan perjuangan Pas dan membelakangkan slogan kepimpinan melalui ulama yang menjadi modal politik dan survival parti itu.

Jadi persoalan yang perlu ditanya oleh ahli akar umbi dan perwakilan Pas, adakah benar kempen para parasit dan kaum pro-Anwarinas bahawa tidak perlu Jawatankuasa Pas pusat dianggotai oleh ulama kerana konon sudah ada Majlis Syura’ Pas. Sedangkan pada hakikatnya mereka secara terang-terangan telah menolak ketetapan Majlis Syura’ dalam soal fundamental seperti kalimah ALLAH?

Di dalam perkembangan yang lain pula, Pengarah Perpaduan Nasional Pemuda Pas, Afnan Hamimi melahirkan harapan agar suatu hari nanti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat memeluk Islam.

Walaupun kenyataan tersebut hanyalah merupakan satu harapan, namun dari satu sudut pula ramai yang melihat ia sebagai satu pendekatan untuk menarik kembali sokongan masyarakat Islam dan Melayu yang semakin meninggalkan parti itu.

Ini kerana ramai di kalangan ahli dan penyokong Pas yang pro-ulama jelas tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan parti itu sebelum ini yang dilihat terpaksa akur dan tunduk terhadap gesaan DAP.

Antaranya pendirian berhubung isu kalimah Allah, menggugurkan penggunaan slogan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan terbaru sikap berdiam diam berhubung tuntutan Comango yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.-Mykmu.net

Wednesday, November 20, 2013

PAS P.Pinang Main Drama Tarik Diri PR P.Pinang Menjelang Muktamar PAS


PAS Pulau Pinang membantah “campur tangan tidak munasabah” kerajaan negeri di dalam hal-ehwal agama Islam, serta perlantikan wakil parti itu di dalam agensi negeri dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Fauzi Yusof berkata, PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat jika campur tangan itu berterusan.

“Kami juga bersedia menarik keluar wakil-wakil parti dari jawatan majlis tempatan, jika enam tuntutan yang dikemukakan hari ini tidak diambil endah,” katanya pada sidang media di Seberang Jaya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Fauzi berkata, semua tuntutan itu diberikan oleh ahli akar umbi dan ditujukan kepada ahli Exco Negeri.

"Ahli akar umbi mahu PAS bersikap lebih tegas dengan sekutu Pakatan supaya (parti) diberikan peranan dan jawatan yang sewajar (dengan keseimbangan kepentingan) di dalam kerajaan negeri.

"Kami bimbang campur tangan tidak munasabah kerajaan negeri di dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan menyebabkan pertindihan kuasa. Ini pula akan menganggu kelancaran perjalanan pertadbiran,” kata Fauzi.

Beliau mendakwa Pakatan Rakyat belum mengadakan mesyuarat majlis sejak pilihan raya 5 Mei lalu apabila pakatan itu memenangi semula pemerintahan negeri.

Menurutnya, PAS terpaksa membuat tuntutan secara terbuka disebabkan kerajaan negeri tidak menghiraukan surat-surat yang dihantar parti.

Fauzi menuntut lebih suara bagi PAS di dalam pentadbiran dan dimasukkan dalam perbincangan mengenai dasar-dasar negeri sebelum dilaksanakan.

Beliau berkata, perbincangan terbabit hendaklah memasukkan PAS sebagai sebuah pertubuhan dan bukan menerusi jemputan individu.

"Ahli akar umbi kami tidak mahu melihat parti menjadi boneka sekutu Pakatan.

“Setiap perlantikan yang membabitkan kuota PAS mestilah dibincang dengan kami dan dipersetujui oleh kami.

“Jika tidak kami tidak akan mengiktiraf perlantikan sedemikian dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit, yang akan dianggap meminggirkan kami,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man, wakil rakyat tunggal parti itu – kerusi DUN Permatang Pasir – tidak menghadiri sidang media itu.

Fauzi juga menutut Salleh diberi kuasa penuh tanpa campur tangan untuk melantik pegawai-pegawai MAIPP, pengerusi dan ahli lembaga pengarah mana-mana agensi negeri di bawah majlis agama.

Komentar KP : Kerancakan isu membabitkan masalah PAS dengan PR menjelang muktamar diperhebatkan dengan ancaman tarik dari PAS P.Pinang dari jawatan dalam kerajaan negeri P.Pinang.Tapi,KP membuat andaian awal bahawa ini semuanya drama dan kemudiannya esok lusa PAS akan melutut balik di kaki DAP P.Pinang untuk menagih jawatan-jawatan mereka kembali.Ianya ibarat bayi yang merengek tidak disusukan ibu.

Tapi,menghairankan isu ini timbul menjelang muktamar PAS beberapa hari lagi dan mungkin ini modal PAS P.Pinang untuk menuntut PAS pusat memberi tekanan kepada PR P.Pinang supaya tidak campur tangan dalam urusan PAS.PAS di P.Pinang hanya ibarat melukut ditepi gantang dan menjadi boneka untuk DAP mendapatkan sokongan Melayu P.Pinang.Akhirnya ,PAS yang ditinggalkan dan diketepikan dalam keputusan-keputusan kerajaan negeri dan PR P.Pinang.

Tuesday, November 19, 2013

Datuk Abu Bakar Chik : Karpal Buat Tahi,Kita Akan Basuh...Tahniah PAS!!


“Karpal memang buat tahi,” demikian reaksi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikatakan menyinggung perasaan ahli dan pemimpin Pas. Menurut Abu Bakar, Karpal telah melakukan perkara yang tidak betul apabila mencadangkan supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Malah, beliau turut bersetuju dengan pendedahan dibuat Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kerana sememangnya Karpal membuat kenyataan itu, bukan diputar belit mana-mana pihak.

“Memang dia (Karpal) buat tahi, tapi insya-Allah kita akan basuh..kita tidak mabuk dengan tahi dia,” katanya dalam sidang media di pejabat Pas negeri, di sini semalam.

Ramai penyokong Pas tidak puas hati dengan kata-kata Karpal Singh yang disifatkan melampaui batas. Ramai penyokong Pas tidak puas hati dengan kata-kata Karpal Singh yang disifatkan melampaui batas. Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan Karpal bahawa pertubuhan berasaskan agama dan kaum adalah sesuatu yang bahaya.

Kenyataan Karpal itu telah menyebabkan ahli Pas tersinggung dan tampil membidas kenyataan tersebut termasuk Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun berkata kenyataan Karpal telah diputar belit untuk merosakkan kesepakatan dalam PR.

Walaubagaimanapun, Abu Bakar yang mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan parti itu nanti berkata, apa jua kontroversi ditimbulkan Karpal, Pas akan tetap meneruskan hubungan dengan DAP kerana menganggap ia masalah individu, bukan parti.

Komentar KP : Tahniah buat PAS kerana sanggup basuh tahi karpal singh,memang itu taraf PAS dimata karpal ,hanya layak basuh tahi dan jangan persoal kenyataannya.Yang paling tragis sekali ,PAS akan teruskan hubungan main tahi dengan DAP walaupun karpal yang buat tahi kepada PAS...Tahniah PAS sebab sanggup main tahi karpal singh...UMNO pun tidak sehina macam tue...keh3

Saturday, November 16, 2013

Ulama Pondok Kelantan Gesa Kerajaan PAS Kelantan Tunaikan Janji Laksanakan Hukum Hudud


KOTA BHARU 14 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan digesa segera menunaikan janji melaksanakan hukum hudud di negeri ini yang dibuat sejak lebih 20 tahun lalu.

Gesaan itu disuarakan beberapa guru agama di negeri ini berikutan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan semalam menyatakan mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum Islam tersebut.

Pengasas Pondok Sungai Ular, Tumpat, Zainal Abidin Awang berkata, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya sudah lama melaksanakan hukum hudud di negeri ini memandangkan perkara itu merupakan janji utama Pas sekiranya berjaya memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1990.

"Semua orang masih ingat janji pemimpin Pas dalam kempen pilihan raya itu yang akan melaksanakan hudud 'sebelum ayam berkokok' sekiranya mereka menang, tapi sampai sekarang masih gagal, pelbagai alasan dan helah diberikan setiap kali isu hudud dibangkitkan.

"Tiada alasan bagi kerajaan negeri berdolak-dalik dalam perkara ini kerana draf undang-undang tersebut diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), malah ditandatangani Tuanku (Sultan Kelantan) pada 1996," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, kerajaan negeri perlu membuktikan ketelusan kepada rakyat dengan menunaikan segera janji melaksana hukum hudud yang pernah termaktub dalam manifesto pilihan raya parti itu sebelum ini.

"Sampai bila Pas hendak bersandiwara menjadikan agama sebagai topeng politik mereka. Mana mungkin selamanya hendak bermain tarik tali setiap kali isu ini dibangkitkan.

"Sekarang adalah masa paling sesuai Pas laksanakan hukum Islam itu memandangkan Jabatan Kehakiman Syariah sendiri sudah memaklumkan mempunyai kemudahan yang cukup sekiranya kerajaan negeri ingin melaksanakan hudud," katanya.

Bagi Setiausaha Minda Pondok, Saifudin Abd. Rahman pula, kenyataan Ketua Hakim Syarie itu merupakan 'lampu hijau' dan jelas menunjukkan hudud boleh dilaksana kerajaan negeri pada bila-bila masa.

"Jadi, sekarang ini bergantung kepada kerajaan negeri mahu buat (laksana hudud) atau tidak, itu sahaja," katanya.

Tambahnya, saban tahun Pas mengelirukan rakyat dalam soal pelaksanaan hudud di negeri ini dengan sambutan Hari Hududullah sedangkan hukum tersebut masih belum dilaksanakan.

"Bukankah pelik, 'anak' tidak ada lagi tapi setiap tahun buat majlis sambutan hari ulang tahun ucap selamat hari lahir," katanya.-Utusan Malaysia

Ketua Dewan Ulama PAS Gesa Segera Laksanakan Hukum Hudud Di Kelantan


KUALA TERENGGANU 14 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan sewajarnya segera menguatkuasakan hukum hudud di negeri itu seiring dengan kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kerajaan negeri berkenaan sepatutnya sudah lama menggerakkan usaha ke arah itu jika prasarana sudah disediakan.

"Kalau mereka (Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan) kata sudah sedia, baguslah dan boleh laksanakan sekarang.

"Saya alu-alukan dan sokong sekiranya kerajaan Pas Kelantan segera laksana dan kuatkuasa hukum hudud yang telah kita (Pas) perjuangkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun diminta mengulas kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dilaporkan berkata, pihaknya mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.

Bagaimanapun, menurut Daud, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya hukum itu mahu dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Terserahlah kepada kerajaan Pas Kelantan, kalau dah sedia nak jalankan, saya setuju lah. Sebagai orang Pas, saya berpendapat sepatutnya hukum hudud ini sudah lama dilaksanakan," katanya.-Utusan Malaysia

Tuesday, November 12, 2013

Rektor UIAM Ikrar Akan Selesaikan Isu Syura Pemilihan Jawatankuasa MPP UIAM

Pertemuan Rektor bersama wakil-wakil persatuan mahasiswa dari setiap Kulliyah untuk menghantar memorandum isu syura pemilihan MPP UIAM
Gombak: Pemilihan jawatankuasa baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi kampus induk Gombak akan diputuskan pada 19 November depan bagi memberi laluan kepada Majlis Konvokesyen UIAM.

Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata, pihaknya sudah mengadakan perjumpaan dengan perwakilan pelajar, semalam bagi membincangkan isu pelantikan Kabinet MPP yang sepatutnya berlangsung awal bulan ini sebaik pilihan raya kampus diadakan 30 Oktober lalu.

“Pelbagai pandangan diutarakan wakil pelajar dan kami memutuskan mengadakan perbincangan sekali lagi Selasa depan, seterusnya melakukan pemilihan barisan kepimpinan MPP.

“Bagi saya, ini membabitkan hal dalaman UIAM dan perlu diselesaikan secara perbincangan keluarga tanpa perlu membabitkan penyerahan memorandum dan sebagainya,” katanya kepada media, semalam.

Sebelum ini, usaha sekumpulan pelajar yang menang pilihan raya kampus UIAM membentuk Kabinet MPP didakwa dihalang pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) diketuai Timbalan Rektor HEP Prof Datuk Dr Mizan Hitam.

Kesal kerana menganggap ia bertentangan dengan fasal 49 (5) Perlembagaan UIAM yang memberi kuasa melantik Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari daripada kalangan anggota MPP yang terpilih dalam pilihan raya kampus, perwakilan pelajar itu mendakwa akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). bagi membantah campur tangan itu.

Bagi Zaleha, masalah itu tidak perlu membabitkan penyerahan memorandum kerana pihaknya bersedia berjumpa pelajar bagi menyelesaikan masalah berkaitan UIAM secara kekeluargaan.

“UIAM menolak konsep kepartian dalam kampus kerana menerapkan unsur kesatuan ummah,” katanya.

PANAS !! Hadi Awang Didakwa Terlibat Dengan Pergerakan Ikhwanul Muslimin


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin dan Pas akan mengkaji tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar Mesir, Al-Wathan yang menyiarkan berita itu pada 10 November lalu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada hari ini.

Justeru, Abdul Hadi berkata, ia satu provokasi untuk menyulitkan Pas dalam hubungan antarabangsa.

Pertemuan antara pimpinan PAS diketua Hadi Awang dengan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Kaherah,Mesir
Dalam laporannya pada 10 November, Al-Wathan mendakwa Abdul Hadi telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa parti berkenaan dan telah dipersetujui oleh ibu pejabat sekteriat berkenaan yang terletak di Malaysia.

Akhbar Mesir yang menyiarkan laporan mengenai Hadi Awang sebagai pemimpin Ikhwanul Muslimin

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan gerakan itu di seluruh dunia selama tiga tahun.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas menyokong proses demokrasi dan hak asasi rakyat Mesir dalam memilih pemimpin mereka.

"Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja Pas tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

"Bekas Presiden Mohammed Morsi perlu dikembalikan jawatannya. Sama ada orang Mesir terima atau menolaknya itu adalah hak mereka. Tidak perlu ada kuasa tentera untuk menggulingkannya," katanya.--MalaysiaGazette

Komentar KP : Kalau tiada angin,mana mungkin pokok bergoyang....betul tak ?Tapi ,jelas PAS mempunyai hubungan erat dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin dan telah ada pertemuan antara PAS dan pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir.

PANAS!! Pemuda MIC Beri Amaran Kepada UMNO/BN ,Akan Protes Dengan PR Jika Isu Kuil Tidak Selesai

\

Ketua Pemuda MIC ,T.Mohan berikrar akan mempertahankan Kuil Sri Muneswarar Kalaiyaman dan memberi amaran kepada UMNO/BN untuk mengadakan satu protes jalanan bersama NGOs dan parti pembangkang jika isu kuil ini tidak diselesaikan mengikut kehendak mereka.

T.Mohan yang akan bertanding untuk kerusi Naib Presiden MIC pada pemilihan MIC akan datang dilihat seperti cuba meraih mileage politik dengan isu ini.Isu ini sebenarnya sudah dijawab oleh Menteri Wilayah Persekutuan ,Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berjanji untuk tidak merobohkan tapak asal kuil tetapi merobohkan struktur haram lain yang dibina sekitar kuil dan ianya tidak ada kena mengena dengan kuil termasuklah sebuah restoren yang dibina secara haram bersambung dengan kuil.

Tapi,keghairahan T. Mohan untuk menjadi "Sivaji Malaysia" hanya akan merencatkan hubungan antara parti-parti kompenan BN dan ianya umpama "catalyst" yang akan membakar api perpecahan dalam BN.Kata-katanya untuk bersama PR berprotes jika tidak diselesaikan mengikut kehendak mereka kira-kira seperti cakap orang yang tidak berfikir panjang dan umpama MIC perlu bergantung kepada PR untuk mencari "crowd" dan pemimpin masyarakat India dari pembangkang untuk bersama-sama bersolidariti untuk selamatkan kuil tersebut.

KP nasihatkan kepada T.Mohan supaya bersemuka terus dengan Dato' Seri Tengku Adnan dan DBKL dan selesaikan dengan cara yang berhemah.Sikap emosi dan ikut perasaan seperti ini tidak wajar dan jangan mengeruhkan keadaan yang sudah keruh seperti ini. 

Monday, November 11, 2013

PANAS !! Shahrizat Tarik Balik Saman, Rafizi Ikrar Akan Terus Siasat Isu NFC

Dimana taring Kak Jat selepas menang Ketua Wanita UMNO Malaysia ??Takkan lepas menang pemilihan terus tarik balik saman ?? 
Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.

Rafizi ketika ditemui di lobi mahkamah mengalu-alukan keputusan Shahrizat untuk menarik balik saman terhadap dirinya tanpa sebarang syarat.

Katanya, keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya akan terus menyiasat dan mencari pihak yang bertanggungjawab dalam NFC kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

"Keputusan Shahrizat untuk menarik saman itu menguatkan lagi semangat saya untuk terus memantau isu NFC agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Sebagai seorang menteri Kabinet pada ketika itu, Shahrizat tahu bahawa dana yang sepatutnya khusus kepada projek berimpak tinggi negara digunakan bagi tujuan lain termasuk membeli kondominium tetapi tidak dilaporkan kepada Kabinet," katanya.

Zuraida yang turut ditemui media berkata, sepatutnya Shahrizat menarik balik kes itu lebih awal sebelum lebih banyak pendedahan dilakukan ke atas dirinya.

Katanya, penarikan saman itu disebabkan kemenangan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno selain menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Wanita.

"Kami akan memastikan ada usaha pemulihan dilakukan ke atas projek ini kerana wang yang digunakan perlu dikembalikan untuk mengusahakan projek ini, tetapi kerajaan masih gagal berbuat demikian.

"Biarpun ada rundingan dengan syarikat Jepun tetapi mereka tidak bodoh untuk mengambil syarikat yang penuh dengan hutang untuk diambil alih.

"Rakyat masih menunggu faedah terhadap projek ini setelah tujuh tahun penangguhan. Selaku ahli Parlimen, kami akan meneruskan usaha itu,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, penarikan saman oleh Shahrizat memberi ruang lebih luas kepada dirinya dan Rafizi untuk membongkar salah laku dalam isu NFC.

Rafizi kemudian berkata, beliau menarik balik samannya kepada Shahrizat berikutan Ketua Wanita Umno itu menggelarnya 'jambu' dan 'tanggang' kerana berpendapat ia tidak berbaloi untuk mengambil tindakan mahkamah. - 11 November, 2013.

Komentar KP : KP benar-benar kecewa dengan keputusan Ketua Wanita UMNO Malaysia,Datuk Shahrizat Abd Jalil kerana menarik balik saman beliau terhadap Rafizi Ramli dalam isu NFC. Tidak sedarkah beliau bahawa cybertrooper dan blogger kerajaan telah bertungkus lumus menjawab isu NFC ini ketika ia ditimbulkan oleh Rafizi dahulu.Yang menghairankan pula kenapa selepas pemilihan UMNO 2013 ini baru Kak Jat nak tarik balik saman ??

Dulu dalam PAU 2012 ,siap Kak jat menyinting lengan baju dengan gaya serius membidas orang fitnah Kak Jat dan keluarga dalam isu NFC tapi kini  ??Rafizi juga telah berikrar akan terus membongkar isu ini dan jika terbukti benar,UMNO dan kerajaan akan dijadikan kambing hitam atas kesalahan pemimpinnya sendiri.

Apa pandangan blogger dan pembaca semua ??

Sunday, November 10, 2013

PANAS !! Pertarungan Sengit Calon Ulama VS Calon Anwarinas Dalam Muktamar PAS Ke-59


APABILA 1,300 perwakilan Pas menghadiri muktamar tahunan parti itu yang ke-59 mulai 22 November ini, mereka mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama Pas dan kedua, mendesak supaya Pas tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu yang tewas dalam dua pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di Kuala Terengganu dan terbaru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Pendang sudah menyatakan pendirian untuk mempertahankan kedudukannya sebagai orang nombor dua Pas.

Bagaimanapun berbanding pemilihan lalu, laluan Mat Sabu untuk mempertahankan jawatan tersebut agak sukar kerana kali ini seolah-olah sudah ada kesepakatan oleh golongan ulama untuk meletakkan seorang calon sahaja.

Keadaan itu berbeza dengan pemilihan 2011, apabila dua calon ulama bertanding iaitu penyandang Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesudahannya ia menyebabkan undi ulama berpecah dan Mat Sabu ‘ditabal’ menjadi Timbalan Presiden dengan majoriti 21 undi.

Kali ini, Mat Sabu dilihat memasuki gelanggang dalam keadaan ‘badan penuh kecederaan’ dan paling ketara beliau sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana populariti beliau dikatakan semakin menurun.

Walaupun Mat Sabu dianggap ‘ayam sabung’ Pas terutamanya bagi menarik kehadiran orang ramai ke ceramah parti tersebut tetapi kekuatan itu dikatakan semakin berkurangan.

Jumlah kehadiran orang ramai pada ceramah beliau semakin menurun dan ada dalam kalangan pemimpin Pas sendiri merasakan Mat Sabu sudah tidak relevan lagi untuk berada dalam barisan kepimpinan kanan Pas pusat apatah lagi Timbalan Presiden.

‘‘Mungkin pandangan itu wujud kerana Mat Sabu sudah dua kali tewas dalam pilihan raya umum, kita tidak mahu ada yang mempersoalkan kenapa pemimpin yang ditolak oleh rakyat masih mahu diberi ruang dalam barisan kepimpinan," kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

Pemimpin muda itu juga turut menegaskan, sememangnya di peringkat akar umbi sudah ada gelombang yang kuat untuk memastikan golongan ulama kembali menjadi Timbalan Presiden.

‘‘Walaupun mereka memahami Nasharudin Mat Isa tidak akan kembali atau kalau kembali pun sukar hendak menang, tetapi mereka tahu sudah ada tokoh paling sesuai untuk menduduki jawatan itu sekali gus menyingkirkan Mat Sabu," katanya.

Calon yang dimaksudkan ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Biarpun tewas dalam pemilihan lalu bagi jawatan Naib Presiden namun kejayaannya membantu Pas mempertahankan pemerintahan di Kelantan banyak meningkatkan popularitinya.

Apatah lagi, beliau dilihat pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan sentiasa tegas dalam berhadapan dengan sesuatu isu biarpun ia dicetuskan oleh sekutu Pas sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mohd. Amar dilihat antara ulama pelapis yang mempunyai persamaan seperti Nasharudin Mat Isa. Beliau memiliki Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ijazah sarjana dari Universiti Birmingham.

Sebelum ini, populariti Mohd. Amar dikatakan tenggelam biarpun beliau mempunyai peranan penting dalam kepimpinan Pas dan kerajaan negeri Kelantan. Beliau juga sering menggantikan Nik Abdul Aziz menyampaikan kuliah-kuliah agama.

Tetapi apabila berlaku perubahan dalam kepimpinan Pas Kelantan, Mohd. Amar dipilih untuk mewujudkan gandingan mantap dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob.

Berdasarkan kepada perjalanan politik Mohd. Amar, ia sudah tentulah memberi isyarat awal kepada Mat Sabu bahawa beliau perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. Ini memandangkan pencalonan Mohd. Amar menunjukkan seolah-olah sudah ada kesepakatan dalam kalangan ulama supaya apa yang berlaku dalam pemilihan lalu tidak berulang lagi.

Namun begitu ada juga yang mengingatkan supaya cabaran Mat Sabu tidak harus dipandang ringan.

‘‘Ini memandangkan sudah ada cakap-cakap bahawa Mat Sabu mungkin akan mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin yang mahu melihat Mohd. Amar tidak menduduki jawatan Timbalan Presiden dan dalam masa sama memastikan golongan profesional tidak tersingkir daripada jawatan itu," kata satu sumber dalaman Pas kepada penulis.

Begitu juga bagi jawatan Naib Presiden, ada pandangan menyatakan salah seorang daripada tiga penyandang iaitu Husam, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar harus disingkirkan. Ini bagi membolehkan Tuan Ibrahim atau bekas Ketua Pemuda Pas, Abu Bakar Chik menggantikan kedudukan tersebut.

Tetapi ada pula yang menyatakan dua orang harus ‘dikorbankan’ bagi memberi laluan kepada dua ulama tersebut berada dalam kedudukan Naib Presiden.’

Bagaimanapun, satu sumber berkata, berbanding Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik menghadapi laluan sukar untuk menduduki jawatan tersebut.

Dikorbankan

‘‘Ini memandangkan era beliau dikatakan sudah berlalu kerana faktor umur, lagipun ramai ahli Pas tertanya-tanya kenapakah kali ini Abu Bakar membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden," kata satu sumber.

Jika salah seorang penyandang harus ‘dikorbankan’, Salahudin dilihat paling tidak selamat kerana beliau tewas dalam pilihan raya umum lalu dan keadaan ini berbeza dengan Mahfuz yang masih lagi bergembira dengan kejayaan mengemudi Pas Kedah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November lalu selain mengekalkan kerusi Parlimen Pokok Sena.

Husam pula, biarpun tidak berada dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri, namun sebagai salah seorang timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan, turut memainkan peranan bagi memastikan parti itu terus bertapak di negeri tersebut.

Jika Tuan Ibrahim berjaya menduduki salah satu kerusi Naib Presiden, sudah pastilah mengembalikan kedudukan ulama dalam jawatan tersebut, selepas ia terhenti seketika dalam pemilihan lalu apabila dua calon ulama iaitu Mohd. Amar dan Datuk Idris Ahmad kecundang.

Antara golongan ulama atau agamawan yang pernah menduduki jawatan Naib Presiden sejak 10 tahun lalu ialah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr. Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Tuan Ibrahim (2009).

Bagaimanapun, perwakilan yang akan membuat keputusan tidak perlu terpengaruh dengan apa juga sentimen atau percaturan politik tetapi perlu memastikan keputusan yang mereka buat akan memperkasakan golongan ulama dalam parti itu.

Ia memandangkan sudah cukup selama ini, orang di luar Pas melihat kepimpinan ulama dalam parti itu sekadar slogan sahaja memandangkan suara golongan tersebut seolah-olah sudah tenggelam akibat keterujaan Pas menjaga tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

Sebenarnya tahaluf siyasi ini tidak salah kerana ia membuktikan bahawa Pas menerima hakikat politik di Malaysia bahawa mereka tidak boleh bersendirian kalau mahu berkuasa atau menjadi pemerintah. Mahu tidak mahu mereka harus mencari rakan berkongsi kuasa politik.

Tetapi apa yang kita kerap saksikan, Pas tidak dilayan seperti ‘rakan kongsi’ sebaliknya hanya ‘pak turut’ atau lebih acap kali juga diihat berada dalam kedudukan ‘lebai malang’. Keadaan menjadi semakin parah bagi Pas apabila tidak berupaya menegur pendekatan politik yang diamalkan oleh DAP dan PKR.

Sebab itulah, perwakilan ke muktamar kali ini harus mempunyai ‘keberanian luar biasa’ untuk menyatakan kebenaran dan membuat keputusan yang tepat dalam pemilihan, ini kerana jika mereka tersilap percaturan yang akan menjadi korban adalah parti itu sendiri. -Utusan Malaysia(Zulkiflee Bakar)

Wednesday, November 6, 2013

PANAS !! Mahasiswa UIAM Desak Campurtangan SUHAKAM,Bantah Proses Pemilihan MPP UIAM


KUALA LUMPUR 6 Okt - Empat pertubuhan mahasiswa hari ini menghantar Memo bantahan Pro Mahasiswa UIAM 'Pemilihan Presiden MPP Tidak Sah' kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

 Menurut Pengerusi We Unite For Islam (WUFI) Najib Abd Rahim, desakan campurtangan Suhakam terpaksa dilakukan berikutan terdapat salahlaku yang berlaku dalam Pemilihan Office Bearers MPP UIAM 2013 / 2014 baru-baru ini.


 "Terdapat lima salahlaku antaranya, keraguan yang berlaku ketika proses pengundian iaitu kertas undi merupakan bukan kertas undi rahsia apabila kesemua pengundi perlu menulis nama dan fakulti, kedua adalah berkaitan dengan pemilihan Timbalan Presiden 1 MPP dimana sepatutnya proses pengundian dilakukan oleh semua MPP namun ia diubah sekaligus bercanggah dengan Perlembagaan UIA.

 "Selain daripada itu kaedah yang dilaksanakan terhadap empat jawatan tertinggi dibuat dengan cara 'angkat tangan' ," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut di Pejabat Suhakam di ibunegara tadi.

 Penyerahan itu diketuai Najib mewakili WUFI sambil diiringi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ma'ruf Club UIAM serta menerima sokongan solidariti daripada Pro M Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Dalam masa sama memorandum bantahan itu juga mempersoalkan tentang penggunaan kotak pembuangan undi yang dikatakan tidak transparen serta tiada pemerhati dikalangan pelajar.

Monday, October 28, 2013

PANAS!! Akhbar Sinar Harian Jadi Mangsa Kempen Politik PAS Di Sungai Limau #PRKSungaiLimau


YAN - Risalah pilihan raya Pas yang menggunakan nama "Sinar Sungai Limau" tidak mengelirukan orang ramai kerana ia berbeza dengan akhbar Sinar Harian. Pengarah operasi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, risalah itu hanya memuatkan maklumat mengenai kenyataan pemimpin Pas dan komen terhadap pihak lawan sempena pilihan raya itu.

 Beliau berkata, penyebaran risalah itu sama sekali tidak akan menyebabkan orang ramai yang membacanya menjadi keliru kerana mereka sudah mengenali akhbar Sinar Harian. "Kita akan terus menggunakan tajuk itu dalam pilihan raya ini kerana ia tiada kaitan dengan Sinar Harian.

 "Ia hanya sekeping kertas risalah bersaiz tabloid dan hanya ada berita di muka depan dan muka belakang. Mana sama dengan Sinar Harian," katanya pada sidang media di markas besar Pas di Sungai Limau hari ini.

 Ketika dibangkitkan oleh Ketua Biro Sinar Harian Utara bahawa risalah itu mengelirukan orang ramai kerana "masthead" menyerupai Sinar Harian termasuk warnanya, Amiruddin menafikannya.

 "Orang ramai tidak akan terkeliru. Ia tidak sama dengan Sinar Harian," katanya. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pengarang Sinar Harian, Nordin Mohamed menegaskan bahawa risalah tertera logo rasmi akhbar Sinar Harian yang digunakan untuk berkempen pada PRK Dun Sungai Limau tidak ada kena mengena dengan akhbar itu.

 Ia memaparkan perkataan Sinar manakala Harian ditukar kepada perkataan Sungai Limau.

Perkataan telus dan tulus diubah kepada buletin PRK N.20 Sungai Limau. Hari ini risalah itu memaparkan tajuk muka depan 'Makmal Transformasi Mukhriz Asyik Kaji, Kaji .. Tiada Hasil" dan Bapa Jamil Khir doakan calon Pas menang manakala muka belakang pula bertajuk calon Pas desak JKR baiki segera jalan rosak dan Menteri Besar dakwa jalan rosak sejak zaman Ustaz Azizan

Komentar KP : Selepas isu gambar superimpose calon PAS jumpa Ust Azizan didedahkan(klik sini) ,kini timbul pulak isu "masthead" akhbar Sinar Harian yang diciplak oleh petugas media PAS untuk dijadikan tabloid akhbar pilihanaya oleh PAS.Walaupun ia tertulis "Sinar Sungai Limau" tetapi kenapa perlu guna "masthead" sama seperti akhbar Sinar Harian,adakah PAS ketandusan pereka grafik untuk kempen kali ini sampai terdesak guna mashead sebijik macam sinar harian..

Yang paling hairan sekali,kenapa akhbar Sinar Harian yang dijadikan umpan politik oleh PAS semasa kempen PRK Sungai Limau ?? Isu gambar superimpose itu pun gambar wartawan dan kakitangan Sinar Harian.Jadi,kenapa PAS cuba gunakan Sinar Harian ?? Sinar Harian wajar menyaman PAS kerana telah menyalahgunakan nama dan kreadibiliti akhbar tersebut dengan tujuan kempen politik di Sungai Limau.Jika Sinar Harian mendakwa mereka akhbar yang telus,tidak berpihak pada mana-mana wajar tindakan segera perlu diambil oleh Sinar Harian

PANAS!! Benarkah Ini Amanat Terakhir Almarhum Ust Azizan Kepada Umat Islam ??


Dulunya ahli-ahli PAS termakan bulat-bulat kata-kata Hj Hadi di dalam amanat Hj Hadi yang dijadikan asas PAS untuk menolak sebarang hubungan dengan UMNO kerana merasakan mereka lebih Islam daripada semua orang.

Kini,ketika kempen pilihanraya kecil DUN Sungai Limau sedang hangat berlangsung,tersebar risalah amanat yang mana dikatakan amanat terakhir Ust Azizan untuk umat Islam dan penyokong PAS terutamanya.Di dalam kandungan amanat ini yang ditulis kembali oleh Hj Shukri bin Hj Ismail yang  merupakan saudara kepada Ust Azizan menurut isi amanat ini.

Mungkin PAS akan mendakwa bahawa ini merupakan propaganda murahan Barisan Nasional untuk memancing penyokong dan ahli PAS mengundi BN tetapi apa yang diungkapkan di dalam kandungan amanat ini punyai asasnya.

Semua orang tahu bahawa ketika Almarhum Ust Azizan menjadi MB Kedah,beliau sememang tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin PAS Kedah dan Pusat termasuklah pemimpin-pemimpin PR dari DAP dan PKR.Beliau sendiri dimusuhi oleh Pahrolrazi dan beberapa sekutunya yang pada ketika itu cuba menggugat kedudukan Azizan sebagai MB Kedah.

Isunya bukan berhenti setakat itu,kenyataannya yang benar atas kehendak Islam seringakali menongkah pandangan dan kenyataan PAS dan PR.Sebab itu,beliau agak kurang disenangi di dalam PR kerana tegasnya beliau dalam sesuatu perkara terutamanya berkaitan kepentingan Islam.

Paling jelas,lihatlah ketika beliau terlantar sakit di hospital,berapa kerat pemimpin PR turun menziarahi beliau dan berbanding Mukhriz yang acapkali melawat beliau dengan bersama pemimpin UMNO lain yang datang menziarahi beliau.Jadi,wujud asas jika ini merupakan antara amanat terakhir beliau .Moga Allah tempatkan Ust Azizan dikalangan orang-orang yg beriman ..Amin

PAS Kantoi !! Guna Teknik Superimpose Palsukan Gambar Calon PAS Bertemu Ust Azizan #PRKSungaiLimau

(kiri)Gambar sebenar dan (kanan) Gambar Superimpose
Tidak cukup menggunakan masthead akhbar tabloid Sinar Harian, Pas dilihat semakin terdesak dengan melakukan teknik pertindihan gambar (superimpose) pada salah satu risalah edaran parti itu semalam.

 Gambar itu memaparkan calon mereka, Mohd. Azam Abd. Samat bersama Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Mohd. Idros Ali mengunjungi pejabat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar.

Gambar yang lebih jelas
 Risalah itu dikatakan dikeluarkan oleh jentera Pas Sungai Limau bagi membuktikan Mohd. Azam mempunyai hubungan baik dengan Azizan yang menjadi bahan kempen sepanjang pilihan raya kecil kali ini. Mohd. Idros ketika ditemui Malaysiagazette terkejut melihat gambar itu di Pejabat Pas Kawasan Sungai Limau.

 Katanya, gambar orang disebelahnya itu sebenarnya ialah Timbalan Pengarang Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim yang berkunjung ke pejabat Menteri Besar Kedah pada tahun lalu untuk sesi temubual. “Ketika itu Ustaz Azizan dalam keadaan sihat. Kami menemu bual Ustaz Azizan untuk ruangan bicara pemimpin dalam akhbar Sinar Harian,” katanya.

 Mohd. Idros yakin gambar itu telah diubah dengan teknik superimpose di mana kepala Muhammad Mat Yakim di dalam gambar dibuang dan diletakkan dengan kepala calon, Mohd Azam. “Saya sudah menghantar maklumat ini ke ibu pejabat di Shah Alam, Selangor.

Saya menunggu arahan daripada majikan. Jika mereka minta saya buat laporan polis, saya akan buat untuk membersihkan nama baik kami,” katanya. Mohd. Idros juga kecewa kecewa dengan sikap Pas yang dianggap terdesak dalam kempennya untuk mengekalkan DUN Sungai Limau.

 Sementara itu, menurut seorang jurugambar profesional, kesan pertindihan pada gambar jelas kelihatan pada struktur badan, muka dan bahasa badan objek yang tidak sekata pada gambar Mohd. Azam.- MalaysiaGazette 

Sunday, October 27, 2013

PANAS!! Jamil Khir Kesal Sikap Pemimpin PAS Jadikan Bapanya Modal Kempen Politik #PRKSungaiLimau


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menganggap perbuatan Pas memanipulasi lawatan ke atas bapanya bagi tujuan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sebagai politik bertaraf rendah dan murahan.

Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, tidak wajar calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi bapanya, Baharom Ramli, 77, di kediaman mereka di Kampung Ulu Sedaka untuk dimanipulasi sebagai bahan kempen.

"Saya nak ucapkan terima kasih kerana melawat bapa saya selepas bapa lumpuh tiga tahun tapi kerana sempena dengan pilihan raya ziarah juga pak saya. Kalau tidak, tiada siapa yang ziarah. Kalau mati lambat, lambatlah ziarah.

"Yang agak tak cantik bila pergi ziarah bawa media pulak sebab keluarga yang diziarahi itu juga terasa kerana bapa yang lumpuh diambil gambar," kata Jamil Khir.

Mohd. Azam dan Mahfuz melawat Baharom pada 24 Oktober lalu.

"Bapa saya juga sebut dia rasa tertekan dari segi moral kerana orang yang pergi ziarah baca doa dia tolong aminkan sahaja, mereka kata bapa saya pulak baca doa.

"Ini mainan politik yang terlampau rendah dia punya cara. Haji Baharom tidak bertanding apa pun," kata Jamil Khir.

Menurut beliau manipulasi lawatan itu tidak memberi kesan kepada BN sebaliknya membuatkan penyokong Pas kecewa.

"Orang Pas dua tiga orang jumpa saya meminta maaf kerana tidak jangka kepimpinan mereka tak cerdik," kata Jamil Khir.